AATIF menyandarkan badannya lemah ke sofa. Dia masih tak boleh terima yang Naina tu adalah orang suruhan Hakimi. Dan yang paling dia tak sangka, dia boleh jatuh cinta dengan seseorang yang ingin membunuhnya. Dia meraup rambutnya kasar. Hakimi... kau tak akan terlepas dari genggaman aku. Desis Aatif perlahan.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor orang suruhannya.
"Ke... kenapa Tengku?"
"Aku kata ambil aku, ambil aku ajelah." Tengking Aatif. Dia terus mematikan talian. Dia tak ada mood. Apa yang penting dia harus bersemuka dengan Hakimi.
KERETA Aatif diberhentikan di hadapan rumah Hakimi. Profesional Killer tapi... tak pandai nak sembunyikan identiti. Kau memang tak akan terlepas dari aku Hakimi. Gerutu Aatif sambil mata memandang tajam ke arah rumah Hakimi.
KERETA Aatif diberhentikan di hadapan rumah Hakimi. Profesional Killer tapi... tak pandai nak sembunyikan identiti. Kau memang tak akan terlepas dari aku Hakimi. Gerutu Aatif sambil mata memandang tajam ke arah rumah Hakimi.
"Tengku serious ke ni? Macam mana pulak dengan Naina Tengku?" Soal Bob. Dia ingin kepastian daripada bosnya. Dia tak nak lelaki tu terburu-buru.
"Aku serious. Hal Naina tu kau tak perlu siasat lagi."
"Tapi... kenapa Tengku?"
"Ikut aje apa aku cakap Bob. Aku nak kau call polis siap-siap."
"Baik Tengku."
Aatif segera keluar daripada keretanya lalu berjalan masuk ke rumah Hakimi. Nasib baik pagar rumah lelaki tu tak di tutup. Aatif mengetuk pintu rumah lelaki itu kuat-kuat.
Hakimi yang sedang tengok tv itu terus memusingkan kepalanya menghadap pintu rumah. Dia bangun daru duduknya lalu berjalan ke arah pintu. Apabila dia telah membuka pintu, baru sahaja dia hendak tersenyum tiba-tiba dia di sepak oleh seseorang. Terdorong dia ke belakang. Dia memandang ke arah Aatif yang berjalan masuk itu dengan pandangan yang tajam.
"Kau buat apa dekat sini ah?" Soal Hakimi sambil memegang perutnya. Dia cuba berdiri dengan stabil.
Aatif memandang sekeliling rumah Hakimi dengan pandangan yang jengkel.
"Aku nak buat perhitungan dengan kau." Jawab Aatif.
Hakimi ketawa sinis.
"Kau nak mati dekat sini ke? Ke Naina dah tak boleh bunuh kau?" Soal Hakimi sinis.
Aatif berjalan menghampiri Hakimi lalu mencekak kolar baju lelaki itu dengan kasar.
"Kau memang tak gunakan Kimi. Kenapa kau perlu libatkan Naina untuk bunuh aku?" Jerit Aatif.
Hakimi ketawa lagi.
"Naina tu pengecut. Aku baru gertak nak bunuh keluarga dia, baru dia nak ikut cakap aku."
"Kau memang kejam Kimi!"
"Aku peduli apa. Yang penting aku puas."
Aatif terus menumbuk wajah Hakimi. Terbaring lelaki itu apabila ditumbuk.
Hakimi mengesat sedikit darah yang mengalir di tepi bibirnya lalu dia kulum senyuman sinis.
"Kau memang bodoh Hakimi. Apa motif kau nak bunuh aku ha?" Soal Aatif dengan nafas yang tercungap-cungap.
Hakimi bangun dari duduknya lalu berdiri di hadapan Aatif dengan pandangan yang tajam.
"Kau dah rampas projek terbesar aku. Kau tahu tak berapa lama aku usahakan untuk dapatkan projek tu? Kau tak tahu Aatif. Bertahun-tahun tapi... kau senang-senang rampas projek tu daripada aku. Kau memang tak guna."
Aatif meraup rambutnya kasar.
"Kau patut kena terima yang kau tak ada rezeki, bukannya upah orang untuk bunuh aku." Balas Aatif dengan suara yang lemah.
"Argh... persetankan semua tu. Apa yang aku tahu, aku nak kau mati. Kau memang salah orang nak cari pasal."
Aatif mengeluh lemah.
"Insaflah Kimi. Kau dah bunuh ramai orang. Kau tak akan selamat kau tahu tak."
Hakimi berjalan menghampiri meja yang ada di penjuru ruang tamu lalu mencapai pisau yang ada di atas meja itu. Dia memusing-musingkan pisau itu dengan kaki berjalan menghampiri Aatif.
Aatif berjalan kebelakang untuk mengelak daripada terkena pisau yang ada di tangan Hakimi. Dia menelan air liurnya perlahan.
"Letak pisau tu Kimi." Ujar Aatif. Dia cuba berlembut dengan Hakimi. Kalau dia berkasar, buruk padahnya nanti.
Hakimi tersenyum sinis.
"Kenapa? Kau takut?" Soal Hakimi dengan suara yang menggerunkan.
Aatif berjalan kebelakang hinggalah badannya bersandar di dinding. Badan Aatif sudah berpeluh-peluh. Bob mana kau ni? Desis Aatif dalam hatinya.
Hakimi masih berjalan perlahan-lahan menghampiri Aatif.
"Tolonglah Kimi, insaflah. Jangan buat perkara bodoh ni."
Hakimi ketawa lagi. Dia sudah berdiri di hadapan Aatif. Tangan kanan dia memegang pisau manakala tangan kirinya pula mencengkam bahu Aatif. Dia menari-narikan pisau pada wajah Aatif dengan lembut.
"Kau nak tahu sesuatu tak? Pisau ni dah banyak berjasa dengan aku tau. Dengan pisau ni, ramai dah orang yang cari pasal dengan aku, aku bunuh. Tapi... kali ni giliran kau pulak akan kena dengan pisau aku ni. Ucap selamat tinggal pada dunia yang fana ni..." Ujar Hakimi perlahan. Dia mengangkat pisau itu tinggi.
Aatif sudah memejamkan matanya. Dia dah tak tahu nak cakap apa. Sesungguhnya, dia hanya berserah kepada Allah.
Baru sahaja Hakimi nak hunuskan pisau itu kepada Aatif tiba-tiba kedengaran bunyi das tembakan dilepaskan. Terjatuh pisau yang digenggam oleh Hakimi. Menyeringai kuat lelaki itu apabila ditembak. Dia sudah terbaring lemah menahan rasa sakit.
Aatif membuka matanya lalu memandang ke arah Hakimi yang sudah rebah sambil memegang tangan kanannya yang ditembak. Mata dia menghalakan ke arah pintu rumah Hakimi, dan didapati Bob dan seorang anggota polis disebelahnya. Bob segera menghampiri Aatif manakala anggota polis itu menghampiri Hakimi. Dia menggari tangan Hakimi lalu di bawa lelaki itu keluar daripada rumahnya.
"Tengku okay tak?" Soal Bob dengan wajah yang risau.
"Aku okay. Asal kau lambat?" Aatif menyoal geram.
Bob menggaru kepalanya perlahan.
"Saya tunggu polis datang lah Tengku, tu yang lambat. Tengku boleh jalan tak ni?"
Aatif mengangguk.
"Aku boleh jalan lagi. Kau jangan risau. Tak ada apa-apa yang berlaku dekat aku."
Bob melepaskan nafas lega.
"Kalau macam tu, jomlah kita pergi balai polis selesaikan apa yang patut." Ajak Bob.
Mereka berjalan keluar daripada rumah dan menuju ke arah kereta polis.
"Terima kasih Tengku. Pihak polis memang mencari lelaki ni. Kami harap Tengku boleh lah pergi ke balai untuk selesaikan apa yang patut." Ucap seorang anggota polis.
Aatif hanya mengangguk.
"Sama-sama. Kita jumpa dekat balai polis, inspektor." Balas Aatif.
Anggota polis itu mengangguk lalu berjalan masuk ke dalan kereta.
Aatif juga melakukan perkara yang sama. Keretanya bergerak menuju ke balai polis untuk selesaikan masalah ini. Bibirnya sudah terukir senyuman kemenangan.
Akhirnya kau tumpas jugak Hakimi... desis Aatif dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment