AKU merenung
cincin belah rotan di jari manisku yang runcing ini. Kenapa mesti nak
pack kan
satu bulan ni dengan hanya pasal perkhawinan yang tak dipinta ini?
Apa motif
sebenar abang Encik Tengku Kacak
ni? Aku hanya mampu mengeluh sahaja. Minggu ni sahaja bertunang.
Minggu depan nikah. Dua minggu lagi pulak majlis kahwin dekat rumah
aku. Seminggu lepastunya pula majlis kahwin dekat rumah dia. Kenapa
tak combine
kan sahaja? Kenapa mesti nak buat
asing-asing? Leceh tau tak leceh. Memang Tengku Double Kacak tu dah
mereng. Ni yang buat darah aku menyirap ni. Sabar Qisha sabar, lepas
kau dah kahwin dengan dia, kau bambu dia cukup-cukup. Err... mampu ke
aku bambu dia? Ada jugak aku yang kecundang nanti. Gila betul lah.
Cerpen dan novel yang terdapat di dalam blog ini hanya imaginasi yang hadir dari kotak fikiran. Jadi sudi-sudilah datang membaca dan memberi comment.
Pesanan Penaja
Terima kasih kerana singgah di blog penulis yang biasa-biasa ni. Saya merupakan seorang arkitek student yang suka sangat menulis kisah yang jelas tak masuk akal kadang-kadang. Jika berminat, sila lah komen. Saya tak marah pun. Have fun!!! Lagi satu, baca tu baca jugak, jangan copy ye. Love you guys!
Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu"
Wednesday, 24 December 2014
Thursday, 18 December 2014
Suami Unexpected (2)
PEJAM celik pejam celik sudah masuk sebulan aku
kerja dekat Menara Holding. First time buat kerja bancuh air
ni ingat senang macam easy like peanut rupa-rupanya ada
certain employees yang tak suka air aku. Eh dah cukup baik kot
aku buatkan air untuk dorang. Tapi disebabkan aku ni orang
bawahan aku redha sahaja la. Tapi yang buat aku terharu, Tengku
memang puji minuman aku. Kau tau apa rasa apabila dipuji dengan orang
yang kita admire kan? Gembira, tapi tu lah Tengku dah ada
girlfriend. Memang seksi habis, nak dibandingkan dengan aku
yang pakai baju kurung dengan shawl lepastu kerja pun sebagai
tea lady memang tak dipandang la oleh si Tengku Kacak tu.
Suami Unexpected (1)
KRING!!!!!!
Ish bunyi apa yang
bising sangat ni, tak tenang aku nak tidur la. Eh jap, tu bukan bunyi
loceng ke? Eish menyusahkan betul la jam loceng ni. Tanpa melengahkan
masa aku terus mencapai jam tersebut dan melihat pada jarum jam. Oh
baru pukul 8, lambat lagi. What???!!
Ya Allah mampus aku lambat pergi kerja. Eish ni malam semalam punya
pasal lah ni. Kalau aku tak layan running man malam tadi tak ada
maknanya aku bangun lambat. Dah lah hari ni hari first
day aku
kerja. Apasal lah sengal sangat aku ni. Tanpa melengahkan masa aku
terus mencapai tuala di ampaian dan terus masuk ke dalam bilik air
untuk membersihkan diri. Mandi kerbau jelah
bukan
ada orang tau pun hihihi.
Subscribe to:
Posts (Atom)