BAB 8
TENGKU AHMAD ZAFIQ melepaskan keluhan yang kecil.
Betul ke apa aku buat ni? Membenarkan Abang Zamir kahwin dengan
perempuan yang aku suka semenjak kali pertama aku lihat muka dia?
Kenapa aku ni bodoh sangat? Aku yang mula dulu sukakan Nurin Aqisha,
bukannya Abang Zamir. Kenapa aku perlu berkorban sampai menyakitkan
hati aku? Kenapa aku perlu berlakon tak suka Qisha? Kenapa aku tak
cakap aku yang kena kahwin dengan dia? Kenapa mulut aku laju sangat
cakap dekat dia kahwin dengan Abang Zamir? Kenapa Qisha setuju kahwin
dengan Abang Zamir? Kenapa, kenapa dan kenapa? Aku tahu Abang Zamir
lebih handsome dari aku, tapi tak akan dia tak boleh cari
orang lain? Kenapa mesti dengan orang yang aku suka?
“Ya Allah serabutnya kepala aku ni.” Jerit Zafiq
sampai ke luar bilik dengar jeritannya. Zafiq meraup muka dia dengan
kasar.
Kau bodoh Zafiq! Bodoh! Yang kau pergi setuju tu apa
pasal? Kan kau dah merana. Memang kau bodoh. Sendiri tanggung lah
bro.
Kedengaran pintu bilik Zafiq diketuk dari luar. Zafiq
bangun dari katil dengan perasaan yang malas. Siapa yang kacau aku
ni? Marah Zafiq dalam hati. Tombol pintu dipulas dan terjengul wajah
mamanya, Tengku Maria.
“Zafiq okay tak ni sayang? Menjerit sampai ke
bawah dengar.” Tanya Tengku Maria dengan wajah yang risau.
“I'm okay ma, saja je nak test suara
bila menjerit. Don't worry okay?” Banyak lah kau punya test
suara Zafiq.
“Eish Zafiq ni kalau ye pun nak test suara,
janganlah jerit kuat sangat. Nasib baik mama tak ada heart attack
tau.” Tegur Tengku Maria.
“Ala mama chill lah.”
“Banyak lah kamu punya chill. Eish budak
bertuah sorang ni, mengada-ngada betul.” Setelah berkata begitu,
Tengku Maria terus mencubit lengan sasa Zafiq. Zafiq menjerit
kesakitan. Pergh... berbisa betul cubitan ketam mama ni, desis Zafiq
di dalam hati.
“Mama ni tak sayang anak ke sampai cubit-cubit ni?”
Zafiq membuka muka sedih. Nak minta simpati konon, ingat Tengku Maria
layan? Ha ha ha... kirim salam.
“Dah tak payah kamu nak buat suara sedih macam tu.
Balik-balik kerja je, terus menjerit. Gila betul anak aku yang sorang
ni.” Gila mama kata? Tak sayang anak memang macam tu lah cakapnya.
Sampainya hatimu wahai mamaku. Sob... sob... sob...
“Kamu ada jumpa abang kamu ke tadi? Mama dengar cerita
abang kamu lapor diri hari ni.” Tak habis-habis dengan Abang Zamir
tu. Kenapa semua orang sayang sangat dengan dia?
“Ada ma. Ha'ah tiba-tiba pula abang nak lapor diri
hari ni. Tapi tadi tup-tup next month baru masuk kerja sebab
nak pergi honeymoon.” Balas Zafiq.
Tiba-tiba dia teringat akan adegan Abang Zamir bersama
gadis pujaan hatinya itu. Sakit betul hati aku menengoknya. Sebab tu
aku tegur, kalau dibiarkan macam-macam Abang Zamir aku akan buat.
Abang Zamir tu bukan boleh dijangka pun. Kata Zafiq dalam hatinya
“Ye ke? Molek sangat lah tu, boleh lah mama dengan
papa timang cucu cepat-cepat.. Ye lah Abang Zamir kamu tu dah 29
tahun dah tahun ni. Memang bagus sangat dia nak dapat anak. Nak
harapkan kamu, bila lah mama boleh merasa ye tak?”
Hamboi mama, bab memerli anak-anak ni memang nombor satu
betul. Abang Zamir nak ada anak dengan gadis pujaan hatinya itu? Hell
no!! Aku tak akan izinkan perkara itu semua berlaku. Nurin Aqisha
hanya boleh melahirkan anak aku sahaja, bukan anak Abang Zamir. Kata
Zafiq dalam hatinya lagi
Tapi, Abang Zamir dengan Qisha ada buat sesuatu tak masa
malam pertama dia orang? Abang Zamir tu dah lah tak boleh dijangka.
Lagi-lagi bila tengok Qisha, aku rasa dia dah ngap dulu. Oh no,
apa ni? Think positive Zafiq, maybe tak ada apa-apa
yang berlaku tu. Yeah think positive, jangan terpesong sangat
pemikiran tu. Desis Zafiq sendiri.
“Nanti Zafiq bawak balik bakal menantu untuk mama ye?
Tapi lambat sikit lah, ye lah bakal menantu mama tu susah sikit nak
dapatnya.” Yakin betul kau ni Zafiq akan dapat Nurin Aqisha tu.
“Apa yang susahnya, anak mama ni kan handsome.
Tak akan bakal menantu mama tu tak cair kot?” Soal Tengku Maria
dengan wajah yang pelik. Mahu tak pelik, anak aku handsome
kot. Puji Tengku Maria dalam hatinya.
“Dia tak cair dengan Zafiq pun mama, sedih kan?” Kau
buat suara sedih macam ni, kau ingat ada orang kisah ke?
“Kamu tak pandai mengayat kot, sebab tu dia tak cair.”
Mama, Zafiq ni bekas playboy tau masa dekat U dulu. Tapi betul
juga kata mama, aku tak mengayat dia sebab tu dia tak nak dekat aku.
Tapi kalau dekat U dulu, tak payah nak mengayat. Petik jari berderet
datang. Masuk bakul angkut sendiri betul Tengku Ahmad Zafiq ni. Tapi
betul lah ha ha ha.
“Ye lah kot mama, okay lah ma, Zafiq nak mandi
ni. Badan pun dah berlengas.” Sebenarnya nak mengelat dari
soalan-soalan maut mama tu.
“Lepas manghrib turun makan ye. Jangan lupa bawa calon
menantu mama tau.” Sempat lagi Tengku Maria memesan anaknya membawa
calon menantu untuknya.
“Haa... ye mama ye. Okay bye sayang mama.”
Zafiq cepat-cepat menutup pintu biliknya.
Mama ni memang nak aku berkahwin sangat ke? Aku baru 26
tahun. Tapi kalau aku nak berkahwin, aku nak berkahwin dengan Nurin
Aqisha juga. By hook or by crook, Nurin Aqisha must be my
wife. Tekad Zafiq di dalam hati.
Kau berbahagia lah dulu Zamir, sooner or later she
will be mine. Zafiq gelak jahat. Memang hantu betul Zafiq ni.
Zafiq terus menuju ke ampaian tuala, lalu menuju ke
bilik air untuk membersihkan diri. Dalam fikiran dia, dia hanya
memikirkan Nurin Aqisha, si jantung hati. Gaya Zafiq ni dah serupa
orang gila talak pun ye juga. Usaha lah hang Zafiq.
AKU melihat jam loceng yang ada di sisi katil.
Pukul berapa dah ni? Desis hati aku. Aku menggosok-gosokkan mata
untuk melihat jarum jam menunjukkan pukul berapa. What? 6.40?
Ya Allah aku tak asar lagi ni. Aku melihat Zamir yang ada di sisi
yang sedang tidur dengan pulasnya. Mamat ni tidur sampai berdengkur.
Macam lah buat kerja kontrak. Aku terus mengejut Zamir yang sedang
tidur sambil memeluk aku itu.
“Awak bangun. Asar dah nak habis ni.” Aku mengoncang
bahu Zamir yang ada di sebelah aku.
“Hmm, nanti abang bangun.” Ujar Zamir dengan suara
yang malas.
“Tak payah nak nanti sangat, dah nak dekat pukul 7 ni.
Bangun solat lah.” Aku terus menolak tangan Zamir yang memeluk aku
tadi. Lalu terus menuju ke arah bilik air untuk membasuh muka dan
mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil air sembahyang
aku terus keluar dari bilik air dan melihat Zamir yang sedang duduk
di birai katil sambil memandang ke arah aku.
“What? Pergi lah masuk bilik air tu.” Aku
mengarah dia masuk ke dalam bilik air.
“Kita jemaah bersama jom.” Ajak Zamir lalu terus
menuju ke arah bilik air untuk mengambil air sembahyang.
“Okay.” Aku kata okay pun sebab
sembahyang berjemaah ni pahala dia banyak darisembahyang sendiri. Aku
terus mencapai dua helai sejadah dan membentangkan menghadap ke arah
kiblat.
Zamir keluar daripada bilik air dan berdiri di depan
aku. Kami memulakan solat asar berjemaah bersama.
Setelah selesai memberi salam, Zamir terus menadah
tangan untuk membaca doa.
“Ya Allah Ya Tuhanku, aku memanjatkan kesyukuran ke
atas dirimu kerana telah memberi kami peluang untuk bersolat dan
membuat amal ibadah. Ya Allah, tuhan yang maha mendengar lagi maha
mengetahui, aku memohon agar engkau memberi perlindungan ke atas
rumah tangga kami yang baru sahaja kami bina. Kau kuatkanlah ikatan
kami, kau jauhkanlah kami daripada musuh-musuh di luar sana. Kau
ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa
saudara-saudara kami. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan juga di
akhirat Ya Allah, kau makbulkanlah doa kami. Rabbana Atina Fid Dunya
Hasanah, Wa Fil Akhirati Hasana, Waqina 'adzabannar. Wasallahu Ala
Sayyidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Wasallam, Walhamdulillahi
Rabbil Alamin.” Zamir terus meraupkan kedua-dua belah tangannya ke
muka setelah selesai membaca doa.
Zamir memusingkan badannya dan menghulurkan tangan
kepadaku. Aku menyambut huluran tangan tersebut dan mencium dengan
lembut. Zamir mengusap kepala aku semasa aku sedang tunduk mencium
tangannya. Setelah selesai mencium tangannya aku terus mengangkat
kepalaku dan terus membuka kain telekung yang membaluti tubuh aku
ini.
Sejujurnya, aku tak tahu nak cakap apa. Terpegun,
terkedu, semua jenis 'ter' apabila mendengar doa Zamir tadi. Dalam
sengal si Zamir ni, ada juga perangai dia yang aku tak tahu.
Beruntungnya aku dapat dia menjadi suami aku. Tiba-tiba tak rasa
menyesal lah pula kahwin dengan Zamir malah rasa bangga dapat kahwin
dengan Zamir. Siapa yang pernah tinggalkan Zamir dulu memang bodoh
betul. Bodoh lepaskan lelaki sebaik Zamir. Aku cakap orang bodoh, aku
ni tak bodoh ke? Siap cakap nak bercerai lagi dengan Zamir lagi.
Bukan bodoh lagi dah, bangang pun ye jugak. Haih, semenjak aku kenal
Zamir ni, aku banyak sangat mencarut dengan kutuk dia. Dosa, free
free je aku dapat. Apa nak jadi lah dengan aku ni. Bertaubat lah
Nurin Aqisha, jangan buat perangai tak betul kau tu bila dah kahwin
ni.
Zamir bangun melipat sejadahnya diikuti dengan aku
melipat sejadah telekung yang dipakai oleh aku tadi.
“Sayang.” Tiba-tiba aku terdengar Zamir memanggil
diri aku. Dia menepuk-nepuk tilam empuk itu supaya aku duduk di
sebelahnya. Aku selesaikan melipat telekung di ampain lalu menuju ke
arahnya.
“Yes?” Soal aku setelah duduk di sebelahnya.
“Sayang tak rasa ke kita patut move on our
relationship?”
“What do you mean by that?” Soal aku lagi
dengan wajah yang pelik.
“I mean, kita jadi suami isteri dalam erti kata
yang sebenar? Berbaik macam pasangan dekat luar sana tu. Ada anak.
Boleh tak?” Pinta Zamir dengan suara yang lembut. Aku menelan air
liur perlahan-lahan. Alamak... aku nak cakap apa ni?
“Sayang?” Zamir menayangkan muka berharap.
Apa aku nak jawab ni? To be honest, I'm feel nothing!
“Boleh bagi masa dekat saya untuk berfikir tak? Ia
melibatkan masa depan saya Zamir.” Putus aku kepada Zamir.
Harap-haraplah dia setuju.
“How long should I wait for you?” Zamir
please jangan berharap sesuatu yang mungkin tak akan terjadi.
“Sampai perasaan tu datang sendiri. Saya tak boleh
paksa diri saya Zamir.” Balas aku pula.
Aku terdengar Zamir melepaskan keluhan yang berat.
Berdosakah aku? Aku rasa dah banyak dosa yang aku dah buat dekat
Zamir ni. Dengan gelarkan dia bermacam-macam perkataan, kutuk dia
tapi dia tetap sabar dengan aku. Kenapa perasaan tu tak hadir dekat
aku untuk dia? Apa yang kurangnya Zamir di mata aku ini? Zamir
terlampau sempurna sebenarnya. Aku menutup kesempurnaan dirinya
kerana aku tidak suka dipaksa kahwin dengannya. Ya Allah, buntunya
aku.
“Zamir kalau awak sayangkan saya, awak boleh tunggu
kan? Awak berdoalah supaya perasaan tu hadir dengan segera.” Aku
menghadiahkan sebuah senyuman kepada Zamir.
Aku tekad, aku akan cuba cintakan Zamir. Aku tak akan
sia-siakan peluang yang ada di depan mata aku ini. Tak akan aku nak
bercerai-berai dengan Zamir? Pasti ibu dengan ayah sedih.
Zamir membalas senyuman aku dan dia berkata, “Abang
akan tunggu sayang dan abang tak akan pernah berhenti doa supaya
Allah bukakan hati sayang untuk terima abang. Selagi abang masih
bernyawa di muka bumi Allah ini, abang tak akan pernah berhenti
berdoa sayang.” Zamir menggenggam jemari halus aku.
Aku membalas genggaman tersebut. “In Shaa Allah, akan
datang juga perasaan begitu.”
Zamir hanya menganggukkan kepala sahaja dan memberikan
aku senyuman yang manis.
“Saya nak mandi, maghrib pun dah nak masuk ni.” Aku
meleraikan genggaman tangan Zamir yang bertaut pada tangan aku tadi.
“Kalau kita mandi sekali boleh tak?” Soal Zamir
tiba-tiba. Bibirnya terukir senyuman nakal. Dah mula lah tu perangai
miang dia tu.
“What? Mandi sekali? No way!” Apa
kehal lah Zamir ni? Buang tabiat ke apa?
“Ala... jom lah mandi sekali. Dapat pahala tau sayang,
tak nak dapat pahala free ke?” Hamboi kau Zamir, kalau bab
macam ni tahu saja hukum pahala dosa ye? Miang keladi betul. Kata
Zamir dalam hatinya
“Memang lah saya nak dapat pahala free, tapi
saya tak bersedia lagi nak mandi sekali dengan awak.” Aku memang
tak bersedia 100% lah.
“Ala... yang...” Zamir sudah memuncungkan mulutnya.
Dah mai dah perangai manja dia ni.
“Tak payah nak muncungkan mulut awak tu lah Zamir, dah
serupa itik dah saya tengok. Daripada saya layan perangai awak ni,
lebih baik saya pergi mandi. Ada juga faedahnya. Lagi pun manghrib
pun dah nak masuk ni.” Aku terus bangun daripada duduk di sisi
Zamir lalu menuju ke arah ampaian untuk mengambil tuala.
Baru sahaja aku nak ambil tuala di ampaian, aku rasa
diri aku bagai di awangan. Aku lihat Zamir sedang mendukung aku.
“Apa awak buat ni Zamir?” Soal aku dengan wajah yang
cuak.
“Buat pahala, dah cepat ambilkan dua towel.
Cepat kita ambil cepatlah kita mandi.” Arah Zamir kepada aku.
“Oh no Zamir, I'm not ready yet.
Turunkan saya Zamir, please.” Rayu aku supaya Zamir
menurunkan aku dari dukungannya.
“Abang tak ada masa nak dengar rayuan sayang. Cepat
sikit sayang ambil towel tu.” Zamir memang tak akan dengar
rintihan aku ni.
“Please Zamir.” Aku tak berhenti lagi merayu.
“Ambil tuala tu sayang. Kalau sayang tak nak ambil
tuala tu tak apa. Kita keluar naked lah dari bilik air nanti.
Which one? Nak keluar bertuala ke, nak naked?” Soal
Zamir. Pergh... kalau aku keluar naked, memang Zamir terkam
aku agaknya. Nanti maghrib ke mana, isyak pun ke mana. Aduh.
“Yelah, saya ambil towel tu. Awak ni bukan
boleh di percaya sangat. Nanti tak pasal-pasal kita terbabas maghrib
dengan isyak nanti.” Aku terus mencapai towel di ampaian
setelah berkata begitu.
Zamir terus menghamburkan ketawa dengan kuat lalu
membawa aku menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri. Nasib
badan lah dapat suami miang macam ni.
No comments:
Post a Comment