“ANASTASYA,
teman I lunch.” Ujar Aatif.
Naina
yang sedang membuat kerja terus mendongakkan kepalanya memandang ke
arah Aatif. Lelaki itu duduk di tempatnya dengan mata di arahkan ke
arah Naina.
Hakimi
tak bunuh Tengku ni sendiri? Dasar pengecut. Kalau kau dah berdendam
dengan dia, kenapa kau tak bunuh sendiri bangang. Gerutu Naina dalam
hatinya.
“Sekarang
ke Tengku?” Tanya Naina dengan suara yang lembut.
Aatif
mengangguk.
“Jom
lah. I memang dah lapar sangat ni.” Ajak Aatif lalu bangun dari
duduknya. Dia berjalan menghampiri Naina yang masih memandangnya itu.
“Err...
kejap ye Tengku, I nak kemas barang ni dulu.” Balas Naina. Tangan
dia lincah mengemas barang yang berselerak di atas meja yang
digunanya tadi. Aatif yang melihat Naina mengemas, terus memegang
tangan wanita itu kejap. Terhenti pergerakan Naina apabila tangannya
di pegang oleh lelaki itu. Apa kena dengan Tengku ni? Buang tebiat
tiba-tiba pegang tangan aku ni kenapa? Desis Naina sendiri.
Aatif
begitu ashik memandang wajah PAnya itu. Daripada hari pertama dia
nampak wajah Anastasya, terus hati dia terpikat dengan wanita ini.
Sebelum ni, dia bukan lah senang nak menyerahkan hatinya kepada
mana-mana wanita tapi wanita ni, benar-benar buat hatinya terpaut.
“Tengku.”
Panggil Naina perlahan.
Aatif
tersenyum menggoda.
Naina
menelan air liurnya perlahan. Tak akan dia dah tergoda dengan aku
kot? Aku belum mulakan langkah nak menggoda lagi. Kata Naina dalam
hatinya.
“Hmm.”
Sahut Aatif dengan suara yang menggoda.
“Are
you okay?”
Aatif
tersenyum.
“I'm
okay. Jom lah kita pergi.” Tangan Aatif masih utuh menggenggam
tangan halus milik Naina. Dia mengheret perempuan itu keluar daripada
biliknya. Pandangan daripada staff staffnya langsung dia tak
peduli. Apa yang pasti, dia telah jatuh cinta dengan wanita ni.
Naina
hanya mengikut saja langkah lelaki itu. Ya Allah bantulah aku. Aku
tak nak terjebak dengan perkara bodoh ni. Aku tak nak bunuh lelaki
ni. Bukan kerana aku sayangkan dia tapi... aku memang tak sanggup.
Kata Naina dalam hatinya.
Maafkan
I Aatif. Maafkan I.
LAMB
CHOP yang ada di atas meja dipotong berhati-hati oleh Naina. Dia
tak nak tersilap langkah, nanti lain pulak yang jadinya.
Pandangan
mata Aatif masih tak lepas-lepas daripada mereka masuk sampailah
sekarang.
Naina
berasa rimas apabila diperlakukan sebegitu rupa. Lagak macam tak
pernah jumpa perempuan aje gaya si Aatif ni.
“Tengku,
dekat muka I ni tak ada apa-apa kalau Tengku nak tenung pun. Better
you finish your food first. I ada banyak lagi kerja nak buat
dekat office tu.” Tegur Naina. Dasar jantan gatal. Tak susah
nak goda dia ni. Tapi aku belum goda, dia dah tergoda dulu. Macam
mana tu?
“Anastasya,
I yang bagi you work tu. So, bila-bila you nak siapkan I tak
kisah. Janji kerja you tu siap.” Balas Aatif dengan lenggok suara
yang manja.
Tercebik
Naina mendengarnya. Bila-bila konon. Dia tak tahu ke yang kerja tu
dia nak pakai esok? Sengal!
Sedang
Naina makan tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan pisau yang ada di
tangannya terjatuh tapi cepat-cepat dia menyambut. Dia mengusap
dadanya perlahan. Naina, don't show your skill. Desis Naina
sendiri.
Aatif
yang melihat gaya Naina itu, terkejut di buatnya. Selalu orang lain
kalau terjatuh sudu, garfu atau pisau memang tak sempat nak sambut
tapi macam mana perempuan ni boleh sambut dengan cekap? Macam dah
biasa gayanya. Dia ni ada guna ilmu macam-macam ke? Tebak Aatif
sendiri.
“Anastasya,
are you okay?” Tanya Aatif dengan wajah yang risau.
Naina
menegakkan badannya lalu memandang ke arah Aatif yang mempamerkan
wajah risau itu. Dia kulum senyum sumbing.
“Yeah...
I'm okay.” Jawab Naina. Dia membetul-betulkan sedikit cara
duduknya.
“Kalau
you okay, makanlah.”
Naina
meletakkan garfu dengan pisau di dalam pinggan. Dia memandang ke arah
Aatif.
“I
nak ke dulu. Nanti I sambung makan.”
Aatif
mengangguk.
Selepas
melihat lekaki itu mengangguk, dengan segera Naina bangun dari
duduknya dan berlalu pergi ke tandas. Sampai saja di tandas dia terus
membasuh-basuh mukanya dengan kasar.
“Kenapa
mesti aku, kenapa? Kau kejam Kimi, memang kejam.” Rintih Naina
perlahan. Dia memandang wajahnya daripada biasan cermin. Kenapa mesti
dia menghadapi semua ni? Kenapa kau cari pasal dengan Hakimi, Tengku
Aatif? Kenapa? Jerit batin Naina. Dia tak sampai hati nak membunuh
Aatif. Dia harus buat sesuatu supaya tak meneruskan niat Hakimi itu.
Ye, dia harus!
NAINA
duduk di tempatnya tadi lalu menghadiahkan senyuman kepada Aatif.
Aatif turut membalas senyuman Naina.
“Makan
lah. Nanti sejuk makanan you tu.”
Naina
mengangguk.
Baru
sepotong daging masuk ke dalam mulut Naina, tiba-tiba telefon bimbit
milik Tengku Aatif berbunyi. Aatif dengan segera mengangkat panggilan
itu. Naina hanya memasang telinga mendengar.
“Ye
Bob, kau dah jumpa dah siapa?” Dengar saja nama lelaki tu, tangan
Naina terus bergetar. Dia masih terus mendengar.
Dia
masih terus mendengar.
“Siapa?”
Soal Aatif lagi.
Ya
Allah, matilah aku.
“Perempuan?
Kau biar betul?” Wajah Aatif jelas terkejut apabila berkata begitu.
Naina
meneguk air liurnya perlahan-lahan. Badannya terketar-ketar mendengar
bicara yang bakal keluar daripada mulu Aatif.
“Apa
nama perempuan tu?”
Habis
kau Naina... habis.
“Naina?”
Naina
bungkam. Muka dia sudah pucat apabila namanya keluar daripada mulut
Aatif. Jahanam punya Hakimi. Kau memang jantan tak guna, setan. Marah
Naina dalam hatinya. Dia rasa macam nak tikam-tikam Hakimi tu
hidup-hidup. Tak guna!
“Kau
ada gambar dia tak?”
Aku
akan kerjakan kau Hakimi. Desis Naina sendiri.
Aatif
mendengus kasar.
“Tak
akan gambar dia kau tak boleh nak tahu?” Soal Aatif berang.
“Tak
apa, kalau gambar dia tak ada janji aku tahu nama dia siapa. Kau
intip aje mana Hakimi tu pergi. Mana tahu dia jumpa perempuan tu ke.
Jangan terlepas walaupun sedetik.” Arah Aatif.
Nampaknya
lepas ni, dia akan jauhkan dirinya daripada berjumpa dengan Hakimi.
Dia akan basuh jantan tak guna tu nanti.
“Dah,
aku jumpa kau esok. Jangan lupa intip dia.” Selepas menamatkan
panggilan, Aatif terus meletak telefon bimbitnya di atas meja. Dia
menghadiahkan senyuman kepada Naina.
Teragak-agak
Naina membalas senyuman Aatif.
“You
dah habis makan ke?”
Naina
melihat pinggannya yang masih berbaki suku daging itu. Dia menggeleng
perlahan.
“Makan
lah ye, nanti kita terus balik office.”
Angguk
Naina. Dia terus menyambung makan tanpa memandang wajah Aatif. Dia
tak sanggup. Dia takut. Itu, yang pasti.
No comments:
Post a Comment