Thursday, 18 December 2014

Suami Unexpected (2)




BAB 2

PEJAM celik pejam celik sudah masuk sebulan aku kerja dekat Menara Holding. First time buat kerja bancuh air ni ingat senang macam easy like peanut rupa-rupanya ada certain employees yang tak suka air aku. Eh dah cukup baik kot aku buatkan air untuk dorang. Tapi disebabkan aku ni orang bawahan aku redha sahaja la. Tapi yang buat aku terharu, Tengku memang puji minuman aku. Kau tau apa rasa apabila dipuji dengan orang yang kita admire kan? Gembira, tapi tu lah Tengku dah ada girlfriend. Memang seksi habis, nak dibandingkan dengan aku yang pakai baju kurung dengan shawl lepastu kerja pun sebagai tea lady memang tak dipandang la oleh si Tengku Kacak tu.

Aku terdengar ada orang menolak pintu pantry. Oh my Allah Tengku Kacak Tengku Kacak. Tiba-tiba aku terdengar Encik Tengku bertanya aku soalan yang tak dijangka.

Awak ada boyfriend?”

Hah???!!” Muka aku memang dah terkejut beruk dah ni dan sebetulnya kalah beruk.

I'm asking you, that you have a boyfriend?” Muka Encik Tengku memang nampak serious and tak main-main.

Aku berdehem untuk menghilangkan rasa terkejut. “Kenapa bos tanya saya soalan macam tu?”

Aku nampak dia melepaskan keluhan. “Susah sangat ke nak jawab soalan saya Cik Nurin Aqisha?”

Err tak susah pun bos. Belum. Saya belum ada boyfriend. Ada apa-apa masalah ke bos?” Tanya aku dengan wajah yang ingin tahu.

Awak boleh tolong saya tak?” Tolong apa la pulak la Encik Tengku ni.

Tolong apa ye bos? Selagi saya boleh tolong saya akan tolong.” Aku pulak yang gabra ni.

Saya nak mintak awak tolong jadi... err jadi...”

Jadi apa bos?”

Jadi isteri abang saya.”

What???!!!



GILA. Ye, Tengku Kacak tu memang dah gila. Kalau aku jadi isteri dia memang aku nak la, ni kena jadi isteri abang dia? Nak mampus. Aku kenal pun tidak. Memang kerja gila la namanya. Tiba-tiba aku teringatkan balik perbualan pagi tadi dekat pantry.

Ye saya nak awak jadi isteri abang saya.”

Bos ni buat lawak ke apa? Kalau bos buat lawak saya memang nak gelak dah ni hahahaha.” Sumpah gelak aku ni memang gelak hambar lepastu memang nak mintak kaki, serious.

Saya tak buat lawak dan ni memang serious.”

Tapi kenapa saya bos?” Yelah kenapa aku? Kan ada ramai lagi pekerja perempuan dekat sini yang single and available. Apa je ada pada aku ni sampai Tengku nak aku kahwin dengan abang dia? Dan abang dia ni pun satu hal apa masalah dia sampai aku kena kahwin dengan dia?

Sebab awak sorang saja yang layak jadi isteri abang saya.” Nonsense! Ramai lagi la perempuan yang lebih cantik dari aku malah lebih baik dekat luar sana. Tapi aku memang baik dengan cantik pun, ceh masuk bakul angkat sendiri lah pulak. Boleh jadi mereng aku macam ni. Tengku Kacak ni memang dah gila.

Tapi, dekat luar sana ramai lagi yang layak jadi isteri abang Tengku. Saya ni apa je lah yang ada setakat kerja tea lady ni.” Ceh nak merendah diri la kononnya.

Awak jangan ingat saya tak tahu yang ayah awak ada company sendiri dan lebih tepat sekali company ayah awak adalah partner dengan syarikat Menara Holding. Dah saya tak nak dengar alasan awak. Yang pasti akan ada rombongan meminang dari keluarga kami this week. Kalau awak lari saya akan cari awak sampai lubang cacing.” Setelah berkata begitu Encik Tengku Kacak terus keluar dari pantry.

Dah tak tertelan air liur aku ni bila Tengku dapat tahu yang ayah ada company sendiri. Tapi yang lebih membuatkan aku tak boleh nak tertelan air liur ni bila dia kata dia akan cari aku sampai ke lubang cacing if aku lari. Huaaa aku baru je nak lari. Aduh Encik Tengku Kacak, kalau Encik Tengku Kacak kahwin dengan saya memang saya dah angguk terus tak ada sampai nak berperang mulut dengan Encik Tengku Kacak. Apa lah malang sangat nasib aku ni. “Huh.” Eh Qisha jangan mengeluh, Allah tak suka umatnya mengeluh. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni. Ye mungkin.

Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik aku terkuak dari luar. Aku pusing kepala untuk lihat siapa yang telah menceroboh bilik aku malam-malam macam ni. Oh kakak ipar aku merangkap kawan baik aku rupanya. Bagus jugak si Intan ni ada dekat sini, memang aku nak ceritakan masalah aku yang tengah berserabut dekat dalam kepala otak aku ni.

Kau apahal tak turun dinner? Kau tau tak yang kau tu ada gastric. Kalau kau sakit siapa yang susah? Ayah dengan ibu jugak kan?” Aduh dah start membebel dah minat murai ni. Macam mana la aku boleh dapat kawan macam kau ni Intan.

Aku bukan tak nak turun makan, tapi kepala aku tengah serabut ni tau tak.”

Eh kau kenapa? Ada masalah ke? Kenapa kau tak nak cerita dekat aku masalah kau ni? Kau tau kan aku kawan kau, sampai hati ka...” Belum sempat dia habiskan ayat dia aku dah tekup mulut dia. Macam manalah along aku ni boleh suka dekat minat mulut murai ni. Aku yang jadi kawan dia pun boleh stress tau tak.

Kau kalau cakap boleh tak jangan macam machine gun? Kepala aku tengah berserabut ni, kang ada jugak aku backhand kau kang. Sia-sia je hidup kau nanti.” Intan hanya menayangkan sengih kambing dia dekat aku. 'Kau ingat cantik lah tu kau senyum macam tu?' Desis hati aku.

Janganlah macam tu Qisha, kesian laki aku dengan anak aku nanti sebab aku masuk hospital kena backhand dengan kau.” Sayu saja Intan cakap macam tu. Fikir aku kesah?

Kalau kau tak nak kena backhand kau jangan banyak mulut time aku tengah berserabut ni.” Aku dah warning minah putus fius dekat otak ni siap-siap. Dia ni bukan boleh makan saman pun.

Yelah... yelah... yelah... Sekarang ni apa masalah kau sampai kau tak turun dinner ni?”

Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut dengan jerit ye?”

Ye aku tak akan terkejut dan jerit adik iparku sayang. Cepat lah cerita.” Tak sabar betul lah minah sorang ni. Aku pun terus cerita apa yang berlaku pagi tadi dekat Intan, aku harap minat senget ni boleh la tolong aku.

What?! Gila ke apa bos kau tu ah?” aku terus menekup mulut bila Intan dah mula menjerit. Kan aku dah cakap dia ni tak makan saman. Aku dah suruh jangan terkejut dengan jerit dia buat jugak.

Kau boleh tak tolong jangan jerit?” Aku dah start nak hempuk si Intan ni dengan bantal yang ada dekat katil aku ni.

Hehehe tindakan refleks la Qisha, jangan lah marah. Gila betul bos kau tu kan Qisha? Ada ke patut dia suruh kau kahwin dengan abang dia. Kalau kau kahwin dengan dia aku boleh terima lagi. Ni dengan abang dia? Ridiculous.” Aku hanya mampu pandang cadar katil aku saja.

Aku pun tak tau nak cakap apa lagi Intan. Serious tak masuk akal kau tau tak. Aku ni separuh mati admire dia, boleh pulak dia suruh aku kahwin dengan abang dia yang terang-terang aku tak kenal tu.”

Habis tu kau nak terima jugak lah lamaran tu nanti?”

Kalau aku tak terima dia akan cari aku sampai aku terima pinangan tu. So the best way is aku terima je lah.” Aku pasrah, serious pasrah. Memang tak masuk dek akal, tapi nak buat macam mana. Kalau aku tak terima kang, mampus pulak aku kena dengan Encik Tengku Kacak tu.

Kalau dah macam tu gayanya, aku sendiri tak tau nak cakap apa dah Qisha. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Aturan Allah tu indah Qisha.” Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja. Nasib baik aku ada kawan yang macam kau ni Intan. Mulut murai macam kau ni pun kau boleh release kan masalah aku ni.

Thanks Intan, kalau kau tak ada aku tak tau nak cakap apa dah. Kau lah kawan aku dunia akhirat.” Setelah berkata begitu aku terus memeluk Intan.

Dah lah tu, aku kan kawan kau. Apa guna aku jadi kawan kau kalau aku tak boleh tolong selesaikan masalah kau ni.” Betul tu betul.

Kenapa kau masuk bilik aku ni? Tak kan nak tanya aku semata-mata tak dinner kot. Setahu aku kau bukan kesah pun aku dinner ke tidak.” Setelah aku berkata begitu Intan terus sekeh kepala aku. Boleh tahan sakit jugak. Intan ni depan along aku, pijak semut pun tak mati. Depan aku je dia buat perangai tak semenggah dia tu.

Aku masuk bilik kau ni pun ibu yang suruh sebab dia pelik kenapa kau tak turun dinner. Selalunya kau la orang pertama yang akan turun dinner. Kalau ikutkan hati aku, aku memang tak kisah kau makan ke tidak.” Intan terus tergelak bila cakap macam tu. Sengal punya kawan.

Dah la blah lah kau. Cakap dengan ibu aku dah kenyang. Kalau aku lapar pandai-pandai la aku turun makan.” Aku terus menolak Intan keluar dari bilik aku.

Ye lah adik iparku sayang.” Intan terus turun bawah selepas dia cakap macam tu. Mungkin nak jumpa ibu kot. Ah biarlah dia.

Mungkin betul apa yang Intan cakap. Aku pun memang dah tak ada choice langsung. Jadi aku kena terima jugak pinangan dari Tengku hari minggu ni. Ya Alah aku tahu kau dah rancang yang terbaik untuk diriku. Aku harus merimanya dengan hati yang lapang.




KAMI berhajat nak menyunting bunga di taman.” Kata seorang lelaki yang boleh dikatakan sama umur dengar ayah. Mungkin ini kot bapak Encik Tengku Kacak tu.

Sudah tentu boleh, tapi sebelum tu saya nak tahu anak Tengku yang mana nak dikahwinkan dengan anak dara saya?” Ayah boleh kata 'boleh'? Biar betul? Ingatkan ayah reject. Ini yang rasa nak menangis ni. Huaaa!!

Anak saya yang sulung, Omar. Sekarang ni pun dia ada dekat luar.” Kenapa bukan Encik Tengku Kacak yang jadi husband-to-be aku. Hm hmm.

Oh Tengku Ahmad Zamir ke? La since when pulak anak kita ni berkenal ni Ziqri? Tup... tup... dah terpikat ni, hahaha.” Tan Sri Omar ketawa apabila berkata begitu. Ayah tak lawak tau tak, adik tak kenal langsung siapa dia tu.

Tu lah saya pun terkejut tiba-tiba si Zamir tu suruh saya masuk meminang anak dara awak. Saya pun tak ada hak nak membantah. Jodoh budak-budak tu, siapa kita nak menghalangnya kan? Tak ke gitu Omar?”

Betul tu Ziqri, lega sikit hati saya dia nak kahwin dengan anak awak. Tak ada lah saya nak risau. Lagipun saya kenal sangat si Zamir tu. Seorang yang bertanggungjawab. Tak ada lah anak saya tersiksa nanti lepas kahwin. Kalau macam tu saya setuju sangat kalau dorang berdua tu berkahwin. Betul tak Diana?” Ayah terus minta persetujuan ibu. Dan aku nampak ibu menganggukkan kepala. Oh My Allah, bukan aku boleh bahagia pun dengan mamat tu tapi aku boleh tersiksa tahu tak, huhu.

Kalau macam tu saya boleh panggil Zamir masuklah ye.” Father-in-law to be aku terus menelefon Zamir untuk menyuruh dia masuk. Bagus jugak tu, boleh aku kenal siapa abang Encik Tengku Kacak. Kacak ke tidak macam Encik Tengku Kacak. Ceh aku ni bukannya memandang luaran sangat, iman dengan hati tu yang penting. Tapi kalau dapat yang Kacak, memang rezeki lah namanya tu. Tak boleh nak kata apa dah hahaha.

Aku lihat seorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna hitam dan seluar jean yang berwarna senada masuk ke dalam rumah. Ya Allah, kenapa keturunan Tengku ni semua kacak-kacak belaka? Aku rasa aku nak pengsan. Serious nak pengsan. Abang Encik Tengku Kacak dua kali ganda kacak dari Encik Tengku Kacak. Tapi kenapa sampai desperate sangat nak kahwin? Nak kata tak laku aku rasa dia ni memang laku kot. Ye lah, tengok sahaja lah pada rupa dia tu. Jantung aku ni pun tak berhenti nak dup dap dup dap. Kenapa jantung aku ni dup dap dup dap dia dua kali ganda lagi hebat dari masa aku nampak Encik Tengku Kacak ni? Wahai jantung yang ku sayangi, janganlah engkau berdegup laju sangat. Boleh mati aku sebab laju sangat pam darah tu.

Serious aku cakap, abang Encik Tengku Kacak ni memang dua kali ganda handsome dari Encik Tengku Kacak. Ni yang aku nak gelar dia Abang Tengku Double Kacak ni. Tiba-tiba aku terdengar suara ayah panggil nama aku. Ya Allah aku dah kalut dah ni, apa aku nak buat ni. Mana cermin mana? Aduh time macam ni lah pulak aku nak gelabah. Aku dengar suara ayah panggil nama aku lagi. Kena cepat ni, nanti di cop 'pekak'. Tak nak aku. Aku terus merapikan baju kurung kapas aku dengan wide shawl di kepala. Okay lah tu, boleh tahan cantik jugak aku ni. Masuk bakul angkat sendiri aku ni. Hehehe perasan tak sudah-sudah. Aku terus melangkah ke ruang tamu dan salam kaum wanita yang ada di ruang tamu tersebut. Aku menjeling sikit melihat abang Encik Tengku Kacak. Aku nampak dia merenung aku tajam. 'Aik dah pahal mamat ni?' Desis hatiku.

Ni ke anak dara kamu ni Diana? Cantik sebijik macam kamu masa muda-muda dulu.” Aku dah start kembang ni, janganlah puji saya. Malu deh.

Ni lah anak saya Maria. Anak dara sorang ni manja sikit. Biasa lah sorang je perempuan.” Ibu ni asal cakap perangai adik dekat depan keluarga Encik Tengku Kacak ni? Malu lah adik.
Biasa lah tu Diana. Anak bongsu memang manja, macam anak saya yang bongsu tu, walaupun dia lelaki, manja dia kalah orang perempuan hahaha.”Encik Tengku Kacak ni ada berapa orang adik beradik? Haih makin musykil aku.

Uncle boleh tak Mir nak cakap sikit dengan Qisha?” Aku nampak ayah menganggukkan kepala. Bagus, dalam kepala otak aku ni banyak nak tanya dekat mamat ni. Memandai je masuk meminang aku. Aku terus bangun untuk pergi ke taman mini ibu. Port ni paling sesuai untuk aku tanya soalan dekat mamat ni. Aku terus duduk di gazebo yang disediakan oleh ayah untuk berehat. Abang Encik Tengku Kacak ni pulak hanya berdiri dan memandang pokok bunga ibu.

Kenapa awak masuk meminang saya? Dan macam mana awak kenal saya?” Dia hanya tersenyum apabila aku tanya soalan macam tu dekat dia.

Tak salah kan saya masuk meminang awak Cik Nurin Aqisha? Macam mana saya kenal awak tu biarlah rahsia.” Selepas dia berkata begitu dia terus mengambil tempat di gazebo tersebut. 'Memang lah tak salah. Tapi aku nak adik kau bukan kau. Lepas tu boleh pulak nak berahsia macam mana kenal aku. Pelik lah dia ni, tu pun nak berahsia.' Desis hati aku dengan geram.

Memang lah tak salah. Tapi saya ni tak kenal siapa awak, Encik Tengku Ahmad Zamir. Apa motif sebenar awak masuk meminang saya ni? Dah macam orang desperate tahu tak?” Geram pulak aku dengan dia ni.

Lepas kahwin nanti pun kita boleh kenal kan? Motif saya hanya nak kahwin dengan awak. Tak susah rasanya kalau awak terima lamaran saya kan Nurin?” Nurin? Hamboi sesedap dia je panggil aku Nurin.

Kalau saya tak nak apa awak akan buat dekat saya?” Aku nak provok dia supaya dia tak jadi kahwin dengan aku.

Saya akan buat awak jatuh ke tangan saya walau apa pun yang akan terjadi. Bak kata adik saya, dia akan cari awak sampai ke lubang cacing kan? Saya bukan setakat sampai ke lubang cacing malah sampai ke seluruh dunia dan ke dalam tanah saya cari awak.” Mulut aku dah ternganga. 'Biar betul mamat ni? Abang dengan adik sama je perangai. Gila meroyan!'

Awak dah gila ke? Mana boleh paksa orang supaya terima awak ye Encik Zamir. Saya ada hak nak tentukan siapa yang saya suka dan siapa yang nak dijadikan suami saya.” Ikutkan hati aku ni, nak je aku ketuk kepala dia dengan selipar jepun aku ni.

Memang saya dah gila. Gila nak kahwin dengan awak. Ye saya tahu awak ada hak. Tapi walau apa pun yang berlaku. Saya nak awak jadi isteri saya. Fullstop!” Ya Allah kenapa dia ni gila sangat?

Awak ni dah kenapa? Bermasalah tau tak?” Aku dah memang nak luku kepala mamat ni.

Saya mana ada bermasalah. Saya nak kahwin dengan awak je pun. Tak akan awak susah nak sebut perkataan setuju?” Dia dah mengeluh selepas berkata begitu.

I'm still wondering and curious. Macam mana awak kenal saya dan kenapa saya tak pernah kenal awak?” Aku punya kepala ni boleh migraine kalau layan perangai tak betul mamat ni.

One day you will know macam mana saya kenal awak. The most importantly is, I want you to accept the proposal. No matter what, you should to accept it! Saya tak nak dengar alasan keluar dari mulut awak. Dah jom masuk dalam.” Setelah berkata begitu dia terus masuk ke dalam dan biarkan aku tercengang sorang-sorang. Serious aku tak tau nak cakap apa. 'Ya Allah dugaan apa lagi kali ni?' Rintihku dalam hati.

Aku terus bangun dari duduk di gazebo dan terus berjalan masuk dalam rumah. Aku terdengar perkataan 'Alhamdulillah'. Aku tengok muka ayah dan ibu bahagia sangat. Aku dah tak boleh kata tidak. Kebahagiaan ibu dan ayah sangat penting buat aku. 'Ya Allah jika ini takdir hidupku, aku redha ya Allah' Rintih aku lagi di dalam hati.

No comments:

Post a Comment