Saturday, 17 January 2015

Suami Unexpected (6)



BAB 6

KAMI memasuk ke dalam rumah sambil berpegang tangan. Bak kata beruk sorang ni, kena sweet sweet depan ibu dengan ayah. Ikut kan hati aku, aku tak kuasa nak berpegang tangan dengan dia. Menyampah mak nok.

“Assalamualaikum ibu ayah.” Kami berdua memberi salam setelah masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumusalam, lah bukan kamu berdua kerja ke? Kenapa awal sangat balik ni?” Soal ibu kepada kami setelah menjawab salam yang diberikan oleh kami.

Kita orang sambung kerja next month ibu. Buat masa ni kita orang honeymoon dulu.” Jawab Zamir setelah duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu tersebut.

Oh honeymoon, baguslah tu boleh lah ibu dengan ayah dapat cucu dengan cepat dari kamu berdua.” Aduh ibu ni, anak along tu tak cukup lagi ke?

“Anak along tu kan cucu ibu jugak, dari kami nanti nanti je lah ye.” Balas aku.

Eish adik ni, anak along tu anak along lah. Ibu nak anak dari adik, nak tunggu anak daripada angah tu tah bila lah ibu nak tunggu.” Ibu dah buat suara merayu plus mengharap dah ni.

“Kalau ada rezeki kami bagi ibu dengan ayah cucu ye.” Nasib baik si beruk ni pandai memainkan peranan dia.

“Jangan nak merancang tahu, anak ni kan rezeki.” Pesan ibu kepada kami.

“Kami tak merancang ibu, jika ada rezeki in shaa Allah kami akan dapat anak.” Balas Zamir dengan tenang.

Aku tak terfikir nak dapat anak dengan umur yang sekarang ni. Tapi siapa tak nak anak kan? Semua perempuan nak anak. Kalau ada rezeki ada lah tu anak. Tapi... ada tapinya. Aku tak nak mengandungkan anak beruk ni, nanti perangai anak aku semua ikut perangai dia yang tak dijangka tu. Habislah aku nanti. Boleh pening aku dibuatnya, lambat-laun aku boleh masuk hospital bahagia tau.

“Okay lah ibu, kami naik atas dulu ye.” Pamit Zamir untuk naik ke atas. Ibu hanya menganggukkan kepala sahaja.

Zamir masih menggenggam tangan aku ketika menaiki tangga sehingga masuk ke bilik. Setelah masuk ke dalam bilik aku terus merungkaikan tangganku yang digenggam kemas oleh Zamir tadi.

“Sekarang ni apa yang kita nak buat?” Soal aku kepada Zamir yang sedang bersandar di kepala katil. Huh, menyampah.

“Buat anak.” Jawab Zamir dengan selamba.

What? Are you nuts?” Soal aku sambil mencerlungkan mata kepada Zamir.

Nope.” Jawab Zamir lagi

“Gila!”

“Lah, abang ajak buat anak pun kata gila ke yang?” Soal Zamir pula.

“Memang pun, yang awak ni tak sabar-sabar nak ada anak ni apasal?” Soal aku lagi.

“Tak salah kan kalau kita ada anak dalam masa terdekat ni?” Huh, apa yang kau fikir ni mangkuk ayun.

“Tak salah kan yang?” Tanya Zamir lagi.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.

“Kalau tak salah, jom lah kita buat anak.” Ajak Zamir lalu turun dari kati dan terus menarik tangan aku. Aku hanya mengeraskan badan sahaja.

“Apasal kerasakan badan ni?” Aku tak nak!!!!!

Actually, I'm not ready yet.” Aku terus merenung matanya.

Terdengar sebuah keluhan yang dilepaskan oleh Zamir.

Sooner or later pun akan berlaku jugak sayang. Ready ke, tak ready ke, kena tolak tepi.” Hamboi senangnyalah kau bercakap ye.

“Tapi awak tak boleh paksa saya.” Balas aku dengan geram.

“Eh suka hati abang lah nak paksa ke tak nak paksa.” Zamir menjawab.

“Mana boleh macam tu lah ngok.” Aku membalas dengan geram.

“Apa ngok ngok ni yang, abang lah.” Zamir membesarkan matanya. Ada aku kesah?

“Tak kuasa saya nak panggil awak abang.”

You should to call me abang, respect me as your husband. Lagi pun abang ni lagi tua dari sayang kan?” Kalau tak guna kuasa gila dia tu memang tak sah agaknya.

Never in hell!!

“Abang tak nak masuk neraka, sepatutnya sayang balas lah 'never in heaven', betul tak sayang?” Kata Zamir dengan sinis.

“Menyampah lah saya dengan awak ni.” Aku terus memeluk tubah dan mengalihkan pandangan ke arah balkoni.

“Aip, tak baik menyampah dengan suami. Dosa sayang dosa.” Zamir menggoyangkan jari telunjuknya dan membuat muka comel dia tu. Dah macam tenuk dah aku tengok dia buat muka macam tu, kalau comel tak apa lah jugak.

“Tak payah nak buat muka tak comel awak tu lah Zamir, dah serupa tenuk tahu tak. Tenuk pun lagi comel dari awak.” Balas aku dengan selamba. Ikutkan hati aku ni memang aku nak gelak sampai tergolek je ni.

What?! Tenuk?” Zamir terkejut bila aku berkata begitu.

Yup.”

What the hell, sayang bandingkan abang dengan tenuk? Apa abang ni tak cukup handsome ke sampai samakan dengan tenuk?” Soal Zamir lagi.

Kau memang handsome dari tenuk Zamir. Aku hanya mampu kata dalam hati jelah. Kalau cakap depan-depan karang ada jugak yang kembang setaman nanti.

“Ha'ah kenapa? Salah ke saya bandingkan awak dengan tenuk?” Soal aku pula.

“Eh tak salah. Ada abang kata salah ke?” Balas Zamir dengan sarkastiknya. Dia ni kalau tak balas dengan ayat sarkastik memang tak sah kot.

“Tapi setahu abang lah kan, abang lagi handsome dari tenuk. Sebab yang abang tahu lah, tenuk tu serupa macam sayang.” Sambung Zamir lagi. Setelah Zamir berkata begitu dia terus menghamburkan ketawa.

What?! Hahahahaha kalau dah tahu saya macam tenuk, kenapa kahwin dengan saya Encik Zamir? Tak malu ke kalau kawan-kawan awak kata awak dapat isteri tenuk?” Zamir terus menghentikan ketawanya bila aku berkata begitu.

“Erk.. yang marah ke?” Soal Zamir yang cuba pegang tangan aku.

“Buat apa saya nak marah? Awak tak nak ceraikan saya ke bila dah tahu saya macam tenuk ni?” Tanya aku kepada Zamir.

“Abang tak akan ceraikan sayang. Never in hell!!” Jawab Zamir.

“Saya tak nak masuk neraka, sepatutnya awak kenalah balas 'never in heaven', betul tak abang?” Setelah berkata begitu aku terus menuju ke almari untuk mengambil pakaian, selepas itu aku terus masuk bilik air untuk membersihkan diri.

Erk... Terkena aku.

Haih lah Nurin Aqisha my beloved wife, macam mana lah abang tak sayang, sayang kan? Ada je gelagat sayang yang mencuit hati abang. Sayang berjuta-juta lagi cantik dari tenuk. Bagai langit dengan bumi yang.

Zamir terus menuju ke katil untuk merehatkan badan. Tak sampai lima minit dia baring, dia terus terlena. Memang tak boleh jumpa katil betul manusia ni.




SETELAH membersihkan diri, aku terus keluar dari bilik air. Aku melihat Zamir tengah tidur di atas katil sambil memeluk bantak peluk.

Sedapnya lah orang tua ni tidur ye. Siap peluk bantal peluk lagi. Wah... wah... wah... sopan betul perangai. Dengan tak mandi lagi, terus tidur. Dia nak cadar tu berkulat agaknya? Ei, geramnya aku. Tanpa membuang masa lagi, aku terus menuju ke katil dan berdiri di samping Zamir.

Comel jugak kan bila dia tengah tidur. Dia ni bukan aja handsome malah comel jugak. Bagi mengelakkan Zamir lihat aku tengok muka dia, lebih baik aku kejut dia bangun mandi.

“Awak.” Aku cuit bahu Zamir.

“Awak.” Cuit aku lagi.

Eish tidur mati ke orang tua ni?

“Awak, bangun lah mandi. Nanti kotor lah katil tu.” Senyap lagi.

Memang nak kena agaknya orang tua ni.

“Awak, bangun lah. Kalau awak tak bangun saya jirus awak dengan air nanti.” Ugut aku pula.

Krikk... krikk...

Aku paling menyampah kejut orang tak bangun-bangun ni. Kau cabar aku ye Zamir? Tunggu kau tunggu. Tapi belum sempat aku nak pergi ke bilik air, aku terasa tangan aku ditarik oleh seseorang dan aku terus terjatuh di atas katil.

Siapa punya kerja lagi kalau bukan si malaun ni. Zamir terus memeluk aku erat apabila aku terjatuh ke arahnya. Suka sangat ambil kesempatan. Aku ingatkan tidur mati tadi. Rupa-rupanya tidur olok-olok je. Cett.

“Awak boleh lepaskan saya tak?” Aku cuba melepaskan diri aku dari pelukannya tapi tidak berhasil malah dia mengetatkan lagi pelukan ke atas aku.

“Tak nak.” Gedik lah orang tua ni.

“Awak jangan jadi macam budak tadika boleh tak? Lepas lah, pergi mandi sana.” Kata aku lagi.

“Malas lah yang, bila peluk sayang ni, abang memang malas sangat nak mandi.” Balas Zamir lagi.

“Eish bangun lah sekarang. Nanti kotor cadar ni tahu tak?” Aku terus menolak tangan dia tapi tetap tidak berhasil.

“Malas malas malas.” Zamir mengetatkan lagi pelukkannya.

“Bangun lah awak, pergi mandi. Kotor lah nanti cadar ni.” Suruh aku lagi.

“Abang boleh bangun, tapi dengan syarat.” Syarat apa pulak orang tua ni nak. Aduh haih, menyusahkan betul lah orang tua ni.

“Apa dia?” Soal aku.

Kiss abang.” Jawab Zamir terus.

“Boleh tolong jangan merepek tak?” Soal aku lagi.

“Ala kiss je pun, bukannya abang mintak buat anak.” Ei sengal lah Zamir ni. Lama-lama boleh weng kepala otak aku ni.

Tanpa membuang masa aku terus mencium pipi Zamir.

“Eish apa cium pipi ni, cium dekat sini lah.” Dia terus menunjukkan bibir nipisnya itu.

“Jangan nak mengada-ngada boleh?” Soal aku dengan geram. Orang dah bagi kiss dekat pipi tu sudah je lah. Menyusahkan betul.

“Kalau sayang tak nak kiss dekat situ, abang tak nak bangun lah macam tu.” Zamir terus memejamkan matanya selepas berkata begitu.

Gedik... gedik... gedikk!!!

“Kalau awak tak nak bangun mandi suka hati awak lah. Sebelum tu awak tolong lepaskan saya boleh tak?” Aku terus cuba menolak tangan sasanya yang melingkari pinggang aku.

No way!” Sesenang hati kau je kata no way. Ergh!

“Lepas lah awak.” Rayu aku.

“Tak nak.”

Please, lepas lah.” Rayu aku lagi.

“Nanak.” Apa kepahal kata nanak pulak ni. Kau ingat kau budak kecik ke ah mangkuk ayun?

“Tak payah nak nanak nanak sangat lah. Lepas kan saya boleh tak?” Aku cuba menolak lagi tangan sasanya.

“Suka hati abang lah.” Eh... eh...

“Kalau macam tu, saya nak awak lepaskan saya sekarang jugak.” Kata aku lagi.

“Tak nak... tak nak... tak nak...” Ei geramnya lah aku.

“Awak ni nak apa sebenarnya ah?” Soal aku dengan geram.

“Abang nak sayang cium abang dekat sini je.” Dia terus meletakkan jari telunjuk di bibir nipisnya itu.

Huh, sabar je lah aku dengan orang tua ni. Aku terus mencium bibirnya laju-laju.

“Dah puas?” Soal aku.

“Tak.” Setelah berkata begitu dia pulak yang mencium bibir aku. Aku cuba menolak tapi dia memegang tangan aku yang menolak badannya. Setelah seminit kami bercium, dia terus bangun dari katil.

“Dah puas dah yang, thank you.” Setelah berkata begitu, dia terus mencapai tualanya yang tergantung di ampaian sebelah bilik air. Ei bongok kuasa berjuta punya malaun. Kau memang tak guna betul. Ei, geram... geram... geram...

Aku terdengar Zamir menghamburkan ketawa di dalam bilik air. Oh bahagia kau ye dapat cium aku? Memang suka ambil kesempatan betul orang tua merenyam ni. Miang nak mampus. Ei tapai punya Tengku Double Kacak. Tak apa Qisha, ada hari ada bas, ada hari aku ganyang kau cukup-cukup Zamir.

Aku terus mengutip tuala yang jatuh masa Zamir menarik tangan aku tadi lalu pergi ke ampaian tuala untuk mengantungkan tuala tersebut. Setelah mengantungkan tuala aku terus menuju ke almari solek untuk menyikat rambut. Dalam hati aku dah menyumpah seranah si Zamir orang tua tak sedar diri tu. Geramnya lah aku ya Allah.

Sabar Qisha sabar, orang tua tu memang nak kena dengan kau. Tunggu kau Zamir tunggu.

No comments:

Post a Comment