BAB
13
“MACAM
mana duduk sini Qisha, seronok?” Soal Tengku Maria kepada
menantunya.
Aku
hanya mengangguk. Tak akan nak menggeleng pulak kan?
Zafiq
yang ada di sebelah Tengku Maria itu hanya memerhati wajah aku. Ada
jugak aku cucuk mata dia ni nanti kang. Aku menjeling sekilas ke arah
Zamir yang sedang membuat muka tidak puas hati itu. Kalau dah cemburu
teruk, macam tu lah gayanya.
“Mir
ingat nak pindah rumah sendiri nanti mama. Dalam seminggu dua Mir
pindah lah. Biar ada privasi sikit.” Ujar Zamir tiba-tiba.
Terus
cemberut muka Zafiq mendengar abangnya berkata begitu. Tak puas hati
agaknya.
“Duduk
lah sini buat sementara dulu bang. Buat apa tergesa-gesa nak pindah.”
Kata Zafiq. Dia baru nak mula rancangan pikat hati Qisha, jangan lah
jadi spoiler.
Ah
ye lah tu duduk sini dulu. Senang lah kau nak ngorat bini aku kan?
Kau ingat aku tak tahu niat kau ke samdol? Gerutu Zamir dalam
hatinya. Geram betul!
“Betul
cakap Fiq tu Mir. Duduk lah sini dulu.” Sokong Tengku Maria. Dia
tak puas lagi nak bermanja dengan menantu perempuannya itu, anaknya
dah nak bawak lari. Kedekut betul.
Zamir
mengeluh lalu memandang aku. Aku hanya mengangkat bahu menandakan tak
tahu. Yelah... seboleh-bolehnya aku pun nak duduk rumah sendiri. Tak
nak lah kena pandang dengan pandangan gatal Zafiq tu. Rasa nak
smackdown pun ye gak.
“Tak
boleh lah ma, rumah tu Mir dah beli lama. Tak akan nak biarkan macam
tu kot.” Dia pun sebenarnya tak kisah nak pindah bila tapi bila
lihat perangai tak reti control adik dia ni, tak akan dia nak
biarkan macam tu? Kang jadi apa-apa, dia juga yang naik angin nanti.
Tengku
Maria mengangguk tanda setuju. Tak akan dia nak halang permintaan
anak dia kan? Semua orang perlukan privasi bila dah kahwin. Masa dia
mula-mula kahwin dengan suaminya dulu pun macam tu jugak. Jadi, dia
tak ada sebab nak halang anak dia untuk duduk rumah sendiri.
“Tak
apa lah kalau macam tu tapi Mir kena bagi mama dengan papa cucu
cepat-cepat lah ye.”
Zafiq
sudah mendengus kasar. Geram dengan jawapan mamanya itu. Suka sangat
manjakan abang Mir tu. Menyakitkan hati je.
“Kalau
bab cucu tu mama jangan risau. Dalam masa dua bulan nanti mama
dengarlah berita gembira.”
Terkejut
aku dengar kata-kata Zamir tu. Gila betul. Dalam masa dua bulan?!
Hamboi sesedap dia aje nak merancang dalam masa dua bulan. Ada jugak
aku karate laki aku ni nanti kang. Aku cuba controlkan rasa
terkejut itu dan cuba mengukir senyuman bahagia. Dalam hati ni, siap
kau bang dalam bilik nanti.
Zafiq
makin bertambah terkejut mendengarnya. Dalam masa dua bulan? Jangan
cakap abangnya dengan Qisha tu dah ehem... ehem...? Oh my god,
tak akan aku nak ambil sisa abang aku kot? Ei... aku dah agak dah,
mereka mesti dah punya. Menyesal menyesal menyesal. Gerutu Zafiq
dalam hati. Dia memandang sayu ke arah perempuan idamannya yang
sedang tersenyum itu. Huh.
“Seriously
dalam masa dua bulan Mir?”
Zamir
mengangguk.
“Betul
lah ma.”
Muka
Tengku Maria sudah teruja mendengarnya.
“Ya
Allah bestnya. Abang tak seronok ke? Daripada tadi diam aje.”
Tengku Maria terus memandang suaminya di sisi.
“Boleh
percaya ke cakap Mir tu? Kadang-kadang apa yang dia cakap tu semuanya
ke laut. Tak betul langsung.” Kutuk Tengku Ziqri.
Aku
mengemam bibir menahan diri daripada ketawa. Tak menahan betul bapak
mertua aku ni ha ha ha.
Zamir
dah pamer muka cemberut. Sakit hati betul dia dengan papa dia ni.
Bukan nak sokong pun, boleh lagi kutuk dia.
“Apa
papa ni? Mir yakin isteri Mir mengandung lagi dua bulan.” Jawab
Zamir dengan suara yang yakin.
Tercebik
bibir Tengku Ziqri mendengarnya.
“Kamu
bukan Allah Mir. Kalau ada rezeki tu, ada lah. Ni main pandai dia aje
cakap macam tu. Papa kakikan kamu nanti karang.”
Aku
terus menghamburkan ketawa yang terbuku daripada tadi. Memang tak
menahan dah dengar bapak mertua cakap macam tu. Nasib baik bukan aku
sorang je yang ketawa, mama dengan Zafiq pun join sekaki.
Kalau tidak, memang aku tak keluar bilik menahan malu.
Makin
bertambah cemberut muka Zamir bila dengar orang ketawakan dia. Sayang
dia ni pun satu, bukannya nak back up dia pun tapi duk bantai
gelakkan dia lagi ada lah. Tak makan saman betul.
“Gelak
lah lagi gelak. Seronok sangat gelakkan orang kan?”
Terus
berhenti suara orang ketawa bila dengar Zamir berkata begitu. Dah
merajuk, macam tu lah jadinya.
“Kenapa
tak nak gelak? Dah habis suara nak ketawa ke? Semuanya sama je.”
Zamir dengan segera naik ke atas. Geram betul dia dengan mereka semua
tu. Bukan nak jaga hati dia tapi boleh menggelakkannya lagi. Huh.
Aku
memandang langkah Zamir yang laju naik ke atas itu. Makin kuat
merajuk dia ni. Pandanganku di halakan semula ke arah keluarga Zamir
lalu aku tersenyum sumbing. Rasa serba salah lah pulak.
“Err...
mama papa, Qisha naik atas dulu ye?”
Tengku
Maria dan Tengku Ziqri hanya mengangguk. Biarlah menantunya itu
memujuk anak mereka. Daripada makin terus merajuk dia, lebih baik
pujuk sekarang.
“Naik
lah Qisha. Pujuk budak manja tu elok-elok.” Ujar Tengku Maria.
Dengar
saja Tengku Maria cakap macam tu, aku segera naik ke atas menuju ke
bilik Zamir. Sesi nak memujuk laki macam budak manja ni pulak.
AKU
menguak pintu bilik perlahan-lahan dan melihat Zamir sedang berbaring
sambil menekup mukanya dengan bantal. Macam budak-budak. Aku merajuk
pun tak ada macam tu. Aku berjalan masuk menghampiri suamiku lalu
berbaring di sebelahnya. Tanganku melingkar di pinggang Zamir dan
memeluk badan lelaki itu erat.
“Abang...
janganlah merajuk macam ni. Tak handsome tau kalau abang
merajuk.” Aku memujuk dengan suara yang lembut. Tak akan nak guna
suara yang kasar pulak, nanti bukannya makin baik merajuk dia malah
makin bertambah teruk ada lah.
“Malas.
Sayang bukannya nak back up abang pun tadi, tapi sayang boleh
gelakkan abang. Tak patut betul tau.” Ujar Zamir dengan suara yang
lirih. Dia membalikkan badannya membelakangi aku. Memang teruk sangat
ni haih...
“Abang...
Eish tak mahu lah merajuk. Tak sporting lah abang ni. Abang
dah besar tau. Kalau budak kecik Nurin tak kisah lagi. Ni dah boleh
jadi bapak orang tahu tak. Matang lah sikit. Tak habis merajuk
merajuk merajuk. Kalah Nurin abang punya merajuk ni.” Ini bukan
memujuk lagi dah, mengutuk ada lah. Sudah lah aku ni tak pandai nak
pujuk orang, dapat pulak suami yang kuat merajuk, memang mencabar
betul!
Zamir
mengetap giginya kuat. Memang bagus lah cara isteri dia tu pujuk dia.
Menyakitkan hati ada lah. Bantal yang menekup mukanya di balik ke
bawah lalu memusingkan badan menghadap isterinya yang sedang buat
muka tak bersalah itu. Dia pandang wanita itu dengan pandangan yang
tajam. Geram ya amat!
“Nurin
sepatutnya pujuk abang, bukannya kutuk abang.”
Aku
mengangkat bahu. Jangan bagi muka sangat dekat dia ni, nanti makin
mengada-ngada. Aku jugak yang susah.
“Memang
patut pun kena kutuk. Abang ni tak matang tau.”
Zamir
yang semakin bertambah geram segera menarik badan isterinya
menghampirinya dan memeluk pinggang wanita itu dengan erat.
“Eh...
eh... abang nak buat apa ni?” Soal aku dengan wajah yang risau.
Jangan dia buat macam-macam sudah lah. Habis lah dia nanti.
“Nurin
jangan cabar abang sayang.”
“Cabar
apa?”
Zamir
kulum senyuman sinis.
“Oh...
buat-buat tak tahu pulak ye.”
“Betul
lah Nurin tak tahu. Cabar apa ni?”
Zamir
mendengus kasar.
“Ikutkan
hati abang ni, nak aje abang ngap Nurin sekarang tau.”
“Eh
jangan bang jangan.” Halang aku cepat-cepat. Dia ni bukannya boleh
percaya pun. Kang ada jugak dia buat betul-betul, aku jugak yang
susah.
“Kenapa
pulak?”
Aku
berdehem sedikit.
“Kajian
ada mengatakan, kalau seseorang itu membuat hubungan intim ketika
isterinya datang bulan, kemungkinan besar anak yang dikandungkan oleh
isterinya itu cacat. Memang lah bila buat hubungan intim masa datang
bulan, isteri dia cepat mengandung tapi risiko dia macam tu lah.
Abang sanggup ke?”
Zamir
menggeleng.
“Mana
Nurin tahu semua ni?”
“Masa
Nurin form 5 dekat tuisyen dulu. Cikgu tu tiba-tiba pulak
cakap macam tu. Malu Nurin bang. Dah lah dia tu cikgu perempuan.”
Tersenyum
kecil Zamir mendengarnya.
“Itu
pun nak malu ke?”
Aku
mencebik. Dah tahu yang pergi tanya lagi buat apa? Bengong!
“Malu
lah. Abang lelaki mana ada perasaan malu bila melibatkan pasal benda
ni semua.” Kutuk aku. Geram betul dengan laki aku sorang ni.
“Orang
lelaki mana pernah malu kecuali pondan.”
Aku
mencibit-cubit lengan Zamir geram.
“Ei
otak kuning betul abang ni.”
Kuat
Zamir ketawakan isterinya itu. Suka dia menyakat wanita itu lagi-lagi
bila dia tengah marah. Makin bertambah comel.
“Dengan
sayang aje abang otak kuning.”
Aku
mencebik.
“Bukan
setakat otak kuning, masuk air pun ye jugak.”
Tersenyum
lebar Zamir dengar isterinya cakap macam tu. Dia tak kisah apa yang
isteri dia nak cakap pasal dia, janji Nurin Aqisha dia ni sayangkan
dia pun sudah mencukupi.
“Sayang...”
Meleret Zamir memanggil isterinya dengan tangannya sudah menjalar di
belakang badan wanita itu.
Aku
menelan air liur perlahan. Kenapa suara Zamir tu kedengaran seram
semacam je ye? Jantung aku ni pulak tiba-tiba berdebar tahap
maksimum. Bahaya ni!
“Err...
abang nak apa ni?”
Zamir
kulum senyuman menggoda.
“Nak
bermanja lah.”
Erk?
Ei... tak nak aku bermanja dengan dia. Seram! Aku menolak tangan
Zamir perlahan lalu bangun dari pembaringanku.
Zamir
memandang pelik ke arah isterinya.
“Why?”
“Ah...
Nurin nak pergi toilet ni.” Dalih aku.
“Boleh
percaya ke ni?” Zamir mengangkat keningnya.
“Kena
percaya jugak.”
Zamir
mengangkat bahu.
“Okay
pergi lah. Jangan lama-lama sangat. Abang belum start bermanja
lagi ni.”
Dengan
segera aku berlari masuk ke dalam bilik air. Aku menyandar badan aku
perlahan pada pintu bilik air dan meraup muka aku perlahan. Tangan
aku, aku lekapkan ke dada. Laju betul jantung aku ni berdegup. Ya
Allah, memang aura suami aku ni kuat sangat lah. Dia guna ilmu apa
sampai jadi macam ni, ni? Aku berjalan mundar-mandir dalam bilik air.
Aku menuju ke arah singki lalu membuka air di singki dan
membiarkannya. Nanti Zamir syak pelik-pelik habis lah dia nanti.
Hmm...
nak keluar bilik air ke tak nak? Kalau keluar bilik air, kena
menghadap muka Zamir lepas tu kena layan dia punya manja tu. Kalau
duduk dalam bilik air, syaitan banyak keliling aku ni. Huh! Kan best
kalau sekarang ni aku dekat rumah ibu dengan ayah. Boleh aku terus
masuk bilik dia orang je. Masuk bilik angah pun boleh jugak tapi kena
lah tahan telinga dia ni dengan angah dia membebel. Apa aku nak buat
sekarang ni? Aku tak sanggup nak biarkan kaki aku ni melangkah keluar
daripada bilik air ni. Tak sanggup nak layan manja Zamir. Nanti aku
jugak yang kalah. Sekali Zamir menggoda, boleh jatuh tersungkur aku
nanti, hu hu hu.
Di
luar, Zamir rasa tak betah nak tunggu lama-lama. Apa yang isteri dia
buat dalam bilik air tu lama-lama dia sendiri tak tahu. Dia bangun
dari pembaringannya dan berjalan menghampiri pintu bilik air. Dia
mengetuk pintu itu perlahan.
“Sayang,
buat apa lama-lama dalam bilik air tu? Abang dah mengantuk ni. Cepat
lah keluar.”
Terhenti
langkah aku mendengar suara Zamir. Alamak... habislah aku nanti.
“Kalau
abang ngantuk, abang pergi lah tidur dulu. Nanti Nurin keluar.”
Zamir
mengeluh.
“Nurin
buat apa lama-lama dalam bilik air tu sayang? Abang tak boleh tidur
kalau Nurin tak ada dekat sebelah abang. Keluar lah cepat yang. Tak
elok duduk lama-lama dalam bilik air tu.” Tangan Zamir masih tak
berhenti mengetuk pintu bilik air.
Aku
menguak rambut ke belakang. Sabar Nurin, dia nak bermanja aje tu. Tak
lebih-lebih pun.
“Abang
bagi Nurin 1 or 2 minutes, lepas tu Nurin keluar. Jangan lah
ashik ketuk pintu tu, nanti roboh karang susah pulak.”
Zamir
menjatuhkan tangannya.
“Okay,
abang tunggu Nurin tau. Jangan lama sangat.” Pesan Zamir lagi.
“Ye!”
Aku
terus menuju ke arah singki lalu membasuh muka aku. Nanti kalau aku
keluar tak ada air dekat tangan atau muka, Zamir syak wasangka aku
nak jawab apa? Aku menarik nafas perlahan dan dengan segera keluar
daripada bilik air. Aku menghadiahkan senyuman yang manis buat Zamir
yang sedang baring itu.
“Nurin
buat apa lama-lama dalam bilik air tadi sayang? Penat abang tunggu
Nurin.” Soal Zamir sambil tangan menarik tangan isterinya lembut.
Aku
hanya mengikut apa yang Zamir lakukan.
“Buat
apa yang orang sepatut buat bila masuk bilik air lah.”
Zamir
mengangguk
“Jom
lah tidur. Abang mengantuk sangat ni.” Tangan Zamir sudah melingkar
di pinggangku. Aku hanya layankan aje manja Zamir itu.
“Night
sayang. Love you.” Zamir mencium pipi aku lalu terus
melelapkan matanya.
“Night
abang. Love you too.” Balas aku perlahan. Aku turut
melelapkan mata sambil tangan memeluk pinggang Zamir.
Zamir
tersenyum dengan mata yang tertutup. Seronok sangat dapat night
wish dari orang tersayang he he he.
No comments:
Post a Comment