Friday, 27 March 2015

Takdir Cinta Iqlima Bab 2



BAB 2

IQLIMA meletakkan pinggan yang terisi lauk di dalamnya ke atas meja. Dia memandang dengan pandangan yang puas. Bibirnya juga terukir senyuman manis.

Pandai jugak aku masak ye, puji Iqlima kepada dirinya sendiri.

Atifah yang baru keluar dari dapur itu terus menuju ke arah Iqlima.

“Kenapa kau senyum-senyum ni?”

“Aku berpuas hati dengan masakan aku hari ni.” Kata Iqlima dengan bangganya.

Atifah mencebikkan bibirnya.

“Yelah, kau puas hati dengan masakan kau.” Jawab Atifah malas.

Iqlima memaut bahu Atifah yang berdiri di sebelanya itu dengan lembut.

“Kenapa jealous ke aku pandai masak dari kau?” Soal Iqlima sambil mengangkat-angkat keningnya.

Atifah menjulingkan matanya ke atas.

“Tak kuasa aku nak jealous dengan kau.”

“Eleh, jealous cakap lah jealous.” Iqlima mencuit dagu Atifah lembut. Dia memang suka kalau menyakat kawan baik dia ni.

Atifah menepis tangan Iqlima yang mencuit dagunya itu.

“Geli lah kau buat macam tu, Qima. Kau pergi lah mandi dengan solat. Kejap lagi dia orang nak datang dah tu.” Arah Atifah.

Okay bos." Iqlima terus melepaskan pelukan di bahu Atifah lalu berjalan masuk ke biliknya.

Atifah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Iqlima.




ATIFAH membuka pintu rumah setelah mendengar bunyi loceng. Terjengul wajah milik Aqil dan Zaim di muka pintu rumahnya.

“Aik... Zaim pun ada sekali?” Soal Atifah dengan wajah yang terkejut.

“Ha'ah, dia pun menggedik nak ikut I sayang.” Balas Aqil sambil menjeling Zaim yang berdiri di sebelahnya sambil tersenyum-senyum.

Zaim yang dengar Aqil berkata begitu kepada dirinya terus mencebikkan bibirnya.

“Tak akan aku nak ikut pun tak boleh? Bukannya aku nak tackle bakal isteri kau ni pun.” Jawab Zaim.

Atifah yang melihat gelagat dua teman itu hanya tersenyum sahaja.

“Kalau kau tackle bakal bini aku ni, aku smack down kau, serious, aku tak main-main.” Balas Aqil dengan wajah yang serious.

“Woah... woah... chill Qil, aku ni tak jahat nak rampas hak orang.” Zaim mengusap belakang Aqil untuk menenangkan kawannya itu.

“Dah... dah... jom masuk. Nanti apa pulak kata jiran I bila you all bising dekat luar ni.” Ujar Atifah. Dia membuka pintu rumah dengan luas lalu mempersilakan Aqil dan Zaim masuk ke dalam.

Mereka berdua masuk ke dalam dan menuju ke arah ruang tamu. Mereka melabuhkan duduk di sofa lalu memandang sekeliling rumah itu.

“Kau duduk sorang je ke dekat sini Fah?” Soal Zaim. Dia kagum dengan hiasan rumah yang sangat simple ini. Sedap mata memandang.

Atifah melabuhkan duduknya pada sofa yang kosong lalu menggelengkan kepalanya.

“Tak lah, aku duduk dengan kawan aku.”

Oh, jadi mana kawan kau tu?” Mata Zaim melilau mencari kelibat kawan Atifah.

“Dia tengah solat. Tadi dia sebuk tolong aku sediakan makanan untuk kita. Tu yang dia tengah solat sekarang ni.”

Zaim menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Mereka terus berborak sementara menunggu Iqlima yang ada dalam bilik itu.




IQLIMA yang baru keluar daripada bilik, terdengar suara orang yang sedang berborak di ruang tamu.

Mungkin Aqil dah sampai kot, desis Iqlima sendiri.

Dia menutup pintu bilik dan berjalan menuju ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu dia terus berdiri berhampiran dengan tiga manusia yang sedang berborak itu.

Siapa pulak lelaki sebelah Aqil tu? Detik Iqlima dalam hatinya.

Hi Aqil, long time no see bro.” Tegur Iqlima.

Ketiga-tiga manusia itu semuanya memusingkan kepalanya menghadap Iqlima.

Iqlima hanya tersenyum sahaja memerhati mereka.

Bila pandangannya menyapa satu wajah yang amat dia kenali, terus terkejut di buatnya.

Oh my Allah, dia ada dekat dalam rumah aku. Kata Iqlima dalam hatinya.

Zaim hanya tersenyum memerhati Iqlima.

We meet again, Miss Iqlima Hasanah, desis Zaim sendiri. Dia tersenyum melihat wajah ayu di hadapannya itu.

“Aku kenalkan dekat kau, ni Megat Zaim Shah. Dia ni housemate Aqil.” Ujar Atifah kepada Iqlima.

Iqlima menganggukkan kepalanya lalu melabuhkan duduknya di sebelah Atifah.

Oh rupa-rupanya dia housemate Aqil. Senang lah kerja aku nanti. Detik Iqlima sendiri.

“Aku tak tahu pulak yang Aqil ada housemate.” Balas Iqlima.

“Sekarang ni kau dah tahu kan?”

Iqlima mencebikkan bibirnya. Nak kenakan aku je minah ni, kata Iqlima dengan geram dalam hatinya.

Ye aku dah tahu.” Jawab Iqlima malas.

Atifah tersenyum melihat gelagat Iqlima itu.

“Zaim ni kawan aku, Iqlima Hasanah.” Atifah memperkenalkan Iqlima kepada Zaim pula.

Zaim anggukkan kepalanya.

“Selamat berkenalan Cik Iqlima.” Ucap Zaim formal.

Oh please bro, tak perlu formal formal dengan saya. Buat macam biasa sudah lah.” Balas Iqlima.

Atifah yang mendengar Iqlima membalas begitu terus memukul peha Iqlima kuat. Menyeringai kecil Iqlima apabila di tampar oleh Atifah. Cinabeng punya kawan, kau malukan aku depan bakal suami aku. Kata Iqlima sendiri.

Zaim dan Aqil yang melihat telatah dua kawan itu mengetap bibir untuk menahan diri daripada ketawa.

“Kau ni kenapa cakap macam tu? Kau ingat dia baya kau ke? Umur dia tu dah 26 tahun tau. Hormat sikit.” Tegur Atifah. Geram pulak dia dengan perangai kawan dia yang tak matang ni.

Iqlima mencebikkam bibirnya. Aku baru je nak mula langkah, minah ni awal awal dah potong line. Spoil betul! Desis Iqlima sendiri.

It's okay Fah. Aku tak kisah pun nak dia layan aku macam mana.” Balas Zaim menyebelahi Iqlima.

“Kau layan kan dia sangat Zaim. Nanti dia pijak kepala kau, baru padan dengan muka kau.” Kali ni Atifah melepaskan kegeramannya kepada Zaim pula.

Emotional betul perempuan ni.” Ujar Iqlima perlahan.

Atifah yang terdengar seperti Iqlima berkata sesuatu terus bertanya kepada kawannya itu.

“Apa kau cakap?”

Iqlima terus menegakkan badannya lalu menggelengkan kepalanya.

“Mana ada aku cakap apa-apa.” Dalih Iqlima.

Ye ke ni?” Soal Atifah sambil mengecilkan matanya ke arah Iqlima.

“Betul lah!”

Okay.”

Fuhh... nasib baik minah ni tak tanya lebih. Kalau tak, mati lah aku nak balas apa. Kata Iqlima lega dalam hatinya.

“Jom lah kita makan. Nanti sejuk pulak makanan tu kalau di biar lama-lama.” Ajak Atifah. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke arah meja makan untuk mengisikan nasi ke dalam pinggan.

Aqil dan Zaim menganggukkan kepala lalu bangun dari sofa dan menuju ke ruang makan yang ada di dalam rumah sewa milik Iqlima dan Atifah itu.

Iqlima pula menuju ke dapur untuk menyediakan minuman buat tetamunya itu. Selesai menyediakan minuman, Iqlima membawa jug yang berisi air jus tembikai itu ke ruang makan. Dia menuangkan air ke dalam cawan dan di berikan kepada mereka. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Atifah berdepan dengan Zaim.

Berselera betul Zaim dan Aqil makan masak lemak cili api yang di masak oleh Iqlima itu. Yelah, bukan senang nak dapat makanan kampung dekat London ni. Tiba-tiba tergerak hati dia ingin memasak lauk itu tadi.

“Sedap?” Soal Atifah kepada mereka.

Iqlima mengambil sedikit lauk masak lemak cili api yang dia masak tadi lalu di letakkan ke dalam pinggan.

“Sedap. Kau masak ke Fah?” Balas Zaim. Dia menghirup sedikit air jus tembikai yang dibuat oleh Iqlima tadi.

Kembang kuncup hati Iqlima apabila Zaim memuji masakannya. Oh Zaim, thank you sebab puji masakan saya. Kata Iqlima dalam hatinya.

“Iqlima yang masak. Aku tolong gaul je.” Jawab Atifah.

Tersenyum Zaim mendengar nama Iqlima yang meniti daripada bibir Atifah. Bagus, ada ciri-ciri nak jadi bakal isteri aku ni, desis Zaim sendiri. Dia menyuap lagi nasi ke dalam mulut. Sudah lah makanan yang di masak oleh Iqlima ini makanan kegemarannya. Nak... nak... pulak dia sudah mengidam hendak makan makanan ni, tup... tup... datang sini si gadis ayu yang dia jumpa siang tadi masakkan untuk dia. Memang berselera lah dia. Bukan senang nak dapat masak lemak cili api dekat London ni.

“You tak pandai masak ke yang?” Soal Aqil kepada tunangnya itu.

“I cuma tak pandai masak lauk ni aje, tu yang I tolong gaul.” Jawab Atifah. Bengang pulak rasanya apabila tunangnya itu mengatakan yang dia tidak pandai masak. Rasa nak hempuk aje pinggan kaca ni dekat atas kepala Aqil.

“I ingatkan you tak pandai masak tadi. Kalau you tak pandai masak, masa kita kahwin nanti I nak makan apa?” Sakat Aqil.

“Aqil!” Suara Atifah sudah naik seoktaf.

Eh... eh... chill sayang, I gurau je.” Kalut Aqil membalas.

Atifah menjungkitkan sedikit bibirnya. Tahu takut, desis Atifah sendiri.

Iqlima dan Zaim menggelengkan kepala melihat telatah pasangan itu.

“Dah lah korang ni. Tak elok bergaduh depan rezeki. Makan lah cepat.” Tegur Iqlima.

“Yelah.” Jawab Atifah dan Aqil serentak.

Mereka terus makan sambil berborak kosong. Sesekali Iqlima menyakat Atifah dengan Aqil. Berbirat jugak lengan Iqlima apabila di cubit oleh Atifah. Tu lah siapa suruh kenakan Atifah, tanggung lah sendiri.




IQLIMA begitu ralit membasuh pinggan sampai dia tak sedar seseorang menghampirinya. Apa yang dia tahu, dia nak cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Dia tak berminat nak join dia orang berborak. Sudah lah jantung dia ni dup dap dup dap apabila melihat muka Zaim. Ada jugak yang dia pergi lamar anak teruna orang tu karang. Lebih baik dia mengelak sebelum terjadi apa-apa.

Zaim yang melihat Iqlima sedang membasuh pinggan, terus menghampiri wanita itu. Dia berdiri di sebelah Iqlima yang hanya tinggi paras bahunya. Jarak di antara mereka masih jauh dan tidak dekat.

Iqlima yang perasan seseorang berdiri di sebelahnya terus memusingkan kepalanya melihat gerangan tersebut. Dia menghadiahkan senyuman yang manis kepada Zaim lalu menyambung semula kerja mencuci pinggan. Jantung dia sudah mula buat irama. Aduh lah jantung, janganlah kau berdegup kuat sangat. Desis Iqlima dalam hatinya.

“Hai.” Tegur Zaim. Rasa janggal lah pulak apabila berdua-duaan dengan wanita di hadapannya ini.

“Hai.” Balas Iqlima. Dia begitu leka menyuci pinggan sampai tidak mempedulikan lelaki di sebelahnya itu. Sebenarnya, dia berasa gugup apabila lelaki itu berdiri di sebelahnya. Dengan bauan Hugo Boss yang di pakai oleh Zaim itu, makin menyesakkan dadanya.

“Saya tak tahu pulak yang awak ni kawan Atifah.” Zaim memulakan bicara.

Iqlima menyudahkan kerjanya lalu mencapi towel dan mengelap tangannya suapaya kering. Dia menyandarkan badannya di singki lantas memeluk tubuh. Mata hazel nutnya tunak memandang ke arah Zaim yang tengah memandangnya itu.

“Sekarang ni awak dah tahu kan yang saya ni kawan Atifah?” Soal Iqlima sambil menjungkitkan keningnya.

Zaim ukir senyuman manis buat wanita itu.

Ye saya dah tahu. By the way, thanks untuk masakan awak tadi. Masakkan awak memang sedap sangat. Nak... nak lagi itu makanan kegemaran saya. Makin bertambah sedap lah di buatnya.” Puji Zaim.

Iqlima tersenyum mendengarnya.

“Saya rasa biasa aje. Saya ni tak ada lah pandai sangat masak masakkan kampung ni. Tiba-tiba tergerak hati saya nak masak lauk tu.” Balas Iqlima dengan rasa rendah diri.

“Awak tergerak hati nak masak makanan tu?”

Iqlima menganggukkan kepalanya.

“Awak nak tahu sesuatu tak?” Soal Zaim dengan bibir yang tersenyum.

“Tahu apa?” Balas Iqlima sambil mengerutkan keningnya.

“Saya rasa yang kita ni berjodoh.” Ujar Zaim. Dia mengenyitkan matanya ke arah Iqlima lalu keluar daripada dapur itu.

Iqlima tercengang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Zaim itu. Dia memandang langkah Zaim yang keluar daripada dapur kecil ini. Berjodoh? Adakah aku dengan dia berjodoh? Ya Allah, adakah dia jodoh yang kau tetapkan untukku sejak dari luh mahfuz lagi? Kata Iqlima dalam hatinya. Sungguh dia terkedu dengan ayat yang keluar daripada mulut Zaim itu.



Aduh Zaim, kau telah membuat aku jadi panasaran.

No comments:

Post a Comment