Wednesday, 11 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 8



BAB 8

MEREKA berdua keluar daripada kereta setelah sampai di pub yang ada di Ampang itu. Mereka memakai alat yang diberikan oleh Shahrul dan mula menyamar.

The game is on, kata Rose dalam hati.

“Nanti dekat dalam sana, you duduk dengan I tau Rose.” Kata Imran dengan tiba-tiba.

“Buat apa I nak duduk dengan you? Kita jalankan tugas kita sudah lah.” Balas Rose dengan malas.


“I risau you di apa-apakan. Bukan you tak tahu orang dalam kelab malam tu macam mana. Nak-nak lagi, kalau dengan you yang cantik ni. Lagi lah mereka nak dekat. You should to mind, that you are mine Rose.” Pesan Imran lagi.

Susah betul lah kalau dah bekerja dengan orang macam Imran ni, buat sakit hati je, kutuk Rose dalam hatinya.

“Yelah yelah, I duduk dengan you nanti. Puas?” Balas Rose dengan geram.

“Memang I puas pun baby.” Imran mengenyitkan matanya kepada Rose. Rose pula hanya menjeling Imran dengan tajam. Dia sebenarnya dah cair bila Imran mengeyitkan matanya itu. Tapi untuk tutup rasa gugup dia bagilah jelingan tajam kepada Imran.

Ni lagi satu, dia ingat aku ni baby ke apa? Aku dah jadi mak budak dah pun, apa nak panggil baby baby ni. Loya tekak aku bila dengar dia panggil aku baby. Sekajap baby, sekejap dear, sekejap sayang. Memang tak tetap betul hati Imran ni. Semua panggilan geli-geli dia nak panggilkan untuk aku, kata Rose dalam hati dengan geram.

Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam pub tersebut. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam pub itu, bau arak yang sangat kuat menusuk ke hidung mereka. Rose menahan nafasnya sekejap-sekejap untuk menghilangkan bau arak yang menyengat masuk ke hidungnya itu.

“Busuknya bau arak ni.” Rungut Rose. Rungutannya itu didengar oleh Imran.

“You buat bodoh je Rose. Dah jom kita siasat kes tu.” Imran menarik tangan Rose menuju ke tengah-tengah ruang pub itu.

Rose terkejut apabila Imran menarik tangannya. Mulut dia seakan-akan terkunci untuk menegah Imran daripada menyentuh tangannya. Setelah sampai di tengah-tengah kelab itu Rose berdehem.

"Why?" Soal Imran pelik.

Rose memuncungkan mulutnya ke arah tangan Imran yang sedang memegang tanggannya. Imran yang faham isyarat Rose itu terus melepaskan pegangan tersebut.

"Sorry." Rose hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

“Kita nak buat apa dekat tengah-tengah ni Im?” Soal Rose dengan rasa yang rimas dengan sekelilingnya.

“Kita menari je ikut rentak muzik ni. And, at the same time, mata you tengok sekeliling. Ada tak perkara yang mencurigakan. Kalau ada, you inform dengan I.” Kata Imran. Rose menganggukkan kepala mendengar kata-kata Imran itu.

Mereka berdua menari mengikut rentak muzik yang sedang berkumandang di dalam pub itu. Mata mereka memandang sekeliling, takut-takut ada perkara yang mencerugai mereka.

Dari jauh Rose terlihat satu kelompok di mana ada dua puak. Salah seorang dari puak tersebut memberi beg seperti briefcase kepada puak yang lagi satu. Briefcase itu dibuka dan di dalamnya terdapat berpacket-packet dadah yang ada. Setelah melihat isi di dalam beg itu dan berpuas hati akan isi tersebut, mereka terus berlalu keluar daripada pub ini. Kedua-dua puak tersebut keluar daripada kelab malam ini melalui pintu jalan belakang.

Tanpa membuang masa, Rose pergi ke arah Imran yang sedang menari itu, dan menariknya keluar daripada pub tersebut. Imran yang pelik akan gelagat Rose itu hanya mengikut langkah Rose keluar daripada pub tersebut.

“Kenapa you tarik I keluar ni? Ada something ke Rose?” Soal Imran dengan wajah yang risau.

“I ada nampak dua geng, and salah seorang daripada geng tu ada hulurkan beg seperti briefcase. Dari jauh I nampak dalam beg tu ada packet dadah yang banyak. I tak sempat nak cam, sebab dorang dah blah dari pub ni. Dia orang keluar lalu jalan belakang. Tapi I ada nampak salah seorang daripada ketua geng tu, dia ada mustache, jambang and dia pakai glasses warna hitam. So, I tak dapat nak teka dia siapa.” Terang Rose kepada Imran.

Imran sudah meraupkan mukanya.

“Kenapa you tak bagi tahu I?” Soal Imran dengan nada yang marah.

Rose yang mendengar Imran memarahnya itu, terkejut melihatnya. Buat pertama kali, Imran memarahkan diri dia hanya kerana tak inform dekat dia apa yang Rose nampak. Huh, sabar aje lah, keluh Rose.

“Bukan I tak nak bagi tahu you, I takut I silap je. Kita masih sempat lagi nak tengok mereka dekat belakang bangunan ni Im.” Balas Rose.

“Dah jom kita pergi ke belakang cepat.” Ajak Imran lalu dia menarik tangan Rose pergi ke belakang bangunan.

Rose merasa terkejut lagi apabila Imran menarik tangannya. Dia tetap tidak marah pada Imran yang menarik tangannya itu. Kalau orang lain, dah lama dia belasah.

Sesampai sahaja mereka ke belakang bangunan mereka mendapati ada satu geng yang baru sahaja masuk ke dalam kereta. Rose yang melihat orang yang dia katakan tadi, terus memberi tahu Imran.

“Tu dia Im. Yang menuju ke kereta Alphard.” Beritahu Rose.

Imran yang melihat lelaki tersebut terus mengeluarkan phonennya dan mengambil gambar lelaki itu dan keretanya. Setelah mengambil gambar, Imran menarik tangan Rose menuju ke keretanya yang di parking di hadapan pub tadi.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta setelah Imran menekan alarm kereta tersebut.

“I nak call Shah sekejap dia ada dekat mana.” Rose menganggukkan kepalanya sahaja.

Setelah berapa saat mendial nombor telefon Shah, panggilan bersambut.

Hello Shah kau dekat mana?”

“Aku ada dekat area pub yang kau pergi tu aje.” Shah memberitahu keberadaannya kepada Imran.

“Kau tunggu situ, kejap lagi aku dengan Rose datang.”

Okay.”

Talian tersebut dimatikan oleh Shahrul.

“Jom kita pergi dekat dia orang. I dapat cam, yang muka that guy serupa dengan clue yang diberikan oleh Inspektor Zahid tu.” Kata Imran lalu menghidupkan enjin kereta dan menuju ke tempat di mana Shahrul berada.

“I pun rasa macam tu, sebab tu I bagitahu you.” Balas Rose.

“Tak apa, kejap lagi kita jumpa Shah. Nanti dia tahu nak buat apa.”

“Hmm.”




SESAMPAI sahaja mereka ke tempat di mananya keberadaan Shahrul dan Zana, mereka terus turun daripada kereta dan menuju ke arah van tersebut dan masuk.

Imran memberi gambar lelaki yang dia ambil tadi. Shahrul mentrace gambar lelaki itu dengan clue yang diberikan oleh Inspektor Zahid. Ternyata mereka memang sama.

“Aku dah agak dah, lelaki tu orang yang kita cari selama ni.” Kata Imran lalu melihat semula gambar lelaki itu.

“Lepas ni, kita tak payah nak sebuk lagi dalam hal ni. Inspektor Zahid bagi tahu Amran tempoh hari, kalau kita ada jumpa some clue, kita terus inform dekat dia. Dan yang selainnya nanti biar pihak polis yang uruskan. Kita tak payah nak buat apa-apa lagi. Cukup saja lah untuk hari ni. Nanti aku call Amran suruh dia balik dengan Aira. Lepas tu nanti kita bagi tahu Inspektor Zahid.” Kata Shahrul kepada Imran.

“Dan kau Rose, kau boleh luangkan masa dengan anak kau. Kita orang tak nak menyusahkan kau lagi.” Tambah Shahrul.

“Hmm okay, thanks.”

Rose dan Imran keluar daripada van tersebut dan mereka berdua menuju ke kereta milik Imran dan pulang ke rumah Amran.




KEESOKKAN harinya, selepas menghantar Akmal ke rumah Kak Min, Rose bergegas menuju ke IF Holding dengan cepat. Ini untuk mengelak daripada jammed. Tepat pukul 7.45 pagi, Rose sudah sampai ke pejabatnya. Pejabat sungguh lengang pada pagi itu. Mungkin dia datang terlampau awal agaknya. Dia mengucapkan selamat pagi kepada Kak Bad yang baru tiba itu.

Dia terus menuju ke lift dan naik ke tingkat enam. Setelah beberapa minit di dalam lift, lift itu berhenti di tingkat enam. Tanpa membuang masa, Rose terus keluar daripada lift dan menuju ke tempatnya. Nampaknya baru ada tiga orang yang sudah sampai termasuk dirinya sekali. Rose melabuhkan punggungnya di kerusi untuk melepaskan lelah kerana berkejar daripada pagi lagi.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata sekejap, tiba-tiba dia ditegur oleh Dahlan.

“Awal you sampai hari ni sayang.”

Aku ingatkan dia belum muncul lagi. Tapi rupa-rupanya dia dah terpacak depan aku ni. Menyampah betul aku tengok muka dia ni. Sempat lagi nak bersayang-sayang dengan aku manusia sorang ni, kutuk Rose dalam hati.

“Suka hati I lah nak datang lambat ke, nak datang cepat ke. I think this is not your problem right? Can you mind your own business?” Balas Rose sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangannya. Dalam pada itu, dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Dahlan.

Dahlan menarik kerusi yang ada di hadapan meja Rose dan melabuhkan duduknya di situ. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja itu.

You are my business, sayang. Dah lupa ke yang you tu bakal isteri I?” Soal Dahlan yang cuba menyentuh tangan Rose.

Rose menurunkan tangannya daripada meja itu. Dasar jantan gatal, kutuk Rose di dalam hati.

Eleh Rose, malam semalam Imran sentuh tangan kau tak ada lah pulak kau nak marah. Bila Dahlan cuba sentuh tangan kau, pandai pulak kau nak kata dia jantan gatal kan? Kata suara hati Rose.

Semalam tu, aku nak cuba menegah. Tapi satu ayat pun tak terkeluar daripada mulut aku ni. Rose membela dirinya.

Sudah lah Rose, mengaku sajalah yang kau dah cair dengan Imran tu. Apa lagi terima sajalah Imran tu sebagai suami kau. Kata suara hati Rose lagi.

Huh! Rose tiba-tiba melepaskan keluhannya. Dahlan yang ada di hadapannya sudah memandang pelik ke arah Rose.

“You okay tak ni sayang?” Soal Dahlan dengan wajah yang pelik.

“I okay, you tak payah sebuk-sebuk nak ambil tahu hal I.” Balas Rose dengan malas.

“Macam mana I tak sebuk. You kan bakal isteri I. Tak akan you dah lupa kot sayang.” Ujar Dahlan sambil mengangkat-angkat keningnya.

Since when yang I bersetuju nak jadi isteri you ni Dahlan? You jangan nak perasan boleh tak? Sekali I cakap, I tak nak terima you, I really meant it. Get it?” Jawab Rose lalu menghadiahkan jelingan tajam ke arah Dahlan.

Dahlan sudah tersenyum-senyum melihat jelingan tajam daripada Rose itu.

“You tetap jadi milik I Rose. Kalau I tak dapat you, orang lain pun tak akan boleh dapatkan you. You kena ingat tu. Ini amaran daripada I.” Dahlan memberi amaran kepada Rose.

“Kau ingat aku takut dengan amaran kau tu? Kau kena sedar lah Dahlan, jodoh ajal maut dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Kau tak ada hak nak menentukan sama ada seseorang itu milik kau atau tidak. Ingat tu Dahlan.” Balas Rose dengan geram.

“Aku tak peduli dengan semua tu, yang penting kau mesti jadi milik aku. Full stop!” Tekad Dahlan.

Rose istighfar di dalam hati mendengar Dahlan berkata begitu.

“Kau ni apasal desperate sangat? Kau siapa yang sampai aku kena ikut cakap kau?” Balas Rose dengan geram.

“Aku adalah bakal suami kau sebab tu kau kena ikut cakap aku. Ingat Rose, kalau aku tak dapat diri kau, orang lain pun tak akan dapat kau. Aku akan buat hidup orang tu hancur sebab rampas kau daripada aku.” Setelah berkata begitu Dahlan terus beredar daripada situ dan masuk ke dalam biliknya.

Rose melepaskan keluhan yang berat. Dia merasa takut dengan ugutan yang diberikan oleh dahlan itu. Macam mana kalau dia dah kahwin dengan Imran nanti? Adakah Dahlan akan menghancurkan Imran? Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Dia tak nak rasa kehilangan setelah dia kehilangan Arwah Syafiq dua tahun lepas.

Apa yang harus dia buat sekarang ni? Adakah dia patut terima Dahlan dalam dirinya? Perkara tu memang tak akan berlaku sebab dia tak akan menggadaikan kebahagiaan dan dirinya untuk lelaki tak guna seperti Dahlan itu.

Argh stressnya. Dahlah tu memang dah gila, jerit Rose dalam hati lalu dia menyandarkan dirinya di kerusi dengan kasar dan terus melelapkan matanya.

Dari jauh Imran mendengar perbualan di antara Rose dengan Dahlan itu. Dia juga terkedu mendengar ugutan daripada Dahlan itu, tapi dia tetap tekad dalam hatinya untuk mengambil Rose sebagai isterinya. Itu janji dia pada dirinya sendiri. Imran memandang Rose daripada jauh. Dia melepaskan keluhan yang berat.

Don't worry Rose, I'm here to protect you. Kata Imran di dalam hatinya.




ROSE terasa macam ada seseorang berdiri di hadapan mejanya. Dengan malas dia mencelikkan matanya dan melihat siapa yang sedang berdiri di hadapan mejanya itu. Terpempang susuk tubuh Imran yang sedang tersenyum itu. Rose tersenyum sumbing membalas senyuman ikhlas daripada Imran buat dirinya itu.

“Ada apa you bertenggek dekat meja I ni? Nak jadi pak guard tak bergaji ke?” Soal Rose dengan sinis.

Imran tetap senyum mendengar kata-kata Rose itu.

“Salah ke I nak bertenggek dekat depan meja you ni? This is my office, so suka hati lah nak buat apa.” Balas Imran dengan wajah yang selamba.

As you wish.

“Boleh kita bercakap dalam bilik I?” Ajak Imran kepada Rose.

“I malas nak bangun pergi bilik you.” Jawab Rose dengan malas.

You should!

“Ini arahan ke paksaan?” Tanya Rose dengan wajah yang blur.

Imran menyimpan senyumannya apabila melihat muka Rose yang sedang blur itu. You are so cute when you made your face like that, baby. Kata Imran di dalam hatinya.

This is an order. I tunggu you dalam bilik. Don't be late.” Setelah berkata begitu, Imran terus berlalu menuju ke biliknya.

Rose mendengus mendengar Imran berkata begitu.

Semuanya nak kena ikut cakap dia. Ni belum lagi aku jadi isteri dia. Kalau dah jadi isteri dia, agak-agaknya setiap hari aku kena buli. Menyampah betul aku dengan Imran ni, kutuk Rose di dalam hati.

Dengan malas, Rose bangun daripada kerusi yang sedang dia duduk itu dan menuju ke bilik yang di mana Imran berada.




IMRAN tersenyum-senyum melihat gelagat Rose sebentar tadi. Dia melabuhkan duduknya di kerusi empuk yang dulunya milik papanya.

Haih lah Rose, macam mana I tak tertarik dengan you? Dengan gelagat selamba you tu membuat I lagi bertambah tertarik dengan you. Patut saja lah Dahlan tu tergila-gilakan you. Sebab dari perangai you sahaja bisa menarik perhatian teruna-teruna di luar sana. Belum lagi dengan wajah cantik yang you miliki itu. Pasti saja ramai yang tergoda.

Imran menggeleng-gelengkan kepalanya apbila melihat reaksi Rose tadi. Dia bangun daripada kerusi itu dan berjalan menuju ke cermin besar yang terdapat di dalam biliknya itu. Dia melihat pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat enam biliknya ini. Biasa lah Kota Kuala Lumpur, kalau tak sesak tu bukan Kuala Lumpur lah namanya. Mulutnya daripada tadi tidak berhenti-henti tersenyum. Biar lah orang nak kata dia gila ke apa, yang penting dia rasa terhibur melihat gelagat Rose tadi. Lagi pun, senyum tu kan sedekah. Apa nak di kisahkannya. Suka hati aku lah nak senyum ke tak, kata Imran di dalam hatinya.

Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata ugutan daripada Dahlan tadi, dia terus melepaskan keluhan yang berat. Apa akan jadi kalau aku kahwin dengan Rose nanti? Adakah dia akan hancurkan aku? Tapi kenapa aku rasa tak takut bila Dahlan cuba nak hancurkan hidup aku apabila Rose berkahwin dengan aku nanti? Yang aku takutnya keselematan Rose dengan Akmal. Huh!

Bila dia teringat akan Akmal, tiba-tiba dia tersenyum semula. Seorang kanak-kanak lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Daddy. Terasa diri dihargai walaupun dia bukan daripada darah dagingnya sendiri. Gelagat Akmal yang manja itu, membuatkan dia sebagai seorang lelaki dewasa yang memang sudah layak untuk berkahwin dan menjadi seorang ayah untuk melindungi seorang kanak-kanak seperti anaknya sendiri. Tapi, adakah Rose akan terima diri dia sebagai suami yang sah? Ni lah masalah yang membelenggu dirinya sepanjang masa.

Haih lah Rose, kau telah membuat aku menjadi panasaran dengan diri kau, kata Imran di dalam hati.




KETUKAN dari pintu bilik itu mematikan senyuman Imran. Dia memusingkan badanya ke belakang dan mendapati Rose sedang berdiri di belakangnya. Dia menghadiahkan senyuman yang manis kepada wanita yang telah mencuri hatinya itu. Imran terus menuju ke arah sofa yang ada di dalam biliknya itu, lalu melabuhkan duduk di atas sofa yang empuk itu.

Have a sit.” Ajak Imran sambil tangannya menunjuk ke arah sofa yang ada dihadapannya sekarang ini.

Tanpa banyak soal, Rose terus melabuhkan duduknya di atas sofa itu.

“Ada apa-apa perkara penting ke yang you nak cakap dengan I sampai you suruh I masuk dalam bilik you ni?” Soal Rose sambil memeluk tubuh.

Dia terasa menyampah melihat senyuman Imran itu. Senyuman gatal. Dia dengan Dahlan sama saja perangai. Desperate! Kutuk Rose di dalam hatinya.

“Saja je I suruh you masuk bilik I ni.” Jawab Imran dengan selamba.

“You kalau nak buang masa, jangan libatkan diri I sekali boleh tak? Banyak lagi kerja yang I nak kena buat dekat atas meja tu.” Kata Rose dengan geram.

Chill Rose, you kerja dengan I kan? So, semua arahan I, you kena ikut termasuk menjadi isteri I yang sah.” Ujar Imran sambil mengangkat-angkat keningnya itu.

Rose menjeling tajam ke arah Imran. Menyampah!

Stop being desperate Imran. I'm not interested with you. So take a note, get it?” Balas Rose lalu bangun daripada sofa yang dia duduki itu.

“Siapa suruh you bangun? Duduk sekarang.” Arah Imran.

Bagi mengelakkan pergaduhan atau perang mulut yang bakal berlaku nanti, Rose duduk semula ke atas sofa itu dengan kasar. Nasib baik sofa ni lembut, kalau kasar boleh patah tulang punggung aku. Detik hati Rose.

I don't even care yang you nak cakap I desperate or whatsoever. Once I said I want you to be my wife, I really meant it. You jangan nak bantah cakap I Rose. I tetap nak you jadi isteri I. Hanya you saja yang layak jadi isteri I dan ibu kepada anak-anak I. Jadi tak ada istillah dan sebab untuk you menolak I daripada menjadi suami you Rose.” Tambah Imran.

Rose yang mendengar Imran berkata begitu, tiba-tiba berasa terharu. Siapa yang tak terharu apabila seorang lelaki mengatakan yang hanya kita saja yang layak menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya. Terasa diri dihargai. Tapi bila teringatkan balik ugutan daripada Dahlan itu, dia berasa takut untuk menerima Imran di dalam hidupnya. Dia tak nak hidup Imran rasa terseksa apabila sudah berkahwin dengan dia nanti. Imran berhak mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan selesa daripada di seksa oleh lelaki tak guna itu.

“You dah fikir masak-masak ke Imran? You rasa tak menyesal terima I dalam hidup you?” Soal Rose dengan wajah yang keruh.

“I dah fikir masak-masak and I memang tak akan menyesal terima you dalam hidup I. You jangan risau. I akan buat you bahagia hidup bersama I, Rose. I akan lindungi you dan Akmal. Idah anggap Akmal tu macam anak I sendiri.” Balas Imran sambil merenung lembut ke arah Rose.

“Apa penerimaan parents you terhadap diri I, Imran? Nak ke mereka terima balu seperti I ni? Kalau I ni masih dara, I tak kisah tapi I ni balu Imran and I dah ada anak pun.” Ujar Rose dengan wajah yang keruh.

Dia berasa terharu Imran ingin melindungi diri dia dan anak dia. Tapi dia takut akan penerimaan parents Imran terhadap dirinya. Dia tak layak berdampingan dengan lelaki sekacak dan sebaik Imran. Imran boleh dapat yang lebih sempurna daripada dia. Dia tak ada apa-apa yang nak diberikan kepada lelaki itu. Dia tak nak lelaki tu menyesal di kemudian hari apabila menerima diri dia sebagai isteri. Lebih baik dia menyesal daripada sekarang daripada dia menyesal di kemudian hari.

“Hari sabtu ni, I akan bawak you jumpa parents I. And bawak Akmal sekali. My mom, sukakan budak-budak. Mana tahu dia akan tertarik dengan you apabila you bawa Akmal sekali.” Beritahu Imran kepada Rose.

“Tengok lah macam mana. Jangan terlampau berharap sangat Imran. I takut you akan kecewa nanti.” Pesan Rose.

“Kalau parents I tak dapat terima diri you, kita kahwin dengan siam. I tak peduli, you tetap akan jadi milik I.” Rose terkejut mendengar Imran berkata begitu.

“You dah gila ke? Jangan nak merumitkan lagi keadaan yang sediakala rumit lah Imran.” Marah Rose kepada Imran.

“I gurau saja lah. Tak akan I nak bawak you kahwin dekat siam kot. Kalau parents I tak boleh terima you, kita buat mereka supaya terima diri you sebagai pendamping hidup I.” Ujar Imran.

Rose melepaskan keluhan berat. Susah kalau cakap dengan orang yang tak faham bahasa seperti Imran ni, kutuk Rose di dalam hatinya.

Okay lah I nak pergi buat kerja ni. Masa berjalan macam tu aje bila berborak pasal hal yang tak ada kena mengena dengan kerja yang kita sedang buat sekarang.” Kata Rose dengan sinis.

Imran rasa terpukul dengan kata-kata Rose itu, tapi dia hanya buat bodoh dan mempamerkan muka selamba kepada Rose.

“You pergi lah buat kerja.” Ujar Imran.

Rose menganggukkan kepalanyanya dan terus berlalu menuju ke pintu bilik. Belum sempat pintu bilik itu dibuka, suara Imran bergema lagi.

“Boleh tak kita lunch sama-sama?” Ajak Imran.

“Malas.” Jawab Rose acuh tak acuh.

Please.” Suara Imran meleret menyuruh dia bersetuju.

Rose memalingkan badannya kebelakang dan memeluk tubuh. Dia melihat Imran menggenggam kedua-dua belah tangannya dan membuat muka comel. Comel? Erk, dah macam tercekik tulang ayam je aku tengok muka dia tu, kutuk Rose dalam hati. Nak tak nak Rose terima juga pelawaan Imran itu.

Okay.” Putus Rose.

Yes, thank you baby.” Sorak Imran dengan tiba-tiba.

Rose yang melihat gelagat Imran itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tersenyum sinis melihat gelagat Imran yang bersorak seperti kanak-kanak yang ingin mendapat apa yang mereka inginkan.

One more thing Imran...”

What is it?” Potong Imran dengan tiba-tiba.

“Lain kali jangan buat muka macam tadi ye, buruk.” Setelah berkata begitu, Rose memusingkan badannya dan keluar daripada bilik itu.

Imran yang mendengar Rose berkata begitu terus terdiam dia daripada bersorak. Muka dia pula, seperti orang terkejut kena baling dengan tepung. Gila straight minah ni cakap, tak ada corner corner. Berdesup macam tu aje, kata Imran di dalam hatinya.


Tak apa yang penting Rose nak keluar lunch dengan dia pun sudah memadai, hi hi hi.

No comments:

Post a Comment