Thursday, 12 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 9



BAB 9

APA yang kita nak makan hari ni?” Soal Imran yang sedang memandu itu.

Rose mengangkat bahunya menandakan yang dia tidak tahu mahu makan apa.

“Err... tak akan you tak tahu nak makan dekat mana kot?” Soal Imran lagi dengan wajah yang pelik.

“Kalau I tak tahu tu, means I tak tahu lah. Tak payah nak banyak soal boleh tak? You bawak je kereta tu diam-diam. Kalau you tak tahu sangat nak makan dekat mana, kita balik aje. Senang.” Balas Rose dengan geram


“I tanya je, kenapa you nak marah-marah ni? Kalau nak patah balik pun, kita dah setengah jalan dah ni. Buat habis minyak kereta I aje nanti.” Ujar Imran. Sesekali matanya menjeling sedikit ke arah Rose yang duduk di sisinya itu.

“Dah tu, you bawak aje lah kereta tu. As you wish nak makan dekat mana. I tak kisah pun. Sebab I ni bukan fussy. Lain lah kalau you, I tak tahu lah kan?” Kata Rose dengan nada sinis.

“I pun tak fussy jugak. Jadi senang lah you bila kita dah kahwin nanti. You masak aje jenis makanan yang you nak masak, I tetap akan makan.”

Hmm.”

Imran memandang pelik lagi ke arah Rose.

“You ni peliklah, sekejap okay sekejap tak okay. Bulan tengah mengambang ke?” Soal Imran dengan selamba.

Rose menjegilkan matanya kepada Imran. Sengal lah Imran ni, kutuk Rose di dalam hatinya.

Imran tersengih-sengih apabila melihat Rose menjegilkan mata kepada dirinya. Dia cuma tanya aje, memang semua perempuan dalam dunia ni sensitif kot apabila melibatkan hal pasal bulan mengambang ni, hi hi hi.

“You ni apasal straight forward sangat cakap pasal bulan mengambang semua ni? You nak kena backhand dengan I ke ah?” Rose membalas lalu mengangkat tangan kanannya untuk membackhand Imran.

“Eh, you janganlah backhand I. Ganas betul you ni, tak sayang I ke apa?” Imran cuba mengelak sikit dirinya dari di backhand oleh Rose.

“Tahu pun takut, bawak aje lah kereta tu diam-diam. Mulut tu jangan nak banyak cakap.” Marah Rose kepada Imran.

“I tak boleh diam lah you. You tak jawab lagi soalan I kan? You tak sayang I ke?” Imran menyoal dengan soalan yang sama.

Rose hanya diam tidak membalas.

“You...” Leret Imran.

“Hmm...” Sahut Rose.

“You sayang I tak?” Soal Imran lagi.

“Entah.”

“Ala you, you sayang I tak?”

Rose mengangkat bahunya menandakan yang dia tidak tahu. Sejujurnya dia tidak tahu sama ada dia telah jatuh cinta dan sayang pada Imran atau tidak. Dia masih cintakan Arwah Syafiq. Arwah Syafiq adalah lelaki pertama yang dia sayang. Tapi... dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sekarang ini.

“Tak tahu.”

Imran melepaskan keluhan yang berat apabila mendengar jawapan daripada Rose. Memang aku bertepuk sebelah tangan pun selama ni. Eleh baru kenal tak sampai sebulan kau dah kata lama ye Imran.

“You punya jawapan ashik angkat bahu, entah dengan tak tahu. Tak ada ke jawapan yang boleh menyedapkan telinga I ni?”

“You nak jawapan yang macam mana?” Soalan dibalas soalan.

At least you cakap lah, berikan lah I masa untuk berfikir atau you tunggu aje lah jawapan daripada I dan yang paling menyedapkan hati I, you cakap lah 'I sayang you Imran'. Ini tak, jawapan you angkat bahu, entah dengan tak tahu. Sakit tau hati I ni, tolong lah jaga sikit perasaan I ni.” Balas Imran lalu meletakkan tangannya itu di dada bidangnya.

Mamat ni nak memandu pun buat lah cara memandu, tak payah lah nak buat sesi meluahkan perasaan macam tu. Siap letak tangan dekat dada lagi, kutuk Rose di dalam hatinya.

“Kalau dah macam tu jawapan yang you nak, so tunggu aje lah.” Rose membalas dengan selamba. Dia mempamerkan muka tanpa riak kepada Imran.

Imran terkejut mendengar jawapan daripada Rose itu. Hati batu punya Rosalinda Adina, kutuk Imran di dalam hati.

“You ni kan, ergh... kenapalah I suka dekat you?”

“Mana lah I tahu, you tanya lah diri you. Kenapa you suka dekat balu macam I ni?”

Imran mendiamkan dirinya. Sejujurnya dia tidak tahu macam mana dia boleh jatuh cinta pada Rose. Dia tidak dapat menjawab soalan itu.

“Kenapa you diam? Tak tahu nak jawab?” Soal Rose lalu memusingkan badannya ke arah Imran.

“Bukan I tak nak jawab tapi I tak tahu nak jawab macam mana. I tak tahu, macam mana I boleh jatuh cinta pada you.” Imran menjeling sekilas kepada Rose.

Okay you tak tahu.”

“Tapi nanti kita akan kahwin kan Rose?”

“Siapa yang nak kahwin dengan you? Perasan.”

“You lah, Rosalinda Adina.”

Rose menjeling tajam ke arah Imran lalu memusingkan badannya menghadap ke depan. Malas nak layan Imran. Lagi dilayan, makin mengada-ngada. Aku ingatkan dia ni sinis aje memanjang. Rupa-rupanya gatal nak mampus, kutuk Rose lagi dengan mulut yang terkumat kamit.

“Mulut you tu dah kenapa terkumat-kamit? Kutuk I lah tu.” Tajam aje mata orang tua ni. Rose menjeling sedikit ke arah Imran.

“Sebuk je lah you ni, bawak kereta tu cepat. Daripada tadi bawak kereta macam kura-kura bila kita nak lunch? Masa lunch pun nak dekat habis tahu tak.” Marah Rose kepada Imran.

“Biarlah kereta I, suka hati I lah nak bawak kereta lambat ke cepat.” Jawab Imran selamba.

“Eh...tadi you kata you tak kisah nak makan dekat mana-mana kan?” Soal Imran.

“Hmm...”

Tiba-tiba kereta diberhentikan di hadapan kedai yang paling yang dia tidak suka untuk pergi.

“Apa yang kita buat dekat sini?” Soal Rose bodoh.

“Makan lah.”

What? Ulang balik?” Soal Rose lagi lalu memandang ke arah Imran.

“Kita makan dekat sini.” Setelah berkata begitu Imran terus membuka pintu kereta dan keluar menuju ke dalam kedai itu.

Gulp! Mati aku...




ROSE menghempas beg tangannya itu dengan kasar di atas meja di pejabatnya. Dia terus duduk di atas kerusi untuk melepaskan geram kepada Imran. Dia mogok tak nak cakap dengan Imran dari dalam kereta lagi. Bila Imran memanggil dirinya, dia hanya buat bodoh sampai lah dia masuk ke pejabat. Huh!

Tak guna punya Imran. Ada ke patut dia bawa aku pergi kedai mamak? Mamak tahu tak. Ya Allah betapa tak sukanya aku makan dekat kedai mamak. Dengan cara mereka masak lagi. Aku hanya minum air aje yang mampu. Mati selera aku makan dekat kedai mamak. Imran memang sengal. Kau bawak aku makan dekat kedai mamak, sampai jadi kenyang aku. Dari lapar terus kenyang bila datang kedai mamak tu. Marah Rose dalam hati.

Tiba-tiba dia teringat perbualan dia bersama Imran di kedai mamak tadi.

“Kenapa you tak order makan? Tadi you kata lapar tapi you order air je.” Soal Imran. Dia memandang ke arah Rose dengan wajah yang pelik.

Rose hanya mendiamkan diri saja.

Imran makin bertambah pelik melihat gelagat Rose itu.

“You okay tak ni Rosalinda Adina?” Soal Imran lagi.

“Kita makan dekat tempat lain aje lah Im.” Jawab Rose.

Dia sudah gelisah melihat cara mamak tu masak maggi goreng. Air liur yang dia telan terasa kelat di tekaknya itu. Dia memandang orang sekeliling yang berselera makan di kedai mamak ini.

“Eh mana boleh, kita dah order kan tadi.” Ujar Imran dengan wajah yang terkejut.

“Kita cancel aje lah order tu. Bukannya susah pun.”

“Mana boleh cancel. Entah-entah dia dah siap buat ke, rugi lah dia nanti.”

“Ala cancel aje lah, please.” Rayu Rose. Kedua-dua belah tangannya di genggam.

“You ni kenapa Rose?”

Rose menundukkan kepalanya dan dia tidak membalas kata-kata Imran itu.

“Rose, are you okay?” Soal Imran lagi.

Rose masih mendiamkan dirinya.

“Rose...” Leret suara Imran memanggil Rose.

Rose meramas-ramas tangannya di bawah meja. Dia tetap tidak menyahut panggilan daripada Imran.

“Rose tell me, what's wrong with you? Kalau you diam aje manalah I tahu.” Imran menyoal lagi. Dia membetulkan duduknya lalu memandang ke arah Rose.

Rose mengangkat kepalanya dan membalas pandangan Imran itu.

“I tak suka makan dekat sini.” Jawab Rose perlahan.

“Apa you cakap? I tak dengar lah.”

“I tak suka makan dekat sini.” Jawab Rose lagi. Tapi kali ini, lebih kuat sikit daripada tadi.

Imran melepaskan keluhan yang berat apabila mendengar jawapan daripada Rose itu.

“Kenapa you tak cakap awal-awal dengan I?”

Rose diam.

“Kalau kita nak cancel, entah-entah makanan I dah siap.” Sambung Imran lagi.

Rose tetap diam.

“Rose...” Belum sempat Imran habis bercakap, makanan dan minuman yang di order oleh Imran dan Rose telah sampai. Setelah pelayan itu meletakkan makanan di atas meja, pelayan itu terus berlalu.

“You makan cepat. Cepat makan cepatlah balik.” Balas Rose lalu menghalakan pandangan ke jalan raya.

Imran hanya diam. Sesekali dia memandang ke arah Rose yang menyisip sedikit air yang dia order tadi. Ni kali pertama dan terakhir I bawak you datang sini Rose, kata Imran di dalam hatinya dan berjanji kepada dirinya sendiri.




JAUH you termenung. Teringat kan siapa tu?” Soal Dahlan. Dia menarik kerusi untuk duduk.

Rose tekejut apabila ditegur oleh Dahlan secara tiba-tiba. Rose membetulkan duduknya dan terus memandang ke arah Dahlan.

“Teringatkan anak I.” Bohong Rose.

“You teringatkan anak you ke teringatkan Imran?” Soal Dahlan lagi dengan menyerkap jarang kepada Rose.

Rose terkejut lagi mendengar soalan daripada Dahlan itu.

“Kalau I teringatkan dekat Imran sekalipun, ia bukan masalah you.” Balas Rose lalu menjeling Dahlah yang ada di hadapannya itu.

“Bukan masalah I ye?” Soal Dahlah sambil mengangguk-anggukkan kepalanya itu.

Yes, it's none of your business.” Ujar Rose.

None of my business?” Dahlan masih mengangguk-anggukkan kepalanya lagi.

Rose berasa gerun melihat melihat kelakuan Dahlan itu.

“You ni kenapa daripada tadi ashik terangguk-angguk aje?” Soal Rose pula dengan wajah yang takut.

“You tanya I kenapa I terangguk-angguk?” Soalan dibalas dengan soalan.

Rose dah berasa seram sejuk melihat kelakuan Dahlan itu.

“Yelah, you ni kenapa?” Dalam takut Rose tetap menyoal Dahlan.

Dahlan tidak menjawab soalannya itu. Dia bangun daripada kerusi dan terus berlalu masuk ke biliknya. Rose makin bertambah pelik melihat gelagat Dahlan itu. Selalunya ada aje benda yang dia nak marah. Tapi kenapa dia boleh pergi macam tu aje? Rose menyoal dirinya sendiri dengan wajah yang pelik. Mata dia masih tertumpu pada bilik Dahlan.

Malas hendak melayan perasaannya itu, Rose terus menyambung melakukan kerjanya yang berlambak di atas meja kerjanya.




TEPAT pukul 6 petang, Rose telah sampai ke rumahnya. Dia meletakkan keretanya di dalam garaj yang tersedia di rumahnya itu. Setelah mengangkut barang-barangnya, dia terus pergi ke rumah Kak Min untuk mengambil anaknya.

“Assalamualaikum.” Laung Rose. Sesekali dia menekan loceng yang ada di luar rumah itu.

“Assalamualaikum.” Laung Rose lagi.

“Waalaikumusalam.” Sahut Kak Min, lalu dia membuka pintu pagar elektronik itu.

Rose terus jalan masuk ke dalam rumah itu dan menyalam tangan Kak Min.

Sorry lah kak Min, hari ni Rose balik lambat sikit.” Ujar Rose. Mata dia melilau mencari kelibat anaknya itu.

“Tak apa lah Rose, Kak Min tak kisah pun. Kamu cari Akmal ke?” Soal Kak Min.

Rose menganggukkan kepalanya.

“Dia dah tidur tu. Kejap ye akak ambil dia.” Sambung Kak Min lalu dia terus masuk ke dalam rumahnya.

Seleang berapa minit, Kak Min keluar dari rumah sambil mendukung Akmal dan memegang beg pakaian Akmal. Rose terus mengambil Akmal di dalam dukungan Kak Min dan mengambil beg pakaian Akmal yang dipegang oleh Kak Min tadi.

“Terima kasih banyak-banyak Kak Min sebab jaga Akmal untuk hari ni.” Rose mengucapkan terima kasih kepada Kak Min.

“Hal kecik aje lah tu Rose. Kak Min dah anggap Akmal ni macam anak Kak Min dah.” Balas Kak Min lalu dia mengusap belakang Akmal yang sedang tidur di dalam dukungan Rose itu.

Rose hanya tersenyum kepada Kak Min.

“Hari ni Akmal nakal tak, Kak Min?” Soal Rose. Sesekali dia membetulkan cara dukungannya terhadap Akmal.

“Biasalah budak-budak Rose. Kalau tak nakal tu, bukan budak-budak namanya.” Gurau Kak Min.

Rose tersenyum lagi.

“Maaf lah lagi sekali Kak Min sebab menyusahkan Kak Min.” Ujar Rose.

“Eish... kamu ni ashik minta maaf je dari tadi. Akak tak kisah pun kalau Akmal ni nakal ke tidak. Lagipun dia main-main dengan Apit. Apit pun nakal jugak. Biasalah budak-budak Rose. Kalau mereka diam aje, mesti lah tak seronok kan?” Kata Kak Min.

Rose mengiyakan kata-kata Kak Min itu.

Okay lah Kak Min, saya minta diri dulu lah ye.” Pamit Rose.

“Hmm baiklah.” Balas Kak Min.


Rose terus keluar dari rumah Kak Min dan masuk ke dalam rumah.


Jemput lah join group facebook saya https://www.facebook.com/groups/864521826941260/

No comments:

Post a Comment