BAB 7
“AMAL
nanti
duduk rumah Aunty
Min
jangan nakal-nakal ye. Kesian Aunty
Min
dan Uncle
Jad
nak jaga Amal kalau Amal nakal-nakal.” Pesan Rose kepada anaknya
lalu mengusap rambut anaknya itu.
“Okay
mummy Amal
pomish Amal tak akal.” Akmal mengangkat tangan kanannya seperti
berikrar kepada Rose.
“Kalau
Amal nakal, mummy
merajuk
dengan Amal. Amal nak tak mummy
merajuk
dengan Amal?” Akmal menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Okay
good boy.” Rose
mengusap kepala anaknya lalu menuju ke arah Kak Min aka Yasmin dan
Abang Jad aka Azad.
“Kak
Min, Abang jad, Rose tumpang tinggalkan Akmal dekat sini ye. Maaflah
kalau dah menyusahkan Akak dengan Abang.” Ujar Rose kepada sepasang
suami isteri tersebut.
“Tak
ada apa lah Rose, kami dah anggap Akmal tu macam anak kami sendiri
dah. Kamu tak payah risau lah.” Balas Kak Min sambil mengusap
tangganku.
“Betul
tu Rose.”Abang Jad juga memabalas.
“Terima
kasih lah Akak Abang. Nanti dalam pukul dua belas lebih macam tu Rose
datang ambil Akmal ye. Maaf sekali lagi.” Rose mengucap lagi kata
maaf kepada mereka.
“Baik
lah Rose, kamu hati-hati memandu dengan Aira tu.” Kata Kak Min.
“Yelah
Kak, saya minta diri dulu lah ye.” Pamit Rose lalu bersalam dengan
Kak Min. Dia menuju ke arah Akmal lalu membongkok sedikit badannya
dan mencium ubun-ubun Akmal.
“Ingat
pesan mummy
ye
sayang.” Pesan Rose lagi.
“Okay
mummy,
ati-ati ye.” Akmal mencium pipi Rose.
“Ye
sayang.” Selepas berkata begitu, Rose terus berjalan menuju ke
kereta yang ada di depan rumah Kak Min dan Abang Jad. Aira sedang
menunggu Rose di dalam kereta tersebut.
Rose membalas
lambaian yang diberikan oleh Akmal untuknya itu. Kereta Nissan Almera
bergerak menuju ke destinasi yang ingin mereka tujui.
PATUTKAH aku
terima lamaran daripada Imran? Kenapalah masalah menjadi semakin
rumit. Selepas Dahlan sekarang ni pula Imran. Apa yang mereka
inginkan daripada balu anak satu macam aku ni? Ramai lagi perempuan
yang belum kahwin dekat luar sana tu. Apa yang specialnya aku,
sampai sekali dua orang manusia yang bernama lelaki nak kan aku? Nak
aje aku cakap dekat Imran petang tadi yang aku tak akan kahwin dengan
siapa-siapa dan hanya Arwah Syafiq sahaja yang boleh menjadi suami
aku dunia dan akhirat. Kenapa lah ayat tersebut tak terluah untuk
Imran petang tadi? Kenapa mulut aku ni kelu sangat nak keluarkan ayat
tersebut? Bila masa pulak dalam mulut aku ni ada emas?
Salah aku jugak,
yang pergi layan Imran tu kenapa? Fikir-fikir lah Rose. Huh!
“Kau
kenapa ni Rose? Ashik mengeluh je dari tadi, ada masalah ke?” Soal
Aira yang sedang memandu itu dengan wajah yang pelik.
“Tak
ada apa-apa lah Ai, aku okay
je.” Jawab rose lalu menghalakan pandangannya ke luar tingkap.
“Kau
tak payah nak tipu aku lah Rose. Aku kenal kau dah lama dah. Bukannya
sehari dua. Tapi dah bertahun-tahun. Apa masalah yang tengah
mengkucar-kacirkan fikiran kau sekarang ni, Rose?” Soal Aira lagi.
Aku memang tak boleh
berahsia betul dengan girlfriend Amran ni. Memang patut pun
aku cakap yang dia ni kena jadi lawyer. Ashik nak guna
psychology je, kata Rose dalam hati lalu menjeling Aira yang
sedang memandu itu sekilas.
“Imran
datang jumpa aku petang tadi. Dia kata dia nak kahwin dengan aku.
Lagi satu, dia tahu yang aku ni balu. Siap mengaku anak aku tu anak
dia lagi. Dan boleh lagi dia mengaku diri dia daddy
dekat depan Akmal. Apa lagi, percaya lah budak tu.” Terang Rose
kepada Aira.
“Oh
really? Are you serious?”
Soal Aira dengan muka yang terkejut.
“Eh,
I'm not serious actually.”
Rose terus menjeling tajam kepada Aira.
Aira yang mendengar
Rose berkata begitu, terus memukul lengan Rose yang duduk di sebelah
dia.
“Eh
Ai, kau nak memandu buat cara memandu. Tak payah nak tergedik-gedik
nak pukul tangan aku ye.” Marah Rose kepada Aira.
“Macam
mana lah aku tak pukul kau kalau kau dah main-mainkan aku.” Ujar
Aira lalu memberi signal
ke kiri.
“Ala
sorry
lah, dah kau tanya soalan nak mintak kaki, aku bagi lah kau jawapan
yang mintak kaki jugak.” Balas Rose dengan selamba.
“Kau
ni sengal lah Rose.” Aira membalas dengan geram.
Rose dah
tersengih-sengih apabila digelar sengal oleh Aira.
“Eh,
tapi betul ke Imran tu nak kahwin dengan kau?” Sambung Aira.
“Betul
lah. Aku buntu lah Ai, patut ke aku terima Imran dalam hidup aku?
Bagi aku, hanya Arwah Syafiq saja yang layak jadi suami aku. Huh!.”
Keluh Rose.
“Bagi
aku, kau patut terima Imran sebagai suami kau. Sedangkan Arwah Syafiq
pun tak menghalang kau cari pengganti dia kan? Jadi apa masalahnya?
Terima aje lah Imran tu dalam hidup kau. Aku tengok Imran tu okay
apa, good looking
dan baik pulak tu. Lagi pun, kan Akmal dah mengaku yang Imran tu
daddy
dia. Kau janganlah merumitkan lagi masalah kau Rose.” Balas Aira.
Huh! Rose
melepaskan keluhan yang berat.
“Aku
dah tak tahu nak buat macam mana lagi Ai. Aku memang buntu
sangat-sangat.” Ujar Rose.
“Aku
yakin, pasti ada jalan penyelesaiannya. Kau jangan lah risau. Kalau
kau terima Imran, aku tahu dia boleh jaga kau dengan Akmal
sebagaimana Arwah Syafiq jaga kau dulu. Mana tahu lagi baik ke
daripada Arwah Syafiq. Who
knows right?”
Rose hanya mendengar je kata-kata Aira itu.
“Bagi
lah aku masa untuk fikirkan semua ni. Makin bertambah serabut kepala
otak aku ni nak fikirkan hal tu semua.” Balas Rose akan kata-kata
Aira itu.
“Yelah
Rose, aku tahu kau kuat nak hadapi semua masalah ni.”
Akhirnya suasana di
dalam kereta itu menjadi sunyi. Rose melihat jam di dashboard
kereta Nissan Almera milik Aira itu sudah menunjukkan pukul 9.15.
Lambat lah pulak hari ni, detik hati Rose.
Kau boleh buat
keputusan yang tepat Rose, chaiyok chaiyok!!! Tekad Rose dalam
hatinya.
KERETA Nissan
Almera milik Aira berhenti di hadapan rumah Amran. Mereka yang lain
sudah menunggu mereka di ruang tamu rumah Amran
“Kita
yang paling lambat ke Ai?” Soal Rose kepada Aira.
“Agaknya
lah.” Balas Aira lalu mematikan enjin keretanya.
“Habislah
kita Ai, mesti Amran marahkan kita nanti.” Ujar Rose selepas itu
dia membuka seat
belt
yang membelit dirinya tadi.
“Kau
chill
je, tak akan Amran nak marah kita pulak. Kita lambat bukan apa, sebab
tadi kan kau hantar anak kau.” Kata Aira.
“I
hope so.”
Mereka berdua
membuka pintu kereta lalu jalan beriringan masuk ke dalam rumah
Amran. Sebaik kelibat mereka berdua masuk ke dalam rumah Amran dan
memberi salam, semua orang di dalam rumah tersebut memandang ke arah
mereka. Tahu yang mereka sudah lambat. Mereka berdua hanya
menayangkan muka tak bersalah apabila sudah masuk ke dalam rumah.
“Kali
ni apa alasan korang sebab datang lambat?” Soal Amran lalu memeluk
tubuhnya. Dia memberikan pandangan yang tajam kepada kami berdua.
Aira yang berdiri sebelah Rose sudah menyiku tangan Rose untuk
menjawab soalan Amran itu.
Boyfriend
sendiri pun takut nak jawab minah ni, kutuk Rose dalam hati. Nak tak
nak aku kena jawab jugak, nanti masa terbuang macam itu saja.
“Sorry
lah Am, kita orang bukannya saja-saja datang lambat. Aku hantar anak
aku dekat rumah jiran aku tadi, tu yang lambat sampai. Sorry
lah ye.” Balas Rose dan sempat di mengerling ke arah Imran yang
duduk di sebelah Amran itu. Imran menghadiahkan senyuman yang manis
kepada Rose. Rose membalasnya dengan senyuman yang kelat.
“Eh
Akmal ada dekat sini? Lah... kalau pasal Akmal, aku maafkan he
he he.
Kenapa kau tak bawak Akmal datang sini je? Aku dah rindu
sangat-sangat dekat anak kau tu.” Ujar Amran lalu menghadiahkan
senyumannya itu kepada Aira.
“Bukan
aku tak nak bawak Am, nanti dia kacau kita pulak dekat sini.” Balas
Rose lagi.
“Apa
susahnya, kita orang kan ada untuk jaga dia.” Jawab Shahrul pula.
“Betul
tu Rose. Kita orang boleh jaga dia” Tambah Zana.
Imran hanya diam
sahaja daripada tadi. Mungkin dia tak nak masuk campur akan hal yang
kami bincang kot.
“Kalau
korang nak jumpa Akmal, jemput-jemputlah datang rumah kami ye.”
Balas Aira pula.
Memandai je minah ni
jemput dia orang datang rumah. Kalau Zana yang nak datang rumah aku
tak kisah lagi, tapi kalau dah Amran dengan Shahrul yang nak datang
aku kurang berkenan lah. Kata Rose dalam hati.
“Boleh
ke kami datang rumah kau Ai? Puan Rose tak marah pulak kami nak
datang rumah kau.” Sindir Shahrul. Sengal punya Shah, kutuk Rose
dalam hati.
“Aku
pun bayar rumah sewa tu, suka hati aku lah nak suruh korang datang
rumah aku ke tak. Kalau Rose nak marah, pandai-pandailah aku jawab.”
Ujar Aira kepada mereka.
Aira ni bercakap
macam aku tak ada dekat sini je. Ada jugak yang makan kasut high
heels aku yang empat inch tu karang. Detik Rose dengan
geram di dalam hati.
Rose memberikan
senyuman maut kepada Aira. Aira sudah tersengih-sengih membalas
senyuman Rose itu.
“Dah
lah cepat kita bincang pasal strategi yang kita nak buat malam ni.
Kalau kita bercakap soal ni, sampai bila-bila pun tak habis.”
Tiba-tiba Imran bersuara untuk menyuruh kami berbincang.
“Okay
okay.”
Ujar mereka serentak. Rose hanya mendiamkan diri sahaja.
Dah mai dah mood
serious minah ni, kata Aira dalam hati.
Mereka berdua terus
mengambil tempat yang kosong di sebelah Zana. Rose duduk di sebelah
Zana manakala Aira duduk di antara Rose dan Amran.
“Kita
nak mula daripada mana ni?” Soal Shahrul yang sedang menekan-nekan
di papan kunci komputer miliknya itu.
“Yang
duduk dekat dalam van macam biasa lah, Shahrul dengan Zana. Kau tahu
nak buat apa kan Shah? Van tu kau berhenti dekat-dekat dengan Pub
okay?”
Soal Amran dan Shahrul menganggukkan kepalanya.
“Rose,
aku sarankan kau pergi dengan Imran ye nanti. Aku nak kau pergi Pub
yang ada dekat Ampang tu. Aku dengan Aira akan pergi ke pelabuhan
Klang dengan Inspektor Zahid. So,
macam mana semua setuju tak?” Soal Amran lagi.
Kenapa pulak aku
kena pergi dengan Imran ni? Aduh, dah lah seboleh-bolehnya aku nak
mengelak daripada berdua-duaan dengan Imran. Bala apa pulak yang
menimpa diri aku ni, Huh! Rose mengeluh dengan kuat sampai
kelima-lima manusia di situ memandang ke arahnya dengan wajah yang
pelik.
“Kau
okay
tak ni Rose?” Soal Zana yang duduk di sebelah kiri Rose.
“Aku
okay
je, kenapa?” Balas Rose lalu membetul-betulkan duduknya.
“Tak
ada lah, aku pelik je kenapa kau mengeluh ni? Kau tak suka nak
berurusan dengan Imran ke?” Soalan Zana menyerkap jarang kepada
Rose.
Mampus aku kalau
dorang tahu yang aku tak suka nak berurusan dengan Imran untuk
undercover malam ni, kata Rose di dalam hatinya.
“Err...
err.. eh
mana ada lah. Aku okay
je nak berurusan dengan dia.” Balas Rose dengan tergagap-gagap.
“Semenjak
bila kau jadi gagap ni Rose? Kau okay ke tidak sebenarnya ni?” Soal
Zana lagi.
Aduh minah ni,
berapa banyak soalan yang dia nak bagi dekat aku ni? Ada yang aku
sumbat dengan stoking busuk Amran nanti karang, kutuk Rose dalam
hati.
“Dah
lah Zana, yang kau banyak sangat tanya ni kenapa? Dah bercita-cita
nak jadi polis pulak ke?” Back
up
Aira. Fuhh!
nasib baik minah ni ada, kata Rose dalam hati.
Zana sudah
tersengih-sengih macam kerang busuk apabila di tegur oleh Aira.
“Ala,
aku saja je tanya dia. Yelah aku pelik, kenapa tiba-tiba pulak dia
nak mengeluh? Sebab tu lah aku tanya.” Ujar Zana dengan wajah yang
serba salah.
“Aku
tak ada apa-apa lah Zana. Tak akan nak mengeluh pun salah?” Soal
Rose bagi menutup kesalahannya yang mengeluh tadi.
“Tak
salah pun. He he
he.”
Zana dah tersengih-sengih.
“Dah...
dah... tak payah nak bergaduh. Kita boleh mulakan sekarang lah ye?
Rose kau pergi dengan Imran. Aku pergi dengan Aira. Tak payah nak
bawak banyak-banyak kereta.” Kami semua hanya menganggukkan kepala
mengiyakan kata-kata Amran itu.
Rose
dan Imran memakai Cyanide Specs yang diberikan
oleh Shahrul kepada kami dan Fly Button Compass dilekatkan di
baju yang dipakai oleh kami. Rose dan Imran terus menuju ke kereta
Imran iaitu Porsche Cayman manakala Shahrul dan Zana menuju ke arah
van dan Aira dengan Amran menuju ke kereta Aira yang di parking di
hadapan rumah Amran. Kami bergerak menuju ke destinasi yang kami
ingin pergi.
Harap kes ni dapat
diselesaikan dengan cepat.
SUASANA
di dalam kereta itu hanya ditemani dengan suara celoteh dari
penyampai radio sahaja yang kedengaran. Kedua-dua manusia yang ada di
dalam kereta tersebut hanya diam tanpa sepatah perkataan pun yang
keluar.
Apa yang perlu aku
buat sekarang ni? First time naik kereta berdua dengan Imran
memang rasa janggal sangat, kata Rose di dalam hati dan menjeling
sekilas ke arah Imran yang tenang memandu di sebelahnya.
Imran yang sedar
Rose yang tidak selesa menaiki kereta dengannya hanya mampu tersenyum
sahaja.
Rose... Rose apalah
yang you tak selesa sangat naik kereta dengan I ni? I bukannya makan
orang pun, ha ha ha. Detik Imran di dalam hati sambil
tersengih-sengih.
“You okay
tak Rose?” Imran menyoal sambil menjeling sekilas ke arah Rose.
Rose yang mendengar
Imran yang bertanya sesuatu kepadanya terus membetulkan duduk supaya
menjadi lebih selesa.
“I okay je,
why?” Soal Rose pula bagi menutup rasa gugupnya.
“Seems like
you tak suka je naik kereta dengan I.” Balas Imran sambil
menghadiahkan senyuman yang sinis.
“Ma... mana ada. I
selesa je naik kereta dengan you.” Ujar Rose dengan suara yang
tergagap-gagap.
“Like Zana
said, since when you ada penyakit gagap ni Mrs. Rose?”
Sindir Imran kepada Rose. Dia ketawa kecil selepas berkata begitu.
“You boleh tak
bawak kereta tu diam-diam. Tak perlu nak sindir-sindir diri I. Just
mind your own business.” Balas Rose dengan geram.
“You are my
business too dear, don't you?” Imran menjeling sekilas kepada
Rose setelah berkata begitu.
“I'm not your
business Mr. Imran, can't you shut your mouth up and focus on
your driving? I'm too lazy want to treat you. So please.” Balas
Rose dengan suara yang jelek.
“Okay okay, we
change our topic. How Akmal? His okay? Dia
rindu I tak?” Huh! Ni lagi satu masalah. Kau ni
memang pandai menimbulkan masalah kan Imran? Ei, menyampah betul aku
dengan kau ni mulut puaka, marah Rose dalam hati.
“Dia okay,
sihat walafiat lagi. Rindu? I tak pandai nak tebak hati budak-budak
whether he miss you or not.” Acuh tak acuh Rose membalas
kata-kata Imran itu.
“I tahu, dia mesti
rindu I punya. Anak mana yang tak rindu bapak dia kan?” Imran
membalas sambil mengangkat-angkat keningnya.
Rose yang mendengar
kata-kata imran itu hanya tersenyum sinis sahaja.
“Correction Mr.
Imran. He are not your son. So remind it.”
“But he said
that I am his daddy. Tak akan you dah lupa kot?” Balas Imran
sambil tersenyum-senyum ke arah Rose.
Rose menjeling tajam
ke arah Imran.
“You yang mengaku
diri you sebagai daddy dia. Memang lah budak tu percaya. Cuba
kalau you tak mengaku yang you tu daddy dia, confirm
dia tak akan kata yang you tu daddy dia. Understand?”
Dengan suara yang sedang menahan perasaan marah, Rose membalas
kata-kata Imran itu.
“I tak suka you
Imran, you kena ingat I belum terima you jadi suami I lagi. Jadi
jangan nak berangan you nak jadi daddy kepada anak I.” Pesan
Rose kepada Imran.
“I akan buat you
terima I as your husband, Rosalinda Adina. No matter what,
you should to be mine. Get it?” Gertak Imran.
“I thought
Dahlan aje yang berperangai desperate, rupa-rupanya anak
lelaki Tan Sri Ishak pun sama berperangai desperate. Eh you
sedar tak, yang you terkejar-kejar ni ialah seorang balu anak satu?
Dekat luar sana tu, masih ada ramai lagi perempuan yang belum
berkahwin dan belum mempunyai anak. Apa yang ada pada diri I sampai
you boleh jadi desperate macam ni Mr. Imran Fauzan bin
Tan Sri Ishak? Apa penerimaan parents you kalau mereka tahu
anak teruna mereka nak kahwin dengan seorang balu yang mempunyai
anak? Mereka akan malu Imran. Sedar lah diri tu sikit. Jangan jadi
desperate. Menyampah I, you tahu tak?” Balas Rose dengan
panjang lebar.
Imran yang mendengar
Rose berkata macam tu terus terdiam. Lama kelamaan dia terus
tersenyum tapi senyuman dia sangat sinis sekali.
“You kena ingat
Rosalinda Adina, yang nak kahwin dengan you nanti adalah I, not my
parents. So, suka hati I lah nak kahwin dengan balu anak satu ke
balu anak sepuluh ke. I tak kisah you nak kata I desperate or
whatsoever. The most importantly is, I nak kahwin dengan you. I
tak kisah pun akan penerimaan orang sekeliling I. Suka hati I lah.
Get it Mrs. Rosalinda Adina binti Ramlan?” Balas Imran
dengan wajah yang selamba. Tapi dalam wajah yang selamba itu,
terselit makna yang tersirat dan tekad di dalam hati.
“Kenapa dengan you
ni Imran? You will get more better then me.” Balas Rose lalu
melepaskan keluhan yang berat.
“Kenapa dengan I?
I nak kahwin dengan you lah.” Imran membalas dengan selamba.
“You ni dah macam
orang gila talak you tahu tak?” Balas Rose dengan geram.
“Tak kisah lah you
nak cakap I macam mana pun, yang penting you kahwin dengan I ye,
baby?” Jawab Imran dengan senyuman yang nakal.
“Sia-sia je I
bercakap dengan you. Buat habis air liur I je, you tahu tak?” Rose
merengus setelah berkata begitu.
“Tak tahu. Kalau
you rasa sia-sia, tak payah lah cakap dengan I.” Imran membalas
dengan suara yang annoying.
Ikutkan hati aku ni,
nak aje aku hempuk mamat tiga suku ni dengan benda yang paling berat
sekali dalam dunia ni. Biar dia jadi gila, baru aman sikit dunia aku.
Kata Rose dalam hati dengan geram.
“Jangan kutuk I
dalam hati Rose, berdosa tahu tak. Tapi I kan nak jadi suami you, so
I maafkan you sebab you kutuk I dalam hati you. Ingat bila kita dah
kahwin nanti, jangan jadi orang yang suka mengutuk suami di dalam
hati ye sayang.” Pesan Imran lalu menghadiahkan senyuman yang manis
kepada Rose.
Rose mendegus
mendengar Imran berkata begitu. Dia ni pakai ilmu apa boleh tahu yang
aku kutuk dia dalam hati aku? Detik Rose sendiri
“Siapa tah yang
nak kahwin dengan you, jangan nak perasan ye Mr. Imran.”
“You lah yang nak
kahwin dengan I, Mrs. Rose.”
Ergh, geramnya aku
dengan makhluk-Mu ni, Ya Allah, jerit Rose di dalam hati.
Akhirnya suasana di
dalam kereta itu menjadi sunyi kembali setelah perbalahan di antara
dua manusia itu berhenti. Memang mereka ni tak boleh nak berjumpa,
kalau dah berjumpa tu ada sahaja perkara yang nak di bahasnya. Kalau
antara mereka diam, mesti ada di antara mereka yang nak memulakan
pergaduhan. Macam manalah keadaan mereka bila dah berkahwin nanti.
No comments:
Post a Comment