Saturday, 4 April 2015

Qaseh Alana Bab 9




BAB 9

SEORANG lelaki berjalan masuk ke dalam DTF SDN BHD dengan langkah penuh bergaya. Tangan kananya di masukkan ke dalam poket seluar manakala yang sebelah lagi membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.

Qaseh Alana yang sedang rancak berborak dengan Kak Sira di meja penyambut tetamu itu langsung tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu. Apabila lelaki itu berhenti di hadapan meja penyambut tetamu, terus kedua-dua wanita itu memandang ke arahnya. Qaseh Alana memandang ke arah lelaki itu sambil mengangkat keningnya. Siapa pulak dia ni? Detik Qaseh Alana dalam hatinya.


Ye encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Kak Sira lembut.

Lelaki itu membuka glassesnya dan menghadiahkan senyuman yang manis kepada kedua-dua wanita yang sedang memerhatinya.

“Saya nak jumpa dengan Qaseh Alana. Dia ada tak?” Balas lelaki itu.

Qaseh Alana mengerutkan keningnya. Nak jumpa aku? Aku kenal dia ke? Kata Qaseh Alana dalam hatinya.

“Ada apa ye encik nak jumpa saya?” Qaseh Alana menyoal dengan wajah yang pelik.

Lelaki itu masih mengukirkan senyuman.

“Awak tak kenal saya ke Alana?” Soalan Qaseh Alana di balas soalan oleh lelaki itu.

Qaseh Alana menggeleng kepalanya.

“Maaflah, saya memang tak kenal encik.” Jawab Qaseh Alana.

Lelaki itu meletakkan glassesnya di atas meja penyambut tetamu. Qaseh Alana hanya memerhati kelakuan lelaki itu.

“Saya Izham, malam tadi mesti your mum dah bagitahu siapa saya kan?” Ujar lelaki itu lalu menghulurkan tangannya.

Qaseh Alana hanya memerhati tangan lelaki itu dengan pandangan yang kosong. Dia ni tak tahu ke lelaki dengan perempuan yang tak ada hubungan tak boleh bersentuhan? Desis Qaseh Alana sendiri.

Izham yang faham Qaseh Alana tidak menyambut huluran tangannya, terus menjatuhkan tangannya. Dia menggaru kepala dia yang tidak gatal itu sambil tersengih-sengih.

“Maaf.” Ucap Izham.

Qaseh Alana hanya mengangguk.

Jadi ini bakal suami aku? Hmm... not bad tapi terlampau social sangat. Maafkan Alana umi abah, Alana memang tak boleh terima lelaki ni. Kata Qaseh Alana dalam hatinya.

Oh... jadi awaklah lelaki tu ye?”

Izham mengangguk.

Kak Sira yang memerhati hanya memandang pelik ke arah pasangan yang ada dihadapannya. Tak faham dia akan perbualan dua manusia itu.

Tengku Asytar yang baru masuk ke dalam syarikatnya itu memandang pelik ke arah setiausahanya yang sedang berborak dengan seseorang lelaki. Dengan siap pulak Qaseh melayan tu? Desis Tengku Asytar sendiri. Dengan segera dia menghampiri Qaseh Alana yang sedang bercakap itu.

“Awak buat apa dekat sini Qaseh?” Soal Tengku Asytar. Qaseh Alana terus mengalihkan pandangannya menghadap lelaki yang menghampirinya itu.

Err... saya...”

Izham yang turut pusing ke belakang terus tersenyum melihat wajah Tengku Asytar.

Hi bro... long time no see. Kau buat apa dekat sini?” Ujar Izham dengan suara yang teruja.

Terkejut Tengku Asytar apabila ditegur oleh Izham. Mati niat dia ingat menghampiri Qaseh Alana, dengan segera dia menuju ke arah Izham dan terus memeluk badan kawannya itu dengan erat.

“Woah... lama gila tak jumpa kau. Ni company aku Iz. Kau buat apa dekat sini?” Balas Tengku Asytar selepas melepaskan pelukannya.

“Aku datang nak jumpa bakal isteri aku ni.”

Tengku Asytar tersenyum pelik.

“Siapa bakal isteri kau bro?”

Behind you.”

Tengku Asytar memusingkan badannya ke belakang dan hanya ada wajah Qaseh Alana yang menghiasi matanya. Tak akan Qaseh pulak? Desis Tengku Asytar sendiri. Dia mengalihkan pandangannya menghadap Izham semula.

“Qaseh Alana?”

Izham mengangguk.

Yup!”

Terus mati senyuman Tengku Asytar mendengarnya. Biar betul Qaseh Alana ni bakal isteri Izham? Detik Tengku Asytar sendiri.

“Macam mana korang boleh kenal?” Soal Tengku Asytar. Dia teringin benar hendak tahu macam mana mereka berdua boleh berkenalan.

Family arrangement bro.” Balas Izham.

Tengku Asytar tak tahu hendak membalas macam mana. Sungguh kecik dunia ni sampai family mereka pun saling kenal.

Oh...”

Izham hanya tersenyum.

“Aku nak keluar dengan dia ni.” Ujar Izham.

Tengku Asytar memandang pelik ke arah lelaki itu.

“Nak buat apa?”

“Bincang apa yang patut. Yang kau nak tahu ni kenapa?”

Tengku Asytar mencebik. Mestilah aku kena tahu, dia secretary aku kot.

She's my secretary bro. That's why aku nak tahu.”

Izham ketawa kecil.

“Lah ye ke? Kalau macam tu, boleh tak aku pinjam dia sekejap bos?”

Tengku Asytar memandang ke arah Qaseh Alana yang turut memandang ke arahnya. Kenapa hati aku ni berat sangat nak bagi dia orang berjumpa. Qaseh ni bukannya ada apa-apa dengan aku. Kenapa susah sangat aku nak izinkan? Kata Tengku Asytar dalam hatinya. Dia memandang semula ke arah Izham yang masih menanti jawapan daripadanya. Dia melepaskan keluhan lemah.

“Boleh, tapi masa lunch hour lah. Sekarang ni masih waktu pejabat lagi.”

Izham mengangguk

“Kalau dah macam tu gayanya, aku pergi dulu lah. Alana, nanti saya ambil awak time lunch ye.”

Qaseh Alana hanya tersenyum membalas pertanyaan Izham itu.

“Aku balik dulu lah bro. Kalau ada masa nanti, kita out lah sama-sama.” Pamit Izham lalu berjabat tangan dengan Tengku Asytar. Selepas bersalam dengan Tengku Asytar, Izham terus berlalu daripada situ. Mereka bertiga hanya memerhati langkah Izham yang keluar daripada syarikat Tengku Asytar. Apabila kelibat Izham hilang dari pandangan, Tengku Asytar terus memusingkan badannya ke belakang dan dengan segera dia menarik tangan Qaseh Alana mengikutnya.

Qaseh Alana yang tidak bersedia itu, nyaris-nyaris hendak terjatuh tapi cepat-cepat dia mengimbangkan badannya semula. Dalam hati sudah habis dia kutuk lelaki itu.

“Apa ni Tengku?” Marah Qaseh Alana selepas Tengku Asytar melepaskan tangannya. Dia menjeling tajam ke arah Tengku Asytar yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam itu.

“Jadi awak akan kahwin dengan dia lah ye Qaseh?”

Qaseh Alana memandang Tengku Asytar dengan senyuman yang sinis.

“Kalau saya berkahwin dengan dia sekalipun, ia bukan masalah Tengku.” Sinis Qaseh Alana membalas. Sakit pula hati dia dengan lelaki itu.

Tengku Asytar mengetap giginya kegeraman. Dia menjeling Qaseh Alana tajam.

Okay fine.” Selepas berkata begitu, dia terus berlalu meninggalkan Qaseh Alana.

Qaseh Alana hanya memerhati langkah Tengku Asytar yang meninggalkan dia sendirian di situ. Dia melepaskan keluhan lemah. Macam mana saya nak kahwin dengan dia sedangkan hati saya masih ada pada Tengku? Saya tak nak kecewakan orang. Cukup sajalah saya yang kecewa Tengku. Kata Qaseh Alana dalam hatinya.

Sungguh dia berasa sedih dengan apa yang dia rasakan sekarang. Cukup lah dia kecewa tapi untuk membuat orang lain kecewa bukan prinsip dia. Dia akan cuba bercakap dengan Izham untuk lupakan niatnya untuk menghawini dirinya. Ye, dia akan bercakap dengan lelaki itu.




TENGKU ASYTAR masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintu bilik itu dengan kuat. Dia menuju ke arah sofa dan melabuhkan duduknya lalu meraup mukanya kasar. Dia menyandarkan badannya lemah pada sofa yang empuk itu. Sungguh dia tak faham dengan diri dia sekarang ni. Kenapa dia perlu marah Qaseh daripada berkahwin dengan kawan baiknya sendiri? Izham tu bukan lah jahat tapi hati dia seakan-akan tidak merelakannya.

Tangan dia beralih meramas-ramas rambutnya pula. Biar aje lah Qaseh tu nak kahwin dengan sesiapa pun. Kenapa dia perlu kisah. Dia sudah ada Amanda yang boleh menggembirakannya. Qaseh Alana is nothing. Wanita itu tak ada kena mengena dalam hidupnya tapi kenapa dia perlu marah sampai macam ni sekali? Dia baru kenal Qaseh tak sampai seminggu. Bukannya setahun. Argh... serabutnya.

Pandangan Tengku Asytar dihalakan ke arah luar biliknya. Dari biasan matanya dia dapat melihat Qaseh Alana yang baru masuk ke dalam bilik wanita itu. Dengan segera dia pergi ke arah meja lalu duduk di kerusi dia dan tangan dia laju menekan intercom.

“Masuk bilik saya sekarang Qaseh.” Arah Tengku Asytar dengan suara yang tegas.

Qaseh Alana yang baru duduk di kerusinya itu terus melepaskan keluhan lemah. Apa lagi yang dia nak ni? Desis Qaseh Alana sendiri. Dia bangun dari duduknya dan melangkah dengan keadaan yang malas ke arah bilik lelaki itu.

Masuk je ke dalam bilik lelaki itu dia terus berdiri di hadapan meja Tengku Asytar sambil menangkat keningnya.

“Tengku nak apa panggil saya ni?” Soal Qaseh Alana dengan nada yang malas.

Tengku Asytar bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Qaseh Alana.

Qaseh Alana hanya memerhati langkah Tengku Asytar yang menghampirinya sambil memeluk tubuh.

Tengku Asytar berdiri di hadapan Qaseh Alana tanpa sebuah senyuman. Mukanya jelas tegang pada pandangan mata Qaseh Alana.

“Saya tak izinkan awak jumpa dengan Izham.” Ujar Tengku Asytar.

Tersenyum sinis Qaseh Alana mendengarnya.

“Siapa Tengku nak halang saya?” Balas Qaseh Alana.

Dah kenapa Tengku Asytar ni nak halang aku jumpa dengan Izham? Siapa dia sampai nak halang aku macam tu. Pelik betul, desis Qaseh Alana dalam hatinya.

“Saya kata jangan jumpa dia janganlah!” Marah Tengku Asytar.

Terkejut Qaseh Alana apabila dimarahi oleh Tengku Asytar.

“Yang Tengku nak marah-marah saya ni kenapa?” Soal Qaseh Alana dengan suara yang geram. Mahu dia tak geram, tiba-tiba lelaki di hadapannya ni nak marahkan dia sebab tak benarkan dia berjumpa dengan Izham.

Tengku Asytar mendengus.

“Saya tak suka awak berkawan dengan dia.” Ujar Tengku Asytar dengan suara yang tegas.

Qaseh Alana menjeling tajam lelaki itu. Gila! Bukan urusan kau nak aku kawan dengan siapa pun lah, kutuk Qaseh Alana dalam hatinya.

“Tengku Asytar listen here. Between us don't have any relationship whether husband or brother. So, you have no right to stop me from meeting with him. Just mind your own!” Sinis Qaseh Alana membalas.

Terdiam Tengku Asytar mendengarnya. Hati dia bagai disiat-siat mendengar kata-kata yang meluncur daripada mulut Qaseh Alana. Apa yang wanita itu katakan memang betul. Dia langsung tak ada hak nak halang wanita itu daripada berjumpa dengan Izham. Mereka bukannya ada hubungan apa-apa tapi kenapa dia rasa berat hati nak lepaskan Qaseh Alana kepada Izham? Bukannya Izham tu tak baik. Dia lah sahabat paling baik yang dia pernah miliki.

Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah.

“Kenapa Tengku diam? Tak tahu nak balas apa? Ke dah tak ada ayat nak balas kata-kata saya?” Qaseh Alana menyoal sinis. Puas hati dia dapat cakap macam tu pada lelaki tu. Suka sangat layan dirinya macam bagi harapan yang tinggi untuk memiliki dia.

Tengku Asytar masih diam tidak membalas.

Qaseh Alana memandang kelakuan Tengku Asytar yang diam itu dengan pandangan yang menyampah.

“Kalau Tengku tak nak cakap apa-apa lagi, lebih baik saya keluar. Buang masa saya aje duk terpacak dalam bilik Tengku ni. Nothing I get!” Ujar Qaseh Alana. Dia nak keluar daripada bilik lelaki itu dengan segera sebab dia tak sanggup nak berlama-lama di sini. Dia takut dia akan jatuh kasihan pada lelaki tu. Dia tak nak hati dia mudah cair hanya memandang wajah Tengku Asytar. Dia dah tak sanggup nak biarkan hati dia terluka. Baru saja Qaseh Alana ingin memusing badannya ke belakang, suara Tengku Asytar memanggilnya lembut. Mati terus gerakan Qaseh Alana. Dia berdiri semula memandang lelaki itu.

Tengku Asytar memandang sayu ke arah Qaseh Alana.

“Awak nak jumpa dia jugak ke?”

Qaseh Alana mengangguk.

“Ha'ah.”

Tengku Asytar mengeluh.

“Awak akan terima dia sebagai suami awak ke?”

Qaseh Alana tidak membalas. Dia hanya memandang wajah Tengku Asytar yang memerhatinya itu. Kenapa awak tanya soalan seperti awak suka dekat saya, Asytar? Apa yang awak nak sebenarnya ni? Awak nak buat saya ni jadi seorang yang menunggu pada yang tak pasti ke ah? Jerit batin Qaseh Alana.

“Jawab soalan saya Qaseh.” Desak Tengku Asytar. Dia rasa sakit bila Qaseh Alana tak menjawab soalan dia.

Qaseh Alana mengeluh untuk kali yang berjuta.

“Kalau saya terima dia dan tak terima dia sekalipun, apa kena mengena dengan Tengku? Tengku jadi wali saya ke? Tak kan. Tengku suami saya ke? Langsung tak. Jadi, apa pun keputusan saya, bukan masalah Tengku. Tengku jaga tunang Tengku tu baik-baik. Yang nak kahwin dengan Izham tu saya bukannya tunang Tengku. So, mind your own business Tengku Asytar. Antara kita hanya secretary and employer. Kita tak pernah ada hubungan selebih dari tu. Saya mintak diri dulu, dekat meja saya tu berlambak lagi kerja saya yang saya nak kena settle kan. Bila layan Tengku, masa saya terbuang macam tu aje. Saya minta diri dulu Tengku.” Selepas berkata macam tu, Qaseh Alana dengan segera keluar daripada bilik Tengku Asytar. Dia tak betah nak berlama-lama dalam bilik lelaki tu. Buat hati dia makin sakit ada lah. Lebih baik dia keluar cepat-cepat.

Tengku Asytar memandang langkah Qaseh Alana dengan pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsirkan. Sungguh kata-kata yang keluar daripada mulut Qaseh Alana memang tepat kena dekat mukanya. Sakitnya kata-kata Qaseh Alana itu, tak usah dia cakaplah. Memang perit sangat-sangat.


Ya Allah, apa yang aku nak sebenarnya ni?

No comments:

Post a Comment