Monday, 20 April 2015

Suami Unexpected 14



BAB 14

AKU menutup pintu bilik perlahan-lahan sebab tak nak menganggu tidur Zamir yang baru tertidur itu. Biasalah kalau dah cuti, dia bantai lah tidur lepas subuh.

Zafiq yang turut baru keluar daripada bilik itu terus menghampiri wanita kesayangannya.

“Awal Qisha bangun hari ni. Abang Mir mana?” Soal Zafiq apabila berdiri di sebelah aku.


Terkejut aku mendengar suara Zafiq itu. Ingatkan hantu mana yang soal aku tadi hu hu hu. Aku memandang ke arah Zafiq yang sudah mengenakan pakaian pejabat itu. Tentu dia nak pergi kerja sekarang ni.

“Saya memang dah biasa bangun awal. Abang Mir tengah tidur. Awak nak pergi kerja dah ke?” Balas aku dengan suara yang lembut. Tak akan nak bermusuhan dengan adik ipar sendiri kan?

Zafiq tersenyum lalu mengangguk.

“Ha'ah saya nak pergi kerja dah ni. Awak tak masuk kerja ke hari ni?”

Aku menggeleng.

“Kalau abang Mir kata masuk kerja saya masuk lah. Tapi saya rasa tak masuk kot hari ni. Bukan abang Mir dah kata next month baru masuk office ke?”

“Memang lah, tapi kenapa dia perlu cuti lama-lama kan? Sudah lah selama ni dia duduk dekat luar negara aje. Bila dah balik Malaysia ni, sebuk nak masuk kerja lambat.” Rungut Zafiq perlahan.

Aku hanya tersenyum sumbing. Orang yang Zafiq cakap tu suami aku. Aku malas nak panjangkan cerita, nanti lain pulak yang jadinya.

“Err... Qisha nak pergi mana ni?” Soal Zafiq bila melihatkan wanita itu tidak membalas kata-katanya.

Aku memandang diri aku, hanya mengenakan seluar jeans, t-shirt kosong lengan panjang dengan tudung. Jujurlah aku cakap, pakaian duduk rumah aku memang macam ni. Memang orang selalu fikir yang mungkin aku akan keluar tapi aku memang dah biasa mengenakan pakaian macam ni bila duduk rumah.

“Saya tak pergi mana-mana. Saya duduk rumah aje lah.” Jawab aku dengan bibir diukirkan senyuman.

“Tapi, kenapa pakai macam ni? Macam nak keluar je.”

“Ni memang pakaian biasa saya bila duduk rumah.” Jawab aku pantas. Sebenarnya aku dah malas nak layan Zafiq sekarang ni.

Zafiq mengangguk.

“Awak nak turun bawah ye?”

“Ha'ah.” Sepatah aku menjawab.

Zafiq kulum senyuman bahagia. Sekarang ni aku nak rebut peluang ambil hati dia. Abang Mir tengah tidur, aku rebutlah peluang depan mata ni. Kata Zafiq dalam hati.

“Teman saya makan boleh? Selalunya saya makan sorang-sorang je tanpa orang temankan.” Ujar Zafiq dengan suara yang lirih.

Aku tersenyum sumbing. Teman kau makan? Daripada aku teman kau makan, lebih baik aku teman laki aku makan. Dapat jugak pahala.

“Tak apa lah Fiq, saya tunggu abang Mir bangun. Nanti saya makan dengan dia sekali.” Tolak aku lembut.

“Jom lah teman saya makan Qisha. Awak tak kesian dekat saya ke?” Zafiq tak puas memujuk wanita itu supaya mengikutnya.

Aku menggeleng sambil tersenyum.

“Tak apa, awak pergi lah makan dulu. Kejap lagi awak nak pergi kerja kan? Saya memang tak boleh nak teman awak. Saya turun bawah pun bukannya nak pergi dapur, saya nak pergi taman mama je.” Tolak aku lagi. Kalau tak faham jugak, tak tahu nak cakap apa.

Zafiq yang geram di tolak segera menggenggam tangan kecil isteri abangnya itu. Dia memang pantang kalau orang menolak ajakan dia ni.

“Eh apa ni Zafiq. Lepas lah. Saya ni isteri abang awak tahu tak. Jangan buat saya ni macam perempuan murahan.” Marah aku. Aku cuba lepaskan tangan aku dari digenggam oleh Zafiq. Sakitnya genggaman tangan Zafiq ni memang tak terkata. Hanya Allah saja yang tahu.

Zafiq senyum sinis.

“Aku memang tak suka orang tolak ajakan aku. Sekarang ni kau kena teman aku makan. Jangan bantah cakap aku.” Zafiq cuba menarik aku mengikutnya tapi aku mengeraskan badan aku dari ditarik oleh lelaki itu.

“Siapa awak yang saya kena teman awak makan? You're not my husband. Don't force me idiot!” Jerit aku. Biar satu rumah ni dengar jeritan aku. Tak guna jantan ni. Sesedap dia aje nak mengarah aku ikut dia.

Zafiq mengetap giginya geram bila dengar wanita itu menjerit. Dia menampar pipi gebu wanita itu kuat. Dia dah tak peduli sama ada itu isteri abangnya sekalipun. Janji dia puas!

Terjerit kecil aku menahan sakit. Kurang ajar punya manusia. Aku memandang tajam ke arah Zafiq. Kau memang silap orang nak cari pasal Zafiq. Dengan perasaan yang geram aku menyepak tempat sensitif bagi lelaki. Menyeringai kuat Zafiq sambil memegang tempat kesayangan dia tu, huh padan muka kau.

“Ini padahnya bila tampar aku. Sekali aku cakap tak nak, kau tak ada hak nak paksa aku ikut cakap kau.” Ujar aku kasar. Aku hanya memandang wajah Zafiq yang terduduk menahan sakit itu. Aku tak peduli dah kau ni adik ipar aku ke apa, janji aku puas!

Zamir yang baru keluar daripada bilik itu ternganga melihat adiknya yang terduduk sambil menyeringai. Dia terus menghampiri mereka kerana ingin mengetahui apa yang terjadi.

“Kenapa dengan Fiq ni sayang?” Soal Zamir sambil memandang wajah isterinya. Dia menilik wajah isterinya yang kemerahan itu. Dengan segera dia memaut dagu wanita itu perlahan dan dipusing-pusingkan wajahnya.

“Kenapa pipi Nurin merah ni sayang? Siapa yang buat?” Soal Zamir lagi. Kali ni dengan suara yang risau. Dia cuba menyentuh pipi si isteri tapi baru saja dia menyentuh sedikit, wanita itu menjerit kecil menahan sakit.

Aku menolak tangan Zamir yang memegang dagu aku lembut lalu menggeleng kepala. Tak akan nak cakap adik dia yang buat kot? Dia tak nak adik beradik ni bergaduh kerana dia.

“Tak ada apa lah bang.”

Zamir memandang tajam ke arah si isteri.

“Nurin Aqisha, jangan tipu abang. Cakap dengan abang sekarang, siapa yang buat sayang? Sampai merah-merah pipi ni. Cakap cepat.” Desak Zamir. Geram dia apabila ada orang sudah menyakitkan isterinya. Dia memandang ke arah adiknya yang sedang mengerutkan muka itu. Jangan cakap Zafiq yang tampar Nurin? Dengan segera, Zamir mencekak baju kemeja Zafiq dan mengangkat lelaki itu bangun.

“Kau cakap dengan aku Fiq, kau yang tampar isteri aku kan?” Zamir menyoal dengan suara yang keras.

Zafiq kulum senyuman sinis.

“Memang patut pun dia kena tampar dengan aku. Siapa suruh dia tak ikut cakap aku?” Jawab Zafiq selamba.

Zamir yang bertambah geram itu lantas menumbuk muka adiknya kuat. Hati dia berasa panas mendengar adiknya berkata macam tu. Dia ingat pipi bini aku ni apa nak main tampar-tampar? Tercungap-cungap nafas Zamir menahan amarah.

Aku mengusap belakang Zamir perlahan. Tak nak perkara lain pulak yang jadi.

“Kau memang setan Fiq. Kau ingat bini aku ni apa sampai kau nak tampar dia? Dan kau siapa nak suruh dia ikut arahan kau? Kau jangan cabar aku Zafiq, aku tak kira kau adik ke apa tapi kalau kau dah tampar isteri aku, aku tak akan teragak-agak nak belasah kau.” Marah Zamir. Geram betul dia dengan adik dia ni. Ikut suka hati dia aje nak tampar pipi isteri orang.

Tengku Maria dan Tengku Ziqri yang baru keluar daripada bilik itu segera menuju ke arah anak mereka yang sedang bergaduh itu. Daripada bilik mereka sudah mendengar orang sedang bergaduh. Mereka berdua ni jarang bergaduh tapi bila dah bergaduh memang susah nak baik.

“Mir... Fiq... apa yang kamu berdua gaduhkan ni?” Soal Tengku Maria dengan wajah yang risau. Dia mengangkat Zafiq yang terbaring itu.

“Mama tanya lah anak bongsu mama tu apa yang dia dah buat. Mir malas nak layan dia dah. Sayang jom masuk dalam bilik. Lain kali jangan nak memandai layan orang tak betul ni.” Ujar Zamir. Dia menarik tangan isterinya menuju ke bilik mereka.

Aku hanya mengikut langkah Zamir. Kalau aku tak ikut nanti, ada jugak yang dia mengamuk.

Tengku Maria dan Tengku Ziqri memandang langkah anak menantunya masuk ke dalam bilik. Bila mereka sudah masuk ke dalam bilik, dia memandang tajam ke arah anak bongsunya pula.

“Apa yang Fiq dah buat dekat isteri abang Mir?” Soal Tengku Ziqri dengan suara yang tegas.

Diam.

“Tengku Ahmad Zafiq, I'm asking you. What did you have done with her?” Kali ni suara Tengku Ziqri sudah naik seoktaf. Geram dia dengan kebisuan anaknya itu.

Tengku Maria hanya diam dan memerhati. Kalau suami dia sudah keluarkan suara macam tu, lebih baik dia diamkan diri. Nanti dengan dia dia sekali kena marah.

Zafiq mendengus kasar.

“Fiq buat apa yang patut Fiq buat. Dia tak dengar cakap Fiq, memang patut pun Fiq tampar dia.” Jawab Zafiq tanpa memikir baik dan buruknya.

Tengku Ziqri yang mendengarnya terus menampar anak lelakinya itu.

“Jangan jadi dayus Zafiq. Ingat perempuan ni lelaki ke sampai kamu nak tampar mereka? Papa tak pernah ajar anak-anak papa berkasar dengan perempuan. Malah papa suruh kamu hormatkan orang perempuan. Memang patut dia tak dengar cakap kamu. Dia tu bukan bini kamu sampai nak kena ikut arahan kamu Zafiq.” Marah Tengku Ziqri. Geram dengan anak teruna dia yang sorang ni. Ingat orang perempuan ni apa nak tampar ikut suka hati dia aje?

“Abang Mir rampas Qisha dari Fiq. Kalau abang Mir tak ambil Qisha jadi isteri dia, Fiq tak akan tampar orang yang Fiq sayang macam tu.”

Tersenyum sinis Tengku Ziqri dengar anak dia cakap macam tu.

“Kalau Fiq sayangkan dia, Fiq kena biarkan dia bahagia. Bukannya Fiq buat macam tu dekat dia. Kalau Fiq buat macam ni, bila Fiq dah kahwin nanti, orang akan buat benda yang sama dekat isteri Fiq malah mungkin lebih teruk. Papa tak nak mendoakan anak-anak papa macam tu, tapi cuba Fiq fikir baik-baik. Jangan buat sesuatu ni ikut kata hati. Bila kita ikut kata hati, boleh mati Zafiq.” Ujar Tengku Ziqri kepada anaknya. Zafiq ni bukannya teruk sangat, kalau kita nasihatkan dia In Shaa Allah dia boleh berubah. Tapi kalau tak berubah jugak, memang dia bawak anak dia ni pergi darul syifaa bagi air penawar dekat dia.

Zafiq memandang wajah Tengku Ziqri dan Tengku Maria bersilih ganti lalu mengeluh lemah.

“Zafiq pergi dulu mama papa.” Dengan segera Zafiq berlalu turun ke bawah. Dia malu dengan kedua orang tuanya.

Tengku Ziqri dan Tengku Maria hanya memerhati langkah anak mereka itu.

“Abang harap Zafiq tu akan berubah. Kalau tak berubah jugak, abang tak tahu nak cakap apa. Mar pergi lah masak dulu, abang nak pergi bilik bacaan sekejap. Kalau nak makan nanti panggil abang.” Tengku Ziqri meninggalkan si isteri sendirian di situ dan berlalu menuju ke bilik bacaannya untuk menenangkan fikiran.

Tengku Maria memandang lemah ke arah suaminya itu. Kalau dah bergaduh, macam ni lah gayanya. Kesian aku, hu hu hu. Rintih Tengku Maria sendiri.




AKU hanya memerhati Zamir yang sedang bermundar-mandir di hadapanku. Pening pulak kepala ni tengok Zamir ashik memusing je daripada tadi. Aku tahu dia tengah marah. Tengok daripada muka dia yang bengis tu pun dah tahu.

“Abang, dah dah lah pusing tu. Pening kepala Nurin ni tengok abang mundar-mandir daripada tadi.” Tegur aku. Kalau tak tegur nanti sampai ke sudah dia tak berhenti.

Terhenti langkah Zamir apabila di tegur oleh si isteri. Dia memandang tajam ke arah isteri kesayangannya itu.

“Apa yang buat Fiq tampar Nurin tadi? Cakap dengan abang sekarang.” Ujar Zamir dengan suara yang tegas.

Aku mengeluh. Aku memang malas nak besar-besarkan masalah ni. Bukannya pipi aku ni tak boleh baik pun.

“Kita lupakan jelah pasal tadi bang. Nurin malas nak besar-besarkan lagi masalah ni. Nurin tak nak abang dengan Fiq bergaduh sebab Nurin.” Balas aku dengan suara yang lemah. Tak elok adik beradik bergaduh ni, dia takut mereka berdendam hanya kerana dia aje.

Zamir mendengus kasar.

“Cakap dengan abang Nurin Aqisha, apa yang Zafiq tu dah buat dengan sayang?” Suara Zamir sudah naik seoktaf memarahi isterinya itu.

Nak tak nak aku harus jawab jugak bila dengan suara Zamir yang tengah marah ni. Memang menakutkan betul. Along dengan angah pun tak pernah marah aku macam ni. Rasa macam nak menangis je.

“Zafiq ajak Nurin teman dia makan tapi Nurin tak nak. Nurin cakap dekat dia, Nurin nak teman abang makan tapi dia ashik paksa Nurin je. Bila Nurin tak nak ikut cakap dia, dia pegang tangan Nurin. Nurin suruh lepaskan dan dia boleh tampar Nurin. Kalau dia dah tampar Nurin, tak akan Nurin nak berdiam pulak. Nurin sepak lah anu dia sebab geram sangat.” Makin lama makin perlahan suara aku bila bercakap. Malu pulak bila cakap dengan Zamir apa yang aku lakukan tadi. Aku menundukkan kepala dan menekurkan pandangan ke lantai untuk hilangkan rasa malu dan menahan air mata daripada menitis. Ingat tak sakit ke kena tampar dengan Zafiq? Sudah lah Zafiq tu lelaki, sakit dia memang tak terkata bila kena penampar lelaki ni. Perit tahu tak!

Tersenyum kecil Zamir mendengar isterinya bercerita. Ganas jugak Cik Puan Isteri dia ni. Dia melangkah menghampiri isterinya yang duduk di birai katil lalu memaut dagu wanita itu perlahan. Dia membuka tudung bawal yang di pakai oleh si isteri perlahan-lahan. Tangan dia mengusap lembut pada kesan merah pada pipi isterinya. Sudah lah kulit isteri dia ni putih, memang nampak lah kesan merah tu. Adik dia ni memang benar-benar dah melampau.

“Sakit?” Soal Zamir lembut. Mata dia memandang mata isterinya yang berair itu. Mesti sakit. Kalau tidak tak akan mata dia dah berair. Dia mencium lembut kelopak mata si isteri.

Aku mengangguk. Tak mampu nak bercakap. Pipi dia tiba-tiba terasa pijar menahan rasa sakit dengan malu.

“Kesian isteri abang ni. Merah dah pipi dia. Meh sini abang bagi penawar dekat pipi sayang tu.” Ujar Zamir lalu mencium pipi aku lembut dan perlahan.

Aku hanya membiarkan perlakuan Zamir itu. Terasa diri disayangi lebih.

Setelah mencium pipi isterinya, dia mengusap kembali pipi wanita itu.

“Lepas ni, kalau Zafiq panggil or cakap dengan sayang ke, Nurin jangan layan ye. Biarkan dia tu. Makin dilayan, makin naik lemak. Abang tak nak pipi isteri abang ni kena tampar lagi dengan Zafiq.” Pesan Zamir dengan tangan mengusap pipi isterinya lembut.

“Ikutkan hati abang ni, nak aje abang belasah Zafiq tu makin teruk. Dia makin melampau buat isteri abang macam tu. Dia ingat dia siapa nak buat sayang abang ni? Adik tak adik, kalau dah melibatkan keganasan pada isteri abang ni, abang memang marah sangat.” Tambah Zamir lagi. Dia mengeluh lemah.

“Kita pindah ye sayang? Please...” Ujar Zamir tiba-tiba.

Aku mengerutkan kening. Tak akan cepat sangat nak pindah? Mereka baru duduk sini tak sampai sehari.

“Kenapa cepat sangat bang? Kita baru aje duduk sini tak sampai sehari. Tak akan nak pindah dah?”

Zamir mengeluh berat.

“Abang tak boleh nak duduk sini lama-lama sayang. Abang takut Zafiq buat macam-macam lagi dekat sayang. Please kita pindah ye?” Pujuk Zamir. Dia tak betah nak biarkan adiknya sesuka hati nak menyakitkan fizikal isteri kesayangan dia ini lagi.

Aku menggenggam tangan Zamir erat. Tahu lelaki itu risaukannya. Tapi... dia kesiankan Tengku Maria. Tentu mama Zamir sedih bila mereka nak berpindah keluar dengan segera.

“Abang... Nurin tak kisah kita nak pindah tapi abang cuba bayangkan perasaan mama. Mesti dia sedih bila kita nak pindah. Kita duduk lah sini seminggu dua ke. Kalau Zafiq buat macam-macam lagi dekat Nurin, Nurin belasah lah dia balik.” Aku cuba berkompromi dengan Zamir. Bila hati tengah risau, buat keputusan pun tak fikir orang lain suami dia ni.

Zamir tersenyum sumbing. Bila dia ingatkan balik apa yang isteri kesayangan dia ni buat dekat adik dia, memang dia nak ketawa. Tapi kalau selalu buat, kesian adik dia tu tak dapat nak beri zuriat. Sayang... sayang...

“Kalau esok kita pindah boleh?”

Aku menggeleng.

“Tak boleh. Abang jangan nak mengada-ngada ye. Majlis dekat rumah abang ni pun belum selesai lagi tau. Dah menggedik nak pindah. Siku kang.”

Zamir mencebik. Tak habis-habis dengan siku dia tu. Dah lah siku dia kecik, ada hati nak siku orang.

“Tak payah nak poyo sangat lah sayang. Awak tu dah lah kecik, ada hati nak siku abang.” Ejek Zamir.

“Biar lah. Kecik bukan sebarang kecik. Yang kecik ni jugak lah yang sepak adik abang tu tadi tau.”

Zamir buat aksi gaya nak muntah. Menyampah pulak dia dengar si kecik ni cakap macam tu. Berlagak je lebih.

“Tak payah nak berlagak lah sayang. Dah jom turun teman abang makan. Lapar ni.” Ajak Zamir. Dia menarik tangan wanita itu mengikutnya.


Aku hanya mengekor ke mana Zamir pergi. Sayang suami lah katakan, jadi ikut lah mana dia pergi.

No comments:

Post a Comment