BAB 9
“DAH turun
dah kamu berdua ni? Ibu ingatkan tak nak makan lah tadi. Seronok
duduk dalam bilik ye?” Sakat Puan Sri Diana. Aku lihat angah sedang
menahan diri daripada ketawa.
“Eish ibu ni, jangan fikir kat lain ye.” Aku
membalas lalu terus mengambil tempat di sebelah Zamir.
“Apa salahnya ibu
fikir kat lain, kan darling?”
Tan Sri Omar pula yang menyampuk.
“Betul tu bang.” Ibu dengan ayah ni memang sekepala
betul. Macam manalah anak-anaknya tak mengikut perangai kuat menyakat
mereka itu.
“Ibu dengan ayah ni kalau sehari tak menyakat adik
memang tak sah kan?” Aku sudah memuncung kan mulut.
“Zamir, hang tengok tu ah bini hang ni, dah muncung
macam itu. Apa lagi cium lah.” Choi! Sengal punya angah. Tak guna
betul. Apa kes cium dekat meja makan ni?
“Abang jangan nak mengada-ngada eh.” Aku terus
menjeling Zamir yang ada di sisi aku. Mamat sorang ni pun bukannya
boleh pakai sangat. Kang dia buat betul-betul, mampus aku.
“Abang nak buat apa pula ni?” Soal Zamir dengan
wajah yang pelik.
“Tak payah nak buat muka macam tu lah abang,
menyampah.” Aku terus mencedok nasi untuk aku dan Zamir. Marah
marah pun tetap isi kan nasi untuk Zamir. Kan layan suami ni dapat
pahala.
“Mir, puteri hutan ni dah merajuk lah.” Sengal lah
angah ni. Apa kes puteri hutan pula ni?
“Nanti saya pujuk lah dia, ngah. Senang kacang goreng
je nak pujuk dia ni.” Okay kita tengok sejauh mana senang
kacang goreng kau tu Zamir.
“Kalau kau dapat pujuk minah emotional ni,
memang aku tabik spring lah.” Tak payah nak tabik spring
sangat lah Najmi Afiq oi.
“Dah angah, kamu jangan nak menyakat adik kamu ni.
Bila budak tu tak ada, tahu lah pulak rindu.” Puan Sri Diana terus
mencubit lengan sasa angah selepas berkata begitu.
“Apa ni ibu, cubit-cubit tangan angah ni. Tahu lah
sasa, kenapa ibu jealous ke?” Najmi Afiq menyakat Puan Sri
Diana pula. Dah habis sakat adik, sakat ibu pun boleh.
“Buat apa ibu nak jealous tengok tangan kamu?
Kalau tangan Zul Ariffin tu, ibu jealous lah kalau tengoknya.
Tangan pun keding, ada hati nak cakap ibu jealous tengok
tangan dia.” Aku dan Zamir terus menghamburkan ketawa. Aduh lawak
lah ibu ni. Muka angah cemberut saja bila dengar ibu cakap macam itu.
Tan Sri Omar berdehem apabila mendengar Puan Sri Diana
memuji Zul Ariffin.
“Abang ni kenapa?” Soal Puan Sri Diana kepada
suaminya.
“Siapa Zul Ariffin tu darling? Tough sangat ke
badan dia tu?” Aik tak akan Tan Sri Omar kita ni jealous
kot.
“Memang tough pun. Kenapa abang jealous
ke?” Puan Sri Diana mengangkat keningnya berulang kali. Hamboi ibu
ni, nak kena kan ayah ke?
“Eh tak lah, saya tak jealous pun.” Dalih Tan
Sri Omar lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut dengan perlahan-lahan.
“Abang, darling dah hidup dengan abang ni nak
dekat 34 tahun tau. Darling dah arif sangat dengan perangai
abang ni.” Ibu dengan ayah memang sweet. Kadang-kadang
terselit rasa cemburu di dalam hati ini.
“Ye memang abang cemburu pun.” Puan Sri Diana terus
menghamburkan ketawanya, apabila mendengar suaminya berkata begitu.
“Itu pun nak jealous ke abang? Zul Ariffin tu
pelakon lah. Lagi pun tough mana pun badan dia tu, badan abang
lagi tough daripada badan dia.” Pandai betul Puan Sri Diana
kita ni ambil hati suami dia ye?
Aku lihat angah makan dengan khusyuknya. Dia tak kisah
pun akan gelagat ibu dan ayah. Angah ni memang hati batu
sangat-sangat. Macam mana lah bila dia dah kahwin nanti kan? Kesian
isteri dia nanti. Makan hati berulam jantung lah nampaknya.
“Jealous lah, dah darling puji lelaki
lain depan abang. Dah... dah... tak payah nak cakap pasal dia, lebih
baik kita makan. Si angah ni pun, dah nak habis makan dah.” Angah
tu hati batu ayah. Dia mana heran dengan aksi-aksi romantik ni.
“Abang, angah nak kahwin. Saya happy sangat.”
Najmi Afiq yang sedang meminum air itu terus tersembur apabila
mendengar Puan Sri Diana berkata begitu.
“Ei apa ni ngah. Tak senonoh betul lah. Nak sembur air
pun, dekat arah lain lah.” Aku mengelap muka aku yang terkena air
yang disembur oleh angah. Zamir juga turut membantu mengelap muka
aku. Haih ni yang bertambah sayang dekat Zamir ni. Aik? Dah kenapa
aku cakap sayang dekat Zamir ni? Buang tabiat ke apa.
“Sorry lah dik, tersembur lah.” Angah
mengelap mulutnya yang ada kesan air ketika tersembur tadi.
Aku menghadiahkan jelingan yang tajam ke arah angah. Dia
hanya tersenyum sumbing apabila aku menghadiahkan jelingan tersebut.
Aku geram ni, habis muka comel aku kena sembur dengan air. Yang
paling jijiknya, ia datang daripada mulut angah. Agak-agak lah kalau
nak tersemburnya, janganlah sampai sembur dekat muka aku. Yang orang
dekat sebelah aku ni, ashik nak menahan gelak je daripada tadi. Geram
pulak aku dengan perangai dia ni.
“Abang kalau nak gelak, gelak je. Tak payah nak
tahan-tahan.” Marah aku kepada Zamir.
“Abang mana ada nak gelak yang, jangan lah sensitif
sangat.” Aku terus menghadiahkan Zamir sebuah jelingan maut.
Tiba-tiba kedengaran suara Tan Sri Omar.
“Betul ngah? Ini yang buat ayah rasa teruja sangat ni.
Anak teruna kita yang sorang ni nak kahwin. Buat kenduri tiga hari
tiga malam lah ye.” Ha ha ha ayah ni nak perli angah ke apa.
“Apa abang ni, asal nak buat kenduri tiga hari tiga
malam pula? Saja je nak kenakan anak teruna kita tu. Dia nak kahwin
pun dah cukup baik tau.” Tegur Puan Sri Diana kepada Tan Sri Omar.
“Ala, abang saja je gurau. Dia nak kahwin pun abang
dah bersyukur. Tak ke gitu Afiq?” Tan Sri Omar mengangkat keningnya
kepada Najmi Afiq.
“Haa...betul tu ayah betul.” Jawab Najmi Afiq dengan
teragagap-gagap.
“Kau nak kahwin ngah? Alhamdulillah, bertemu jugak kau
dengan jodoh ye.” Zamir terus mengucap syukur.
“Kau perli aku ke apa Mir? Aku backhand kau
kang.” Najmi Afiq sudah mengangkat tangannya.
“Eh bila masa pulak aku perli kau ni. Aku mengucapkan
kata syukur yang kau dah nak kahwin. Tu pun di katakan perli ke?”
Soal Zamir dengan muka yang blur.
“Dik, kenapa laki kau ni blur sangat?” Soal
Najmi Afiq sambil menjeling aku.
“Biar lah dia nak blur ke tidak. Janji dia tak
buat aku sakit hati.” Jawab aku lalu memasukkan makanan ke mulut.
“Haa... sesuai lah tu jadi laki bini. Sorang blur
sorang lagi selamba.” Aku hanya menjulingkat mata ke atas mendengar
kata-kata angah itu.
“Jealous lah tu. Ibu cepat-cepat pergi masuk
meminang bakal isteri angah tu. Biar dia matang sikit. Tak ada kerja
nak menyakat orang je.” Najmi Afiq terus menolak kerusi dan berlalu
naik ke atas. Merajuk lah tu, fikir aku kisah.
Tan Sri Omar, Puan Sri Diana dan Zamir hanya
menggelengkan kepala sahaja melihat telatah dua beradik itu. Pantang
berjumpa mesti bergaduh. Belum masuk lagi yang si alongnya. Mahu
roboh rumah ni dibuatnya oleh mereka. Tapi mereka lah penceria
hari-harinya.
“SAYANG, tak baik tau sakat angah tadi.” Kata
Zamir kepada aku.
“Biar lah, baru padan dengan muka dia. Ashik Nurin je
yang kena dengan dia. Sekarang ni biar dia rasa pulak apa yang Nurin
rasa.” Aku membalas lalu menyikat rambut lurus aku yang panjang
paras bahu.
“Haih kesian angah tau sayang.” Zamir terus menuju
ke arah aku dan mengusap bahu aku. Erk, apa Zamir nak buat ni? Jangan
dia tuntut hak dia sudah. Dah lah aku tak bersedia lagi. Aku dah
terima dia tak bermakna aku nak serah diri. Ibu tolong adik!!!
“Err... abang nak buat apa ni?” Seram pulak aku
tengok senyuman Zamir ni. Senyuman dia macam nak mintak penyepak pun
ye gak.
“Salah ke abang nak sentuh isteri abang ni?” Zamir
sudah mengangkat-angkat keningnya. Ya Allah, apasal seram semacam je
muka Zamir ni.
“Er... er... ta... tak salah he he he.” Dah
pahal pulak aku tergagap-gagap ni.
“Abang tahu memang tak salah pun.” Zamir terus
memegang tangan aku yang sedang memegang sikat itu. Dia meramas-ramas
jemari halus aku itu.
“Kenapa sejuk semacam je tangan sayang ni? Are you
okay?” Zamir sudah tertawa kecil melihat kegugupan aku.
“I'm okay. Maybe sebab aircond kot,
sebab tu rasa sejuk je tangan Nurin ni.” Dalih aku.
“Ye ke sejuk sebab aircond? Bukan sejuk sebab
abang ada dekat sini ke?” Dah tahu aku sejuk sebab kau, yang kau
berdiri dekat belakang aku ni kenapa? Kutuk aku dalam hati.
“Eh tak lah, mana ada. Okay lah abang, Nurin
nak tidur dulu. Night.” Aku terus bangun dan ingin menuju ke arah
katil. Belum sempat aku bergerak aku rasa aku dipeluk dari belakang
oleh Zamir.
“Relax lah sayang. Abang tak akan mintak hak
abang selagi sayang belum bersedia. Don't worry okay? Kalau
nurin nak tidur pergi lah tidur. Jangan shaking sangat.”
Zamir ketawa lalu melepaskan pelukannya ke atas diri aku.
Kurang asam keping jawa punya Zamir. Aku menjeling Zamir
dengan tajam.
“Aip, tak baik jeling suami. Berdosa tau sayang.”
Zamir membesarkan matanya kepada aku. Ingat aku kisah dengan mata
besar dia tu.
“Tak baik kutuk suami dalam hati sayang!” Pesan
Zamir lagi. Macam mana dia tahu aku kutuk dia? Pelik lah dia ni.
Tanpa membuang masa lagi aku terus menuju ke atas katil untuk tidur.
Biarkan Zamir tu dengan perangai pelik dia, leih baik aku tidur.
Zamir yang melihat gelagat isterinya, hanya tersenyum-senyum dari
tadi. Haihlah isteri, macam manalah abang tak sayang isteri abang ni.
Kata Zamir dalam hatinya.
BAB 10
DI dalam bilik
honeymoon suite
yang di sediakan oleh Prince Hotel and Residence Kuala Lumpur
terdapat sepasang pengantin yang sedang bersiap dan di bantu oleh
pembantu-pembantunya.
“Abang kita nak buat
dekat taman kan? Tapi kenapa kita kena stay
dekat hotel
ni? Dah lah jauh taman yang kita nak pergi tu.” Rungut aku sambil
melihat mak andam membetul-betulkan dress
yang dipakai olehku itu.
“Nak buat macam mana, mama dengan papa yang suruh kita
stay sini.” Balas Zamir. Dia melangkah menuju ke arahku.
“Kenapa abang tak cakap je dengan papa buat dekat
hotel yang dekat dengan taman tu? Kan senang kita stay
dekat situ je. Tak ada nak kena tempah hotel 5 star macam ni.”
Rungut aku lagi.
Zamir memelukku dari belakang dan meletakkan dagunya di
bahu kanan aku tanpa mempedulikan orang lain yang berada di dalam
bilik honeymoon suite ini. Memang muka tembok betul si Zamir
ni, kutuk aku dalam hati.
“Ala biar lah papa tempah jauh dari taman tu, mungkin
papa nak suruh kita ride jauh-jauh. Who knows right
sayang?” Zamir menghadiahkan senyuman yang manis kepada ku melalui
cermin almari solek yang ada di hadapan kami ini. Aku membalas
senyuman yang dihadiahkan oleh Zamir kepada ku.
“Abang suka lah kan ride jauh-jauh ni?” Aku
menyoal sambil mengangkat kening yang ala-ala Ziana Zain itu.
“Of course I like it sayang. Riders kental
ni.”
“Ha ha ha, banyak lah abang punya riders
kental.” Kutuk aku lalu meletakkan tangan aku ke atas tangan Zamir
yang melingkari pinggang aku ini.
Pembantu-pembantu yang ada di dalam bilik ini hanya
tersenyum-senyum melihat gelagat kami.
“Abang.” Panggil aku dengan suara yang mendayu.
“Ye sayang.” Jawab Zamir dengan suara yang manja.
“Boleh tolong lepaskan tak? Nurin tengah malu ni dia
orang duk pandang-pandang kita daripada tadi.” Jawab aku dengan
suara yang perlahan.
“Nanak!” Jawab Zamir seperti budak-budak.
Aku menampar tangan Zamir yang melilit pinggang aku itu
dengan geram.
“Ingat comel lah tu buat suara macam budak-budak?”
“Memang comel pun.” Zamir mengelip-ngelipkan
matanya.
Aku menujulingkan mata ke atas. Menyampah betul!
“Hodoh sangat abang buat macam tu, abang tahu tak?”
“Tak lah. Abang rasa sweet aje.” Selepas
berkata begitu, Zamir terus mencium pipi aku. Pipi aku memerah
apabila pembantu-pembantu tersenyum melihat gelagat Zamir itu.
Memang sengal betul si miang ni.
Dengan perasaan yang geram, aku terus mencubit tangan
Zamir yang melilit pinggang aku itu.
“Auch... yang... yang... sakit yang... aduh... duh...
duh... duh...” Rintih Zamir. Kuat betul si miang ni menyeringai.
Pembantu-pembantu yang ada di dalam bilik itu semua
ketawa melihat gelagat kami.
“Nak lepaskan atau tidak?” Tangan aku masih mencubit
tangan Zamir.
“Tak nak lepaskan.” Jawab Zamir dengan senyuman yang
menggoda.
Muka aku terkejut mendengar jawapan daripada Zamir. Dah
kena cubit pun tak nak lepas jugak ke si miang ni?
“Tak sakit ke kena cubit ni?” Tangan aku berhenti
daripada mencubit Zamir. Macam tak sakit aje dia ni kena cubit. Tadi
bukan dia menyeringai ke? Mesti lah sakit. Ke dia tipu aku dengan
pura-pura menyeringai.
“Sakit. Tapi abang ni kan macho, mana boleh
jerit-jerit ni. Jatuh lah saham abang.” Jawab Zamir dengan suara
yang bangga.
Aku menjuihkan bibir mendengar kata-kata Zamir itu.
“Perasan!”
“Yang perasan ni jugak lah suami sayang tau.”
“Yelah, tak akan suami beruk pulak kan.”
“Hamboi, kau samakan aku dengan laki beruk ke yang?”
“Lah... terasa diri tu laki beruk ke?”
Pembantu-pembantu dalam bilik itu sudah bantai gelak
mendengar kata-kata daripada kami. Seronok sangat kot tengok gelagat
kami suami isteri ni.
“Yang.” Jerit Zamir kecil.
“Ye bang.” Jawab aku dengan suara yang manja.
“Tak patut betul lah sayang ni. Ada ke patut kata
abang ni laki beruk. Abang yang handsome lagi bergaya ni suami
kepada Nurin Aqisha tau.” Zamir melepaskan pelukannya lalu
menepuk-nepuk dadanya.
Aku tersenyum sinis lalu memusingkan badan menghadap
Zamir.
“Tolong jangan perasan boleh tak?”
“Tak boleh.”
“Ikut suka hati abang lah. Sekarang ni Nurin nak
bersiap. Jadi, abang dipersilakan keluar daripada bilik ni sekarang.”
Arah aku.
“Hoi, halau ke?”
Aku memeluk tubuh dengan mata memandang ke arah Zamir.
“Terasa diri kena halau ke, bang?” Aku
menari-narikan kening aku.
Zamir menghentakkan kakinya. Aku memandang dengan
perasaan yang menyampah dengan kelakuan Zamir itu.
“Tak payah nak hentak kaki sangat lah. Dah keluar.”
Aku menolak badan dia keluar daripada bilik kami.
Pembantu-pembantu kami hanya memandang sahaja gelagat
kami. Selepas Zamir keluar daripada bilik dia terus memusingkan
badannya menghadap aku.
“Merajuk sepuluh minit dengan sayang.” Jawab Zamir
dengan mulut yang memuncung.
“Okay.” Aku terus menutup pintu bilik setelah
berkata begitu.
Zamir yang melihat reaksi isterinya itu terus terkedu.
Apalah nasib badan dapat bini yang selamba lagi ganas ni, kata Zamir
dalam hatinya.
Dia terus berlalu dari situ menuju ke bawah. Mungkin
keluarga dia sedang menunggu mereka dekat bawah. Biarlah dia yang
turun dulu sementara isterinya sedang bersiap.
“HA Mir, mana
menantu mama? Dia tak siap lagi ke?” Soal Tengku Maria setelah
melihat tubuh anaknya berdiri di hadapannya.
“Belum siap lagi ma.” Jawab Zamir. Dia melabuh duduk
di sofa di sebelah papanya. Kalau dia tak kacau isteri dia tadi,
mungkin mereka berdua dah turun bawah bersama-sama.
“Lambatnya siap. Kenapa kamu tak tunggu isteri kamu
je?”
“Kena halau.” Zamir menjawab pendek.
Zafiq yang mendengar abang dia punya jawapan itu terus
tersenyum sinis. Padan muka kau kena halau dengan bini sendiri, kutuk
Zafiq dalam hatinya.
“Kena halau? Siapa yang halau kamu?”
“Menantu kesayangan mama lah yang halau Mir.” Jawab
Zamir dengan suara lirih. Dia masih berasa sedih lagi, kena halau
dengan isteri dia tadi.
“Kamu kacau dia ke Mir sampai dia halau kamu?”
Tengku Maria memandang ke arah anaknya dengan mata yang kecik. Anak
dia ni bukannya boleh diharapkan sangat. Mesti ada sebab kenapa dia
kena halau. Tak akan menantu dia saja-saja nak menghalau anak dia
keluar daripada bilik mereka.
“Ala, salah ke Mir peluk dia ma?” Tengku Maria yang
mendengar jawapan anaknya itu terus mengetuk kepala anaknya.
“Memang patut pun isteri kamu tu halau kamu keluar
daripada bilik. Sebuk sangat nak mengacau dia. Padan lah dengan muka
kamu.” Tengku Maria membebel dekat anaknya itu.
Zamir mengosok-gosok kepalanya perlahan. Mulut dia
memucung sambil mata memandang ke arah mamanya.
Zafiq terus bantai gelak bila melihat abangnya kena
ketuk dengan mamanya. Sabar lah ye bang, kata Zafiq dalam hatinya.
“Apa ni Mar ketuk kepala anak tu. Kesian dia.” Tegur
Tengku Ziqri. Kesian pulak dia apabila melihat anaknya itu kena ketuk
dengan isterinya. Bukanya perlahan kalau dia ketuk, mahu weng
anak dia tu dibuatnya.
“Papa, tengok lah mama ni. Dia ketuk kepala Mir.”
Zamir mengadu kepada Tengku Ziqri.
Zafiq yang melihat gelagat abangnya terus menjulingkan
matanya ke atas. Gedik punya abang. Menyampah aku tengok, kutuk Zafiq
dalam hatinya.
“Ye, papa tengah tengok lah bini kesayangan papa ni.”
Ujar Tengku Ziqri malas. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang
menjengkilkan mata kepadanya.
“Kenapa pandang abang macam tu?” Soal Tengku Ziqri
pelik ke arah isterinya.
“Abang dah lama hidup ke cakap macam tu?”
“Kenapa? Mar, nak belasah abang pulak ke?”
“Abang!” Suara Tengku Maria naik seoktaf. Dia
memandang suaminya dengan pandangan yang tajam.
“Apa?”
“Tak akan lah Mar nak belasah suami kesayangan Mar
ni.” Balas Tengku Maria dengan suara yang manja.
Zamir dan Zafiq sudah menjulingkan matanya ke atas
apabila mendengar suara manja mamanya itu.
Tengku Ziqri hanya menyangkan muka bolayan dengan
aksi manja isterinya itu. Dalam hati dah cair dengar suara manja
Tengku Maria.
“Papa... mama... kalau nak bermanja-manja dalam bilik
ye. Bukannya dekat lobi hotel ni.” Tegur Zafiq.
Tengku Maria dan Tengku Ziqri menjeling anak keduanya
itu.
“Jangan sebuk lah.” Ujar Tengku Ziqri.
Zafiq hanya mengangkat bahunya sahaja. Malas nak layan
perangai tak matang mama dan papanya itu.
Bibir Zamir tersenyum melihat mama dan papanya itu.
Perangai mama pun ada macam Nurin sebab tu aku sayang Nurin hi hi
hi, desis Zamir sendiri.
Mereka semua masih menunggu kehadiran Nurin yang sedang
bersiap di dalam bilik. Lama betul bini kesayangan aku ni bersiap,
kata Zamir sendiri dalam hatinya.
“Sorry lama tunggu.” Tegur satu suara.
Keluarga Tengku Ziqri terus mengalihkan pandangannya ke
arah suara itu. Ternganga mulut mereka melihat wajah wanita itu.
“Subhanallah!” Jawab mereka serentak.
“WHY?” Soal aku dengan wajah yang pelik. Ada
yang pelik ke dekat diri aku ni. Aku rasa tak ada pulak aku pakai
baju terbalik tadi. Okay je aku tengok depan cermin.
“You're dead gorgeous!” Jawab Tengku Maria.
“You're so perfect!” Ujar Tengku Ziqri.
“You're damn beautiful!” Zafiq juga memuji.
Aku memandang mereka bertiga serentak. Selepas itu
pandangan aku di halakan ke arah Zamir yang turut ternganga memandang
ke arah aku.
Aku berjalan mendekati Zamir lalu memaut lengan sasa
milik Zamir.
“Tak nak puji Nurin macam dia orang puji Nurin ke
bang?” Bisik aku ke telinga Zamir.
“Siapa yang nak puji dia?” Bisik Zamir jugak. Dia
sengaja ingin menyakat isterinya itu.
“Tak nak puji lah ni?”
“Perlu ke?” Soalan dibalas soalan.
“Eh mesti lah perlu. Nurin isteri abang kan.”
Bibir Zamir terukir senyuman sinis.
“Tak akan isteri beruk kot yang.”
Aku yang mendengar Zamir berkata begitu terus
menjulingkan mata ke atas. Sengal! Tiru ayat aku je si miang ni.
“Itu ayat Nurin lah. Ayat lain tak ada ke?” Kami
terus membisik tanpa mempedulikan pandangan daripada Tengku Zqiri,
Tengku Maria dan Zafiq.
“Ada.” Zamir menjawab sepatah.
“Apa dia?”
“Isteri kepada Tengku Ahmad Zamir yang handsome.”
Aku mencebikkan bibir. Menyampah! Part handsome
tu rasanya dah boleh buang dah sebenarnya.
“Itu aku tahu lah ngok. Kau ni bang, sengal betul.”
“Sengal... sengal... ni jugak lah, laki kau yang.”
“Memang lah laki aku, tak akan laki beruk kot.”
Balas aku selamba.
“Sayang, kalau sayang kata abang ni laki beruk, yang
beruk tu sayang lah ha ha ha.” Zamir terus bantai gelak
selepas berkata begitu.
Tengku Ziqri, Tengku Maria dan Zafiq yang memandang
mereka daripada tadi terus memandang mereka dengan pandangan yang
pelik. Macam mana dia orang tak pandang pelik, kalau laki beruk aku
ni gelak macam beruk.
“Yang kamu gelak macam orang tak betul ni kenapa
Zamir?”” Soal Tengku Zqiri.
“Biasalah sawan papa.” Jawab aku perlahan.
Zamir memberi jelingan maut kepadaku. Aku hanya buat
muka tak tahu dengan jelingan dia tu. Nasib baik Tengku Ziqri tak
dengar apa yang dia cakap. Kalau tak, ada jugak yang kena pelangkung
dengan orang tua tu.
“Tak ada papa, Mir saja je gelak. Kan yang?”
Aku menganggukkan kepala berkali-kali.
“Papa ingatkan kamu kena sawan tadi.” Jawab Tengku
Ziqri selamba.
Aku yang tak tahan gelak, terus gelakkan Zamir. Bukan
aku sahaja yang gelak, mama dan Zafiq juga turut gelakkan Zamir. Tak
menahan dengan bapak mertua cakap macam tu. Aduh papa, you're the
best father-in-law.
“Yang, kenapa gelakkan abang?” Soal Zamir sambil
berbisik dengan suara yang lirih. Bibir dia sudah mencebik.
“Papa buat lawak, Nurin gelak lah.”
“Sedih tau, sayang abang ni gelakkan abang.”
“Ala chill lah abang. Baru kena gelak sikit dah
merajuk. Dia gelakkan kita boleh pulak.”
“Abang boleh lah gelakkan Nurin. Nurin mana boleh
gelakkan abang.”
Terbuntang biji mata aku dengan kata-kata Zamir itu.
“Ei menyampah lah dengan abang ni. Tak adil tahu tak.”
Rungut aku perlahan.
“Adil lah tu.”
“Adil kepala otak hang.”
Zamir tergelak mendengar isterinya berkata begitu. Dia
suka menyakat isterinya itu tapi isterinya selalu mengokkan dia. Apa
lah malang nasibnya, hu hu hu.
Zafiq yang melihat gelagat mereka berdua itu terasa
panas hatinya. Dia tak betah nak lihat mereka berasmara depan dia
sekarang ni. Lebih baik dia halang cepat-cepat.
“Bang, Fiq rasa kita dah boleh pergi dah sekarang ni.
Mereka semua mesti dah tunggu kita.” Ujar Zafiq. Dia ingin
menghentikan aksi manja mereka berdua itu.
Zamir yang sedang bergurau dengan isterinya itu terus
berhenti apabila mendengar kata-kata adiknya. Dia memandang jam yang
melilit tangan kirinya itu. Memang betul mereka dah lambat seperti
apa yang dijanjikan.
“Hmm baiklah. Jom lah kita gerak. Nanti lambat lah
pulak sampainya.” Balas Zamir.
Tengku Ziqri, Tengku Maria dan Zafiq menganggukkan
kepalanya lalu berjalan keluar daripada hotel itu.
Zamir yang melihat keluarganya yang berjalan ke depan
terus menahan isterinya dari terus berjalan.
Aku memandang pelik ke arah Zamir.
“Why?”
“Dekat sana nanti jaga mata tau yang.” Pesan Zamir.
“Jaga mata?”
“Yelah, jangan pandang lelaki lain. Nanti abang
jealous.”
“Tak akan tak boleh pandang langsung?” Aku pura-pura
buat muka sedih. Sengaja nak kenakan laki beruk aku ni he he he.
“No way baby.”
Aku menjulingkan mata ke atas. Baby cincau kau,
geli tahu tak. Aku kata benda tu dalam hati aje lah. Kang nanti ada
jugak yang merajuk. Nak memujuk tu yang malas sebenarnya.
“Yelah, Nurin ingat. Tapi kalau terpandang jangan
marah.” Aku terus mengorak langkah meninggalkan Zamir di belakang.
Zamir yang mendengar jawapan daripada isterinya itu,
terasa berasap telinganya. Selamba badak kau je cakap macam tu dekat
laki handsome kau ni kan yang? Kata Zamir dalam hatinya.
Dia turut melangkah mendekati isterinya yang jalan
menonong ke depan. Apa lah nasib badan yang tough ni, hu hu
hu.
best nak lagi.
ReplyDeletekalau nak lagi, dah tak post dekat blog. post dekat group fb je
DeleteApa nama group fb writer? Nk add
ReplyDelete