"KAK INA berborak sakan nampak dengan bakal menantu saya ni." Tiba-tiba kedengaran suara Puan Ramlah menegur Puan Sri Syarifah Aminah dengan Danisha.
"Bakal menantu Ram ni cantik lepas tu baik pulak tu." Puji Puan Sri Syarifah Aminah.
Cantik dan baik kau kata? Huh, perempuan ni tak cantik langsung. Perempuan ni memang layak untuk anak kau yang sama bodoh macam kau tu.
"Umi, umi berborak dengan siapa ni?" Tiba-tiba mereka di sapa oleh Syarifah Aulia.
"Dengan bakal suami Fiq, nama dia Danisha." Danisha menghulurkan tangan kepada gadis yang ada di hadapannya ini.
Cantik jugak dia ni, kalah aku huhu. Detik hati Danisha.
"Cantiknya dia umi. Untung Fiq dapat future wife yang cantik macam Danisha ni, betul Mama Ram?" Balas Syarifah Aulia sambil melirikkan matanya ke arah Puan Ramlah.
"Hmm, betul lah tu." Acuh tak acuh Puan Ramlah membalasnya.
"Aik, macam tak suka je dengan." Syarifah Aulia membalas lagi.
"Aku suka ke tak suka, bukan urusan kau." Marah Puan Ramlah.
"Tak baik marah-marah. Nanti cepat tua. Eh, bukan Mama Ram dah tua ke? Oppss!!" Syarifah Aulia meletakkan tangannya dia mulut.
"Weh perempuan, kau cakap tu baik-baik sikit eh. Kau tu dah lah tak cantik, lepas tu mulut macam puaka. Sama je macam mak kau. Sebab tu bapak kau kahwin dengan aku." Puan Ramlah membalas dengan nada yang geram sambil memandang tajam ke arah Syarifah Aulia.
"Cakap jangan sebarang cakap ye Mama Ram. Yang buruk perangai tu kau, bukan umi aku. Kau tu yang patut cermin muka kau dulu. Dah lah perampas. Tak sedar dek untung langsung. Tu nasib baik bapak aku kutip kau, kalau tak tak tahu lah mana kau dengan anak kau nak merempat kan?" Syarifah Aulia membalas dengan memarakkan api yang sedia membara.
"Lia, language." Puan Sri Syarifah Aminah menegur kata-kata Aulia
"Kak Ina, lain kali kalau nak ajar anak tu biar berbudi bahasasikit. Bukannya dengan orang tua nak mengguna aku-kau. Tengok macam saya didik si Fiq tu. Tahu sopan santun." Puan Ramlah berkata dengan geram kepada Puan Sri Syarifah Aminah.
"Lahh, sedar rupanya diri tu dah tua. Kalau dah sedar diri tu tua, kenapa tak insaf-insaf lagi? Sebuk nak kejar harta orang. Tak sedar rupanya kubur kata mari, rumah kata pergi. Banyak-banyak lah bertaubat ye Mama Ram. Takut tak sempat lah pulak nak bertaubat kan?" Syarifah Aulia membalas dengan sarkastiknya.
"And lagi satu, umi dah ajar kita orang macam mana nak hormatkan orang tua. Tapi orang macam kau ni, sebenarnya tak layak untuk dihormati. Kalau kau nak orang hormat diri kau, kau kena belajar hormat diri orang lain jugak. Kau tu yang sepatutnya ajar anak kau tu macam mana nak hormat orang tua. Hormat perasaan orang lain. Oh ye Danisha, saya nak pesan awal-awal, if something berlaku hari ni, saya harap awak tabah menghadapinya." Tambah Syarifah Aulia dan sempat memesan kepada Danisha.
Orang sekeliling sudah memandang pelik ke arah mereka.
Danisha yang tidak tahu pucuk pangkal apa yang berlaku hanya tercengang-cengang mendengar peanan penaja yang diberikan oleh Aulia itu. Ada apa-apa ke yan bakal berlaku hari ni? Bisik Danisha dalam hati.
Puan Ramlah yang mendengar pesanan dari Aulia buat Danisha itu sudah pucat mukanya. Betina ni dah tahu ke rancangan aku dengan Fiq? Mampus, kata Puan Ramlah dalam hati.
"Lia, umi said language." Tegur Puan Sri Aminah sambil memandang tajam ke arah anaknya, Syarifah Aulia.
"Umi orang macam dia ni, sekali-sekala kena bagi pengajaran sikit. Dia ingat rancangan dia tu akan berjaya? Tak pernah lagi Lia dengar orang jahat akan berjaya. kalau berjaya pun tak lama. Lama-lama akan ketahuan jugak." Puan Sri Syarifah Aminah hanya mampu melepaskan keluhan sahaja.
Muka Puan Ramlah dah pucat daripada tadi. Tanpa membuang masa, Puan Ramlah terus berlalu daripada situ bagi mengelakkan rancangan dia diketahui oleh mereka bertiga. Tiga pasang mata hanya memandang langkah Puan Ramlah itu.
"Err... Aulia, ada something yang akan berlaku ke?" Tiba-tiba Danisha bertanya dengan wajah yang pelik.
"I don't know. But, saya pesan dekat awak awal-awal. Takut sesuatu akan berlaku. Lebih baik awak cekalkan hati dan sabar menghadapinya. Saya pesan ni sebab tak nak awak sakit hati. Terpulang pada awak nak percaya atau tidak. Itu hak awak. Okay lah umi, Lia nak pergi dekat Abang Am. Bye." Syarifah Aulia mengusap bahu Danisha dan terus berlalu dari situ.
Danisha terdiam mendengar nasihat daripada Syarifah Aulia itu. Apa motif dia cakap macam tu ye? Setahu aku, mama Rafiq baik je. Mana ada jahat. Tapi, aku pun terkejut jugak sebenarnya dengar kata-kata mama Rafiq tadi. Kasar betul. Tak akan ada apa-apa yang berlaku punya lah. Chaiyokk chaiyok Nisha!!! Kata Danisha dalam hati.
"Kamu tak payah nak ambil hati sangat lah dengan kata-kata Mama Rafiq tu dengan anak aunty. Mereka berdua tu memang macam tu. Tak boleh nak berjumpa." Puan Sri Syarifah Aminah mengusap belakang Danisha dan menghadiahkan Danisha senyuman yang manis.
"Tak ada lah aunty. Saya tak kisah pun." Danisha membalas senyuman yang diberikan oleh Puan Sri Syarifah Aminah itu.
"Jom lah kita makan, majlis dah start ni. Daripada tadi pulak kita berborak ye." Danisha menganggukkan kepala lalu jalan bersama dengan Puan Sri Aminah menuju ke meja makanan untuk mengambil makanan.
**********
SYARIFAH AULIA menuju ke arah Syed Amsyar dengan mulut terkumat-kamit. Syed Amsyar yang sedang makan itu memandang ke arah adiknya dengan wajah yang bersahaja. Bukannya dia tak nampak pergaduhan yang terjadi di antara adiknya dengan Puan Ramlah itu. Dia malas nak masuk campur. Nanti lain pulak yang jadinya. Lebih baik dia pergi makan, dapat jugak kenyangkan perutnya ini.
"Apa hal ni Lia? Mulut terkumat-kamit dah macam baca jampi je." Syarifah Aulia terus menarik kerusi plastik yang kosong di sebelah abangnya untuk duduk. Penat bergaduh dengan orang tua tu agaknya.
"Lia tahu abang nampak apa yang terjadi tadi kan? Jadi tak payah nak bersoal jawab sangat dengan Lia. Sakit hati betul dengan mulut puaka perempuan tu abang. Ada ke patut dia kata perangai Lia sama dengan umi. Dia tak tahu agaknya dia punya perangai lagi teruk. Tak sedar diri betul perempuan tua tu." Ngadu Syarifah Aulia kepada Syed Amsyar.
"Lia macam tak kenal je dengan perangai dia tu. Yang Lia pergi cari pasal dengan dia kenapa?" Syed Amsyar menyuap lagi nasi tomato ke dalam mulutnya. Sedap jugak nasi tomato ni, detik Syed Amsyar dalam hati.
"Lia tak boleh lah kalau tak cari pasal dengan dia. Bila tengok muka dia je, perasaan ingin mencari pasal tu datang dengan tiba-tiba je abang. Eeee, tapi geram lah dengan dia tu." Rungut Syarifah Aulia.
"Padan lah dengan muka Lia. Jadi tak payah nak mengadu sangat denan abang ye." Syad Amsyar membala dengan selamba.
Aulia hanya menjeling Syed Amsyar yang duduk sebelah dia yang tengah sedap melantak itu. Makan banyak abang aku ni, tapi tak pernah gemuk-gemuk. Sama je dengan abang Danish tu.
"Hah abang, abang nak tahu tak siapa girl yang duduk dengan umi tadi?" Syed Amsyar mengangkat kening kepada Syarifah Aulia menadakan yang dia ingin tahu.
"Dia tu bakal isteri Fiq. Nama dia Danisha. Dia baik sangat bang tapi Lia takut Mama Ram tu buat something yang akan mengecewakan Danisha nanti." Syed Amsyar yang mendengar nama Danisha tu terus tersedak.
"Eh abang okay tak ni?" Aulia bertanya lalu mengusap belakang Syed Amsyar.
"I'm okay."
Jadi betul lah Danisha tu perempuan yang aku jumpa denkat airport tempoh hari. Dia nampak cantik pula dengan dress labuh dengan shawl itu. Aku jumpa dia hari tu, pakai jeans dengan t-shirt je. Hari ni dia nampak sangat elegan. Memang tak salah lagi lah tekaan aku ni. Sayangnya, dia dah berpunya. Dengan adik tirinya pulak tu. Huh. Syed Amsyar melepaskan keluhan yang berat.
"Abang Am, Lia nak pergi ambil makanan tau. Lapar lah pulak." Syed Amsyar tidak mengiyakan kata-ata adiknya itu. Dia hanya memandang adiknya berlalu mengambil makanan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment