Friday, 16 January 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 4



AKU menunggu Rafiq di sebuah kerusi yang terdapat di Taman Tasik tersebut. Aku merenung tasik yang ada di hadapan aku sekarang. Aku melepaskan keluhan buat yang keberapa kali.

Mana pulak perginya Rafiq ni? Janji pukul 3 tapi sekarang dah pukul 3.30 dah ni. Ni lah janji melayu, tak pernah nak tepati langsung. Rungut aku sendiri.


Tiba-tiba aku rasa ada seseorang duduk di sebelahku. Aku terus pusing ke kiriku. Oh Rafiq rupanya, bertambah handsome sekarang awak ni Rafiq.

"Sorry lambat, jalan jammed tadi." Kata Rafiq yang memecahkan kesunyian yang berlaku antara kami.

"Tak apa. Awak dari mana ni?" Soal aku.

"Saya dari office tadi." Oh no wonder lah lambat.

Aduh aku lupa pulak, hari ni kan hari isnin mesti lah dia kerja. Aduh kau ni Danisha.

"Tujuan saya ajak awak jumpa ni, saya nak kita percepatkan hari pernikahan kita." Kenapa aku tak rasa gembira bila dia ingin percepatkan hari pernikahan kita orang?

 "Kalau awak nak cepatkan hari pernikahan kita, awak ajak lah parents awak jumpa parents saya." Jawab aku.

 "Hari sabtu ni, saya ajak parents saya untuk cepatkan hari pernikahan kita."

"Okay." Aku tak tahu nak cakap apa. Danisha what's wrong with you? Kenapa kau tak happy Danisha? Sepatutnya kau happy bila Rafiq nak cepatkan hari pernikahan korang. Ya Allah aku tak tahu lah kenapa dengan diri aku ni.

"So how bila dah balik Malaysia ni, best tak?" Rafiq menukar topik perbualan

"Mesti lah best sebab saya dapat balik negara saya. Waima orang gila pun kata best awak." Rafiq hanya tersenyum saja bila aku berkata begitu.

"Betul lah tu." Balas Rafiq pula.

"Awak saya nak tanya boleh tak?" Aku meminta kebenaran untuk bertanya kepada Rafiq.

"Since when awak pandai minta kebenaran nak tanya saya ni? Selalunya aci redah je awak tanya saya. Hmm tanya lah apa yang awak nak tanya." Balas Rafiq dengan sinis.

"Kenapa lately ni awak jarang contact saya ye? Semalam saya call awak pun macam nak tak nak je awak layan saya. Saya ada buat sesuatu yang awak tak suka ke Rafiq?" Muka Rafiq kelihatan terkejut apabila aku menyoal dia sebegitu.

Aku terdengar Rafiq berdehem sebelum membalas kata-kata aku.

"Saya busy. Biasa lah business saya baru nak berkembang. Semalam saya tengah buat kerja, sebab tu saya nak tak nak je layan awak semalam. Sorry lah ye." Terang rafiq kepadaku.

Aku macam tak yakin saja dengan jawapan yang diberikan oleh Rafiq. Kau kena yakin Danisha, nanti kau akan kahwin dengan dia. Kepercayaan itu penting.

"Oh, sorry lah saya ganggu awak. Saya tak tahu pun yang awak tengah busy." Aku meminta maaf kepada Rafiq.

"It's okay, saya maafkan. Saya tahu awak tak tahu." Rafiq menghadiahkan aku sebuah senyuman.

"Kalau saya ada buat  sesuatu yang awak tak suka, awak cakap lah ye."

"Okay. Eh jom lah kita balik, dah pukul 5 ni." Rafiq tiba-tiba mengajak aku balik.

"Baiklah. Jumpa awak sabtu ni Rafiq."

"Okay Nisha, saya balik dulu lah. Ada hal sikit." Selepas berkata begitu, Rafiq terus menuju ke kereta Kia Sorentonya.

Aku juga menuju ke kereta Viva aku untuk pulang ke rumah.

Saya harap semuanya akan okay.


**********


VILLA SYED yang terdapat di Damansara itu, kedengaran suara ayah dan anak yang sedang berdebat.

"Am, papa nak Am handle syarikat kita. Apa guna papa ada anak lelaki sulung tapi sebuk jadi pilot." Suara Tan Sri Syed Amran kedengaran di dalam Villa tersebut.

"Am tak berminat." Jawab Amsyar yang tengah bermain dengan telefon.

"Am, tolonglah papa handle syarikat kita Am." Rayu Tan Sri Syed Amran lagi.

"If I said NO, it mean NO. I really meant it. Lagi pun papa bukannya ada sorang anak lelaki. Papa masih ada anak lelaki dengan bini papa yang lagi sorang tu." Balas Amsyar dengan geram.

Puan Sri Syarifah Aminah hanya diam saja duduk di sebelah suaminya. Dia tahu perangai anak sulungnya ini keras kepala. Sebijik dengan perangai suaminya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Pandai-pandai lah suaminya handle. Puan Sri Syarifah Aminah malas nak masuk campur.

"Dia ada syarikat sendiri nak handle Am. Papa hanya minta Am handle syarikat kita." Amsyar hanya tersenyum sinis apabila bapanya berkata begitu.

"Siapa suruh papa bagi dia bukak syarikat sendiri? Am tak suruh kan? Jadi keputusan Am muktamad, Am tak akan handle syarikat papa tu." Tekad Amsyar.

"Siapa yang ajar kamu jadi kurang ajar ni Syed Amsyar? Umi kamu yang ajar ke ah?" Marah Tan Sri Syed Amran lalu memandang tajam ke arah isterinya.

"Umi tak pernah ajar Am jadi kurang ajar malah umi beri Am kasi sayang yang secukupnya. Yang mengajar Am menjadi kurang ajar ni adalah papa. Am tak akan pernah lupa apa yang papa dah buat dekat umi." Jawab Amsyar dengan suara yang penuh sinis.

"Amsyar, umi tak pernah ajar Am kurang ajar dengan papa." Tiba-tiba kedengaran suara Puan Sri Syarifah Aminah yang menegur kelakuan Amsyar.

"Perkara tu dah lepas Am. Dah 24 tahun berlalu. Apa lagi yang kamu nak ungkitkan lagi?" Soal Tan Sri Syed Amran.

"Am tak akan lupa papa, disebabkan papa umi kemalangan. Disebabkan papa Am kehilangan adik lelaki Am. Disebabkan papa, Am ada parut kesan kemalagan di tangan Am dan disebabkan papa semuanya hancur musnah. Hanya kerana bini nombor dua papa tu. Hanya kerana harta papa! Papa tak pernah fikir perasaan umi. Umi kehilangan anak, nasib baik umi tak kehilangan Am dengan Lia. Kalau umi kehilangan kami, umi boleh jadi gila papa. Perempuan yang papa sanjung tu lah yang telah menghancurkan kebahagian keluarga kita.

Sekarang ni papa masih nak back up isteri kedua papa tu? Ikut suka papa lah, Am dah malas nak ambil tahu. Papa bahagia kan hidup dengan dia? Go ahead pa go ahead. Tapi satu je Am nak pesan dekat papa, papa jangan menyesal di kemudian hari. Masa tu papa nak menyesal pun dah tak guna. Am tahu papa tak akan percaya apa yang Am cakap ni. Am dah siasat benda ni masa umur Am 20 tahun lagi. Am simpan benda ni sebab tak nak umi tahu. Tapi nampaknya 8 tahun Am simpan benda ni akhirnya terkeluar jugak kan? So, selamat berbahagia papa. Umi, Am mintak maaf. Am tak bermaksud nak sakitkan hati umi. Tapi  sampai bilakan umi? Maafkan Am umi." Kata Amsyar dengan panjang lebar. Selepas berkata begitu, Amsyar terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya untuk menenagkan diri.

Tan Sri Syed Amran terdiam mendengar kata-kata anaknya tadi. Tan Sri Syed Amran melihat isterinya yang duduk disebelahnya. Mata wanita itu bergenang dengan air mata.

"Ina... abang..."

"Tak ada apa lagi yang nak dicakap bang. Semuanya dah berlaku. Dah 24 tahun bang. Ina masuk bilik dulu." Selepas berkata begitu, Puan Sri Syarifah Aminah melangkah naik ke atas menuju ke biliknya.

Ya Allah apa dah berlaku ni. Apa aku dah buat ni ya Allah.


Bersambung...

P/S : Sorry kalau ada typo. Selamat membaca :)

No comments:

Post a Comment