AKHIRNYA bulan depan aku akan bernikah dan sekaligus menjadi isteri kepada lelaki yang aku cinta dari umur aku 16 tahun lagi. Macam tak percaya pula yang aku akan kahwin nanti.
Tapi sampai sekarang aku masih ragu-ragu, betul ke keputusan aku ni? Huh
Nasib baik hari ni aku off, kalau tak dari hari rabu aku ashik on call je. Tak apa Danisha, ni cita-cita kau, tak akan tak sanggup nak berkorban pula kan?
Tiba-tiba aku terdengar deringan telefon. Aku melihat siapa yang membuat panggilan. Oh Rafiq rupanya. Tanpa membuang masa lagi, aku terus menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum." Aku terus memberi salam setelah panggilan di jawab.
"Waalaikumusalam."Balas Rafiq.
"Ada apa awak call saya ni?" Soal aku kepada Rafiq.
"Salah ke saya call bakal isteri saya ni?"
"Tak salah lah, cuma pelik je." Balas aku dengan sinis.
"Pandai awak nak perli saya ye." Ujar Rafiq.
"Bila masa pula saya perli awak ni Rafiq." Balas aku lagi.
"Oh tak perli eh? I thought awak nak perli saya."
"Mana ada lah, actually apa tujuan awak call saya ni?" Soal aku dengan soalan yang sama.
"Tujuan saya call awak ni, nak ajak awak pergi beli cincin dan pergi butik kawan mama saya untuk nikah kita nanti. Ye lah, lagi 3 minggu kita nak kahwin kan?" Oh patut lah.
"Oh boleh je, esok saya tak on call. Apa kata kita pergi esok?" Alang-alang off duty ni, pergi je lah siap kan apa yang patut.
"Bagus lah tu, esok saya jemput awak ye?"
"Okay saya tak kisah, pukul berapa nak pergi?" Soal aku lagi
"Around pukul 10 saya datang jemput awak." Okay lah tu.
"Baik lah." Balas aku.
"Okay lah awak, saya ada kerja ni. Jumpa esok." Rafiq terus meletakkan panggilan tersebut.
Aku hanya mampu melepaskan keluhan sahaja.
Awak dah berubah Rafiq...
**********
AMSYAR yang baru turun, terus menuju ke arah Puan Sri Syarifah Aminah yang sedang menonton televisyen.
"Hi umi, tengok cerita apa ni?" Soal Amsyar yang sedang duduk di sebelah Puan Sri Syarifah Aminah.
"Umi tengah tengok Masterchef Korea ni."
"Yang Korea punya pun jadi ye umi." Puan Sri Syarifah Aminah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata naknya itu
"Biasa lah Am. Am, umi nak cakap sesuatu dengan Am ni." Aik umi ni, macam ada something je ni.
"Apa dia umi?" Soal Amsyar pula.
"Am tahu kan, yang ada tiri Am tu nak kahwin lagi 3 minggu?" Amsyar menayangkan muka terkejutnya. Laku jugak budak tu ye.
"Am tak tahu pulak. Siapa yang malang dapat dia tu?" Soal Amsyar dengan sarkastik.
"Tak baik tahu kamu cakap macam tu. Umi dah tengok budak tu, baik je dia cantik pula tu. Dia bukannya orang kaya macam kita, dia cuba orang biasa-biasa je." Ujar Puan Sri Syarifah Aminah.
"Since when si Rafiq tu suka dengan orang biasa-biasa ni?" Soal Amsyar dengan muka yang pelik.
"Mana lah umi tahu. Kalau perempuan tu pandai ubah perangai Rafiq tu kan bagus namanya." Balas Puan Sri Syarifah Aminah lagi.
"Am takut dia ada muslihat lain dengan mama dia tu. Kesian pulak dengan perempuan tu nanti."
"Tak baik kamu bersangka buruk Amsyar." Tegur Puan Sri Syarifah Aminah.
"Am tak bersangka buruk ibu, Am cuma takut dorang ada buat sesuatu aja." Balas Amsyar lagi.
"In Shaa Allah tak ada apa-apa."
"Kalau ada apa-apa, memang dorang dah melampau lah tu umi."
"Kamu jangn risau lah, tak ada apa-apa punya." Ujar Puan Sri Syarifah Aminah.
"Harap-harap macam tu lah umi." Balas Amsyar lalu memfokuskan pandangannya ke arah televisyen.
"Lagi satu umi nak cakap ni."
"Oh apa dia umi?" Soal Amsyar lalu menghalakan pandangannya ke arah Puan Sri Syarifah Aminah.
"Minggu depan, isteri kedua papa tu ada buat majlis makan-makan. Dia nak perkenalkan bakal menantu dia dekat semua orang. Kamu pergi ye Am?" Ajak Puan Sri Syarifah Aminah. Dia tahu, anak lelakinya ini tak akan pergi ke rumah madunya.
"Tengok lah macam mana umi, kalau Am tak fly Am pergi lah. Kalau Am fly, umi pergi lah dengan Lia ye." Aku nak tahu jugak macam mana rupa bakal isteri Rafiq tu.
"Bagus lah kalau macam tu. Umi nak kamu ada sekali, kalau tak umi tak tahu macam mana nak berdepan dengan madu umi tu." Adu Puan Sri Syarifah Aminah.
Macam mana aku boleh lupa yang mak si rafiq tu tak suka umi. Nampaknya aku kena tukar jadual dekat Danish lah kalau aku fly next week.
"Nanti Am try tukar jadual dengan Danish kalau Am fly next week ye umi?" Amsyar terus memeluk bahu Puan Sri Syarifah Aminah setelah berkata begitu.
"Bagus lah kalau macam tu." Puan Sri Syarifah Aminah tersenyum apabila anaknya kata begitu.
Terima kasih Am, umi sayang anak umi. Umi harap Am akan jumpa someone yang Am sayang. Umi tahu anak umi ni seorang yang bertanggungjawab. Untung bakal isteri Am nanti. Kata Puan Sri Syarifah Aminah di dalam hati.
Mereka terus menonton rancangan yang disiarkan di dalam televisyen tersebut.
Bersambung...
P/S : Kalau ada rasa kurang saya minta maaf lah ye.
No comments:
Post a Comment