Thursday, 28 May 2015

Dia, Profesional Killer 7




DARIPADA tadi Naina ashik bermundar-mandir di dalam biliknya. Risau dia memikirkan apa yang reaksi yang perlu dia bagi pada Aatif bila lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Pening kepalanya duk memikirkan daripada tadi tapi satu pun dia tak dapat idea.
Pintu biliknya terkuak daripada luar. Mati terus gerakan Naina. Alamak, dia dah masuk pulak.
Aatif yang melihat isteri yang baru dinikahi berapa jam yang lepas itu tersenyum. Berdiri macam patung. Comel, desis hati Aatif. Dia berjalan menghampir Naina lalu tangannya memeluk pinggang ramping wanita itu. Dia menciun rambut Naina. Wangi!
Terpaku Naina apabila dilakukan sebegitu rupa oleh Aatif. Dia menelan air liurnya perlahan. Memang berdebar jantung dia ni.
"Sayang..." Meleret suara Aatif memanggil Naina. Bibirnya tak berhenti mencium keharuman rambut Naina. Sangat wangi!
"Err Aatif... stop kissing my hair. Tak selesa lah." Naina cuba mengelak daripada dicium. Rimas sangat apabila dilakukan sebegitu rupa.
Aatif semakin galak mencium rambut Naina. Dia dah tak kisah sama ada wanita itu ingin memarahinya atau tidak apa yang pasti dia ingin melepas rindu setelah dua bulan terpisah.
Naina merengus geram. Dia tak faham atau buat-buat tak faham sebenarnya ni?
"Aatif I said stop... rimas tahu tak." Naina melepaskan pelukan Aatif lalu memusing badannya dan memandang tajam ke arah lelaki yang sedang tersenyum nakal itu. Gatal!
Aatif mengambil tempat di birai katil dengan mata yang masih dipakukan ke arah Naina.
"Are you mad sayang?"
Naina tersenyum sinis.
"Eh tak lah, I tak marah pun." Dia menjeling suaminya tajam. Geram betul!
Aatif rasa nak ketawa melihat reaksi isterinya.
"Cantik you jeling I macam tu sayang. Boleh gugur jantung I tengok you buat macam tu." Aatif mengeyitkan matanya. Sengaja nak menyakat isterinya itu.
Naina membesarkan matanya kepada Aatif. Suka sangat mencari pasal suaminya ni.
"Mengada-ngada."
"I mengada dengan you aje dear." Jawab Aatif pantas.
Naina merengus kasar. Sekejap dear sekejap sayang, ingat sweet lah tu? Sawit ada lah.
"Kenapa you kahwin dengan I?" Soal Naina sambil memeluk tubuh. Matanya tunak memandang seraut wajah milik suaminya.
Aatif menyandarkan badannya di kepala katil dengan senyuman yang menghiasi bibirnya.
"Sebab I nak you jadi isteri I sebab tu I kahwin dengan you." Jawab Aatif dengan muka selamba.
Naina mencebik. Alasan lapuk. Menggedik je lebih.
"Macam mana you tahu I ada dekat sini?"
"Senang je. I suruh bob cari mana you pergi then bila dia dah jumpa you, I pergi lah hantar keluarga I masuk meminang you. Senang kan?"
Naina mengetap giginya. Memang lah senang pun sebab kau ada orang suruhan, sengal. Huh!
"Menyampah lah I dengan you ni."
Aatif ketawa kecil.
"Tak apa. Menyampah lah banyak-banyak sayang. Kalau you menyampah dengan I, I makin sayang dan cintakan you tau."
"Tapi I tak sayang dan cintakan you." Tipu Naina.
Tersenyum sinis Aatif mendengarnya.
"Teruskan menipu dear. I pun tak tahu sampai bila you nak menipu. I tak kisah. I ampunkan dosa you sebab menipu I."
Naina palingkan wajahnya ke arah lain. Tak sanggup dia nak pandang wajah suaminya. Jantung dia ni makin berdebar apabila menatap sepasang mata milik Aatif yang menawan itu. Penggoda dalam diam betul Aatif ni.
"I nak pergi toilet." Dia cuba mengelak daripada duduk berdua-duaan dengan suaminya. Takut dia jatuh tersungkur aje.
"Sayang..."
Mati langkah Naina yang baru hendak masuk ke dalam bilik air itu. Dia tak menyahut panggilan Aatif. Mulutnya seakan-akan berat untuk berkata.
Aatif mengeluh melihat cara isterinya itu.
"Bila you nak luahkan perasaan you kepada I, Naina? Two months bagi you memang sekajap tapi bagi I lama dear. I menanti kata-kata keramat keluar daripada mulut you sayang." Aatif bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Naina. Dia berdiri di belakang wanita itu lantas tangannya mendarat pada bahu isterinya. Dia membalikkan badan Naina lalu melabuhkan bibirnya perlahan pada dahi Naina.
Terpejam mata Naina menikmati kucupan yang di berikan oleh Aatif itu. Kenapa Aatif baik sangat dengan dia? Dia rasa tak layak mendampingi suaminya ini.
"Sayang... I tak paksa you luahkan perasaan you. Bila you dah sedia nanti, luahkan kepada I. I tunggu kata-kata tu keluar daripada mulut you." Ujar Aatif setelah mencium dahi Naina. Dia mengusap rambut isterinya lembut. Dia akan menanti Naina meluahkan perasaan kepadanya. Tak perlulah dia memaksa isterinya.
"Pergi lah toilet. Ingat... I tak paksa you." Tambah Aatif. Dia menghadiahkan senyuman yang manis kepada isterinya.
Naina memegang tangan Aatif apabila lelaki itu ingin berpaling menuju ke katil. Aatif menghentikan langkahnya dan memandang ke arah isterinya lalu mengangkat kening kepada wanita itu.
"Kenapa dear?"
Naina terus memandang wajah kacak Aatif.
"Kenapa you tak paksa I cakap semua tu Aatif?"
Aatif kulum senyum.
"I tak suka memaksa. Kalau you nak cakap atau tidak, terpulang kepada you. Tak semua ikatan perkhawinan mesti berlandaskan cinta Naina. Ada orang yang kahwin tak bercinta, mereka bahagia je. Dari sinar mata you pun, I dah tahu yang you cintakan I Naina. Tapi, kalau you cakap you cintakan I, itu lebih indah kan sayang? Jangan paksa diri you untuk cakap semua tu. I tak nak rasa cinta dan sayang you bertukar menjadi benci sebab you rasa terpaksa kerana I."
Dia melepaskan tangan Naina yang memegang lengannya itu.
"Aatif... I cintakan you. I sayangkan you."
"Naina kan I dah cakap, jangan pak..."
"Tak. I tak paksa diri I untuk cakap semua ni. Apa yang I cakap memang lahir dari hati I. Kenapa perlu simpan rasa cinta dan sayang kalau you cinta dan sayangkan I, kan Aatif?"
Aatif ukir senyum bahagia. Tak sia-sia dia menanti walaupun dua bulan itu tak lama. Tapi, penantian itu sungguh menyeksekan. Lagi-lagi kata-kata yang dia nanti dari wanita yang dia sayang. Syukur Ya Allah.
"Terima kasih sebab cinta dan sayangkan I Naina. I menghargai semua tu. Tak sia-sia I menanti. I love you Naina. Love you forever after." Ujar Aatif lalu menarik Naina ke dalam pelukannya.
Naina turut membalas pelukan lelaki itu.
"I pun sama jugak." Balas Naina dengan suara yang perlahan.
"Sama tu macam mana ye sayang?" Sakat Aatif. Suka dia melihat wajah wanita itu marah. Nampak lebih menawan.
Naina menepuk belakang Aatif perlahan.
"You sengajakan? Dah lah I nak pergi toilet, malas nak layan you." Naina melepaskan pelukan lalu berpaling menuju ke tandas. Muka dia ni dah naik merah menahan malu. Tak sangka dia boleh confess macam tu. Pecah rekod betul.
Tersenyum lebar Aatif melihat wajah isterinya. Dia memandang langkah Naina sehingga wanita itu masuk ke dalam tandas. I tak akan pernah menyesal menanti you dan memiliki you Naina, desis Aatif dalam hati.

No comments:

Post a Comment