BAB 6
ROSE memandu
dengan tenang sesekali dia menjeling sikit ke arah anaknya yang
sedang tidur disebelah. Apa yang harus dia lakukan untuk mencari
pengganti Arwah Syafiq? Adakah dia mempunyai peluang untuk memiliki
lelaki tersebut? Masih wujudkah lelaki yang ingin memiliki wanita
yang mempunyai anak pada zaman sekarang? Masih wujud kah? Huh!
Rosalinda
Adina bukanlah seorang hamba Allah yang kuat. Bukanlah seorang hamba
Allah yang nampak kuat seperti diluarannya. Huh!
Semenjak Arwah Syafiq pergi
menghadap Ilahi, dia menjadi seorang wanita yang kuat mengeluh. Yang
kuat menangis apabila ia melibatkan permata hati yang ditinggalkan
oleh Arwah buat dirinya untuk dijaga dan dibelai dengan penuh rasa
kasih sayang.
Maafkan
mummy sayang,
mummy bukanlah
seorang ibu yang baik untuk anak mummy
ni. Mummy
tak kuat. Mummy
rindukan papa. Mummy
tak akan maafkan orang yang telah
membuat papa mati sayang. Mummy
akan cari orang tersebut sampai
dapat. Rintih Rose lalu membelai rambut anaknya yang sedang tidur
itu.
Mummy
janji sayang.
KERETA yang
dipandu oleh Rose memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat itu.
Rose membuka pintunya dan terus menuju ke pintu disebelah pemandu.
Rose terus membuka seat
belt yang
membelit badan anaknya lalu dia mendukung anaknya untuk masuk ke
rumah. Belum sempat dia nak bergerak menuju ke pintu rumah, dia
ditegur oleh jirannya iaitu Kak Min.
“Rose
dari mana ni? Eh Akmal pun ada.”
“Rose
dari kampung Kak Min. Rose ambil Akmal duduk dengan Rose. Tak boleh
nak berpisah lama lah, nanti rindu dengan putera saya ni.” Balas
Rose lalu menepuk-nepuk badan anaknya yang sedang tidur itu.
“Biasalah
tu Rose, ibu mana yang tak rindu anak kan?” Rose menganggukkan
kepala.
“Betul
tu Kak Min. Hmm... Kak Min, Rose nak minta tolong Kak Min boleh tak?”
Minta-minta lah Kak Min tak kisah, detik hati Rose.
“Minta
tolong apa tu Rose?” Soal Kak Min dengan wajah yang pelik.
“Rose
takut nak hantar Akmal dekat nursery
Kak
Min. Jadi kalau tak keberatan, boleh tak Kak Min jaga Akmal? Nanti
setiap bulan Rose bayar dekat Kak Min.” Ujar Rose.
“Boleh
sangat Rose. Kak Min dah anggap Akmal ni macam anak Kak Min dah.”
Alhamdulillah nasib baik Kak Min nak tolong. Selesai satu masalah,
detik Rose lagi dalam hati.
“Terima
kasih Kak Min, saya rasa terhutang budi dengan Kak Min.” Kak Min
tersenyum dengan kata-kata Rose itu.
“Tak
ada apa yang nak diperlukan di terima kasihnya Rose. Kak Min tak
kisah jaga anak kamu tu. Lagi pun, anak Kak Min si Apit tu pun rapat
dengan Akmal ni.” Balas Kak Min.
“Terima
Kasih lagi sekali Kak Min. Lagi satu saya nak minta tolong Kak Min
ni, malam ni saya ada kerja sikit dengan Aira. Mungkin kami balik
lambat, jadi boleh tak Kak Min tolong jagakan Akmal sekejap?” Rose
sebenarnya rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana, keselamatan
anak dia lagi penting.
“Boleh
aje Rose. Kamu nak hantar Akmal pukul berapa?” Soal Kak Min.
“Pukul
9 nanti saya hantar ye Kak Min. Sekali lagi terima kasih Kak Min.”
Ucap Rose lagi.
“Okay,
tak ada masalah. Kak Min masuk dulu ye, nak masak untuk makan malam.”
Kak Min terus masuk ke dalam rumah. Rose menghantar Kak Min dengan
pandangan matanya sahaja.
Kak Min memang baik.
Dia lah jiran yang paling baik yang dia pernah jumpa. Bukan dia nak
kata jiran dia yang lain semuanya jahat, tapi Kak Min ni memang baik
macam kakak dengan adik. Beruntung dia sebab dapat jiran yang baik
seperti Kak Min ni. Bukan senang nak dapat jiran yang baik ni.
Sejujurnya dia berasa beruntung sangat.
Rose terus melangkah
masuk ke rumah. Kereta Nissan Almera tidak kelihatan di dalam garaj.
Mungkin Aira keluar jumpa Amran agaknya. Dia terus melangkah masuk ke
rumah dan mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Dia membuka pintu
biliknya lalu meletak Akmal yang sedang tidur itu di atas katil.
Nyenyak sungguh anaknya tidur. Daripada kampung lagi dia tidur sampai
lah dah sampai rumah sewanya ini. Akmal memang kelihatan sangat comel
ketika tidur. Sebab tu dia suka menganggu anaknya ketika tidur.
Sebelum turun ke bawah, Rose mencium pipi dan dahi anaknya dan terus
berlalu turun ke bawah dan keluar menuju ke keretanya.
Sesampai
sahaja dia ke kereta BMW X6 nya itu, dia terus membuka bonet kereta
dan mengambil luggage
milik dia dan milik Akmal. Setelah
mengeluarkan luggage
dari bonet kereta, Rose ingin masuk
ke rumah tapi belum sempat dia masuk ke rumah, sebuah kereta Porsche
Cayman berhenti di hadapan rumahnya.
Siapa pulak yang
datang ni? Dah lah kereta Porsche Cayman, tergugat iman aku tengok.
Kereta idaman aku tu. Desis hati Rose.
Keluar
seorang lelaki yang memakai seluar khaki, kemeja kotak-kotak yang di
dalamnya mempunyai t-shirt putih dan memakai Rayban glasses.
Pakaian biasa je, kereta bapak gempak. Siapa dia ni? Rose berkata
perlahan. Dia meletakkan luggage
di sebelah keretanya dan menuju ke
arah lelaki tersebut. Mereka hanya terpisah dengan pagar elektronik
rumah sewanya itu.
“Encik
cari siapa ye?” Soal Rose dengan wajah yang pelik.
Aku macam pernah
jumpa je lelaki ni? Kata Rose di dalam hati dan menilik lelaki yang
ada di hadapannya sekarang ini.
“I
nak cari tuan rumah ni. Dia ada tak?” Jawab lelaki tersebut.
Rose
mengangkat keningnya. Tak akan lelaki ni anak Aunty
Amrina yang merupakan pemilik rumah
ni kot. Tapi setahu aku, anak Aunty
Amrina semuanya perempuan. Ke ni
anak angkat dia? Tak akan lah. Rose masih memandang pelik ke arah
lelaki itu.
“Dalam
rumah ni, hanya ada dua orang sahaja tuan rumahnya. Jadi, yang mana
satu yang encik nak berjumpa ye? Kalau boleh sebut namanya sekali.”
Balas Rose sambil memandang lelaki itu dengan senyuman yang sinis.
Nak jumpa tuan
rumah, tapi tak sebut nama. Sengal! Kutuk Rose dalam hati.
“Saya
nak berjumpa dengan Rosalinda Adina binti Ramlan.” Jawab lelaki itu
lalu membuka glassesnya
dan disangkutkan di leher t-shirt
putihnya.
What? Apa dia
buat dekat sini?
“YOU
nak apa datang rumah I ni? And
dari mana you tahu ni rumah I?” Soal Rose sambil memeluk tubuh.
Apa mamat ni buat
dekat sini? Tak akan hari-hari nak menghadap muka dia je. Dah lah
malam ni pun kena menghadap muka dia lagi. Kalau perangai tu tak
annoying, aku boleh terima lagi. Tapi kalau perangai macam
hantu polong bermulut puaka, kau ingat aku nak layan? Huh!
Guman Rose.
“Mulut
tu nak kena cili ke? Tak payah nak kutuk-kutuk I dalam hati you
sangat lah. Free
free
je dapat dosa. Tak susah pun nak cari rumah you. I tanya lah Amran,
then
dia jawab. Tak susah kan?” Jawab Imran dengan nada yang
menjengkelkan.
“You
kalau datang sini nak gaduh, better
you balik sekarang. I tak ada masa nak layan orang yang bermasalah
macam you ni.” Halau Rose.
Semak nak mampus
mangkuk ayun ni!!! Kutuk Rose dalam hati.
“Suka
hati I lah nak datang menempel dekat rumah you ni ke tak.” Selamba
badak Imran berkata begitu.
“Eish
you nak apa sebenarnya ah?” Soal Rose dengan geram.
“I
nak you, boleh tak?” Imran tersenyum-senyum membalas kata-kata
Rose.
“Oh
you nak I? Boleh je.” Orang balas selamba, kita pun balas selamba
lah.
“Seriously
boleh? Ni yang buat I rasa bersemangat ni. Cepat lah bukak pintu
pagar ni.” Imran sudah memegang pintu pagar tersebut.
Eh mamat ni biar
betik? Dah gila ke apa? Rose dah tayang muka terkejut melihat gelagat
Imran itu.
“You
ni dah kenapa? Gila seks ke apa ah?” Rose bersoal dengan suara yang
marah. Aku rasa macam nak humban je manusia depan aku ni dekat Tasik
Chini tak pun dekat lombong.
“Bukan
gila seks baby,
I gila nak kahwin dengan you.” Rose sudah menepuk dahinya.
Dia pergi panggil
aku baby? Nak kahwin dengan aku? Ya Allah aku ingatkan Dahlan
aje yang berperangai macam ni. Rupa-rupanya si gila hantu polong
mulut puaka ni pun sama.
“Pardon?”
Bukan dia tak dengar apa yang Imran cakap tadi. Cuma dia nak Imran
ulang balik ayat dia tu.
“I
nak kahwin dengan you.” Memang sah lah mamat ni dah gila.
“Sorry,
I'm not interested want to married with you.
Simpan saja lah hasrat hati you tu ye.” Imran tersenyum sinis
dengan kata-kata Rose.
Aku boleh rasa apa
yang Dahlan rasa. Bukan senang nak memiliki Rosalinda Adina ini. Dia
serupa bintang yang susah untuk digapai. Hanya boleh di lihat sahaja.
Kata Imran dalam hati.
“Kalau
I nak kahwin dengan you jugak?” Tekad Imran.
“You
ni datang dari planet
mana? Memang tak faham bahasa ke atau buat-buat tak faham?” Rose
menjeling Imran yang ada di depan matanya ini.
“Planet
bumi, tapi tu lah. I tak berapa faham lah bahasa you baby.
Apa yang pasti I nak kahwin dengan you jugak.” Jawab Imran dengan
mengada-ngada.
“Eh
kau ni kenapa?” Haa... kan dah bertukar bahasa dari I-You ke
Kau-Aku. Geram pulak aku dengan hantu polong mulut puaka ni.
“Kenapa
apa baby?
I nak kahwin dengan you je pun. Tak akan tak boleh kot.” Imran dah
membuat suara gedik dia tu.
“Memang
tak boleh, kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ah?” Rose sudah
mencekak pinggangnya.
“Ha'ah
you memang nak kahwin dengan I pun.” Tambah Imran.
“You
jangan nak perasan ye. Mirror
your face first before you want to married with me bro.”
Balas Rose dengan nada yang sombong.
“I?
Mirror my face?”
Imran terus ketawa. “You
should to mirror your first first,
Rosalinda Adina. You tu balu, I ni teruna. Sedar diri sikit Rose.
Jadi you kena terima I. Bukan senang tau nak dapatkan Imran Fauzan
Bin Tan Sri Ishak ni tahu tak.” Sambung Imran lagi dan dia sempat
membangga diri. Dia memberi senyuman paling sinis sekali.
Rose terkedu
mendengar kata-kata Imran itu.
Macam mana dia tahu
aku ni balu? Siapa yang bagi tahu dia yang aku ni balu? Apa muslihat
sebenar si Imran ni? Nak malu kan aku ke apa? Dahi Rose sudah
berkerut-kerut.
“Ma...
macam mana you tahu yang I ni balu?” Soal Rose dengan suara yang
teragap-gagap. Since
when
tah yang aku ni jadi gagap.
“Macam
mana I tahu you balu tu, rasanya tak perlu kot nak bagi tahu dekat
you kan? So, do
you want to married with me?”
Imran mengangkat-angkat keningnya kepada Rose.
“I
tak akan kahwin dengan orang macam you, mulut puaka.” Imran terus
menghamburkan ketawanya. Kedengaran sangat sinis ketawa yang
dihamburkan oleh Imran.
“Lah...
mulut I mulut puaka ke? Setahu I lah kan, mulut I ni teramat lah
manis, my dear
Rose.” Imran mengenyitkan matanya kepada Rose.
Beruk orang utan
punya Imran!!! jerit Rose dalam hati. Rose menghadiahkan jelingan
maut kepada Imran.
“Aww...
lagi you jeling I, lagi membuatkan I nak ambil you sebagai isteri I
Rose.” Imran meletakkan tanggannya di dada.
“You
ni kan...” Tak sempat Rose ingin menghabiskan ayatnya, tiba-tiba
dia terdengar suara anaknya, Akmal memanggilnya di depan pintu rumah.
“Mummy.”
Akmal memanggil Rose lalu menuju ke arah Rose.
Rose terus mendukung
Akmal setelah dia sampai ke arahnya. Akmal menenyeh matanya
menandakan yang dia baru sahaja bangun daripada tidur.
“Ye
sayang, kenapa ni?” Rose menyoal lalu mencium pipi Akmal. Imran
hanya memandang saja gelagat dua beranak yang ada di depannya itu.
“Nape
mummy
inggal Amal? Amal akut.” Akmal terus meletakkan kepalanya di bahu
Rose.
“Mummy
ambil barang tadi Amal. Amal kan tengah tidur, sebab tu mummy
tinggalkan Amal dekat atas. Sorry
ye sayang.” Rose mengusap-usap belakang anaknya untuk memujuk
anaknya itu.
Terselah sifat
keibuaan Rose apabila dia melayan anaknya itu. I tak akan
teragak-agak ambil you as my wife Rose, kata Imran dalam hati.
Akmal terus mencium
pipi Rose dan memeluk leher Rose dengan erat.
“Ayang
mummy.”
“Mummy
pun sayang Amal.” Rose membalas pelukan anaknya.
“Ehem...ehem...”
Imran berdehem. Dia seakan-akan seperti tunggul pula apabila melihat
kemesraan dua beranak itu.
“Oh
terlupa pulak ada orang ye. Sorry
lah ye Mr.
Imran.” Rose membalas dengan sinis. Rasa berdesing pula telinga
Imran apabila diperli oleh Rose.
“You
tak payah nak perli I sangat lah Rose. So,
this is our child?
Apa lagi bukak lah pagar ni. Kejam betul you ni kan biarkan I dekat
luar pagar ni. Macam ni ke cara you layan tetamu? Kalau Kita dah
kahwin nanti, I ajar you macam mana nak layan tetamu dan hormat
tetamu.” Jawab Imran.
Ewah-ewah, memandai
aje dia ni nak mengajar aku. Aku tak nak bagi kau masuk sebab kau tu
lelaki. Lain lah kalau kau tu abang aku ke, adik aku ke, aku bagi lah
masuk rumah aku ni. Huh! Kata Rose dalam hati.
Rose menjulingkan
mata ke atas lalu mengambil remote pagar dan membuka pagar
elektronik tersebut. Imran terus masuk ke dalam setelah pintu pagar
itu di buka.
“Hello
Mr.
Imran, this is not
'our' but it is 'my'.
Kalau you nak sangat 'our'
tu, you better
pergi kahwin dengan perempuan lain then
dapat anak boleh lah perkataan 'our'
tu wujud dengan wife
you. Get it?”
Balas Rose lalu menghadiahkan jelingan maut kepada Imran. Menggatal
orang tua ni. Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ah?
“Tak
apa, I nak kahwin dengan you nanti dapat lah perkataan 'our'
tu
kan?” Imran tersenyum manis membalas kata-kata Rose.
“Siapa
tah nak kahwin dengan you, perasan je lebih?” Akmal hanya memerhati
gelagat mummynya
dengan lelaki tersebut.
“You
lah yang nak kahwin dengan I, baby.”
Imran mengeyitkan matanya kepada Rose.
Rose menjeling tajam
kepada Imran yang berdiri di hadapannya.
“Sapa
ni mummy?”
Soal Akmal dengan wajah yang pelik.
“Oh
ini...”
“I'm
your daddy
sayang.” Imran terus memotong kata-kata Rose itu.
Rose menjegilkan
matanya kepada Imran. Sengal lah Imran ni, kutuk Rose dalam hati.
“Betul
ke mummy?”
Akmal memandang Rose untuk meminta kepastian daripada mummynya.
Dia bukan tak tahu
dengan Akmal ni. Selalu berharapkan daddy dia ada dekat depan
mata dia. Tiba-tiba pulak orang tua ni mengaku yang dia tu daddy
kepada Akmal ni. Lagi lah dia bertambah teruja, huh! Nak tak
nak, Rose terpaksa mengiyakan kata-kata Imran itu. “Ye sayang, he's
your daddy.”
Setelah mendengar
Rose berkata begitu, Akmal terus menghulurkan tanggannya kepada Imran
untuk di dukung. Imran yang faham akan isyarat tersebut, terus
mendukung Akmal dan memeluknya dengan erat seperti memeluk anak
sendiri.
“Daddy
pergi ana? Nape inggal Amal ngan mummy?”
Soal Akmal sambil memegang kedua-dua belah pipi Imran.
“Daddy
work
sayang, that's why
daddy
tinggal Amal dengan mummy.
Now I'm hear baby.”
Imran terus mencium kedua-dua belah pipi Akmal.
“Daddy,
after this don't leave us again okay? Mummy
alu angis. Cian mummy.”
Akmal merebahkan kepalanya di atas bahu Imran. Rose yang melihat
gelagat Akmal itu hanya menahan sebak di dalam hati sahaja. Dia malu
nak menangis depan Imran.
“So,
do you want to accept me as your husband?”
Soal Imran dengan soalan yang sama. Orang kalau dah tak faham bahasa
ni memang suka bertanya soalan yang sama banyak kali. Menyampah betul
aku dengan orang tua yang sorang ni.
“Let
me think about this.
It's hard for me
want to accept you as my husband.
Jadi you tunggu aje kata putus daripada I.” Putus Rose. Imran hanya
menganggukkan kepala Akmal dan mengusap-usap belakang Akmal. Harap
Rose terima dia sebagai suami, kata Imran dalam hati.
“Okay
lah Amal, daddy
nak balik dulu. Tomorrow
I come here and meet you, okay
sayang?” Kata Imran lalu mencium dahi Akmal.
“Where
do you want to go daddy?”
Balas Akmal dengan suara yang pelat.
“I
want to back home
sayang. Esok daddy
datang lagi ye.” Imran mengusap-usap belakang Akmal.
“Home?
This is our home daddy. Mummy,
ita ada umah ayen ke?” Soal Akmal dengan wajah yang pelik kepada
Rose.
“Err...”
Rose tak tahu hendak membalas apa kepada Akmal.
Imran yang nampak
Rose tak tahu hendak membalas kata-kata anaknya itu, dia terus
menjawab persoalan Akmal.
“Yes,
kita ada rumah lain sayang. Nanti daddy
bawak Amal dengan mummy
duduk rumah daddy
ye? Nanti Amal boleh jumpa Tok Papa dengan Tok Mama. Do
you want to see them?”
Soal Imran kepada Akmal.
“Tok
Papa and
Tok Mama? Is that
like
Atuk ngan Nenek mummy?”
Soal Akmal lagi kepada Rose.
“Yes
sayang. Macam Atuk dengan Nenek.” Jawab Rose.
“I
want to see them daddy.”
Ujar Akmal lalu memeluk leher Imran.
“If
you want to see them,
Amal duduk dengan mummy
dekat sini. Daddy
promise,
nanti daddy
bawak Amal jumpa Tok Papa and
Tok Mama okay? And
one more thing, Amal
jangan nakal-nakal. Nanti kesian mummy
penat nak jaga Amal. Ingat pesan daddy
ye Amal.” Balas Imran.
“Okay
daddy.”
Putus Akmal.
Imran menurunkan
Akmal ke bawah. Lalu berjalan menuju ke arah Rose.
“I
hope
you terima I as
your husband. I will wait your answer
Rose. Hope
tak mengecewakan.” Ujar Imran kepada Rose.
“Hmm...”
Balas Rose dengan malas.
“I
balik dulu lah. Malam nanti kita jumpa.” Kata Imran lalu
menghulurkan tangannya kepada Rose.
Rose mengangkat
keningnya ala-ala Ziana Zain.
“What
for?”
Soal Rose dengan wajah yang pelik.
“Salam
suami.” Jawab Imran dengan selamba.
“Suami
kepala otak you lah. Kita tak sah lagi okay. Jangan nak
memandai-mandai pulak. I bagi you makan kaki I ni karang.” Ujar
Rose dengan suara yang geram.
“Oh,
so
nanti kita akan sah lah kan?” Balas Imran dengan wajah yang
tersenyum-senyum.
“In
your dream.”
“It's
okay Rose,
I will make my dream become a reality dear.
I balik dulu. Take
care of yourself and
Akmal. I love you
Rose. Bye.”
Imran terus berlalu dan sempat dia mencium ubun-ubun Akmal.
Imran terus menuju
ke arah keretanya dan kereta itu terus berlalu setelah Imran masuk ke
dalam kereta Porsche Cayman itu. Rose hanya memerhati kereta
idamannya itu berlalu. Huh!
Ni namanya dugaan
Rosalinda Adina.
No comments:
Post a Comment