"NISHA, I miss you so much babe." Misha terus memeluk aku setelah kami berjumpa empat mata.
"I miss you too, darling." Aku membalas pelukan daripada Misha juga.
"Kau makin cantik sekarang Nisha, aku sampai tak kenal kau tadi." Puji Misha kepada diriku.
"Ada-ada je lah kau ni. Aku biasa-biasa je lah." Balas aku dengan rasa rendah diri.
"Kau tak payah nak cakap macam tu la, aku backhand karang." Misha terus menunjuk lengannya kepada diriku setelah berkata begitu.
"Hamboi kau, sampai hati nak backhand aku ye? Tak sayang aku lah tu." Rajuk aku.
"Tak akan aku nak backhand kau kot. Kesian kawan aku ni." Ada-ada je lah Misha ni.
"Yelah Misha oi."
"Apahal kau tiba-tiba ajak aku pergi cari butik untuk dress ceremony orang kaya ni?" Tanya Misha dengan muka yang pelik.
"Lusa, parents Rafiq ada buat majlis. Aku tak ada baju, sebab tu aku tanya kau. hanya kau sorang je yang tahu semua benda tu." Terang aku kepada Misha.
"Oh kalau tak ada ceremony tu mesti kau tak telefon aku kan?" Kata Misha dengan suara yang lirih.
"Mana ada lah, aku akan tetap call kau Misha." Pujuk aku.
"Hehe aku gurau je lah Nisha. Eh jom lah kita pergi butik tu cepat. Nanti tutup lah pulak kedai tu." Ajak Misha.
"Okay jom."
Kami berdua terus menuju ke butik yang dicarikan oleh Misha tadi. Setelah selesai membeli, dress tersebut. Kami berdua berpisah dan berjanji akan berjumpa lagi untuk meluangkan masa bersama-sama.
**********
Saya dah sampai dah ni. Cepat lah majlis start pukul 9
-Rafiq-
AKU mendapat mesej daripada Rafiq menandakan yang dia sudah sampai. Aku membetulkan selendang berwarna peach berserta dress labuh yang berwarna senada dan dipenuhi manik di bahagian lengan. Cantik juga dress yang dipilih oleh Misha ni. Desis hati aku sendiri.
Tanpa membuang masa lagi, aku terus keluar daripada bilik dan menuju ke luar. Aku lihat Rafiq sedang bersandar di kereta. Nak show off muka ke apa dia ni? Tahu lah handsome.
Rafiq menghadiahkan aku sebuah senyuman dan aku membalas senyuman tersebut. Rafiq tak terkejut ke tengok aku pakai dress macam ni? Kalau dalam novel, mana-mana hero yang tengok heroin dia pakai macam ni mesti terkejut. Sangkaan aku memang meleset habis.
"Dah siap dah? Jom lah kita pergi, nanti mama saya bising bising pula." Rafiq membuka pintu kereta untuk aku. Yang part ni Rafiq nampak gentleman sangat tapi yang aku sedihnya, Rafiq tak nak puji aku ni cantik ke?
Adakah aku ni terlampau perasan sangat? Sob sob sedihnya.
Rafiq meneruskan perjalanan ke rumahnya. Apasal rasa awkward sangat ni? Kalau tak dulu, ada je benda nak dicakap dengan Rafiq ni. Tapi sekarang, kami ni dah macam stranger.
Hanya lagu sahaja yang menemani perjalanan ke rumah Rafiq. Danisha, say something please. Jangan rasa awkward sangat. Kau nak kahwin dengan Rafiq kan nanti? Kenapa perlu jadi orang bisu sekarang ni?
Tak akan aku yang kena mula kan dulu kot? Rafiq lah sepatutnya mula kan dulu. Kalau kau nak tunggu Rafiq mulakan dulu, sampai ke rumah dia, dia tak akan bercakap. Ala, sekali-sekala mengalah, bukan susah pun kan? Baru sahaja aku nak buka mulut, Rafiq sudah mendahului aku untuk bercakap.
"Nanti time dekat rumah saya, kalau awak rasa awkward, saya minta maaf ye?" Memang aku akan rasa awkward pun.
"Oh tak apa, saya tak kisah pun." Banyak lah kau punya tak kisah Danisha.
"Bagus lah kalau awak tak kisah."
"Lagi satu, mungkin saya tak akan layan awak sangat tau, sebab saya nak kena layan tetamu yang." Apa kes mamat ni? Yang layan tetamu tu mesti lah parents dia. Haih, apa ni Danisha, Rafiq kan tuan rumah juga, mesti lah dia kena layan tetamu.
"Habis tu nanti saya nak duduk dekat mana?" Tanya aku kepada Rafiq.
Aku nak mempertahankan hak aku juga, ye lah aku mana kenal keluarga-keluarga Rafiq ni.
"Ala kalau awak duduk situ, nanti awak dapat ramai kawan." Banyak lah kau punya banyak kawa. Dia tak tahu agaknya, aku ni bukannya ramah-tamah sangat. Perangai sengal tu kekadang je aku buat.
"Hmm yelah." Aku mengalah sahaja yang mampu.
Selepas itu, suasana menjadi sunyi balik. Rafiq ni semenjak bila tah jadi dingin. Nak je aku hempuk kepala dia dengan clutch dekat tangan aku ni. Geram punya pasal.
Aku hanya memandang ke luar tingkap. Lambat lah pulak sampai dekat rumah Rafiq ni.
Huh!!!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment