Thursday, 12 February 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 1



BAB 1

DIA yang bernama Rosalinda Adina binti Ramlan. Semua orang memanggilnya Rose. Dia juga merupakan seorang wanita yang mempunyai cita-cita yang menyerupai lelaki. Adakah menyerupai lelaki kalau bercita-cita ingin menjadi seorang penyiasat as known as spy? Ah... dia peduli apa, apa yang dia tahu, cita-cita dia mesti tercapai meski pun di halang dan ditentang keras oleh keluarganya. Bagi mengelakkan keluarganya tahu dia merupakan seorang penyiasat, dia bertekad untuk mengikut arahan ibu bapanya menjadi seorang pekerja yang hanya duduk di office sahaja.

Dia merupakan seorang kerani atau tak nak diperlekehkan oleh masyarakat, dia merupakan seorang pembantu tadbir. Dia bekerja di syarikat yang terkemuka di Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Semakin hari dia berasa semakin penat bekerja dengan sesuatu pekerjaan yang dia tidak minati. Apa yang dia tahu, dia harus bekerja juga di syarikat tersebut untuk mengaburkan mata keluarganya akan pekerjaannya sebagai seorang penyiasat.

Rose memakirkan keretanya di garaj yang ada di rumah sewanya yang di sewa bersama-sama sahabat karibnya semasa di sekolah dahulu.

Tiba-tiba Rose ditegur oleh Aira.

“Lambat kau balik hari ni Rose. Banyak sangat kerja ke?”

“Apa yang lambatnya Ai, aku balik macam biasa lah. Kau tu aje yang balik awal hari ni, sebab tu kata aku balik lambat.” Jawab Rose lalu membawa barangnya masuk ke dalam rumah dan diletakkan di atas sofa yang ada di ruang tamu tersebut. Rose duduk di atas sofa tersebut untuk melepaskan lelahnya.

“Aku balik awal hari ni pun sebab dah habis on call. Jangan lah perli aku.” Aira merebahkan duduknya di sebelah Rose.

“Ye lah Ai, aku malas nak bergaduh dengan kau.” Ujar Rose dengan mata yang tertutup.

“Bila masa pulak kita bergaduh ni?” Soal Aira dengan wajah yang pelik.

“Kita tak gaduh eh?” Rose pulak menyoal dengan muka yang blur. Disebabkan dia terlampau penat, semua benda dia nak merapu.

“Kau penat sangat ni Rose, sampai merepek dengan aku. Dah lah pergi naik atas mandi. Dah segar tu, turun bawah dinner sekali. Aku dah masak dah tadi masa balik dari hospital.” Arah Aira.

Tanpa membuang masa lagi, Rose terus mengambil barang-barangnya di atas sofa tersebut dan berlalu naik ke atas. Dalam fikiran dia, dia hanya memikirkan katil empuk yang ada di dalam biliknya. Tapi disebabkan Aira dah masakkan dinner untuk mereka malam ni, dia terpaksa jugak turun bawah untuk dinner sekali bersama Aira. Minah tu, kalau dia tak turun makan sat lagi, ada jugak yang merajuk tak nak bercakap dengan dirinya karang. Lebih baik dia ikut saja arahan Doktor Pakar Sakit Puan tersebut.

Rose terus meletakkan barang-barang yang di bawanya tadi ke atas sofa yang ada di dalam bilik tersebut. Dia terus mencapai tuala yang tergantung di ampaian di tepi bilik airnya lalu menuju ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah lima belas minit membersihkan diri, dia terus menuju ke wardrobe untuk memilih baju. Dia mengenakan t-shirt guess berwarna biru dan short pants berwarna hitam. Duduk rumah aje kan? Lagi pun dia duduk dengan perempuan, kalau dengan lelaki jangan harap lah dia nak pakai pakaian macam ni walaupun dia tidak memakai tudung seperti orang lain. Memang tempah maut lah namanya. Setelah selesai memakai baju, dia terus menunaikan solat maghrib sebelum turun ke bawah.




ROSE, aku nak cakap sikit dengan kau ni.” Aira bersuara tiba-tiba.

Setelah selesai makan bersama dan mengemas meja, kami berdua meluangkan masa bersama menonton televisyen untuk merehatkan badan dan fikiran. Penat bekerja masih tak hilang lagi.

Oh cakap lah.” Jawab Rose dengan mata yang menghalakan ke arah tv. Cerita favorite dia, memang dia tak tengok lah ke arah Aira.

“Kau rasa kita patut berhenti tak jadi spy ni?” Oh lupa nak cakap, Aira ni pun seorang spy cuma dia ni jarang turun padang. Ye lah, kerja sebagai doktor memang terikat dengan on-call aje lah.

“Aku tak rasa kita patut berhenti. This is our passion, Ai. Tak akan kita nak berhenti macam tu aje.” Terang Rose kepada Aira.

“Nanti kalau kita dah kahwin, tak akan still nak jadi penyiasat kot?” Haih, dah masuk bab kahwin lah pulak minah ni.

“Aku nak tanya kau sikit ni.” Soal Rose pulak.

Go ahead.

Steady boyfriend kau siapa?” Dah kenapa Rose tanya pasal boyfriend aku pulak ni? Tak akan tak kenal kot dengan boyfriend aku. Detik Aira sendiri.

“Amran lah. Kau ni kenapa? Amnesia ke? Aku tak dapat nak ubatkan kau, sebab aku ni kerja sebagai doktor pakar sakit puan je.” Jawab Aira pula. Dia memandang pelik ke arah kawan baiknya itu.

Rose terus mengetuk kepala Aira dengan bantal empat segi yang ada di dalam pelukannya tadi. Memandai saja minah ni cakap aku Amnesia, bisik hati Rose dengan geram.

“Kau ni dah pahal? Aku tak Amnesia lagi lah.” Balas Rose dengan geram. Dia menjeling Aira yang duduk di sisinya itu.

Aira masih menggosok-gosok kepalanya lagi. Sengal lah minah ganas ni, agak-agak lah kalau nak ketuk aku pun. Jangan lah ketuk dekat kepala, ketuk dekat peha ke tangan ke aku masih terima lagi. Patut lah sampai sekarang tak ada steady boyfriend. Kutuk Aira di dalam hati.

“Kalau kau tak Amnesia tak akan kau tanya aku soalan pelik pasal siapa boyfriend aku kot.” Aira membalas dengan mencubit lengan kanan Rose.

Rose mengusap-usap lengan kanannya itu. Cubit macam ketam, nasib baik Amran tu boleh tahan dengan kau. Kalau tak tahan, aku rasa dah lama si Amran tu tinggalkan kau, Ai. Kutuk Rose dalam hati.

“Ye lah, aku yang salah.” Rose mengalah sahaja dengan Aira ni. Budak Aira ni sepatutnya masa dekat UK dulu ambil course Law, dah lah kuat membangkang lepas tu suka memutar-belitkan cerita. Tapi macam mana boleh tersesat ambil course perubatan masa dekat UK dulu, aku pun tak tahu. Aku ni pun, harap aje ada ijazah Sains Kemanusiaan dari luar negara tapi boleh pulak tersesat jadi kerani cabuk, mahu tak berleter orang tua dekat rumah tu. Kata Rose sendiri dalam hati.

“Aku nak tanya kau ni, kenapa tiba-tiba kau tanya pasal Amran pulak ni?” Tak habis lagi ke? Aku ingatkan bila aku dah mengalah, dia boleh lah change topic. Tapi boleh pulak dia tanya lagi. Memang dia ni layak jadi lawyer. Kata Rose dengan geram dalam hati

“Tak, aku saja tanya, boyfriend kau tu kerja apa?”

“Eish kau ni, Amran kan spy macam kita jugak. Cuma dia full time spy, kita ni part time spy je. Dah kenapa pulak tanya pasal kerja Amran ni?” Soal Aira dengan pelik. Minah ni dah kenapa?

“Kau nanti nak kahwin dengan siapa?” Soalan yang diberikan oleh Rose itu, membuat Aira bertambah rasa pelik lagi.

“Mestilah dengan Amran, tak akan aku nak kahwin dengan orang lain pulak. Memang menangis tak berlagu lah Amran tu nanti.” Jawab Aira.

“Jadi, kalau kau kahwin dengan Amran, kau rasa dia izinkan kau jadi spy tak?” Erk? Tercekik pulak aku dengan soalan Rose ni.

“Mestilah dia izinkan. Tu kan minat aku.” Jawab Aira dengan yakin

“Ye ke dia izinkan?” Rose mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

“Ye lah.”.

Okay, jadi kalau lepas kahwin nanti, kau terus aje lah jadi penyiasat. Kalau kau dah ada anak, tak apa lah kalau kau nak bersara jadi penyiasat. Ada faham?” Rose menerang kepada Aira.

Okay aku faham. Bijak jugak kau ni kan.” Puji Aira kepada aku.

“Ala, aku biasa-biasa aje lah.” Balas aku dengan rasa rendah diri.

Dalam hati dah kembang setaman bila Aira puji, hi hi hi.

“Eh, lupa aku nak bagi tahu kau...”

“Bagi tahu apa?” Rose terus menjawab tanpa sempat Aira menghabiskan kata-katanya.

“Kau ni kan, bagi lah aku habis cakap dulu.” Aira terus memukul lengan kanan Rose kerana geram dengan perangainya yang tak reti sabar itu.

Okay, sorry sorry.” Rose terus tersengih dengan kealpaannya.

“Amran bagi tahu aku tadi, hari sabtu ni kita berkumpul dekat tempat biasa. Ada job baru.” Yes finally ada jugak job baru. Nak dekat dua bulan tak ada job selepas kes seludup senjata dari negara jiran masa hari tu.

Oh really? Ni yang buat aku suka ni. Rindu nak menyamar, ha ha ha.” Best bila buat undercover operation. Sebab time tu memang bebas nak menyamar jadi apa-apa.

“Ha'ah. Aku pun sama Rose.” Jawab Aira dengan teruja juga.

“Kau on call tak time tu?” Soal Rose. Harap-harap minah ni tak on call, desis hati Rose.

“Aku tak on call time tu, don't worry. Aku dah lama tak undercover dengan korang semua.” Balas Aira. Dia berasa teruja kerana dia tidak perlu bersengkang mata untuk bekerja pada hari tersebut.

“Bagus lah kalau macam tu. Okay lah aku nak naik atas ye. Nak tidur. Esok ada meeting. Night kawan.” Rose terus bangun menuju ke tingkat atas untuk tidur.

Kerja sebagai kerani pun ada meeting ye? Apa lah nasib.




ROSE melangkah masuk ke dalam IF Holding dengan tergesa-gesa. Kalau tak fikirkan ada meeting pagi ni, dia memang tak akan masuk office seawal pagi dengan tergesa-gesa macam ni. Apa yang mustahak sangat sampai ada meeting yang melibatkan dia pun, dia sendiri tak tahu.

Morning Rose, kenapa tergesa-gesa sangat ni? Ada apa-apa ke?” Tiba-tiba Rose ditegur oleh Kak Bad yang merupakan penyambut tetamu di syarikat ini.

Morning Kak Bad. Macam mana lah Rose tak tergesa-gesa. Semalam, tiba-tiba Rose dapat arahan dari orang atasan yang Rose kena attend meeting pagi ni. Tak pernah-pernah pulak Rose yang kerja sebagai kerani ni kena attend meeting.” Terang Rose kepada Kak Bad.

“Mungkin ada hal yang mustahak kot sampai Rose kena attend meeting. Apa-apa pun, good luck ye Rose.” Pesan Kak Bad.

“Baik lah Kak Bad. Okay lah, Rose naik atas dulu ye.” Rose terus menuju ke arah lift dan menekan button yang menunjuk arah ke atas itu.

Setelah lift terbuka, Rose cepat-cepat masuk ke dalam perut lift dan menekan button nombor enam di tepi lift tersebut. Belum sempat lift tertutup, tiba-tiba Rose terdengar suara orang yang menyuruh dia menahan lift tersebut. Rose cepat-cepat menekan button buka lift itu. Orang itu terus masuk ke dalam perut lift dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tak nak tekan button ke mamat ni? Ke dia nak naik tingkat yang sama dengan aku? Ah lantak lah, aku peduli apa. Monolog Rose di dalam hati.

“Cik, boleh tekan button nombor tujuh tak?” Arah lelaki itu kepada Rose. Ingatkan tadi sama tingkat dengan aku. Tanpa membuang masa, Rose terus menekan button nombor tujuh yang ada di bawah button nombor lima.

Lift berhenti di tingkat enam dan aku terus keluar dari perut lift. Tapi belum sempat dia melangkah keluar, dia ditahan oleh lelaki tersebut.

“Ye encik, ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?” Soal Rose kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya menidakkan kata-kata Rose itu.

“Terima kasih kerana tahan lift untuk saya tadi.” Lah... pasal tu je ke? Ha ha ha, kalau orang lain pun mesti akan buat benda yang sama macam dia.

Small matter encik. Tak perlu nak berterima kasih rasanya.” Balas Rose kepada lelaki tersebut.

“I Imran, nice to meet you.” Imran menghulurkan tangannya kepada Rose. Rose tidak menyambut huluran tangan tersebut.

Imran yang lihat Rose tidak menyambut huluran tangannya, dia terus menarik tangan kanannya itu.

“Rosalinda Adina. Okay I got to go. Nice to meet you too.” Setelah berkata begitu, Rose terus masuk ke dalam officenya.

She are so beautiful & the most importantly, dia macam tak mudah untuk di dekati.” Guman Imran sendiri. Dia terus menekan button untuk menutup lift tersebut.




ROSE terus duduk di tempatnya untuk melepaskan lelah selepas berkejar naik ke atas tadi. Siapa mamat tadi? Dan buat apa dia naik tingkat tujuh? Bukan tingkat tujuh bilik meeting ke? Tak pernah nampak lah pulak mamat tu dekat office sebelum ni. Pekerja baru ke? Argh malas lah aku nak fikir, buat pening kepala aku je. Kata Rose sendiri di dalam hatinya. Dia membuka komputer yang tersedia di atas mejanya dan mula membuat kerja.

Hi Rose, awal you datang hari ni” Tiba-tiba Rose ditegur oleh Dahlan. Dia memalingkan wajahnya yang sedang menghadap komputer itu kepada lelaki tersebut. Pagi-pagi dah sebuk nak jual minyak, kutuk Rose dalam hati

Isn't a problem if I came early to you, Mr. Dahlan?” Rose mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain kepada Dahlan. Sebuk betul lah mamat ni, aku dah tak suka tu tak payah lah nak tayang muka dekat sini. Kata Rose dengan geram dalam hati.

“Tak ada lah, I pelik tiba-tiba you datang awal hari ni. Mimpi apa semalam?” Perli Dahlan sambil tersenyum sinis ke arah Rose.

Dia memandang ke arah Rose yang mengenakan baju kurung bewarna merah jambu itu. Rambutnya yang panjang paras bahu itu di biarkan lepas begitu aje. She are so perfect to me, desis Dahlan dalam hati. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah cantik milik wanita di hadapannya itu.

“Aku rasa, tak ada kena mengena dengan kau kalau aku datang lambat atau cepat kan?” Kau ingat kau sorang je boleh balas sinis? Aku pun boleh balas sinis lah. Kata Rose sendiri. Dia menjeling lelaki di hadapannya itu dengan perasaan yang meluat.

Okay then. Kau ingat kau cantik sangat nak sombong-sombong dengan aku?” Dahlan membalas dengan rasa tidak puas hati.

Mulut kata tak cantik tapi hati mengiyakan kecantikkan yang dimiliki oleh wanita itu. Argh susah betul nak pikat hati wanita itu, rengus Dahlan perlahan. Mata dia tidak boleh memandang ke arah lain selain memandang ke arah wanita itu.

“Kalau aku tak cantik, kenapa kau melamar aku jadi girlfriend kau dulu?” Terus terdiam Dahlan apabila mendengar Rose berkata begitu.

Ye dia sedar, dulu dia memang pernah melamar wanita itu menjadi teman wanitanya tapi wanita itu menolak mentah-mentah lamarannya itu. Dia berasa tercabar kerana wanita itu langsung tidak terpikat dengan wajah yang dimiliki olehnya. Kalau perempuan lain, baru sahaja dia melutut, terus menerima lamarannya itu.

“Dasar perempuan sombong. Dah lah perasaan. Kau ingat aku ni terdesak sangat nak terima diri kau tu ke?” Rose hanya membuat bodoh sahaja apabila mendengar Dahlan berkata begitu kepadanya. Api jangan di balas dengan api. Biar lah si Dahlan tu cakap sorang-sorang. Dia malas nak melayan mulut puaka dan cabai macam dia tu. Buat sakit hati dia aje.

Harap aje lelaki, tapi mulut kalah minah kepoh dekat office ni. Minah tu kalau aku sound tahu lagi nak diam, kalau Dahlan ni, kirim salam lah, lagi dia bercakap tak berhenti-henti ada lah. Kutuk Rose di dalam hati.

Rose terus mengambil peralatan untuk meeting nanti. Lebih baik aku blah daripada sini, ada jugak yang breakfast makan wedges empat inch aku nanti pulak.

Rose bangun dari duduknya dan melangkah pergi menuju ke bilik mesyuarat. Dia meninggalkan Dahlan yang duduk di hadapan mejanya tadi.

No comments:

Post a Comment