Wednesday, 14 January 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 2



AKU melihat phone yang ada di tangan. Nak call Rafiq ke tak eh? Hmm call je lah. Aku mencari nombor phone Rafiq yang ada dalam phone Iphone 5s aku. Tak sampai seminit aku mendail nombor telefon Rafiq, aku terdengar suara Rafiq berkata hello.

"Assalamualaikum awak." Aku memberi salam kepadanya.

"Waalaikumusalam, ni siapa ye?" Soal Rafiq pula.


"Err.. ni saya lah awak, Danisha? Tak akan nombor tunang sendiri dah lupa kot."

"Oh Danisha, sorry lah phone saya hari tu ter reset. Habis semua contact hilang." Ni alasan ke memang dah delete nombor aku dekat  phone contact dia?

"Tak apa awak. Saya call ni pun saya nak cakap yang saya dah balik Malaysia." Beritahu aku kepadanya.

"Oh, welcome back Danisha." Apasal hambar semacam je suara Rafiq ni and kenapa dia tak panggil aku 'B' macam dulu? Huh sabar lah Danisha.

"Awak okay tak ni?" Soal aku.

"Saya okay je, kenapa?"

"Tak ada lah, perangai awak nampak pelik sangat. Tu yang saya tanya awak okay ke tidak." Aku membalas kata-katanya.

"Saya okay je, ni kenapa awak telefon saya ni?" Soal dia. Dia busy ke sampai aku call  dia tak boleh? Lagipun hari ni kan hari ahad, apa yang busy sangatnya? Tak faham aku dengan perangai Rafiq sekarang ni.

"Salah ke saya call awak Rafiq? Kenapa awak busy ke? Bukan sekarang hari ahad ke? Apa yang busy sangat sampai saya nak telefon awak pun tak boleh?" Soalan di balas soalan. Tapi lebih banyak soalan aku bagi dekat dia.

"Bukan macam tu lah awak."

"Habis tu kalau bukan macam tu, macam apa pulak?"

"Saya malas nak gaduh awak, ni kenapa awak call saya ni?" Aku hanya melepaskan keluhan bila dia berkata begitu.

"Abah saya cakap dekat saya tadi, bila awak nak cepatkan tarikh pernikahan kita? Sebab dah 5 tahun kita bertunang, tak elok bertunang lama-lama awak." Kata aku kepada Rafiq.

"Kita cakap benda ni kemudian boleh tak?" Haih, dia ni ingat perkara kahwin-kahwin ni perkara kecik ke apa ah?

"Kemudian awak tu bila Rafiq?" Balas aku dengan perasaan geram. Rafiq ni dah kenapa?

"Ah nanti-nantilah. Banyak masa lagi kan?" Dia ni kan, kalau tak nak kahwin dengan aku cakap je lah. Tak perlu nak berkias-kias. Menyampah betul.

"Dah tak banyak masa lagi Rafiq, kita bertunang dah 5 tahun bukannya 5 bulan. Awak kena ingat tu." Balas aku lagi.

"Can we talk this later?" Ei, dia hanya pandang enteng je dengan perkara ni? Geramnya Ya Allah.

"Okay, saya penat nak bergaduh dengan awak pasal semua ni." Akhirnya aku mengalah dengan kata-kata dia.

"Okay lah, saya ada hal ni. Nanti ada masa saya call awak eh? Bye." Rafiq terus memutuskan talian. Huh.

Rafiq awak dah berubah. Awak bukan macam Raifq yang saya kenal dulu. Awak dah berubah sangat-sangat Rafiq. Apa salah saya sampai awak berubah macam ni?


**********


DI Burger King KLIA 2, terdapat seorang lelaki yang yang sedang termenung sambil melihat burger di atas meja.

Huh, kenapa aku tak boleh lupa pasal tadi ni? Tak pernah seumur hidup aku jadi tak betul macam ni. Mana pernah aku duk fikir orang perempuan melainkan perempuan saja yang duk fikirkan aku. Haih kusut.

Terbayang muka wanita tadi. Mempunyai kulit yang putih kemerah-merahan, bibir yang merah merekah, hidung yang mancung, mata yang bulat dan bulu mata dia tak selentik bulu mata perempuan-perempuan yang duk kejar-kejar aku but yang paling penting sekali tak ada secalit make-up pun yang ada di mukanya. Nampak perfect tapi sayang, aku duk perhati dia tadi cakap sorang-sorang dah serupa orang gila pun ye gak. Ada ke patut bayar novel tu guna duit korea dia. Apa dia ingat dia ada dekat korea ke sekarang ni.

Huh apa kena dengan kau ni Syed Amsyar oi. Dah buang tabiat ke ap duk fikir orang perempuan ni. Tiba-tiba aku terasa bahu aku ditepuk oleh seseorang. Aku menoleh melihat siapa gerangannya. Hmm mamat ni, baru sampai lah tu kot.

"Termenung jauh nampak." Sapa Danish kepada Amsyar.

"Tak aku fikir kan pasal tadi. Kau baru sampai ke? Kau kalau tak lambat memang tak sah kan?" Soal Amsyar kepada Danish.

"Jalan jammed lah bro. Pasal tadi? Pasal apa?" Soal Danis pula.

"Tak, tadi aku pergi MPH cari novel untuk adik aku. Ada sorang perempuan ni, aku perhati je dia. Dah lah cakap sorang-sorang masa beli novel tadi lepas tu aku jeling lah dia. Dia tak perasan kot aku jeling dia. But time nak bayar novel tu ada ke patut dia bayar guna duit korea. Gila betul perempuan tu. Aku malas nak berdiri lama dekat belakang dia, aku tolong lah bayarkan sekali buku aku dengan buku dia.  Lepas bayar tu aku terus ajak dia bincang dekat luar. Bincang punya bincang then dia pergi tukar duit lepas tu bayar balik duit aku. Yang aku geramnya, kenapa aku boleh ingat muka dia ni sampai sekarang? Tension betul lah." Cerita Amsyar panjang lebar sambil merungut.

"Kau ni pun satu, asal kau tak sedekah je dekat dia tu? By the way, cantik tak perempuan tu?" Amsyar terus menjeling Danish bila dia tanya perempuan tu cantik ke tidak. Ni lagi sorang pantang dengar pasal perempuan sikit sebuk duk tanya cantik ke tidak.

"Mana boleh, 120 ringgit kot. Aku boleh guna duit tu untuk makan 3 hari tau. Cantik tu memang lah cantik tapi nampak macam tak betul pun ye gak." Kalau dah kedekut tu kedekut je lah Amsyar.

"Kedekut taik hidung masin lah kau ni. Wow ye ke? Eish rugi betul aku yang tak ada dekat tempat kau. Kalau tak dah lama aku ngorat perempuan tu." Ah sudah mamat ni dah start berangan lah tu.

"Kau pernah rasa ke taik hidung aku sampai kata masin? Bertaubat lah Danish oi, bila lah kau nak setia pada yang satu ni?" Amsyar mula memberi ceramah percuma.

"Hehe tak pernah. Ala, aku muda lagi kot baru 28 tahun. Nanti dah 30 tahun aku setia lah." Eish main-main betul lah mangkuk ayun sorang ni. Haih kalau aku tak fikir dia ni kawan aku dari sekolah menengah lagi, memang aku dah humban mamat ni dekat lombong tu ah.

"Dah lah, kalau aku bagi ceramah pun macam sia-sia je. Kau kena ingat Danish, kita ni makin tua bukannya makin muda." Sempat lagi aku pesan kepada Danish lalu menggigit burger yang aku renung tadi.

"Aku tahu lah kita makin tua, tak kan makin muda kot. Ni aku nak tanya kau ni, kau tak akan tak ada rasa terpikat kot dengan perempuan tadi?" Tanya Danish kepada aku. Nak korek hati dan perasaan aku lah tu.

"Langsung tak terpikat." Jawab Amsyar dengan bersahaja. Memang heartless betul Amsyar ni.

"Kau ni biar betul? Tak akan tak terpikat langsung kot?" Danish dah tanya muka terkejut plus pelik.

"Tak langsung lah weh." Ye lah tu, yang kau duk teringat muka dia tu bukan terpikat ke Amsyar? Kalau bukan terpikat apa pulak? Tak kan terpesong kot?

"Memang hati batu betul kau ni."

"Biar lah hati batu ke tidak, aku peduli apa." Balas Amsyar lagi.

"Kau ni kan, aku nak kata sonsang tak ada lah pulak. Kalau aku kata heartless memang betul lah tu." Danish membalas dengan geram.

"Biar lah heartless pun, janji aku tak kacau orang." Haih lah Amsyar, apa nak jadi dengan kau ni.

"Kau ni kan, tak kesian ke dekat umi kau tu yang ashik tanya nak menantu je?" Haih umi, Am tak sedia lagi nak kahwin. Huh.

"Aku serabut lah ashik fikir pasal menantu je. Umi aku tu, tak kan tak faham yang aku tak suka perempuan." Rungut Amsyar bila terigat pasal menantu yang umi dia nak. Dah bermacam-macam perempuan yang umi suggestkan, tapi aku langsung tak nak. Terselah betapa kerasnya hati aku ni.

"Apa-apa je lah Am, aku dah nasihatkan kau dari dulu lagi. Tak faham aku kenapa kau benci sangat dengan perempuan. Dah lah jom, sat lagi kita nak fly ni." Kau tak akan faham Danish, aku benci perempuan. Disebabkan perempuan umi aku menderita. Hanya kerana harta semuanya menjadi porak-peranda. Huh, tanpa melengahkan masa lagi, Amsyar terus menarik luggagenya dan mengepit topi di bawah ketiak lalu jalan bersama Danish.


Bersambung...

P/S : Sorry kalau rasa macam bosan.

No comments:

Post a Comment