BAB
16
SEMBILAN
BULAN KEMUDIAN
AKHIRNYA
masalah yang berlaku dulu
selesai juga. Mama Rafiq pun dah minta maaf dengan umi. Nasib baik
umi ni jenis yang lembut hati, kalau keras hati mahu tak diampunnya
dosa mama Rafiq tu. Kami juga sudah berpindah ke Putrajaya. Nasib
baik lah, suaminya itu ada kawan dekat Putrajaya. Senang sikit
berurusan di sana. Kalau duduk dekat Damansara ni, boleh jadi sengal
dia sebab nak menghadap jammed
setiap hari.
Danisha
mengusap-usap perutnya yang memboyot itu. Kandungan dia sudah
memasuki bulan ke kesembilan. Apabila dia disahkan mengandung tujuh
bulan lepas, Syed Amsyar lah orang yang paling gembira. Nasib baik
dia tak melompat-lompat masa tu. Kalau dia melompat-lompat juga masa
tu, memang dia pelangkung aje kepala suaminya itu.
Yang
paling dia tak sangka, si pilot tu dan tinggalkan kerja dia dan
mengambil alih semula syarikat papa. Ingatkan nak hidup semati dengan
pekerjaan kesayangan dia tu. Nasib baik lah dia dah berhenti, kalau
tak setiap minggu dia tinggalkan dirinya dekat rumah sendirian.
Berkat kesabaran umi memberi nasihat dekat dia, akhirnya dia berhenti
juga menjadi pilot dan menjadi CEO di syarikat papa.
“I'm
home.” Kedengaran
suara Syed Amsyar menjerit. Dia ni dah datang dah sawan sengal dia
tu, kutuk hati Danisha.
“Sayang,
I'm home.”
Bisik Syed Amsyar di telinga Danisha.
“Ye
tahu. Yang pergi menjerit-jerit tu kenapa?” Soal Danisha dengan
muka yang bosan. Setiap hari dia akan menjerit setiap kali pulang
daripada pejabat.
“Suka
hati I lah, nak terjerit ke nak terpekik ke nak terlolong ke, bukan
mulut you pun. Betul baby papa ni?” Syed Amsyar mengusap-usap perut
Danisha dengan lembut.
“Tak
payah lah usap-usap, geli tahu tak.” Rungut Danisha. Dah lah dia
tak boleh kerja. Bila dah habis pantang nanti, baru dia boleh sambung
kerja semula.
“Kalau
tak boleh nak usap, cium boleh kan?” Tanpa meminta izin dari
isterinya itu, Syed Amsyar terus mencium perut isterinya lembut dan
mencium dahi Danisha.
Danisha
sudah memuncungkan mulutnya. Sehari tak sakat dia memang tak sah.
“Kenapa
muncung macam tu sayang. Tahu lah comel tapi tak payah lah buat macam
tu.” Ujar Syed Amsyar. Dia ketawa kecil melihat gelagat isterinya
itu.
“Awak
suka kenakan saya kan?”
“Kalau
I tak kenakan you, I nak kenakan siapa lagi sayang?”
Danisha
memeluk tubuh dan memalingkan wajahnya ke kanan. Dia malas nak
memandang wajah suaminya itu.
Syed
Amsyar tersenyum melihat gelagat isterinya itu
“Merajuk
ke sayang abang ni? Tak mahu lah merajuk, nanti anak kita ikut sama
merajuk macam sayang pula. Botak lah abang nanti yang.” Pujuk Syed
Amsyar.
Danisha
memalingkan wajahnya dan memandang ke arah suaminya dengan wajah yang
berkerut.
“Semenjak
bila tukar panggilan ni?”
“Berapa
minit yang lepas. Kita dah layak tukar panggilan. Nanti kalau anak
kita denar kita guna I-you dan awak-saya mesti dia pelik. Lagi pun
abang kan lagi tua dari sayang, memang selayaknya sayang panggil
abang, abang. Tak molek didengar kalau panggil awak awak ni.”
Terang Syed Amsyar.
Danisha
mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia pun malas nak membantah, dia
terima aje apa yang lelaki itu suruh.
“Okay,
Nisha setuju.” Putus Danisha.
“Good
girl.” Syed Amsyar
mengusap-usap rambut isterinya itu.
“Nisha
bukan budak-budak lah abang.” Rengek Danisha.
“Sayang
abang ni tetap budak-budak di mata abang.” Jawab Syed Amsyar
pendek. Dia tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Tak padan dengan
mak buyung, tapi gaya macam budak tak matang betul. Macam mana lah
dia layan pesakit dekat hospital tu.
“Eish
malas lah nak layan abang. Lebih baik Nisha naik atas mandi lagi
bagus.” Danisha bangun dari duduknya dengan bersusah payah. Macam
mana tak susahnya kalau perut dia memboyot macam tu. Belum sempat dia
nak menjejakkan kakinya di tangga, tiba-tiba dia rasa terasa sakit di
bawah perutnya.
Syed
Amsyar yang melihat langkah isterinya mati dan memegang bawah
perutnya itu, terus berjalan menuju ke arah isterinya.
“Sayang
what's wrong? Are you
okay?” Soal Syed
Amsyar dengan wajah yang risau.
Danisha
menggeleng-gelengkan kepalanya. Perutnya itu terasa sakit sangat.
“Nisha
rasa dah sampai masa lah abang.” Balas Danisha dengan suara yang
lemah. Dia menahan rasa sakit yang menyengat di ari-arinya itu.
“Are
you serious? Kita nak
buat apa ni?” Syed Amsyar sudah kalut. Dia mendudukkan isterinya di
kerusi dan berlari naik ke atas.
“Sayang!!!”
Jerit Syed Amsyar. Eish laki aku ni, aku yang nak beranak ke dia yang
nak beranak.
“Ye?”
Sahut Danisha dengan suara yang kuat jugak.
“Tudung
apa nak pakai ni? Lepas tu mana dokumen-dokumen semua? Barang-barang
Nisha dengan baby
pun mana?” Jawab Syed Amsyar dengan suara yang kuat.
Danisha
sudah menepuk dahinya. Memang kalut betul, kutuk Danisha di dalam
hatinya.
“Tak
kisah lah tudung macam mana sekalipun. Dokumen-dokumen semua ada
dalam laci tepi katil. Barang-barang Nisha dengan baby
ada dekat tepi almari.” Balas Danisha. Dia dah lah tengah sakit nak
beranak, lepas tu duk terjerit-jerit panggil suaminya dekat atas tu.
Syed
Amsyar sudah lari turun dari atas. Dia memberi tudung ekspres kepada
isterinya dan terus keluar memasukkan barang-barang di dalam kereta.
Dia memanas kan enjin kereta dan patah semula masuk ke rumah untuk
mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta. Setelah selesai mengunci
pintu rumah, Syed Amsyar terus masuk ke dalam kereta dan memecut ke
hospital putrajaya yang jaraknya dari rumah mereka memakan masa dua
puluh minit aje.
DANISHA
selamat melahirkan bayi
lelaki seberat 3.2 kg setelah
berperang di dalam labour
room selama lima jam.
Patut lah perut dia besar, rupa-rupanya anak dia tu berat. Tapi tak
apa, asalkan anak dia sihat itu sudah mencukupi.
“Thanks
sayang, I'm really
appreciate it. I love you.”
Syed Amsyar mengucup dahi Danisha setelah selesai mengucap kata-kata
tersebut. Ketika itu, mereka berada di dalam wad setelah Danisha di
pindahkan dari labour
room.
“You're
most welcome. Ini adalah
perkara yang paling terindah yang pernah Nisha hadapi. Thanks
abang. I love you too.”
Balas Danisha.
Syed
Amsyar adalah pilot kesayangan dia. Pilot yang telah menyelamatkan
dia dulu dan sekarang. Dia lah pilot kesayangan dia. Dia rasa tak
sia-sia dia terima lelaki itu sebagai pendamping hidup dia. Dia tahu,
perancangan Allah itu memang indah.
Bibir
Syed Amsyar tidak berhenti tersenyum daripada tadi.
“Abang.”
Panggil Danisha lembut. Dia masih terasa lemah lagi setelah penat
berperang di dalam labour
room selama lima jam.
“Ye
sayang.” Sahut Syed Amsyar.
“Abang
dah bagi tahu keluarga kita?”
“Dah.
Abang dah bagi tahu semua orang. Nanti mereka datang lah tu.” Balas
Syed Amsyar.
Danisha
menganggukkan kepalanya sahaja.
“Nisha
nak jumpa anak kita boleh?” Pinta Danisha. Dia dapat tengok muka
anak dia sekejap aje tadi. Kali ni dia nak tatap puas-puas wajah
anaknya itu.
“Boleh,
kejap ye abang pergi tanya nurse.”
Syed Amsyar terus bangun dari duduknya dan berlalu keluar. Selang
berapa minit, dia masuk sambil menolak katil baby. Danisha cuba
bangun dari baringannya dibantu oleh Syed Amsyar. Syed Amsyar
meletakkan bayi lelaki mereka di atas pangkuan Danisha. Air mata
Danisha menitis melihat wajah anaknya yang sedang tidur itu.
“Dia
comel sangat, sebijik macam muka abang.” Puji Danisha. Mata dia
tidak lepas-lepas dari menatap wajah anaknya itu.
“Mesti
lah dia ikut muka abang, abang ni kan handsome.
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Puji Syed Amsyar kepada
dirinya sendiri.
Danisha
menjulingkan matanya ke atas. Rasa menyampah lah pula dengar suaminya
puji diri dia sendiri.
“Abang
ni perasan lah. Menyampah Nisha dengar abang cakap macam tu.”
“Menyampah
menyampah pun, abang ni tetap suami Nisha sayang.”
“Eish,
malas lah nak gaduh dengan abang ni. Lebih baik Nisha layan anak kita
daripada layan abang.” Danisha menejling suaminya yang duduk di
sebelahnya itu sambil memeluk bahunya. Dia melentokkan kepalanya di
bahu kanan Danisha sambil memerhati anak mereka yang ada di dalam
pelukan Danisha.
“Apa
kita nak letak nama anak kita ni yang?” Soal Syed Amsyar perlahan.
“Nisha
pun tak tahu, abang ada cadangan ke?” Jawab Danisha sambil
menjeling sekilah ke arah suaminya yang sedang melentokkan kepala di
bahunya itu.
“Abang
rasa nak letak nama anak kita Syed Aatif Dahin bin Syed Amsyar. Sedap
tak?” Cadang Syed Amsyar.
“Sedap
sangat. Apa maksud nama tu abang?” Soal Danisha.
“Maksud
Aatif tu belas kasih dan maksud Dahin tu pula ialah yang cerdik.
Bagus tak maksud nama tu sayang?”
“Bagus
sangat. Nama anak kita Syed Aatif Dahin bin Syed Amsyar. Memang comel
sangat dan meaningful. Thanks
again abang. Abang lah
hero
dan penyelamat Nisha selamanya.” Ujar Danisha.
Syed
Amsyar mengangkat kepalanya dari bahu Danisha dan memandang ke arah
isterinya yang turut memandang ke arahnya.
“Sama-sama
kasih sayang. Abang akan selalu menajadi hero dan penyelamat buat
isteri abang dan anak-anak kita. Hanya Nurin Danisha binti Malik
sahaja yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak
abang.” Danisha berasa terharu mendengar luahan perasaan daripada
suaminya itu.
“In
Shaa Allah abang. Kita sama-sama mendidik anak kita menjadi anak yang
soleh dan solehah.” Syed Amsyar menganggukkan kepalanya.
Mereka
menghalakan pandangan mereka ke arah anak mereka yang sedang tidur
itu. Mereka bersyukur sangat dengan anugerah yang Allah telah berikan
kepada mereka. Sesusungguhnya sebaik-baik rancangan adalah rancangan
Allah swt. Syed Amsyar dialah Pilot Penyelamatku.
TAMAT
terbaik.
ReplyDeleteterima kasih baby mio :)
Deletebesttt!!!romantik.....-nrah
ReplyDeleteBest sgt...kencing mnis taw sbb sweet sgt2...
ReplyDeletebest...sweet...
ReplyDeleteAlahai sweet bhaii....adeh...nk suami cam tu gak!!!!😂😂☺
ReplyDeleteBest giler.. sweet, romantic
ReplyDelete