NAINA
merebahkan badannya dengan kasar ke tilam. Kata-kata yang keluar
daripada mulut Aatif masih terngiang-ngiang di telinganya. Apa yang
harus dia lakukan sekarang? Lelaki tu dah tahu nama dia dan lelaki tu
juga ramai pengaruh. Bila-bila masa aje identitinya akan diketahui
oleh lelaki tu. Ya Allah, berat sungguh ujianMu ini.
Telefon
Naina berdering mintak di angkat. Dengan segera Naina mengangkat
tanpa melihat skrin.
“Hello.”
Ujar Naina dengan nada yang malas.
“Anastasya,
I ni.” Ujar Aatif.
Naina
melihat skrin telefon bimbitnya yang tertera nama Aatif. Dia
melepaskan keluhan lemah.
“Ada
apa you call I ni Tengku.”
“Teman
I dinner.” Jawab Aatif pendek.
“Tengku,
I hanya PA you di pejabat. Bukannya 24/7 I kena ikut you.” Balas
Naina. Geram betul dia dengan Aatif ni. Makin lama makin pelik
perangai lelaki tu.
Aatif
mengeluh.
“Please
Anastasya, accompany me going to dinner. I'm hungry.”
Rayu Aatif lembut.
“You
kan ada maid, suruh lah dia masak untuk you. Buat habis duit aje
makan dekat luar.”
“Anastasya,
please. Maid I tak ada hari ni. Lain lah I ada isteri.
Tak perlulah I ajak you.”
Naina
mendengus. Menyampah!
“Okay...
kalau you lambat I malas nak ikut you.” Putus Naina. Dia malas nak
bertekak dengan lelaki tu. Buang masa aje.
“You
siap lah cepat.”
“Apasal
pulak?” Soal Naina pelik.
“I
ada dekat depan rumah you ni.”
“What?”
Terus tegak badan Naina mendengarnya. Memang lelaki ni dah gila.
Segera dia menuju ke jendela biliknya dan melihat keluar. Aatif
sedang menyandarkan badannya ke kereta sambil memeluk tubuh. Naina
mengetap giginya kegeraman.
“Bila
masa you terpacak dekat depan rumah I?” Tanya Naina dengan mata
masih memandang ke arah Aatif. Lelaki itu tak menyedari Naina sedang
memerhatinya.
“Around
30 minutes I ada dekat rumah you.” Jawab Aatif selamba.
“Gila!”
Ujar Naina.
Aatif
tersenyum. Dia tak kisah wanita itu nak panggil dia gila atau tidak.
“Ye
I gila. I gilakan you Anastasya.” Balas Aatif dengan suara yang
menggoda.
Naina
mendengus kasar.
“Dah
I tak nak dengar you punya ayat romantik tu. Bagi I 15 minutes
untuk siap. You tunggu aje dekat luar tu diam-diam.”
“Okay
sayang. I will always wait for you.”
Naina
segera mematikan talian. Dia membaling telefon bimbitnya di atas
katil. Memang Tengku Aatif tu dah jatuh cinta dengan dia. Jadi, perlu
ke dia jalankan misi yang seterusnya?
AATIF
masih sabar menanti PAnya yang sedang bersiap. Dia sanggup tunggu
wanita itu, asalkan wanita tu suka padanya. Anastasya, you made my
day. Every single day since you come to my life, last month.
Desis Aatif sendiri.
Naina
keluar daripada rumahnya dengan langkah yang malas. Dia berjalan
menghampiri Aatif yang menantinya. Belum pun dia sampai di hadapan
Aatif, tiba-tiba dia terjatuh. Habis barang-barang dia yang ada di
dalam beg tangannya bersepah.
“Are
you okay Anastasya?” Tanya Aatif. Dia membelek-belek kaki Naina
sama ada, ada cedera atau tidak.
“Kaki
I kebas. Kejap lagi hilang lah tu.” Balas Naina perlahan.
Aatif
melepaskan nafas lega.
“Nasib
baik tak ada apa-apa. Meh sini I tolong kutipkan barang you.” Ujar
Aatif lalu dia mencangkung mengutip barang Naina.
Naina
hanya membiar lelaki itu mengemas barangnya.
Aatif
begitu leka memasukkan barang Naina ke dalam beg tapi bila dia
mencapai kad milik wanita itu, terkejut dia baca sebaris nama yang
dia cari selama ni.
Naina
yang pelik kenapa Aatif tak meneruskan kemas, terus melihat lelaki
tu. Alangkah terkejutnya dia apabila Aatif membaca kadnya.
Habis
lah aku...
Aatif
mengangkat kepalanya dan memandang tajam ke arah wanita itu. Dia
bangun dari cangkungannya dan berdiri di hadapan Naina.
“Doktor
Naina Anastasya binti Dato' Mokhtar. Sedap nama you. Dah lama buat
kerja menyamar ni?” Ujar Aatif sinis.
Naina
menelan air liurnya perlahan. Dia tak tahu nak balas apa. Dia tak
sangka, begitu cepat identitinya diketahui oleh lelaki tu. Sungguh
tak percaya. Dia memalingkan wajahnya daripada menatap wajah Aatif.
Sungguh tajam mata lelaki itu menikam matanya.
“Asking
me Anastasya... or should I call you Naina?”
Naina
terus diam tanpa berkata.
Aatif
yang bengang Naina tidak menjawab soalannya terus memegang kedua-dua
belah pipi wanita itu supaya memandangnya. Mata dia masih tajam
memandang wajah Naina. Dia tak sangka, selama ni dia jatuh cinta pada
orang yang nak bunuh dirinya.
“Dah
lama you buat kerja ni ke ah?” Jerkah Aatif sehingga memeranjatkan
Naina.
Naina
menggeleng perlahan. Dia cuba menolak tangan Aatif yang memegang
pipinya itu. Sakitnya, tak usah di katalah. Hanya Allah sahaja yang
tahu. Aatif mengejapkan pegangannya.
“Kenapa
you tak bunuh aje I Naina?” Jerit Aatif. Dia dah tak peduli sama
ada jiran Naina nak dengar atau tidak. Apa yang dia tahu, dia harus
selesaikan semua ni dengan Naina.
“Kerja
membunuh bukan kerja I.” Jawab Naina.
“Kalau
kerja membunuh bukan kerja you, macam mana you boleh digelar
profesional killer?” Soal Aatif. Kali ni dia perlahankan
suaranya.
“Itu
I sendiri tak tahu. I belajar skill membunuh ni, it for to
protect myself. Bukannya I belajar skill tu untuk bunuh
orang.”
Aatif
ketawa sinis. Dia melepaskan pegangannya pada pipi Naina.
“Kalau
you nak belajar untuk lindungi diri you sekalipun, bukan dengan
teknik membunuh. You boleh belajar taekwando, silat, kung fu dan
macam-macam lagi. Harap aje Doktor, tapi pemikiran cetek.”
Naina
hanya tersenyum. Dia tak peduli apa yang dikatakan oleh Aatif.
“I
ada sebab tersendiri kenapa belajar teknik membunuh. Apa yang you nak
cakap tentang I, cakap lah. I don't care.”
Aatif
mengetap giginya.
“Give
me a reason, why?”
“You
no need to know. That's my business not yours. Just mind your own.”
Balas Naina.
Aatif
menguak rambutnya ke belakang dengan kasar.
“Tapi
kenapa you ikut cakap Hakimi?”
Naina
mengeluh. Kau ingat aku nak sangat ke ikut cakap lelaki tak guna tu?
“I
terpaksa.”
“Why?”
“He
want to kill my family, jadi I terpaksa.”
“Habis
tu, you sangguplah kalau nak bunuh I?”
Naina
menggeleng.
“Prinsip
hidup I, bukan membunuh. Sampai bila-bila pun I tak akan bunuh you.
Hanya Allah saja yang boleh mencabutkan nyawa you. Bukan I.”
Aatif
mengeluh.
“You
nak lepaskan Hakimi macam tu?”
“No.
I tak akan lepaskan dia. Ramai orang yang tak bersalah mati kerana
dia. Dia pandai menyamar. Dia lagi hebat dari I. Bukan senang nak
bunuh dia.”
“Tak
akan you tak tahu kelemahan dia langsung?”
“I
tak tahu tapi tempat tinggal Hakimi tetap sama. Tak berubah. I, any
time boleh call polis tangkap dia tapi dia cepat tahu.”
Naina memandang ke arah Aatif dengan pandangan yang lembut. “Kalau
you nak dia kena tangkap, you boleh buat sekarang. Masa ni, dia
tengah bersenang-lenang dekat rumah dia. Good luck.” Tambah
Naina lalu mengemas barang-barangnya dan berjalan masuk ke dalam
rumah. Dia hanya membiarkan Aatif yang termangu-mangu di luar.
Aku
harap kau akan dapat tangkap dia Aatif. Dalam bijak Hakimi tu, ada
bodohnya jugak.
Say
goodbye to world Hakimi, desis Naina perlahan.
Esok
dia akan pergi dari sini. Dia nak balik semula ke JB dan nak kerja
seperti biasa. Duduk dekat KL boleh buat dia jadi seorang penjenayah.
Lebih baik dia duduk dengan parents dia. Itu lebih membahagiakan.
No comments:
Post a Comment