Thursday, 26 March 2015

Prolog Takdir Cinta Iqlima



PROLOG

ANAK siapa ni Qima?” Soal Puan Intan dengan wajah yang terkejut. Macam mana dia tak terkejut kalau tiba-tiba anak perempuannya yang baru balik dari luar negara itu bukannya balik sendiri tapi dengan seorang budak perempuan yang dalam lingkungan 7 bulan.

Iqlima rasa serba salah dengan mamanya itu. Bukannya dia tak nak bagi tahu, tapi dia tak tahu nak bagi tahu macam mana dekat mama dan papanya.

Asking your mom question, Qima.” Suara Encik Haidar pula yang kedengaran.

Iqlima hanya memandang anaknya yang sedang tidur nyenyak di dalam kendongannya. Apa yang mummy perlu cakap dengan nenek dan atuk sayang? Detik Iqlima sendiri.

“In...ini anak Qima, mama papa.” Jawab Iqlima tergagap-gagap. Dia masih memandang anaknya. Dia tak sanggup nak pandang wajah mama dan papanya yang sedang dalam keadaan marah itu.

Encik Haidar dan Puan Intan terkejut mendengar jawapan anaknya. Dada Encik Haidar berombak-ombak menahan rasa amarah yang terbuku daripada tadi. Matanya mencerlung tajam ke arah anak perempuan tunggalnya.

“Jantan tak guna mana yang tak bertanggungjawab ni, Qima.” Jerit Encik Haidar. Dia rasa tangan dia ni ringan aje nak tampar pipi mulus anaknya itu.

Jeritan Encik Haidar itu mengejutkan Puteri Sofia Ibtisam yang nyenyak tidur itu. Iqlima menepuk punggung anaknya supaya berhenti merengek.

“Abang, tak payah lah jerit-jerit. Nanti darah tinggi abang tu naik karang. Kita cakap baik-baik aje dengan Qima ni bang.” Pujuk Puan Intan dengan suara yang lembut. Dia risau suaminya akan masuk hospital lagi. Kesihatan suaminya bukan sihat sangat. Lebih baik dia berjaga-jaga sebelum melarat.

Encik Haidar terus menyandarkan badan tuanya itu di sofa. Dia menghelakan nafas perlahan. Dia memicit pelipisnya dengan kasar. Dia tak nak isteri dia ni risau akan kesihatannya. Iqlima memang sudah menyusahkan dia.

“Siapa lelaki tu, Qima?” Soal Encik Haidar lagi. Kali ni dia menyoal dengan suara yang lembut.

“Dia suami Qima, papa. Anak Qima ni anak yang lahir daripada ikatan suci di antara kami. Bukannya anak luar nikah.” Terang Iqlima kepada papa dan mamanya.

Puan Intan menghelakan nafas dengan berat. Dia memandang ke arah suaminya yang turut pandang ke arahnya. Puan Intan menghalakan pandangan ke arah anak perempuannya pula.

“Kenapa Qima kahwin tak bagi tahu kami, Qima? Kenapa kamu belakangkan kami? Kami ni tak penting ke bagi kamu?” Puan Intan pula yang menyoal.

“Qima minta maaf dengan mama dan papa. Qima tahu Qima salah belakangkan mama dengan papa. Qima minta maaf, mama papa.” Iqlima meminta maaf dengan muka yang tahan tangis. Dia tahu dia salah. Dia buat semua ni bersebab. Sebab dia tak nak kahwin dengan pilihan atuknya.

Suasana di antara mereka sunyi tanpa kata. Hanya bunyi kipas aje yang kedengaran.

“Tak apa lah Qima, semua ni dah terjadi. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.” Encik Haidar bersuara perlahan. Dia nak marah pun dah tak guna. Perkara dah terjadi. Kalau dia marah nanti, sakit dia pula yang datang.

“Qima minta maaf, mama papa.” Ucap Iqlima lagi.

“Tak apa lah Qima, papa tak nak marah kamu. Minggu depan kita kena balik kampung. Kamu tahu kan?” Encik Haidar bersuara. Tiba-tiba dia teringat akan perihal bapanya yang suruh mereka sekeluarga pulang ke kampung. Hati tua dia kuat mengatakan, yang anak perempuannya ini berkahwin di sana kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihan bapanya.

Iqlima hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

“Kalau atuk banyak soal nanti, papa aje yang terangkan. Qima jangan risau ye." Ujar Encik Haidar. Dia tak nak anak perempuannya di marah teruk oleh bapanya. Siapa yang tak kenal Haji Hamim. Tok imam yang paling tegas di kampungnya.

“Terima kasih papa.”

“Mama teringin juga nak tahu siapa menantu lelaki tunggal mama tu, Qima? Kamu tak nak kenalkan dekat mama dengan papa ke?” Soal Puan Intan.

Iqlima memandang wajah Encik Haidar dan Puan Intan bersilih ganti. Apa aku nak cakap ni? Detik Iqlima dalam hati.

Dia buntu nak bagi jawapan apa dekat mama dan papanya. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itu lah apa yang dia rasakan sekarang ini.

“Qima mama tanya ni, mana menantu mama?” Soal Puan Intan dengan soalan yang sama lagi.

“Dia balik rumah keluarga dia mama papa. Dia nak selesaikan banyak benda. Bila dah selesai, baru dia balik sini jumpa Qima dengan anak kami mama." Bohong Iqlima. Terpaksa lah dia tipu sunat dengan mama dan papanya ini. Terpaksa.

Oh, kalau macam tu tak apa lah. Nanti mama dan papa akan jumpa juga dengan menantu mama tu, ye tak bang?” Encik Haidar hanya mengiyakan sahaja kata-kata isterinya itu.

Iqlima hanya tersenyum aje. Dalam hati dia dah rasa bersalah dengan mama dan papanya. Berani buat berani tanggung lah, Qima.




IQLIMA menepuk-nepuk punggung anaknya supaya tidur. Bukan senang nak tidurkan anak perempuannya ini. Bila dengan suaminya, anak perempuannya ini pasti senang untuk melelapkan matanya. Apa khabar lah agaknya suami tangkap muatnya itu. Dia sempat bersama dengan anaknya ini pun selama 7 bulan. Agak-agaknya, apa lah yang dibuat oleh suaminya sekarang. Kalau waktu bersama dulu, sebelum tidur dia mesti hendak minum air milo. Kalau tak ada air milo mesti tak boleh nak tidur. Bibir Iqlima terukir senyuman nipis apabila teringatkan perkara itu. Dia rasa rindu pada suami tangkap muatnya itu.

“Abang ganggu Qima ke?” Soal Idraqi Hakimi tiba-tiba. Dia mengorak langkah menuju ke arah adiknya itu. Dia menarik kerusi almari solek dan duduk menghadap adiknya yang sedang tidurkan anaknya.

“Mama dan papa dah ceritakan semuanya dekat abang. Ada sesuatu yang Qima nak kongsikan dengan abang ke sayang?” Soal Idraqi Hakimi lagi.

Iqlima hanya menghelakan nafas perlahan.

“Adik...” Meleret suara Idraqi Hakimi memanggil Iqlima.

“Adik dah kahwin abang.” Ujar Iqlima perlahan.

“Itu abang tahu. Abang nak tahu benda lain daripada Qima.” Idraqi Hakimi cuba berkomunikasi dengan lembut bersama adiknya. Dia tak nak adik dia berasa tertekan. Dia tahu adik dia ada simpan sesuatu daripadanya dan juga kedua-dua ibu bapanya.

Iqlima hanya mengerutkan keningnya. Dia tak faham apa yang abang dia cuba sampaikan.

“Apa maksud abang?”

Idraqi Hakimi hanya tersenyum nipis sahaja. Dia tahu adik dia tak faham bahasa-bahasa kiasan macam ni.

Where's your husband, Qima?" Soalan ni yang dia paling tak nak jawab. Seboleh-bolehnya, dia nak menjauhkan diri dia untuk menjawab soalan ini.

“Dia ada hal abang.” Bohong Iqlima.

Idraqi Hakimi tersenyum sinis mendengar kata-kata Iqlima. Mesti dia dah reka jawapan ni, bila orang tanya soalan sebegini rupa.

“Orang lain mungkin Qima boleh tipu, tapi dengan abang Qima tak boleh tipu. Abang nampak sangat muka Qima tu tak yakin bila jawab soalan abang tadi.” Balas Idraqi Hakimi. Dia memandang ke arah anak buahnya yang sedang tidur itu. Muka budak perempuan itu tak nampak macam muka adiknya. Mungkin macam muka suami Iqlima agaknya. Hanya bibir aje yang mengikut bibir Iqlima.

Iqlima menundukkan wajahnya. Dia meramas-ramas jemarinya. Dia tahu dia tak boleh kelentong abangnya seperti dia kelentong mama dan papanya.

“Qima... Qima...” Iqlima tak tahu nak balas apa. Dia tengah serabut.

“Kalau Qima tak bersedia lagi, abang tak nak paksa. Tapi, bila Qima dah bersedia nanti, jangan lupa bagi tahu abang ye.” Balas Idraqi Hakimi. Dia tak nak paksa adik dia untuk bercerita perkara sebenar. Dia faham situasi adik dia hadapi sekarang ni.

“Terima kasih abang.”

Idraqi Hakimi hanya mengerdipkan matanya sahaja.

“Qima jangan risau, abang akan sentiasa sokong Qima.” Ujar Idraqi Hakimi.

Iqlima menganggukkan kepalanya aje.

“Abang keluar dulu ye, Qima.” Pamit Idraqi Hakimi. Dia sempat mencium ubun-ubun anak buahnya.

“Sebelum abang terlupa, apa nama anak buah abang yang comel ni?” Tambah Idraqi Hakimi sebelum melangkah keluar dari bilik adiknya. Mata dia tidak lepas dari memandang anak buahnya itu.

“Puteri Sofia Ibtisam binti Megat Zaim Shah.” Jawab Iqlima. Dia rindu pada sebaris nama itu. Apabila dia melihat muka anaknya, rasa rindu dia pada suaminya terubat sedikit.

“Sedapnya nama dia. So, nama adik ipar abang Megat Zaim Shah ye? Sedap. Tapi, abang macam pernah dengar lah nama suami Qima tu. Macam nama kawan abang masa dekat U dulu.” Puji Idraqi Hakimi dalam pada masa yang sama dia sempat berfikir akan nama suami adiknya itu.

“Ye ke? Mungkin sama, tapi tak serupa kut abang.” Balas Iqlima.

“Agaknya lah.” Idraqi Hakimi mengangkat bahunya.

Iqlima hanya tersenyum aje.

“Abang keluar dulu ye Qima.” Idraqi Hakimi terus keluar daripada biliknya. Dalam fikirannya dia masih memikirkan akan sebaris nama itu.



Iqlima hanya memandang langkah abangnya itu. One fine day, Qima akan cerita dekat abang desis Iqlima sendiri.

No comments:

Post a Comment