Wednesday, 1 April 2015

Qaseh Alana Bab 6




BAB 6

QASEH ALANA mengemas mejanya yang berselerak. Selesai mengemas meja, dia terus mencapai beg tangannya yang ada di bawah meja. Selepas mengambil beg tangannya, dia terus keluar daripada biliknya.

Baru sahaja dia menutup pintu biliknya, dia terdengar pintu bilik Tengku Asytar juga di tutup.

Qaseh Alana tidak mempedulikan lelaki itu dan ingin berlalu daripada situ tapi baru sahaja Qaseh Alana hendak berjalan, tiba-tiba dia ditegur oleh Tengku Asytar.


“Awak nak balik dah ke Qaseh?” Soal Tengku Asytar lembut. Dia berjalan menghampiri Qaseh Alana.

“Tak lah. Saya nak pergi terjun bangunan ni ah.” Sarkastik Qaseh Alana membalas tanpa memandang wajah Tengku Asytar. Dia meninggalkan lelaki itu yang tengah ternganga memandangnya.

Biar betul perempuan ni? Aku baik-baik soal dia, boleh dia bagi ayat terbaik punya tu? Desis Tengku Asytar dalam hatinya. Dia berjalan menghampiri Qaseh Alana yang sedang menunggu lift itu. Pandangan pelik daripada pekerjanya langsung dia tak endahkan.

“Pandai awak menjawab saya kan Qaseh?” Soal Tengku Asytar selepas berdiri di sebelah Qaseh Alana.

“Mesti lah saya pandai. Apa guna saya ada ijazah tapi tak pandai menjawab soalan Tengku.”

Tengku Asytar tersenyum mendengarnya.

“Qaseh.” Panggil Tengku Asytar meleret.

Hmm.” Sahut Qaseh Alana malas.

“Awak nak tahu sesuatu tak Qaseh?”

“Tak nak!”

Ala... awak kena tahu jugak.” Rengek Tengku Asytar.

Qaseh Alana menjulingkan matanya ke atas. Gedik!

“Kalau Tengku nak cakap, dipersilakan but kalau Tengku tak nak cakap saya langsung tak kisah.”

Lift terbuka dan dengan segera dua manusia itu masuk ke dalam lift.

“Awak lain daripada yang lain.” Ujar Tengku Asytar. Dia menyandarkan badannya di dinding lift.

Berkerut-kerut kening Qaseh Alana mendengarnya. Dia memandang wajah Tengku Asytar dengan pandangan yang pelik.

“Maksud Tengku?”

“Awak tak sama macam perempuan yang saya kenal.”

Qaseh Alana ketawa kecil mendengarnya.

“Apa yang tak samanya?” Qaseh Alana memandang ke arah pintu lift yang masih tertutup. Dia tak sanggup nak pandang muka Tengku Asytar yang kacak itu.

“Awak suka menjawab saya. Perempuan yang saya kenal semuanya ikut aje apa yang saya cakap. Awak suka sindir saya. Perempuan yang saya kenal, nak sindir saya pun tak berani. Kalau awak, semua benda berani.”

Tersenyum sinis Qaseh Alana mendengarnya. Dia terus keluar daripada perut lift setelah pintu lift di buka. Dia berjalan keluar daripada pejabat itu dan sempat menghadiahkan senyuman yang manis buat Kak Sira yang masih lagi berada di tempatnya.

Tengku Asytar dengan segera mengikut langkah Qaseh Alana yang laju keluar daripada perut lift. Dia juga sempat memberi senyuman kepada Kak Sira yang tengah memandangnya.

Tengku Asytar terus mengejar langkah Qaseh Alana yang laju jalan di hadapannya. Sampai saja menghampiri Qaseh Alana, Tengku Asytar terus menghalang langkah wanita itu.

Qaseh Alana melepaskan keluhan berat apabila Tengku Asytar menghalang jalannya.

“Tengku nak apa lagi ni?” Soal Qaseh Alana dengan nada yang malas.

Sebenarnya dia bukan malas, dia tak sanggup nak biarkan hati dia cair bila lihat wajah Tengku Asytar.

“Kenapa awak tak balas balik apa yang saya kata tadi?”

Qaseh Alana membuang pandang ke arah lain.

“Malas.”

Tengku Asytar tersenyum sinis mendengarnya.

“Pelik bila Qaseh Alana malas menjawab kata-kata Tengku Asytar. Macam boleh buat diary pulak.”

Please lah Tengku, kalau nak buang masa saya bukan sekarang. Saya nak balik ni, nanti lambat pulak sampai rumah.” Jawab Qaseh Alana dengan nada yang malas.

Tengku Asytar memeluk tubuhnya dan memandang wajah ayu Qaseh Alana.

“Awak balik naik apa Qaseh?”

“Kenderaan.” Sepatah Qaseh Alana membalas.

Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah.

“Saya tahu lah kenderaan, tapi apa?”

“Apa yang Tengku nak?” Kali ni Qaseh Alana pula yang memeluk tubuhnya. Dia memandang Tengku Asytar sambil mengangkat keningnya.

“Saya nak tahu awak balik naik apa?”

Qaseh Alana melepaskan keluhan lemah.

Kenapa awak buat macam ni kepada saya Tengku Asytar? Cara awak layan saya seperti awak ada perasaan dekat saya. Tolong jangan layan saya macam ni Tengku. Saya tak kuat. Rintih Qaseh Alana dalam hatinya.

“Saya balik naik bas.” Balas Qaseh Alana dengan suara yang perlahan.

“Bas?” Tengku Asytar menyoal dengan suara yang terkejut.

Qaseh Alana mengangguk.

Why?”

“Awak tahu tak bahaya naik bas bagi orang perempuan.”

Qaseh Alana menjungkitkan mulutnya.

“Saya tahu bahaya tapi hanya itu sahaja pengangkutan yang saya ada.”

“Awak tak akan tak ada kereta langsung?”

Qaseh Alana kulum senyuman sinis.

“Kalau saya kaya, bukan setakat kereta saja yang saya boleh beli. Saya duduk rumah goyang kaki pun boleh, Tengku.” Sinis Qaseh Alana membalas.

Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah.

“Saya hantar awak balik ye Qaseh.” Pelawa Tengku Asytar.

“Saya tak nak.”

Please Qaseh.” Rayu Tengku Asytar.

Qaseh Alana melepaskan keluhan berat. Tak fahan bahasa ke, buat-buat tak faham Tengku ni? Sekali aku kata tak nak tu tak nak aje lah. Bentak Qaseh Alana dalam hatinya.

Please...”

No!”

“Qaseh tolo...”

Don't force me Tengku Asytar. If I said no, I really meant it." Potong Qaseh Alana. Selepas berkata begitu dia terus berlalu daripada situ. Malas nak layan orang yang tak fahan bahasa ni. Menyakitkan hati aje.

“Kalau awak melangkah lagi, awak automatik di pecat.” Jerit Tengku Asytar.

Terus mati langkah Qaseh Alana bila mendengarnya. Dia mengetap giginya kegeraman. Dia memusing badannya ke belakang lalu memandang tajam ke arah lelaki yang sedang tersenyum itu.

“Awak nak saya hantar awak balik atau tidak?” Soal Tengku Asytar dengan suara yang kuat sambil menari-narikan keningnya.

Qaseh Alana menghentak kakinya perlahan. Geram! Dia menjeling Tengku Asytar tajam.

“Yelah.” Qaseh Alana mengalah.

Makin melebar senyuman Tengku Asytar mendengar jawapan daripada mulut comel Qaseh Alana.

“Dah jom.” Ajak Tengku Asytar.

Qaseh Alana hanya mengikut langkah Tengku Asytar itu. Dia berjalan dengan langkah yang malas. Dalam hati sudah habis dia kutuk lelaki tu. Geram ya amat.




QASEH ALANA menutup pintu kereta Tengku Asytar dengan hati yang sebal. Ikutkan hati dia, nak aje dia cabutkan kereta lelaki ini. Baru padan dengan muka dia.

Tengku Asytar yang melihat gelagat Qaseh Alana, terus menegur wanita itu.

“Jangan nak hempas-hempas pintu kereta saya ye. Awak ingat saya beli kereta ni guna air liur ke?”

Qaseh Alana mencebikkan bibirnya.

“Ada saya kisah.”

“Menjawab... menjawab...”

“Saya ada mulut, saya jawab lah.”

Tengku Asytar mengetap giginya kegeraman.

“Saya cium mulut awak tu nak?”

Terkejut Qaseh Alana mendengarnya. Memang sengalrudin punya Tengku Asytar.

“Gila!” Ujar Qaseh Alana perlahan.

I hear that Qaseh.” Balas Tengku Asytar. Dia menurunkan hand break kereta lalu menggerakkan keretanya.

“Memang Tengku dengar pun. Tak akan lah Tengku pekak kan?” Sinis Qaseh Alana membalas.

“Suka sangat perli orang kan? Saya ni kalau tak ada iman, dah lama bibir awak tu saya cium tau.”

Qaseh Alana membuang pandang ke arah jalan raya. Malas nak layan Tengku Asytar dengan tengok wajah dia. Buat sakit hati aje.

Haih sakit hati ke cair? Kata hati Qaseh Alana. Dia melepaskan keluhan lemah.

“Qaseh...” Panggil Tengku Asytar lembut. Bosan lah pulak bila drive sorang-sorang ni.

“Tengku nak apa?” Sahut Qaseh Alana malas.

“Jom lah berborak dengan saya. Bosan ni.”

“Saya malas.”

“Ala Qaseh...” Rengek Tengku Asytar.

Qaseh Alana menjulingkan matanya ke atas. Gedik tak habis-habis.

“Tolong matang sikit Tengku Asytar. Sakit telinga saya ni dengar Tengku merengek. Tengku ingat Tengku budak kecik yang saya kena ikut cakap Tengku ke?” Balas Qaseh Alana dengan nada yang geram.

But you're my employee.” Ujar Tengku Asytar dengan suara yang lirih.

“Sekarang ni bukan office hour so saya tak ada masa nak ikut semua cakap Tengku.”

Tengku Asytar mencebik mendengarnya. Kalau berdebat dengan perempuan ni, sampai ke besok tak habis. Desis Tengku Asytar dalam hatinya.

“Saya nak tanya satu soalan boleh?”

Go ahead.”

“Kenapa awak tak suka dengan tunang saya?”

“Ada saya cakap saya tak suka dia ke?”

“Awak melawan cakap dia bukan awak tak suka ke?”

Qaseh Alana tersenyum sinis.

“Orang macam tu memang patut pun saya lawan. Dia fikir dia bagus nak cakap macam tu?”

“Orang yang awak cakap tu tunang saya Qaseh.”

“Saya tahu.” Jawab Qaseh Alana pendek.

“Tengku...”

Hmm...”

“Tengku ni lelaki ke perempuan?”

Berkerut-kerut dahi Tengku Asytar mendengar soalan daripada Qaseh Alana. Apa punya soalan perempuan ni bagi dekat aku ni? Kata Tengku Asytar dalam hatinya.

“Mesti lah saya lelaki. Awak ni dah tak ada soalan lain ke nak tanya?”

Qaseh Alana kulum senyuman manis.

“Kalau Tengku lelaki, kenapa Tengku tak reti nak bertegas dengan tunang Tengku?”

“Dia tunang saya, jadi saya tak nak bertegas dengan dia.” Jawab Tengku Asytar.

Tersenyum sinis Qaseh Alana bila mendengarnya. Bodoh! Kalau sayang pun tak akan tak boleh nak bertegas langsung, desis Qaseh Alana dalam hatinya.

“Boleh tak saya nak kata Tengku bodoh?” Meskipun saya dah kata Tengku bodoh dalam hati saya tadi, sambung Qaseh Alana dalam hatinya.

Tengku Asytar mengejapkan pegangannya pada stereng kereta.

“Apa yang awak nak cakap sebenarnya Qaseh Alana?”

“Saya tak rasa Tengku layak jadi seorang suami kalau Tengku tak reti nak bertegas.”

Tengku Asytar mengetap bibirnya kegeraman.

“Saya tak nak apa-apa. Apa yang saya nak ialah, saya nak Tengku ubah perangai tunang Tengku tu.”

“Awak jangan nak mengajar saya Qaseh.” Kata Tengku Asytar dengan suara yang tegas.

Qaseh Alana tersenyum sinis mendengarnya. Dia memandang wajah Tengku Asytar yang sedang kegeraman itu.

“Saya tak nak cakap banyak lah cuma saya nak Tengku ubahkan perangai tunang Tengku yang suka buat sesuatu tanpa menggunakan akal.”

Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah. Dia menjeling sekilas ke arah Qaseh Alana yang sedang memandangnya.

“Awak memang suka mengajar orang ke Qaseh?”

“Tak.” Jawab Qaseh Alana pantas.

“Cuma saya tak suka perangai tunang Tengku. Tengku ikut kata dia tanpa berfikir. Saya pun tak tahu lah macam mana Tengku boleh jadi CEO kalau seorang perempuan pun Tengku tak reti nak handle? Atau Tengku takut dengan tunang Tengku tu?” Tambah Qaseh Alana.

“Bila masa saya takut dengan dia?” Keras suara Tengku Asytar membalas.

Oh Tengku tak takut tapi kenapa Tengku boleh pecat semua secretary Tengku yang dulu? Sebab di paksa oleh tunang? Shame on you Tengku Asytar.” Ejek Qaseh Alana sambil ketawa kecil.

Ketawa daripada Qaseh Alana kedengaran sinis menyapa halwa telinga Tengku Asytar.

“Awak jangan nak menghina saya Qaseh.” Balas Tengku Asytar dengan suara yang tertahan-tahan. Sakit pula hatinya apabila mendengar wanita berkata begitu.

Qaseh Alana tersenyum sinis. Dia membuang pandang ke arah jalan raya.

“Satu aje yang saya takut. Saya takut orang akan panggil Tengku dayus sebab tak reti nak mengajar isteri cara menghormat orang. Jadi, sebelum Tengku nak kahwin dengan tunang Tengku tu, ajar dia macam mana nak hormat dan jaga perasaan orang.”

Terkedu Tengku Asytar mendengarnya. Memang dia benar tersentap mendengar kata-kata daripada setiausahanya itu.

“Awak nak panggil saya dayus ke Qaseh?”

Qaseh Alana menggeleng.

“Tak. Selagi Tengku belum jadi suami kepada tunang Tengku mungkin Tengku tak akan di gelar dayus tapi bila Tengku dah jadi suami dia, I'm pretty sure dia orang akan panggil Tengku dayus sebab tak reti nak mengajar bini.” Balas Qaseh Alana dengan suara yang lembut.

Makin bertambah terkedu Tengku Asytar di buatnya. Tengku Asytar melepaskan keluhan yang berat. Apa yang Qaseh Alana cakap tu ada betulnya. Memang sentap dia bila dengar wanita itu berkata macam tu. Makan dalam betul.

“Tengku berhentikan aje saya dekat perhentian bas tu.” Arah Qaseh Alana tiba-tiba.

“Tapi kenapa?” Soal Tengku Asytar pelik.

“Berhenti aje lah.”

“Saya tak nak. Mana lorong rumah awak?”

Qaseh Alana melepaskan keluhan lemah. Degil!

“Depan sana nanti belok kiri.” Ujar Qaseh Alana dengan suara yang malas.

Tengku Asytar hanya mengikut saja kata wanita itu.

“Mana satu rumah awak ni Qaseh?”

“Yang pagar warna oren tu.”

Tengku Asytar terus menggerakkan keretanya ke arah rumah itu. Sampai saja di rumah Qaseh Alana, Tengku Asytar terus memandang rumah teres setingkat itu.

“Ini rumah awak?”

“Ha'ah.” Jawab Qaseh Alana. Dia membuka seat belt yang membelit badannya.

“Selesa ke tinggal dekat sini?” Sinis Tengku Asytar menyoal.

Orang kaya, mesti lah tanya sama ada selesa atau tidak. Desis Qaseh Alana dalam hatinya.

“Alhamdulillah saya masih selesa tinggal di sini.”

Tengku Asytar memandang wajah Qaseh Alana yang sedang memandangnya itu.

“Saya nak ucap terima kasih dekat Tengku sebab hantar saya balik. Lepas ni tak payah nak menyusahkan diri hantar saya balik Tengku Asytar.” Tambah Qaseh Alana. Dia ingin segera keluar daripada kereta lelaki itu.

Keluar saja daripada kereta Tengku Asytar, Qaseh Alana terus berjalan masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah Tengku Asytar.


Tengku Asytar hanya memandang langkah Qaseh Alana. Memang hati batu betul perempuan ni. Kata Tengku Asytar dalam hatinya. Dia terus berlalu daripada situ. Malas nak tengok wajah Qaseh Alana.

No comments:

Post a Comment