BAB
3
KAMI
berdua bersiap lalu cepat-cepat
keluar dari rumah dan menuju ke tempat perjumpaan kami. Setelah
setengah jam memandu, akhirnya kami sampai juga ke tempat perjumpaan
kami di rumah sewa milik Amran.
“Am,
hari ni kita berlima je ke?” Soal Aira kepada kekasihnya.
“No
lah,
kejap lagi kawan saya datang. Dia dulu pernah buat undercover
dekat
US. Maknanya dia lagi hebat dan arif lah dari kita ni.” Terang
Amran kepada kami.
“Oh
really? Ni
yang aku tak sabar nak kenal dia ni.” Shahrul pua yang bersuara.
“Betul
tu Shah, aku pun tak sabar nak kenal dengan dia.” Tambah Zana pula.
Rose hanya tersenyum
saja melihat gelagat kawan-kawan dia yang teruja akan gerangan
tersebut.
“Rose,
asal kau diam je ni? Tak nak cakap apa-apa ke?” Soal Zana dengan
wajah yang pelik.
Yang lain hanya
mengangguk mendengar Zana berkata begitu.
“Tak
ada benda yang aku nak cakap. Jadi aku diam aje lah.” Terang Rose
kepada kawan-kawannya.
“Kau
tak teruja ke dekat kawan baru kita tu?” Soal Shahrul pula.
“Untuk
apa aku teruja. Biar lah dia hebat ke tidak. Tak ada kena mengena
dengan aku rasanya.” Balas Rose dengan dingin.
“Eish
tak patut tau kau cakap macam tu.” Tambah Aira pula.
“Whatever.”
Rose
malas nak membesarkan perihal tentang gerangan tersebut.
“Biar
lah, dia ni memang selalu dingin.” Rose memandang tajam ke arah
Amran.
“Eh
tak Rose, aku gurau je.” Balas Amran dengan takut-takut.
“Mana
dia ni awak? Tak akan tak sampai lagi? Dah pukul 9.30 malam dah ni.”
Rungut Aira.
Memang tak menepati
masa betul kawan Amran ni.
“Tu
lah pasal, sepatutnya dia dah sampai dah ni.” Balas Amran. Dia
mengerling ke arah luar rumahnya.
Tiba-tiba kedengaran
bunyi pagar ditolak dari luar.
“Ah
dah sampai dah pun. Masuk lah Im.” Ajak Amran kepada lelaki
tersebut.
“Aku
nak masuk lah ni. Assalamualaikum.” Lelaki itu memberi salam.
Rose menjawab salam
di dalam hati.
Setiap
seorang kawan Rose semuanya menunjukkan muka teruja dengan lelaki
tersebut. Apa yang special
sangat lelaki tu? Desis hati Rose.
Tanpa membuang masa, Rose terus mengalihkan badannya pusing ke
belakang dan melihat gerangan orang tersebut.
And... What?!
APA
makhluk Allah ni buat dekat sini?
Jangan cakap dia adalah orang yang di cakapkan oleh Amran tadi. Kalau
betul lah dia orangnya, apa lah malang sangat nasib aku ni. Dekat
office
menghadap muka dia tak akan time
bertugas pun nak kena menghadap
muka dia jugak. Kata Rose dalam hati.
“Aku
perkenalkan dekat korang semua, ni Imran Fauzan bin Tan Sri Ishak.
Dia lah orang yang aku cakap tadi. Handsome
tak?”
Amran memperkenalkan Imran kepada kami. Dia menepuk-nepuk bahu lelaki
itu.
“Hi,
aku Imran. Suka hati korang lah nak panggil aku apa, aku tak kisah.
Selamat berkerjasama.” Rose hanya memekakkan telinganya sahaja
apabila mendengar suara Imran memperkenalkan dirinya.
Tak
kuasa aku nak mendengarnya, detik Rose sendiri.
“Dia
memang handsome
lah Am.” Puji Zana. Minah ni kan, kalau boleh semua orang dia nak
puji.
“Aku
nak kenalkan kau dengan kawan-kawan kita. Yang puji kau tadi tu Zana.
Dia ni memang suka puji orang. Tapi kalau bab kerja memang tip
top.
Yang sebelah Zana tu pula Shahrul. Dia ni banyak mulut, tapi kalau
melibatkan sistem-sistem komputer ni dia memang awesome.
Yang sebelah Shahrul ni pula Aira. Dia ni kekasih aku he
he he,
tapi dia ni pandai memutar-belit kan fakta sampai semua orang yang
tak mengaku akan terus mengaku dan yang paling dingin dan ganas ni
Rose. Dia ni memang hebat kalau time
undercover.
Aku sendiri pun kalah.” Kata Amran dengan panjang lebar.
Mamat ni memang
tempah bala betul. Perlu ke cakap aku dingin dengan ganas? Mulut
memang tak ada insurans betul. Kata Rose dalam hati dengan perasaan
yang geram. Dia mencerlungkan matanya ke arah Amran. Dan Amran hanya
buat tak tahu aje akan pandangan matanya itu.
Imran menghadiahkan
senyuman sinisnya kepada Rose.
Tak sangka kita
sepasukan Rosalinda Adina. Kata Imran di dalam hati.
Rose
hanya menjeling Imran dan lantas memandang phone
di tangan. Lebih baik aku main
phone daripada
tengok muka kau. Hilang mood
aku tengok muka kau. Kutuk Rose di
dalam hati.
“Rose
tak berminat ke dengan Imran ni?” Soal Zana.
“Tak
ada benda yang perlu aku minat dengan Imran ni rasanya.” Jawab Rose
tapi mata masih menghalakan kepada telephone
Samsung
Galaxy Note 4 nya.
“Sorry
lah
Im, dia ni memang macam ni. Sebab tu sampai sekarang tak berpunya. Ye
lah, lelaki mana je nak dengan perempuan dingin macam dia ni. Tapi
kalau bab kerja dia memang tip
top.
Boleh bawak kawan dan berborak.” Terang Shahrul kepada Imran.
Suka hati kau lah
Shah nak cakap aku apa pun. Aku dah malas nak masuk campur. Kata Rose
di dalam hati.
“Tak
apa, aku tak kisah. Lagi pun aku dah kenal dengan dia ni.” Ujar
Imran dengan anak mata masih memandang ke arah Rose.
“Kau
kenal Rose?” Soal mereka berempat serentak.
“Ha'ah.”
Balas Imran.
“Rose,
kau tak cakap pun dekat aku yang kau kenal Imran ni.” Kata Aira
kepada Rose.
“Perlu
ke aku cakap yang aku kenal dengan dia ni dekat kau? Aku rasa tak
perlu. Tak ada apa yang menarik dekat dia sampai aku perlu bagitahu
kau, Ai.” Imran terkejut mendengar kata-kata Rose itu.
Sombongnya perempuan
ni. Kau ingat aku hadap sangat ke nak kenal dengan kau ah? Kutuk
Imran dalam hati.
“Okay,
sorry.
Jangan lah marah.”
“Ada
aku marah kau ke Ai?” Soal Rose kepada Aira
“Tak.”
Balas Aira sambil menundukkan kepala.
“Hmm.
Am, apa kesnya kali ni? Kita dah banyak makan masa ni. Kata tadi
pukul 9, ni nak dekat pukul 10, tapi satu benda tak bincang lagi.”
Perli Rose yang ditujukan kepada Imran sebenarnya.
Dia
ni memang jenis yang tak menepati masa. Padanlah dekat office
hari tu sampai berlari nak kejar
lift.
Kalau dia datang awal, rasanya perbincangan ni boleh habis awal. Tapi
disebabkan dia, perbincangan ni menjadi lambat. Menyusahkan betul.
Kutuk Rose.
“Okay
okay,
kita bincang sekarang.” Amran terus duduk di sebelah Aira dan Imran
duduk di sebelah Rose.
“Pasal
apa pulak kali ni Am?” Soal Zana.
“Korang
ingat tak kes seludup senjata dari negara jiran tu.?” Soal Amran
pula.
“Maksud
kau kes yang dua bulan lepas tu ke? Bukan dah settle
ke
kes tu?” Soal Shahrul dengan wajah yang pelik.
“Memang
lah dah settle,
tapi kali ni dia punya big
boss buat
hal pulak. Rupa-rupanya yang kita tangkap hari tu, boss
kecik
bukannya big boss.
Aku tahu kes ni dari Inspektor Zahid. Dia yang inform
dekat
aku pasal hal ni last
week.
Tu yang aku ajak korang berbincang ni.” Terang Amran kepada kami.
“Kemungkinan
juga, dia seludup dadah sekali. Sampai sekarang kita tak tahu siapa
big bossnya
sekarang ni. Inspektor Zahid dah cuba soal jawab dengan boss
kecik
dia tu. Tapi dia diam je. Dia orang gertak pun dia hanya buat bodoh
je. Lelaki tu cuma bagi gambaran aje tentang big
boss
dia tu. Itu lah yang sampai sekarang kita tak tahu siapa dalangnya.
Sebab tu Inspektor Zahid mintak tolong kita siasat. Dia ada bagi clue
sikit-sikit
dekat aku.” Tambah Amran lagi.
Amran
terus menunjukkan clue
yang berupa gambar dan kertas yang
diberikan oleh Inspektor Zahid kepada kami.
“Ni
bukan dekat Kedah ke Am?” Soal Imran sambil membelek-belek gambar
tersebut.
“Ha'ah
Kedah. Pihak imegresen dekat sana dah bagitahu dekat Inspektor Zahid,
tak ada pulak kenderaan-kenderaan yang lalu dekat situ yang membawa
senjata.” Jawab Amran.
“Aku
tak rasa dia orang bawa masuk ni dari Kedah. Dorang seludup secara
haram. Mungkin dari Rantau Panjang or
somewhere.
Yang pasti, ia tak melibatkan pegawai imegresan. Itu sekadar padangan
aku lah Am.” Terang Imran.
“Aku
rasa betul lah apa yang Imran tu cakap Am. Mereka licik, tak akan
dorang nak melibatkan pegawai imegresen.” Kata Rose pula.
“Betul
jugak tu.” Amran mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Aku
rasa dia ada dekat Kuala Lumpur lah sekarang ni.” Kata Shahrul pula
“Mana
kau tahu dia ada dekat Kuala Lumpur ni?” Soal Zana dengan pelik.
“Berdasarkan
apa yang kita siasat sebelum ni, mereka tak akan berada dekat tempat
yang mereka bawa masuk senjata haram tu. Sebab tempat tu mungkin dah
diketahui oleh pihak polis. Jadi mungkin mereka ada dekat sekitar
Kuala Lumpur ni.” Terang Shahrul.
“Kalau
melibatkan dadah ni pula, mesti ada kaitan dengan club
malam
kan? Club
malam
yang paling famous
selalu
orang pergi mesti lah dekat Ampang. Dah tentu-tentu mereka ada dekat
sana dan menjual dadah dekat situ.” Sambung Aira pula.
“Betul
jugak tu Ai, big
boss mereka
ni mesti lagi licik dari anak buah dia kan? Apa kata esok kita semua
pergi club
malam
tu?” Cadang Rose kepada mereka semua.
“Besok
malam aku okay
je.
Awak okay
tak
esok Ai?” Soal Amran kepada Aira.
“Ai
okay
je
esok.” Jawab Aira.
“Kalau
okay,
kita berkumpul dekat sini dan waktu yang sama. Jumpa esok guys.”
Kami semua mengemas
clue-clue tersebut dan terus berlalu dari rumah Amran.
Yes
finally, esok
undercover.
Dapat lah aku melepas rindu pada kerja aku ni. Tapi kali ni aku tak
rasa best
macam dulu. Sebab Imran ada sekali.
Kenapa mesti dia wujud menjadi kawan kepada si Amran ni? Tak rasa
macam menyemak ke? Huh.
Aku rasa, aku kena ajar diri aku untuk sesuai bekerjasama bersama
Imran. You can do it
Rose. Tekad Rose di dalam hati.
No comments:
Post a Comment