“KALAU
kau nak keluarga kau selamat, kau kena ikut arahan aku.” Tengking
Hakimi.
Dada Naina berombak-ombak mendengar arahan daripada
lelaki itu. Dasar jantan tak guna, jerit Naina dalam hatinya.
“Aku
tak nak jadi pembunuh Kimi. Tolong lepaskan keluarga aku. Mereka
langsung tak bersalah.” Rayu Naina. Dia tak betah nak biarkan
keluarganya menjadi galang ganti. Kalau Hakimi nak bunuh dia, dia
langsung tak kisah. Asalkan, keluarga dia tak diapa-apakan.
“Kau
hebat Naina. Tak akan kau tak nak tolong aku? Kau boleh bunuh Tengku
bodoh tu. Kenapa kau tak nak buat?”
Naina
menghelakan nafas berat. Ni memang kerja gila. Meskipun dia ada skill
membunuh tapi membunuh orang bukan prinsip dia. Dia belajar taktik
membunuh hanya untuk melindungi dirinya bukannya bunuh orang yang tak
bersalah. Siapa Tengku yang dimaksudkan oleh Hakimi dia sendiri tak
tahu. Apa yang pasti dia tak nak ikut cakap lelaki tu.
“Aku
tak nak lah Kimi. Don't force me to do that. Aku tak nak bunuh
orang.”
Hakimi datang menghampiri Naina lalu berdiri di hadapan
wanita itu. Matanya mencerlung tajam ke arah Naina.
“Kalau
kau tak nak bunuh orang, kenapa kau belajar jugak cara nak bunuh
orang?” Marah Hakimi.
“Aku
belajar untuk melindungi diri aku. Bukannya nak bunuh orang.” Jawab
Naina keras.
Hakimi
memagut dagu Naina kasar. Geram dia apabila wanita itu menjawab
cakapnya.
“Kau
jangan melawan cakap aku Naina. Kalau kau tak ikut cakap aku,
keluarga kau akan aku bunuh dengan kejam. Baru kau tahu padahnya
kalau tak ikut cakap aku.” Ugut Hakimi.
Naina
menolak kasar tangan Hakimi yang memegang dagunya dengan kasar tadi.
Tak guna punya jantan. Kau memang salah orang nak ugut aku. Kata
Naina dalam hatinya dengan geram.
“Kau
nak bunuh keluarga aku, aku akan bunuh kau dulu Kimi. Kau kena ingat,
kau salah orang nak mengugut.” Balas Naina sinis.
Terdiam
Hakimi apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut wanita
itu. Tapi bila dia fikir-fikirkan balik, dia dah bunuh ramai orang,
setakat Naina ni apalah sangat. Sekali dia tetak, mati jugak
perempuan ni.
“Aku
tak heran lah Naina. Kau tu tak ada pengalaman bunuh orang. Aku ni,
dah ramai bunuh orang. Setakat orang macam kau, sekali aku layang
parang, mati jugak. Bukannya terus hidup sampai bila-bila.”
Naina
menelan air liurnya perlahan. Kenapa dia boleh lupa yang Hakimi tu
telah bunuh ramai orang? Memang dia tak boleh melawan lelaki yang ada
di hadapannya sekarang ni. Dia melepaskan keluhan lemah.
“Apa
kena mengena Tengku tu dengan kau Kimi?” Soal Naina. Dia ingin tahu
apa yang Tengku tu telah buat pada Hakimi sampai lelaki tu nak bunuh
orang yang bernama Tengku itu.
“Dia
dah rampas projek terbesar aku. Kau tau tak berapa lama aku usaha nak
dapatkan projek tu? Bertahun-tahun Naina. Bertahun-tahun.” Jerit
Hakimi. Dia memang berdendam dengan Tengku itu. Sampai bila-bila dia
akan berdendam.
Naina
mengeluh.
“Tak
akan sampai membunuh?”
“Kau
tak ada dekat situasi aku Naina. Kau tak faham jerih perih aku untuk
dapatkan projek tu tapi... Tengku bodoh tu boleh senang-senang je
dapat projek tu. Kau tahu tak aku bengang. Jadi, dia memang tak layak
hidup.”
“Itu
rezeki dia Kimi. Kau tak boleh nak cakap macam tu.”
“Argh...
aku tak peduli. Yang pasti, aku nak kau bunuh dia. Kalau tak... aku
gantung kepala keluarga kau depan mata kau, Naina.”
Kau
memang gila Kimi, gila. Kerja membunuh bukan kerja aku. Itu kerja
kau. Kenapa kau tak bunuh aje Tengku tu sendiri? Kenapa mesti
libatkan aku? Huh... nak tak nak dia harus setuju dengan arahan
Hakimi. Dia tak nak keluarga dia dibunuh dengan kejam oleh lelaki tu.
“Baik...
aku setuju. Kau nak aku buat apa dan apa nama Tengku tu?” Soal
Naina kepada Hakimi.
Hakimi
tersenyum puas apabila wanita itu mengikut arahannya.
“Kau
goda dia sampai dia jatuh ke tangan kau. Lepas dia dah jatuh cinta
dengan kau, baru kau bunuh dia. Nama dia Tengku Aatif. Aku dengar
cerita dia tengah cari seseorang untuk jadi PA dia. Apa lagi, kau
rebutlah peluang tu. Aku harap kau boleh buat kerja dengan baik.”
Selepas berkata begitu, Hakimi terus meninggalkan Naina sendirian di
taman permainan itu.
Naina
mengeluh berat. Tengku Aatif? Kau memang salah orang nak rebut
projek. Sebabkan kau, Hakimi bodoh tu arahkan aku bunuh kau. Kau
memang cari pasal dengan Hakimi, lelaki tak guna.
NAINA
memandang syarikat TA HOLDING dengan pandangan yang sinis. Ini lah
dunia perniagaan, kalau tak berebut projek tu memang tak sah. Aku
yang tak ada kena-mengena pun, kena jadi mangsa. Dia membetulkan
rambutnya yang berombak panjang sampai pinggang itu lalu berjalan
dengan penuh menggoda masuk ke dalam bangunan yang mencanak tinggi
itu.
Baru
saja dia masuk ke dalam bangunan itu dia di sapa oleh seseorang. Dia
mengangkat keningnya kepada lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Yes,
anything can I help you?” Soal Naina kepada lelaki itu.
“I
Tengku Aatif.” Aatif menghulur tangannya kepada Naina. Dia mengukir
senyuman kepada wanita itu. Lain yang di soal, lain yang Aatif
membalas.
Naina
hanya memandang kosong pada tangan lelaki itu. Jadi ini lah Tengku
Aatif. Handsome. Senyuman dia boleh membuat ramai wanita cair
termasuk dirinya tapi dia kena ingat apa tujuan dia datang sini. Dia
harus buat lelaki ni jatuh ke tangannya bukan tergoda dengan daya
tarikannya. Dengan teragak-agak dia menyambut hulurun tangan Tengku
Aatif.
“Anastasya.”
Sepatah Naina membalas.
Tengku
Aatif tersenyum melihat wanita yang berdiri di hadapannya. Cantik.
Tapi... apa perempuan ni buat dekat depan pejabatnya?
“Sedap
nama. You buat apa dekat sini?” Soal Aatif pelik.
“I
nak datang temuduga untuk jadi PA Tengku.” Jawab Naina lembut. Dia
harus goda lelaki ini habis-habisan.
“Oh
temuduga jadi PA I?”
Naina
mengangguk.
“Mana
you tahu I ada buat temuduga?” Soal Aatif pelik.
Erk...
apa aku nak cakap ni? Bodoh kau Kimi, kau tipu aku ke apa ha?
“Err...
I ada tengok iklan pasal jadi PA you, tu yang I datang temuduga hari
ni.” Balas Naina.
Kening
Aatif berkerut. Mungkin orang suruhan dia ada buat perkara tu tanpa
mengikut arahan dia agaknya. Tapi... tak apalah. Dia rasa perempuan
ni layak jadi PA dia. Tak perlu lah dia buat temuduga semua tu.
“I
think, you layak jadi PA I. Jadi tak perlulah I buang masa
untuk buat temuduga. So, you boleh mula kerja sekarang.
Come... follow me.” Ujar Aatif lalu berjalan masuk ke
dalam.
Terkejut
Naina apabila mendengar Aatif berkata begitu. Macam tu aje dia terima
aku? Tak akan dia langsung tak nak soal aku? Pelik betul anak kerabat
diraja ni. Desis Naina sendiri.
“Anastasya,
what are you waiting for? Come...” Laung Aatif.
Naina
segera mengorak langkah menuju ke arah Aatif lalu dia berjalan
beriringan dengan lelaki itu.
I'm
sorry Tengku Aatif... aku terpaksa. Kata Naina dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment