BESARNYA rumah Rafiq. Macam tak percaya yang dekat depan dia sekarang ni rumah Rafiq. Sejujurnya dia cakap, dia tak pernah lagi pergi ke rumah Rafiq. Rafiq ni memang kaya betul. Ye lah, kawasan yang dia duduk ni, kawasan elit. Memang tempat orang kaya semuanya. Orang yang datang dekat sini semuanya kaya-kaya. Rasa rendah diri betul bila melihat orang-orang tersebut.
"Jom lah kita masuk." Ajak Rafiq yang sedang berdiri di sebelah aku.
"Saya segan lah nak masuk rumah." Jujur aku berkata.
"Apa yang awak nak segannya? Rumah ni pun akan jadi rumah awak juga masa awak kahwin dengan saya nanti."
Cakap senang lah Rafiq, saya ni orang miskin je. Duduk pun rumah teres yang dah lama di bina. Awak tu orang kaya, apa lah sangat nak dibandingkan dengan saya ni.
"Saya tetap rasa janggal Rafiq."
"Kalau awak tak nak masuk, awak berdiri lah sorang-orang dekat luar ni. Ajak masuk pun susah, bukannya buat apa pun." Rungut rafiq lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Kenapa Rafiq tak pujuk aku macam dulu? Kau terlampau berharap sangat Danisha. Kalau aku tak berharap dekat Rafiq, aku nak berharap dekat siapa lagi? Dia kan bakal suami aku, mesti lah aku nak berharap dekat dia.
Nak tak nak, aku berjalan masuk ke dalam rumah Rafiq. Aku segan akan pandangan orang yang ada di laman rumah Rafiq tersebut. Aku hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada mereka. Senyuman aku sudah pasti senyuman yang sangat pelik aku berikan.
Tiba-tiba aku ditegur oleh papa Rafiq.
"Baru sampai ke?" Soal Tan Sri Syed Amran kepada aku.
"Ha'ah uncle, saya baru saja sampai."
"Datang dengan siapa ni Danisha?" Soal Tan Sri Syed Amran lagi tapi dengan wajah yang pelik. Mahu orang tua ni tak pelik, ye lah aku mana tahu rumah mereka ni.
"Datang dengan Rafiq uncle." Aku sumpah rasa awkward kalau bercakap dengan parents rafiq ni. Mama Rafiq tak ada pulak bersama Tan Sri Syed Amran ni tapi yang ada hanya seorang wanita yang kelihatan anggun di sebelahnya itu. Siapa pula gerangan wanita ini?
"Ni ke tunang si Rafiq tu abang?" Soal wanita yang berdiri di sebelah Tan Sri Syed Amran. Tan Sri Syed Amran hanya menganggukkan kepala dia sahaja.
"Cantik betul tunang Rafiq ni. Pandai Rafiq cari. Nama aunty Puan Sri Syarifah Aminah, panggil umi pun tak apa." Wanita di sebelah Tan Sri Syed Amran memperkenalkan dirinya. Kenapa pangkal nama depan wanita dia ada 'Puan Sri'?
"Mana ada cantik lah aunty, saya ni biasa-biasa je." Balas aku dengan rasa rendah diri. Sejujurnya aku rasa malu nak panggil wanita di depan aku ini 'umi'.
"Eish tak payah lah kamu nak malu dengan umi. Kamu memang cantik sangat. Untung Rafiq ye. Eh buat apa pulak kita berborak dekat depan pagar ni. Jom lah masuk pergi dekat taman tu." Puan Sri Syarifah Aminah terus menarik tangan aku pergi ke taman yang ada di banglo mewah ini.
Nasib baik aku jumpa aunty ni, kalau tak memang macam patung lah aku dekat sini.
**********
SYED AMSYAR hanya memandang perbualan di antara ibu bapanya dengan wanita tadi. Macam aku pernah jumpa lah perempuan tu, tapi dekat mana ye? Umi ni senang pula beramah mesra dengan perempuan tu. Nampak macam dah kenal sangat pun ye gak. Tiba-tiba Amsyar terasa bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia kalih ke belakang untuk melihat siapa yang menepuk bahunya. Lah, budak ni rupanya.
"Abang Am tengok apa tu?" Soal Syarifah Aulia sambil menghalakan pandangan ke arah yang dilihat abangnya tadi. Apa yang abang aku tengok sebenarnya ni?
Ikutkan hati dia, dia memang malas nak pergi ke rumah mama tiri dia ni. Disebabkan didesak oleh abang dengan umi, dia pun merelakan dirinya berpijak ke rumah agam ini.
"Abang Am tengok umi dengan papa berborak dengan seorang perempuan tadi. Nampak macam dah kenal lama sangat dan abang macam pernah jumpa that girl tu." Amsyar memberitahu adiknya tentang apa yang dilihat dengan khusyuk tadi.
"Oh really? Mana-mana?" Syarifah Aulia terus mencari gerangan perempuan yang dikatakan oleh abangnya.
"Tu ada dekat umi sana." Amsyar menunding jari ke arah Puan Sri Syarifah Aminah dan Danisha.
"Gosh, she are so beautiful. Bakal kakak ipar Lia eh abang?" Syarifah Aulia mengangkat-angkat keningnya ke arah Amsyar.
"Please stop talking nonsense Aulia. I'm feel nothing. Abang kata macam kenal aje kan? Bukannya abang kata abang kenal dia sangat-sangat." Syarifah Aulia terus memuncungkan mulutnya apabila mendengar Amsyar berkata begitu.
"I thought she are my sister-in-law to be. Abang bila nak bawa balik kakak ipar untuk Lia?" Syarifah Aulia sudah membuat suara sedihnya.
"Sooner or later, abang akan kahwin juga kan? So, tunggu je lah bakal kakak ipar Lia tu. Tapi jangan terlampau berharap sangat." Sempat lagi Amsyar memesan kepada adiknya.
"I'm pretty sure, that girl yang tengah berborak dengan umi tu, will be my sister-in-law. My instinct is never wrong. Just wait and see. Okay lah, adik nak pergi dekat umi, nak tengok lebih dekat muka that girl tu." Syarifah Aulia terus berlalu pergi setelah berkata begitu kepada Amsyar.
Huh! Amsyar melepaskan keluhan. Syarifah Aulia memang selalu sangat berharap, and her instinct is never wrong. Tolonglah aku tak bersedia lagi nak kahwin. Aku takut aku akan kecewakan perempuan yang bakal menjadi isteri aku nanti.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment