BAB 1
HIDUP selepas
tamat persekolahan ni memang membosankan. Nak kerja, awal-awal lagi
di larang oleh ibu. Jealous
pulak tengok kawan-kawan post
gambar dekat instagram yang mengatakan yang mereka sudah dapat kerja
dan dalam perjalanan nak pergi ke kerja. Tu lah, masa sekolah dulu
bersemangat betul nak habis sekolah, tapi bila dah habis sekolah nak
sekolah balik. Ni lah namanya manusia yang sudah habis sekolah macam
dia ni. Sengal memanjang.
Puan Maznah yang sedang memasak untuk makan malam itu terkejut di
buatnya.
“Apa lagi lah anak dara aku tu buat kali ni?” Soal Puan Maznah
perlahan. Dia menutup api dapur lalu berjalan menuju ke bilik anak
daranya. Apabila sampai sahaja di depan pintu bilik anak daranya itu,
cepat-cepat dia membuka pintu bilik itu. Dari biasan matanya, dia
dapat melihat anak daranya itu sedang bergolek-golek di atas katil
sambil membebel sendiri.
“Siti Afifah!” Suara Puan Maznah naik seoktaf. Dia bercekak
pinggang sambil memandang tajam ke arah anaknya itu
Afifah yang sedang bergolek-golek itu terus duduk tegak apabila
mendengar suara ibunya memanggil namanya dengan kuat. Dia memandang
wajah ibunya dengan pandangan yang gerun.
Alamak mati aku, kata Afifah dalam hatinya.
“Y...
ye... ye
ibu." Jawab Afifah dengan suara yang gugup.
Ibu
dia ni bukannnya boleh dijangkakan sangat. Kang ada jugak telinga
comel dia ni kena tarik dengan tangan ketam ibu dia tu nanti.
“Yang
kamu terjerit-jerit tu kenapa Fifah? Kena sampuk? Ibu nak masak pun
tak senang tau tak.” Marah Puan Maznah. Geram betul dia dengan anak
daranya yang sorang ni.
Afifah
hanya menekurkan pandangannya ke lantai. Sakit pulak telinga dia
dengar ibu dia marah macam tu.
“Fifah
saja je nak lepaskan tekanan. Ibu jangan lah marah-marah.” Balas
Afifah dengan suara yang perlahan.
“Macam
mana ibu tak marah dengan kamu. Duk terjerit-jerit. Malu kalau jiran
dengar kamu tahu tak.”
Afifah
sudah memuncungkan mulutnya.
“Tahu.”
“Dah
tahu tu yang pergi menjerit-jerit tu kenapa?”
“Fifah
mintak maaf ibu.” Pohon Afifah dengan suara yang sayu.
“Kamu
ni, bukannya nak tolong ibu masak tapi duk terperap dalam bilik aje.
Anak perempuan jenis apa kamu ni. Bila dah kahwin nanti, kamu nak
bagi laki kamu makan apa?” Bebel Puan Maznah.
Afifah
mencebik mendengarnya.
“Apa
pulak bangkit pasal kahwin ni ibu? Fifah baru 18 tahun tau.” Rungut
Afifah perlahan.
“Ibu
cakap je. Mana tahu kamu kahwin umur sekarang ke, siapa tahu kan?”
Afifah
menjulingkan matanya ke atas. Ibu ni dah kempunan nak bermenantu ke?
Malang betul jadi anak tunggal ni. Ashik duk dengar cakap pasal
kahwin je memanjang. Rungut Afifah dalam hatinya.
“Ibu
tahu tak kata-kata ibu tu boleh jadi satu doa tau. Fifah nak kejar
cita-cita Fifah dulu baru fikir pasal kahwin.”
“Baguslah
kalau kamu kahwin awal-awal, biar kamu tahu macam mana orang dah
berkahwin ni.”
“Ibu,
ibu ni sepatutnya mendoakan Fifah berjaya. Bukannya doakan Fifah
kahwin awal. Dah lah result
spm pun belum keluar lagi.”
“Suka
hati ibu lah nak mendoakan kamu macam mana sekali pun. Ibu yang
mendoakan kamu, bukannya kamu.” Balas Puan Maznah dengan wajah yang
selamba.
Afifah
yang mendengar ibunya berkata begitu, terasa macam nak hantuk aje
kepalanya dekat dinding.
“Ibu
ni, tak patut betul tau.”
“Dah...
dah... ibu nak pergi sambung masak. Kamu ikut sekali ibu pergi dapur.
Belajar masak. Nanti dah kahwin senang, tak payah terkial-kial nak
call ibu suruh bagi
resepi dekat kamu. Ingat turun bawah. Jangan nak terus bergolek-golek
dekat atas katil tu.” Selepas berkata begitu, Puan Maznah terus
keluar daripada bilik anak daranya itu.
Afifah
hanya memandang langkah ibunya dengan perasaan yang geram.
“Kenapa
lah ibu dengan ayah ni masa buat anak tak fikir nak buat anak
ramai-ramai? Kalau tak, tak ada lah telinga aku ni nak mendengar
perkataan kahwin je setiap hari.” Rungut Afifah perlahan.
“Eh
apa aku merepek ni. Ish mulut ni, memang tak ada insurans betul.”
Afifah menampar-nampar mulutnya.
Dia
bangun daripada katil lalu keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.
Kalau dia tak tolong ibu dia nanti, ada juga telinga dia ni bernanah
sebab kena dengar ibu kesayangan dia tu membebel. Lebih baik dia
ikutkan aje kata ibunya itu.
“MACAM
mana kamu kupas bawang tu Fifah. Ei... malu betul ibu ada anak dara
yang tak reti masak macam kamu ni.” Bebel Puan Maznah.
Afifah
yang mendengar ibunya membebel terus menghiris bawang merah tu dengan
perasaan yang geram. Sakit betul hati dia dengar ibu dia ni membebel.
Dia dah tolong ni pun, cukup baik tau.
“Ah...
hiris bawang tu betul-betul. Nanti terpotong jari tu karang.” Tegur
Puan Maznah.
Afifah
melepaskan keluhan berat.
“Ye
ibu, Fifah hiris bawang ni betul-betul.” Balas Afifah dengan suara
yang lemah. Malas nak bertekak dengan ibu dia ni.
Puan
Maznah hanya memerhati cara anak dia itu menghiris bawang.
“Siap
je ibu masak ni, kamu tolong hantarkan lauk ni dekat jiran sebelah tu
ye.” Arah Puan Maznah.
Afifah
mengerutkan keningnya.
“Rumah
siapa ibu?”
“Rumah
abang Daim kamu lah.”
Afifah
membuat aksi nak muntah apabila mendengar ibunya berkata begitu.
Semenjak bila pulak duda kereta cekodok tu jadi abang aku ni? Puan
Maznah ni memandai dia aje kata coklat Daim tu abang aku. Aku kalau
nak abang, nak lah yang handsome bukannya coklat Daim tu.
Memang tak pandang sebelah matalah gamaknya.
“Semenjak
bila pulak si Daim tu naik taraf jadi abang Fifah ni ibu? Ibu dengan
ayah dia ada affair ke sebelum kahwin dengan ayah?”
Puan
Maznah terus mencubit lengan anaknya dengan kuat. Sakit pulak hatinya
mendengar anaknya berkata begitu. Dia tak tahu ke yang aku ni setia
mati dengan bapak dia tu. Tak ada maknanya aku nak ada affair
dengan bapak jiran sebelahnya ni.
Menyeringai
kecil Afifah apabila di cubit oleh Puan Maznah. Boleh lebam seminggu
tangan dia ni.
“Sakit
lah ibu...” Rengek Afifah perlahan.
“Padan
dengan muka kamu. Apa kamu ingat, aku ni terdesak nak berlaki ke
sampai nak ada affair dengan bapak Daim tu sebelum aku kahwin
dengan ayah kamu?” Marah Puan Maznah.
Afifah
mencebik.
“Ibu
sebenarnya bukan terdesak nak berlaki, tapi terdesak nak bermenantu.
Ibu sedar tak tu?” Jawab Afifah.
Puan
Maznah mengetap giginya kegeraman.
“Kamu
menjawab ibu ye Fifah?”
“Dah
ibu macam soal Fifah tadi, Fifah jawab lah.”
Puan
Maznah mendengus.
“Ada
jugak ibu kahwinkan kamu sebelum kamu masuk U ni nanti Fifah.”
“Tolong
lah ibu, Fifah tak nak kahwin sebelum Fifah kejar cita-cita Fifah
tau. Kalau ibu terdesak sangat nak ada manusia berjantina lelaki
dekat dalam rumah ni, ibu kahwin lah lagi satu. Senang!”
Semakin
panas hati Puan Maznah mendengarnya, dengan pantas dia mencapai
senduk yang dia beli dekat Kelantan tempoh hari lalu ingin memukul
kepala anaknya itu tapi Afifah cepat-cepat mengelak daripada di ketuk
oleh ibunya.
Jangan
main-main dengan Puan Maznah ni, dia kalau dah angkat sesuatu memang
dia buat betul-betul. Bukan main-main lagi dah.
“Ulang
apa kamu cakap tadi Siti Afifah!” Suara Puan Maznah sudah naik
seoktaf.
Afifah
menggelengkan kepalanya.
“Tak
nak.”
“Ulang
ibu kata.” Jerit Puan Maznah sambil menjengilkan matanya.
Afifah
menelan air liurnya perlahan. Dia terus meluru ke arah Puan Maznah
lalu memeluk kaki ibunya kuat-kuat.
“Ampunkan
Fifah ibu. Fifah tak sengaja cakap macam tu dekat ibu tadi.” Ujar
Afifah dengan suara yang lirih. Sebenarnya, dia bukan serius pun buat
macam ni. Dia buat ni pun sebab tak nak Puan Maznah ni naik hantu.
Masaklah dia nanti.
Puan
Maznah melepaskan keluhan lemah. Pening kepala dia dengan anak
daranya yang sorang ni. Ada anak sorang pun boleh buat kepala dia ni
pening. Nasib lah dia tak ada anak yang perangai macam anak daranya
ni. Kalau tidak, mahu botak kepala dia dibuatnya.
“Tak
payah nak berdrama sangat Siti Afifah. Kamu bangun sekarang. Pergi
siapkan kerja kamu tu.” Arah Puan Maznah.
Afifah
bangun lalu pergi ke arah bawang yang baru dihiris sedikit itu dengan
mulut memuncung.
Aku
ingatkan bila aku buat drama tadi, ibu akan lepaskan aku.
Rupa-rupanya tak. Desis Afifah dalam hatinya. Dia terus melakukan
kerjanya yang tergendala tadi. Nak tak nak, dia harus buat jugak
kerja dia ni. Kang elok tak kena ketuk dengan senduk Kelantan tu
terus di ketuknya aku nanti. Berbiul kepala otak aku ni.
Puan
Maznah menggeleng melihat telatah anaknya itu. Dalam geram dia tu,
dia tetap sayangkan anaknya ni. Ni lah permata hati dia dan suami.
Tak ada budak sorang ni, sunyi lah rumah mereka ni.
AFIFAH
menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam rumah coklat Daim tu. Kereta
cekodok dia ada dekat luar rumah ni tapi tuan rumahnya mana pulak
menghilangnya?
Menyusahkan
aku betul lah coklat Daim ni. Rungut Afifah dalam hatinya.
“Haa...
buat apa tu? Menghendap anak teruna orang?” Sergah seseorang.
Afifah
memusingkan badannya ke belakang lalu menayangkan muka menyampah
kepada lelaki itu. Dengan rambut serabainya, baju menggelebeh lepas
tu seluar koyak-koyak dekat lutut macam mana tak kena tinggal dengan
bini? Pakaian pun dah menunjukkan lelaki ni selekeh. Aku yang pandang
pun tak berselera nak tengok. Loya tekak.
“Teruna
lagi ke?” Soal Afifah sinis.
Daim
yang mendengar anak jiran sebelahnya berkata begitu terus mengetap
giginya kuat. Kau sindir aku minah tak cukup umur? Kata Daim dalam
hatinya.
Dia
berdehem kecil. Malas nak bertengkar dengan budak bawah umur ni.
“Kau
buat apa datang rumah aku ni, pendek?” Daim menyoal terus. Malas
nak pandang muka budak ketot ni. Tak kuasa.
Pendek
dia kata aku?
Cinabeng
punya coklat Daim. Kutuk Afifah dalam hati.
“Aku
pun tak teringin lah nak datang rumah kau ni coklat. Ibu, dia suruh
aku hantar lauk ni dekat kau.” Ujar Afifah lalu menghulurkan bekas
lauk ke arah Daim tanpa memandang muka lelaki itu. Tak lalu nak
pandang muka serabai coklat Daim ni. Geli!
Daim
hanya memandang bekas yang ada di tangan Afifah itu dengan pandangan
yang kosong.
“Lauk
apa tu?”
Afifah
yang mendengar soalan itu terus memusingkan kepalanya menghadap
lelaki coklat di hadapannya ini.
Boleh
dia pergi tanya aku lauk apa ni? Apa punya soalan dia bagi dekat aku
ni? Kata Afifah dalam hatinya.
“Ambil
aje lah.”
“Tak
nak!”
Ternganga
mulut Afifah mendengarnya.
“Tak
nak?”
Daim
menggeleng.
“Aku
tak akan terima kalau kau tak bagi tahu aku tu lauk apa.” Jawab
Daim.
Afifah
mengetap bibirnya kegeraman. Dia tak tahu ke sekarang ni tengah
panas? Aku curah jugak lauk ni atas kepala dia karang. Sebuk nak tahu
ni lauk apa. Kau ambil, lepas tu bukak dekat dalam rumah kau, kau
tengok lah sendiri lauk apa samdol. Detik Afifah sendiri.
“Ambil
aje lah. Tak payah nak tanya lauk apa.”
“Selagi
kau tak bagitahu aku tu lauk apa, aku tak nak ambil bekas tu.”
Afifah
menghentak kakinya kegeraman. Bengong punya coklat!
“Asam
pedas.” Jawab Afifah pendek.
Daim
menangkat keningnya.
“Asam
pedas?”
Afifah
mengangguk.
“Cepat
lah ambil.” Gesa Afifah.
“Aku
tak makan pedas.”
“What?”
Afifah sudah menayangkan muka terkejutnya. Ya Allah, memang patut
bini dia mintak cerai. Perangai pun dah cerewet tahap tak guna dah
ni. Ada jugak aku bukak silat aku ni kang.
“Why?”
“Kau
tak makan pedas?”
Daim
menggeleng.
“Lantak
kau lah.” Ujar Afifah lalu dengan segera dia berlalu daripada situ.
Tak kuasa dia nak layan perangai lelaki cerewet macam coklat Daim tu.
“Eh
kau ni pergi mana tu?” Soal Daim cuba menghalang Afifah daripada
berlalu. Mati terus langkah Afifah apabila mendengar Daim berkata
begitu.
“Masuk
rumah lah.” Jawab Afifah dengan nada yang malas.
“Tu...
bekas kat tangan kau tu. Buat apa bawa masuk sekali? Ibu kau kan
suruh bagi dekat aku. Yang angkut sekali bekas tu buat apa?”
Afifah
melepaskan keluhan berat.
“Bukan
kau tak makan pedas ke?”
Daim
menggeleng.
“Memang
lah tak. Tapi kalau orang dah beri tak akan aku nak menolak kot.
Rezeki.”
Afifah
mencebik. Mengada-ngada punya duda. Dengan segera dia menghulur bekas
itu kepada Daim.
“Lain
kali kalau nak buat cara nak. Tak payah nak soal aku banyak soalan.
Banyak lagi masa aku boleh guna daripada melayan perangai pelik kau
ni.” Ujar Afifah dengan segera dia berjalan masuk ke dalam rumah.
Tak hingin dia nak pandang muka selebet lelaki tu. Buat tekak dia ni
rasa loya je.
Daim
hanya memandang langkah wanita itu dengan pandangan yang
menjengkelkan.
“Ada
aku kisah?” Kata Daim perlahan. Dia juga turut melangkah masuk ke
dalam rumah. Dah lah penat baru balik dari jumpa kawan dia tadi. Nak
kena menghadap muka budak ketot tu lagi. Haih apa lah malang nasib
aku ni, desis Daim sendiri.
No comments:
Post a Comment