Thursday, 26 March 2015

Qaseh Alana Bab 1

 



BAB 1

QASEH ALANA meliarkan pandangannya di sekitar bangunan yang mencanak tinggi itu. Dia sendiri tak sangka yang dia terpilih menjadi pekerja di syarikat yang gah ini. Qaseh Alana mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu. Sampai sahaja di meja penyambut tetamu, Qaseh Alana terus menegur penyambut tetamu tersebut.

“Selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik?” Soal wanita yang berumur dalam pertengahan 30-an itu.


“Selamat pagi. Saya datang nak lapor diri.” Jawab Qaseh Alana dengan senyuman yang lembut.

Oh, boleh saya tahu Cik ni siapa?”

“Nama saya Qaseh Alana. Akak boleh panggil saya Alana.”

Oh Cik Alana? Tengku sedang menunggu Cik Alana daripada tadi.” Terang wanita itu.

Seriously Tengku dah tunggu aku? Oh my god, mati lah aku.

Err... semalam saya dapat panggilan yang saya kena masuk pukul 9. Sekarang ni baru pukul 8.30 pagi.”

Wanita di hadapannya itu hanya tersenyum sahaja.

“Tengku tu punctual Cik Alana. Walaupun dia cakap pukul 9 kena datang sebenarnya setengah jam sebelum masa yang dia cakap tu, kita dah kena ada dekat depan mata dia.” Terang wanita itu.

What? Saya tak tahu pun.” Muka Qaseh Alana sudah cuak. Sudah lah hari ni baru hari pertama dia memulakan kerja, tak akan dah record buruk sebab datang lambat kot? Aduh mati aku, kata Qaseh Alana dalam hatinya

“Tak apa, hari ni kan hari pertama awak bekerja. Tengku tak akan menghukum pekerja yang baru pertama kali membuat kesalahan. Awak tak perlulah risau. Tengku tu baik. Peramah lagi. Bukan bos yang garang macam dalam drama atau novel-novel dekat pasaran tu.”

Qaseh Alana melepaskan keluhan lega.

“Dalam kita bercakap ni, saya tak tahu nama akak apa?”

“Panggil aje akak, Kak Sira. Kalau ada apa-apa Cik Alana boleh lah berjumpa dengan akak.”

“Kak Sira tak payah lah panggil saya Cik. Just call me Alana sahaja.” Qaseh Alana tersenyum-senyum.

“Baik lah Alana. Naik lah atas cepat, Tengku sedang tunggu Alana tu.”

Qaseh Alana menganggukkan kepalanya. Qaseh Alana mengorak langkah meninggalkan meja penyambut tetamu. Belum dia sampai ke lift, dia patah semula langkah dia menuju ke arah meja penyambut tetamu semula.

Ye Alana ada apa-apa yang akak boleh tolong ke?” Soal Kak Sira sambil mengangkat keningnya.

“Alana lupa nak tanya akak, tingkat berapa ye Alana nak kena naik?” Soal Qaseh Alana dengan wajah yang polos.

“Allahhu, akak lupa nak bagi tahu Alana. Alana naik tingkat 15 ye.”

Qaseh Alana menganggukkan kepalanya.

“Baik lah akak, terima kasih ye.” Tanpa membuang masa, Qaseh Alana berjalan laju menuju ke arah lift untuk naik ke tingkat 15. Kak Sira hanya tersenyum melihat gelagat Qaseh Alana itu. Dia tertarik dengan wajah mulus milik Qaseh Alana. Kalau siapa yang dapat memiliki Alana sebagai isteri, pasti untung. Siapa yang mempersiakan wanita sebaik Qaseh Alana itu, memang rugi lah lelaki itu.




TENGKU ASYTAR begitu khusyuk melakukan kerjanya tanpa menoleh ke arah jam walaupun sekilas. Sedang dia khusyuk membuat kerja, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Terjengul wajah Amani yang merupakan setiausaha sementaranya.

Yes Amani? Anything can I help you.” Soal Tengku Asytar. Dia meletakkan pen yang dia gunakan tadi di atas meja.

She's coming Tengku.”

Oh, send her in.” Arah Tengku Asytar.

“Baik Tengku.” Pintu bilik Tengku Asytar ditutup sebentar sebelum terkuak semula dan muncul wajah setiausahanya.

Tengku Asytar terpegun melihat wajah manis milik setiausaha barunya itu. Dengan kulit putih mulus, bibir merah merekah, alis mata yang cantik terbentuk, hidung mancung dan dia mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Cantik sungguh ciptaan Allah ini.

Tengku Asytaryang sedang berkhayal itu, terus berdehem. Dia tak nak terkantoi dengan setiausaha barunya.

Have a seat.” Tengku Asytar mempersilakan Qaseh Alana duduk di hadapannya.

Thanks Tengku.” Ujar Qaseh Alana perlahan setelah melabuhkan duduknya di hadapan lelaki itu. Dia menghadiahkan senyuman yang manis buat tatapan bosnya. Memang tak dinafikan, yang bos dia ini mempunyai wajah yang boleh memikat ramai wanita di luar sana. Sebelum dia masuk ke bilik lelaki ini, dia ada dengar yang bos dia ini sudah bertunang. Melepas lah dia untuk mengambil hati lelaki itu.

So, are you ready to become my secretary?” Soal Tengku Asytar sambil mengenggam tangannya di atas meja.

“In Shaa Allah, dah ready Tengku.” Balas Qaseh Alana lembut.

Tengku Asytar tersenyum mendengar jawapan daripada mulut kecil itu.

Before you start your work, can I know your name?” Tengku ni tak pandai cakap bahasa melayu ke? Daripada tadi aku ashik dengar dia speaking memanjang. Aku ni duduk dekat negara London ke Malaysia? Soal Qaseh Alana kepada dirinya.

My name is Qaseh Alana. It's up to you want to call me what.” Balas Qaseh Alana. Dia juga turut membalas dengan bahasa inggeris. Yelah, kot-kot Tengku ni tak pandai nak cakap bahasa melayu ke, dia cakap lah bahasa inggeris.

“Sedap nama awak. Sekejap ye, saya panggilkan Amani sebentar.” Tengku Asytar terus menekan intercom yang ada di atas meja dia. Dia mengarahkan Amani supaya mengemas meja yang wanita itu duduk tadi.

Lah... Tengku ni pandai cakap melayu rupanya, tapi kenapa daripada tadi ashik speaking aje? Maybe dia dah terbiasa speaking agaknya. Kata hati Qaseh Alana.

Pintu terkuak daripada luar dan masuk ke dalam. Amani menghadiahkan senyuman kepada Qaseh Alana. Qaseh Alana turut membalas senyuman manis daripada Amani itu.

“Amani, awak boleh kembali ke tempat awak semula. Cakap dekat Ahmad, thanks bagi pinjam secretary dia buat sementara waktu. Then, before awak keluar, awak tunjukkan tempat Cik Qaseh dan awak ajar dia sikit apa yang harus dia lakukan.” Terang Tengku Asytar kepada Amani.

“Baik Tengku, mari Cik Alana saya tunjukkan tempat Cik.” Qaseh Alana hanya mengikut langkah Amani menuju ke tempat yang harus dia duduki nanti.

Qaseh Alana masih berasa pelik dengan bosnya itu. Rasa janggal lah pula apabila lelaki itu memanggil dia Qaseh. Yelah, seumur hidup dia, tak pernah lagi orang panggil dia Qaseh. Kalau Alana tu sudah biasa lah sebab keluarga dia sendiri memanggil dia Alana. Tetapi rasa sedap lah pula menyapa halwa telinga dia apabila bosnya memanggil dia Qaseh. Terasa diri ini terlampau bermakna buat lelaki itu.

Sampai sahaja di meja kerjanya, Amani mengajar dia apa yang harus dia lakukan. Dia kena datang sebelum bosnya datang kerja. Dia harus sediakan kopi kurang manis buat lelaki itu dan jangan sesekali mengemas meja lelaki itu. Pelik, selalunya seorang secretary akan mengemas meja bosnya sebelum bosnya masuk kerja tapi bos dia ni, memang tak suka orang menyentuh meja dia. Malas hendak panjangkan cerita, Amani hanya mengikut sahaja apa yang di suruh dan apa yang dilarang oleh Amani.

Selesai menerangkan apa yang patut, Amani terus berlalu pergi daripada tempatnya. Cantik juga bilik kecil dia ni. Tak sangka secretary ada bilik, setahu dia secretary hanya duduk di luar dan tidak mempunyai bilik tapi di syarikat ini, seorang secretary di berikan bilik khas yang berdekatan dengan bilik bos. Sungguh beruntung diri dia sebab dapat bekerja di syarikat terkemuka di Kuala Lumpur ini. Qaseh Alana terus melakukan kerja yang diajar oleh Amani sebentar tadi.




SEDANG Qaseh Alana leka membuat kerja, tiba-tiba pintu bilik dia terkuak dari luar. Qaseh Alana memanggung kepala dia dan kepala Tengku Asytar terjengul daripada pintu biliknya itu. Qaseh Alana bangun daripada duduknya dan menunduk sedikit kepada Tengku Asytar.

“Eh kenapa awak menunduk macam tu?” Soal Tengku Asytar dengan wajah yang pelik. Dia masuk ke dalam bilik setiausahanya itu lalu melabuh duduk pada kerusi yang ada di hadapan meja itu.

Qaseh Alana menggaru perlahan kepalanya yang dibaluti oleh tudung itu. “Tak boleh ye Tengku?” Soal Qaseh Alana dengan wajah yang polos.

Bibir Tengku Asytar terukir senyuman sinis melihat gelagat secretary nya itu. Dia mengusap-usap dagunya yang mempunyai janggut nipis. Terhibur pula dirinya apabila melihat gelagat setiausahanya itu. Tak pernah lagi orang menunduk apabila berjumpa dengan dia. Mungkin dia ni terpengaruh dengan drama melayu apabila seorang pekerja berjumpa dengan bosnua pasti mereka akan menunduk.

“Saya ni bukannya Raja sampai awak nak menunduk apabila awak jumpa saya. Walaupun pangkal nama saya ada Tengku, tak bermakna awak akan buat macam tu dekat saya Qaseh. Duduk lah, yang awak berdiri tu kenapa?”

Qaseh Alana terus melabuhkan duduknya semula. Dia memandang ke arah Tengku Asytar yang turut memandang ke arahnya.

“Ada apa ye Tengku masuk bilik saya ni?” Qaseh Alana menyoal Tengku Asytar lembut. Bibirnya sentiasa tersenyum. Bak kata umi dia, senyum lah selalu sebab senyum ni kan sedekah. Jadi sebab itu dia selalu tersenyum apabila berjumpa dengan orang. Tak kisah lah kenal atau tidak, dia tetap mengukirkan senyuman buat mereka.

“Saja saya nak melawat bilik setiausaha saya ni. So how kerja dekat sini, seronok?”

“Boleh lah.”

“Boleh lah? Tak seronok ke?” Soal tengku Asytar terus.

“Eh tak, bukan macam tu Tengku. Saya ni kan baru saja start kerja hari ni. Jadi nak kata seronok atau tidak tu saya tak pasti lagi, jadi saya cakap lah boleh lah he he he.”

Tengku Asytar ketawa kecil mendengar kata-kata setiausahanya itu. Terlampau jujur sangat apabila bercakap.

“Awak ni memang suka bercakap jujur ke?”

“Ha'ah Tengku. Umi saya kata, tak baik kita menipu walaupun tipu sunat.”

Tengku Asytar ketawa lagi. Kali ni ketawa dia kedengaran kuat. Aku ada buat lawak ke? Qaseh Alana soal kepada dirinya sendiri.

“Saya ada buat lawak ke Tengku?”

Tengku Asytar mengangguk-anggukkan kepalanya. Qaseh Alana menggaru-garu kepalanya lembut yang dibaluti dengan tudung itu. Apa pula yang aku buat lawak ni? Monolog Qaseh Alana sendiri.

“Awak ni terlampau jujur lah Qaseh.”

“Salah ke saya jadi seorang yang jujur Tengku? Umi saya kata tiada istillah tipu dalam hidup kita walaupun tipu sunat. Orang zaman sekarang ni aje yang selalu menggunakan perkataan tipu sunat tu. Tipu sunat tu tipu lah jugak, tetap dapat dosa bukannya dapat pahala. Saya ni bukanlah selalu jujur. Kadang-kadang saya malas nak cakap jujur, sebab kejujuran ni sangat menyakitkan kalau ia melibatkan tentang perasaan, betul tak Tengku?”

Tengku Asytar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dia suka dengan setiausaha dia ni. Tidak cepat melatah. Kalau orang mengata dia atau mengutuk dia, agak-agaknya dia ni ashik tersenyum aje kot. Monolog Tengku Asytar sendiri

“Betul lah tu. Awak tak nak keluar lunch ke Qaseh?”

Lunch?” Qaseh Alana melihat jam di tangan kirinya. Jarum pendek menunjukkan pukul sebelas manakala jarum panjang menunjukkan pukul empat. Sekarang ni waktu lunch ke? Detik Qaseh Alana sendiri.

Tengku Asytar menganggukkan kepalanya.

“Sekarang ni waktu lunch ke Tengku?”

Yup.”

“Dekat syarikat ni waktu lunch pukul berapa?”

“Waktu lunch dekat syarikat ni pukul 12 sampai lah pukul 2. Waktu balik pula pukul 5.30 petang. Waktu masuk kerja pula pukul 8.30 tapi selewat-lewatnya pukul 9. Saya tak suka pekerja saya tak menepati masa dan suka melengah-lengahkan masa. Sebab masa tu kan emas. Masa tak mengejar kita tapi kita yang mengejar masa. Ingat tu Qaseh.” Pesan Tengku Asytar kepada Qaseh Alana. Qaseh Alana tersenyum dan mengingat kata-kata lelaki itu. Dia mungkin kena datang awal setengah jam daripada apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Sebab bak kata Kak Sira, Tengku Asytar ni seorang yang punctual. Jadi, dia tidak boleh lah datang selepas lelaki itu datang kerja. Mahu dia kena tendang daripada syarikat ini.

“Saya ingat Tengku.”

“Awak nak pergi lunch tak?”

Qaseh Alana menggelengkan kepalanya.

“Saya tak pergi lunch.”

“Kenapa tak pergi? Diet ke?” Ujar Tengku Asytar sambil tersenyum sinis.

Qaseh Alana yang melihat senyuman sinis Tengku Asytar itu hanya tersenyum nipis sahaja. Begitu lah pemikiran manusia, kalau orang tak nak keluar makan aje, pasti mereka akan mengatakan yang kita ini diet. Bila lah pemikiran manusia ni nak berkembang. Selalu sangat kebelakang. Orang lain yang daripada negara yang maju semua dah naik ke bulan, kita ni baru saja nak baiki jet untuk naik ke bulan.

“Asal orang tak nak makan kenapa mesti dikaitkan dengan diet ye Tengku?”

“Orang perempuan, diet dengan mereka mana boleh dipisahkan. Mereka nak jaga badan daripada menjadi gemuk sebab itu mereka selalu diet.” Jawab Tengku Asytar bersahaja.

Kali ni senyuman yang terukir pada bibir Qaseh Alana bertukar sinis. Elok sahaja dia tersenyum manis terus bertukar menjadi sinis.

“Saya tak faham dengan manusia sekeliling ni, asal perempuan tak nak keluar makan aje pasti dikaitkan dengan diet. Tengku, tak semua perempuan kalau tak nak keluar makan tu dia diet. Mungkin dia tak sesuai untuk makan tengahhari dan mungkin juga dia ada bawa bekal daripada rumah, betul tak?” Balas Qaseh Alana sinis.

Tengku Asytar terkedu apabila disindir oleh setiausahanya itu.

“Awak menyindir saya ke Qaseh?” Tengku Asytar mengecilkan matanya ke arah Qaseh Alana. Tetapi Qaseh Alana tidak pedulikan akan pandangan daripada majikannya itu.

“Tengku rasa tersindir ke?”

Tengku Asytar bertambah terkedu mendengar soalan Qaseh Alana itu. Dia membetulkan sedikit cara duduknya itu.

“Pandai betul awak menyindir saya kan Qaseh?” Soal Tengku Asytar dengan wajah yang serius.

“Saya tak rasa macam saya menyindir Tengku pun.” Dalih Qaseh Alana.

“Habis tu awak apa?”

“Saya apa, apa?”

“Sudah lah, saya nak keluar ni. Saya tahu awak diet. Saya nak pesan dekat awak, tak perlu lah awak diet sebab badan awak tu bukannya gemuk tapi badan awak tu dah kurus. Lain lah kalau awak nak jadi anorexia.” Kali ni Tengku Asytar menyindir Qaseh Alana pula.

Qaseh Alana hanya tersenyum apabila disindir oleh lelaki yang telah membuat dia cair masa dia berjumpa dengan lelaki itu pagi tadi. Dia akan cuba buang perasaan suka dia kepada lelaki itu. Lelaki itu sudah bertunang. Dalam hidup dia, tak ada istillah perampas. Dia tak suka merampas hak orang sebab dia takut orang akan merampas hak dia.

“Terpulanglah apa yang Tengku nak cakap mengenai saya. Saya ni tak suka diet. Saya juga tak suka membazirkan duit saya makan dekat luar. Jadi saya rajinkan diri saya masak untuk makan tengahhari. Tengku kena ingat tak semua perempuan suka berdiet.” Ujar Qaseh Alana dengan suara yang perlahan. Dia mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi dan ikan goreng itu. Dia bukan lah orang senang yang boleh makan di tempat yang mewah. Dia hanya anak seorang buruh. Keluarga dia juga bukan lah dari kalangan keluarga yang kaya. Dia tahu umi dan abah dia serta adik-beradik dia yang ada di kampung itu makan hanya sekadar untuk mengalas perut sahaja. Jadi dia bertekad datang ke Kuala Lumpur untuk mencari duit dan diberikan kepada umi dan abahnya yang ada di kampung itu. Dia tak sanggup melihat orang yang di sayang makan hanya untuk mengalas perut. Dia ingin memberi keluarga dia makan makanan yang enak. Yang mereka tak pernah rasai sebelum ini.

Tengku Asytar terkejut melihat bekal yang di bawa oleh Qaseh Alana itu. Dari biasan matanya, dia dapat melihat isi yang ada di dalam bekas yang lutsinar itu. Hanya ada nasi dan ikan goreng sahaja. Kenyang ke kalau makan macam tu aje, kata Tengku Asytar kepada dirinya sendiri.

“Awak makan tu aje Qaseh?”

Qaseh Alana tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

“Kenyang ke?” Soal Tengku Asytar lagi.

“Kenyang Tengku. Ini lah lauk saya setiap hari. Mungkin bagi Tengku lauk saya ni tidak mengenyangkan tapi bagi saya ini lah lauk yang telah memberi saya tenaga sampai sekarang. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada Tengku. Tak mati pun kalau makan lauk macam ini.” Balas Qaseh Alana lembut.

Tengku Asytar makin berasa terpukul mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut gadis itu. Dia berasa yang Qaseh Alana itu sedang menyindir diri dia daripada tadi.

“Awak ni suka menyindir orang ke Qaseh?”

“Tak lah Tengku.”

“Tapi saya rasa tersindir dengan ayat yang keluar daripada mulut awak itu.” Jujur Tengku Asytar membalas.

“Bak kata pepatah melayu, siapa yang makan cili terasa pedasnya. Tengku ada termakan cili ke sampai terasa pedasnya itu?” Soal Qaseh Alana sambil menghadiahkan senyuman yang cukup sinis buat lelaki itu.

“Saya tak pernah jumpa lagi dengan pekerja yang suka menjawab cakap saya ni.”

Qaseh Alana ketawa kecil. Dia menyandarkan dirinya di kerusi yang dia duduki daripada tadi. Setelah ketawa, Qaseh Alana menghadiahkan senyuman yang manis buat bosnya tatapan itu.

“Kalau orang menyoal kenapa mesti saya tidak menjawab kan? Tak akan lah saya nak biarkan soalan yang diberikan kepada saya tak dijawab begitu saja. Kesian mereka menantikan jawapan daripada saya.”

Tengku Asytar benar-benar berasa terpukul dengan ayat-ayat Qaseh Alana kali ni. Dia sangkakan yang pekerja dia ini seorang yang pendiam dan tidak suka menjawab, rupa-rupanya sangkaannya pagi tadi meleset sama sekali. Qaseh Alana ini seorang yang tegas dan suka menegakkan pendiriannya. Dia tidak suka orang merendah-rendahkan diri dia sebegitu rupa.

“Awak tahu tak kalau orang yang menjawab ni sebenarnya dia seorang yang kurang ajar.”

Senyuman manis masih lagi terukir pada bibir Qaseh Alana.

“Tahu, tapi tak semuanya apabila kita menjawab kita digelar kurang ajar. Kalau orang mengata diri kita, tak akan kita hanya nak diam tanpa membalas. Orang macam tu sebijik macam orang yang tak ada pedoman hidup. Dengar aje apa yang orang nak cakap pasal kita. Allah bagi kita mulut suruh kita bercakap bukannya suruh kita diam. Ye saya tahu, suara bagi seorang perempuan itu aurat. Di Malaysia, kita di beri hak untuk bersuara, kenapa mesti saya tak nak menjawab apa yang Tengku soalkan kepada saya kan?” Jawab Qaseh Alana dengan suara yang tegas.

Tengku Asytar menjeling tajam ke arah Qaseh Alana yang ada di hadapannya itu. Dia harus menjaga kata-kata dia apabila dia ingin bercakap dengan setiausahanya itu selepas ini. Sekali bercakap, memang berasap telinga dia ni mendengarnya. Tunang dia sendiri tak berani nak cakap macam itu kepadanya. Hanya perempuan yang ada di hadapannya ini sahaja yang berani menegakkan kebenaran. Sungguh dia berasa tercabar dengan perempuan yang ada di hadapannya sekarang ini.

“Saya nak keluar dulu, awak makan lah makanan awak tu.” Tengku Asytar ingin keluar segera daripada bilik setiausahnya itu. Dia berasa panas apabila berlama-lama di dalam bilik tersebut.

“Baik lah Tengku. Maafkan saya kalau Tengku ada terasa dengan kata-kata saya tadi.” Qaseh Alana memohon maaf kepada majikannya itu.

Hmm.” Tengku Asytar terus melangkah keluar daripada bilik Qaseh Alana.


Qaseh Alana hanya memandang langkah majikannya yang keluar daripada biliknya itu. Maafkan saya Tengku, saya terpaksa bercakap macam tu sebab saya nak buat Tengku bencikan saya. Saya tak nak ada perasaan kepada Tengku. Saya tak tega untuk merampas hak orang. Saya sedar diri saya yang miskin ini tidak layak bergandingan dengan orang yang berduit seperti Tengku. Saya juga tak suka Tengku memperlekehkan saya seperti mana perempuan yang Tengku pernah jumpa dan temui sebelum ini. Saya tak sama seperti mereka. Saya akan makan jika saya lapar dan saya tak akan makan jika saya dah kenyang, kata Qaseh Alana dalam hatinya. Qaseh Alana melepaskan keluhan yang lemah. Dia membuka bekal makanan dia perlahan-lahan. Dia tersenyum melihat isi yang ada di dalam bekas makanan itu. Sebelum menyuap nasi ke mulut, dia membaca basmalah lalu memulakan makan. Dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya pada hari ini. Sangat bersyukur.

No comments:

Post a Comment