Monday, 4 May 2015

Dia, Profesional Killer 2



I harap you akan selesa bekerja dengan I sebab I jarang ada di office. So, as my PA, you should to follow where I go.” Ujar Aatif.
Naina hanya mengangguk mengikut arahan lelaki itu. Sabar Naina, ini semua sementara. Kata hati Naina.
“Mana tempat I dekat pejabat ni?”
Aatif menggeleng.
“Tak ada. Tempat you, hanya duduk dalam bilik I aje.”
Naina mengeluh tapi dia tetap angguk.
“Hmm... Anastasya, can you make a coffee for me? I haus lah.”
Naina hanya mengikut apa yang di arah oleh lelaki itu. Ni kerja dia, jadi dia harus ikut saja apabila di arah. Kau memang kejam Kimi. Kerana kau, aku akan dilabel sebagai pembunuh. Tengku Aatif bukannya teruk sampai kau nak bunuh dia. Kau memang tak ada hati perut. Kata Naina dalam hatinya.
Selesai menyediakan air buat bosnya, Naina bergerak menuju ke bilik lelaki itu. Baru saja dia ingin memegang tombol pintu, dia terdengar suara orang sedang berborak.
“Tak boleh Tengku. Tengku dalam bahaya sekarang. Saya dapat tahu, dia ada hantar orang untuk bunuh Tengku. You should to beware. Saya dengar, orang tu memang profesional dalam bunuh membunuh ni. Jadi, Tengku jangan terpedaya apabila di tegur oleh orang sebarangan.” Ujar seorang lelaki.
Terketar-ketar tangan Naina memegang cawan yang berisi air kopi itu. Macam mana dia boleh tahu Hakimi ada hantar orang untuk bunuh Tengku Aatif? Apa yang dia nak buat sekarang ni. Desis Naina sendiri.
“Kau tahu tak siapa yang dia hantar tu?” Soal Aatif dengan suara yang risau.
Naina terus sambung mendengar. Dia tak nak tinggal walau satu perkataan pun.
“Itu saya tak tahu Tengku. Dia memang licik. Kami memang tak boleh siasat siapa orangnya.”
Naina mendengar Aatif mendengus kasar. Dia mengetap bibirnya kuat. Kalau Aatif tahu siapa dia sebenarnya, matilah dia.
“Tak akan perkara senang macam tu kau tak boleh nak siasat?” Soal Aatif berang. Ini melibatkan hal nyawa dia. Bukannya perkara main-main.
“Maafkan saya Tengku, kami dah cuba siasat, tapi sampai sekarang kami tak tahu siapa.” Balas lelaki itu.
Naina melepaskan nafas lega. Nasib baik mereka tak tahu siapa dia. Kalau tak, habis dia nanti. Naina yang tak betah duduk lama-lama di luar itu, terus memulas tombol dan masuk ke dalam. Dia hanya menayangkan muka selamba. Dia kena pandai berpura-pura. Kalau tidak, habislah identiti dia akan diketahui.
Aatif memandang langkah Naina menghampirinya. Wanita itu meletakkan cawan kopi di atas meja dengan berhati-hati.
“Minum Tengku.”
Aatif mengangguk tanpa senyuman menghiasi bibirnya.
Thanks Anastasya.”
Naina hanya mengangguk. Dia tak nak keluarkan suara walaupun sepatah. Biarlah lelaki itu yang memulakan kata.
“Kau balik dulu Bob. Aku nak kau siasat sampai dapat.” Tambah Aatif.
Lelaki yang dipanggil Bob itu mengangguk lalu bangun dari duduknya.
“Baik Tengku, saya akan cari dia sampai dapat.” Selepas berkata begitu, lelaki itu terus keluar daripada bilik Aatif. Naina hanya memerhati langkah lelaki yang dipanggil Bob itu dengan pelbagai rasa. Lepas ni dia harus berhati-hati. Orang suruhan Aatif ada di mana-mana.
Aatif menyisip sedikit kopi itu lalu memandang ke arah Naina.
“Anastasya, I ada meeting lepas ni. You tolong ambilkan dokumen mengenai projek dengan syarikat Alpha dekat titiwangsa dekat rak tu. I tunggu you dekat bawah.” Arah Aatif lalu keluar daripada biliknya.
Naina hanya mengikut arahan lelaki itu. Siaplah kau, Kimi. Kata Naina geram dalam hatinya.

KAU memamg tak guna Kimi. Dalam pandai kau membunuh tapi kau bodoh dalam merahsiakan identiti kau.”
Hakimi ketawa dari corong telefon. Dia peduli apa Naina nak cakap pasal dia pun. Apa yang pasti, dia dapat hancurkan Tengku Aatif. Itu yang dia nak.
Naina rasa macam nak bunuh aje Hakimi yang sedang ketawa itu tapi dia sabarkan dirinya.
Chill Naina. Identiti kau tak akan sesiapa yang tahu melainkan kau yang bocorkan sendiri.” Balas Hakimi.
Naina mengetap giginya kegeraman.
“Aku tak nak buat kerja bodoh ni Kimi. Aku nak stop.” Ujar Naina dengan suara yang tegas.
Hakimi menggenggam penumbuknya. Menggelegak hati dia mendengar Naina berkata begitu. Memang perempuan ni tak takut aku nak bunuh keluarga dia agaknya, desis Hakimi dalam hatinya.
“Kau memang cari pasal kan Naina? Kau nak tengok keluarga kau, aku bunuh ke ah?” Tengking Hakimi.
Naina menjarakkan sedikit telefon yang melekap di telinganya itu. Kau nak tengking aku bukan dekat telefon bodoh. Kutuk Naina dalam hatinya.
“Aku belum pekak sampai kau nak tengking aku Kimi. Daripada kau bunuh keluarga aku, lebih baik kau bunuh aku je.”
Hakimi ketawa sinis. Geli hati dia mendengar Naina berkata begitu.
“Lepas aku bunuh keluarga kau, baru aku bunuh kau Naina.” Balas Hakimi dengan suara yang menggerunkan.
Dada Naina berombak menahan rasa geram. Sampai bila-bila Hakimi tu tak akan sedar apa yang dia telah lakukan sekarang ni.
“Aku malas nak cakap panjang dengan kau Kimi. Aku tutup dulu. Buang masa aku je, cakap dengan orang tak guna macam kau ni.”
Hakimi hanya tersenyum sinis mendengarnya.
“Kau jangan belot aku Naina. Buruk padahnya nanti.” Pesan Hakimi.
Dengan segera Naina mematikan talian. Dia tak ada rasa nak bersembang lama-lama dengan Hakimi. Lelaki macam Hakimi tu memang tak boleh dipakai. Satu sen pun tak boleh di harap. Dendam aje yang menghantui dia.
“Dasar lelaki bodoh.” Kutuk Naina dengan hati yang sebal.

No comments:

Post a Comment