Monday, 16 February 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 11



DARI jauh Danisha terlihat kelibat Misha yang datang ke majlis ini. Macam mana Misha tahu yang Rafiq ada buat majlis ni? Ala, Misha kan kawan dia dan Rafiq jugak mesti lah dia tahu yang Rafiq buat majlis ni, bisik Danisha dalam hati.

Misha yang terlihat kelibat Danisha itu terus menuju ke arah kawannya dengan sebuah senyuman yang sangat manis. Misha ni memang tak pakai tudung, tapi dia nampak cantik dengan kebaya ketat itu. Nampak macam mak-mak datin pula.


"Hi Nisha, kau pun ada dekat majlis ni?" Danisha yang mendengar soalan Misha itu sudah memandang pelik ke arah kawannya.

"Mesti lah aku ada dekat majlis ni. Ni kan rumah Rafiq." Puan Sri Syarifah Aminah yang duduk di sebelah Danisha hanya memasang telinga sahaja.

"Oh aku lupa pula, sorry ye babe." Misha sudah menutup mulutnya untuk menutup rasa bersalahnya itu. Danisha hanya memandang pelik ke arah kawan baiknya itu. Pelik dengan kelakuan Misha hari ni. Tak pernah-pernah Misha berlakuan sebegini rupa.

"It's okay Misha, kau tak nak makan ke?" Soal Danisha.

"Kejap lagi aku makan lah. Aku masuk jumpa Mama Rafiq dulu ye Nisha." Danisha hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Kawan Nisha ke tu?" Tanya Puan Sri Syarifah Aminah kepada Danisha.

"Ha'ah aunty, kawan sama sekolah. Kami kawan sekali dengan Rafiq." Jawab Danisha. Dia mengambil gelas yang terisi dengan air jus tembikai lalu meminumnya.

"Oh, cantik kawan kamu tu ye tapi asal nampak macam gedik sangat?" Danisha yang mendegar soalan Puan Sri Syarifah Aminah itu hanya tersenyum saja. Dia sendiri pun pelik kenapa Misha berkelakuan sangat gedik hari ni. Dengan cara dia berjalan pun dah tahu.

"Saya pun pelik aunty dengan perangai dia. Nampak lain pulak hari ni." Danisha memandang kemesraan di antara Misha dengan bakal mak mertuanya Puan Ramlah itu. Nampak sangat mesra. Aku pun tak ada semesra macam tu.

"Mesra betul kawan kamu tu dengan bakal mak mertua kamu tu. Nampak macam dia pulak bakal menantu mak mertua kamu." Danisha yang mendengar kata-kata Puan Sri Syarifah Aminah tu rasa tersentak.

Saya pun rasa macam tu aunty, detik Danisha di dalam hati.

"Cepat lah kita makan, kejap lagi ada suprise katanya." Tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus menghabiskan makanan mereka itu.

Agak-agaknya apa lah suprise yang bakal ditunjukkan oleh mereka nanti. Kata Danisha di dalam hati.


**********


EMCEE yang sedang berdiri di atas mini stage itu dipandang oleh Danisha dengan wajah yang lesu. Macam mana tak lesu, dari jauh dia melihat gelagat Misha dengan Puan Ramlah yang bagaikan menantu dan mertua. Rafiq pun ada di antara mereka.

Bukan Danisha  sahaja yang nampak akan kemesraan mereka itu, Puan Sri Syarifah Aminah juga tidak ketinggalan melihatnya. Adakah sesuatu yang akan berlaku sebentar lagi? Detik Danisha di dalam hati.

Syed Amsyar dan Syarifah Aulia yang duduk berdekatan dengan uminya itu hanya memandang sahaja celoteh emcee yang ada di atas mini stage itu. Mereka juga sekali-sekala melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh manusia bertiga itu.

"Kita mempersilakan Syed Rafiq naik ke pentas untuk memberi kejutan kepada semua tetamu." Tiba-tiba terdengar suara emcee yang meyuruh Rafq naik ke pentas.

Rafiq terus bangun dan menuju ke arah mini stage itu. Dia mengambil mic yang dipegang oleh emcee tadi.

"Assalamualaikum and good evening all, hari ni saya ingin membuat pengumuman kepada semua tetamu tentang sesuatu yang bakal mengejutkan anda semua." Ucap Rafiq sambil tersenyum kepada semua hadirin. Apa yang bakal mengejutkan agak-agaknya ye? It's okay Danisha, nothing would happen. Everything is gonna be okay. Just wait and see.

Semua tetamu sedang ternanti-nantikan apa yang ingin di sampaikan oleh Rafiq itu.

"Maybe certain of the people dah tahu yang saya dah bertunang but ada yang tak tahu lagi kan? Dan yang paling penting sekali semua teringin nak tengok muka tunang saya merangkap bakal isteri saya kan? Today I will show you guys my beloved wife-to-be." Tambah Rafiq lagi.

Rafiq nak suruh aku naik ke mini stage tu? Rasa malu lah pulak. Dalam pada masa yang sama rasa terharu dengan Rafiq sebab dia buat majlis ni hanya semata-mata nak memperkenalkan aku kepada semua tetamu. Baik sangat Rafiq ni. Rupa-rupanya dalam dingin dia tu, terselit satu muslihat. Detik hati Danisha.

"Come sayang." Ajak Rafiq.

Danisha yang baru sahaja hendak bangun daripada kerusi itu terus terbantut hajatnya apabila melihat Misha iaitu kawan baiknya berjalan menuju ke arah mini stage. Apa semua ni? Kenapa Misha pulak yang ada dekat atas mini stage tu? Soal hati Danisha dengan wajah yang pelik.

Syed Amsyar, Sharifah Aulia, Puan Sri Syarifah Aminah dan Tan Sri Syed Amran semua sudah menunjukkan wajah yang pelik dan terkejut. Cuma Puan Ramlah sahaja yang sudah tersenyum-senyum melihat langkah Misha menuju ke arah mini stage.

"This is my beautiful wife-to-be." Kenal Rafiq kepada semua tetamu.

Danisha sudah terkedu apabila mendengar Rafiq memperkenalkan Misha sebagai tunangnya. Tanpa membuang masa Danisha terus bangun dan melontarkan apa yang terbuku di hati.

"Apa semua ni Rafiq? Kenapa Misha yang ada dekat atas stage tu? Apa yang awak cuba lakukan ni?" Soal Danisha dengan wajah yang geram.

"Apa semua ni? Like I said, Misha is my fiancee. Sebab tu lah dia ada dekat atas pentas ni. Apa yang awak pelik sangat ni Nisha?" Tanya Rafiq sambil menghadiahkan Danisha senyuman yang sinis.

"Tapi kita dah bertunang Rafiq. Awak tak patut buat macam ni. Apa motif awak hantar peminangan suruh kita bertunang dan kahwin dengan cepat. Awak ingat hal kahwin ni hal main-main ke Rafiq? Misha kenapa kau buat semua ni? Kau kawan aku kan? Kau tahu aku dengan Rafiq nak kahwin tapi macam mana kau pula yang ada dekat atas stage tu?...." Belum sempat Danisha ingin menghamburkan kemarahannya lagi tiba-tiba ayatnya dipotong oleh Puan Ramlah.

"Eh perempuan kolot, kau sedar diri sikit ye, kau tu tak layak bergandingan dengan anak aku. Jangan kau nak bermimpi nak memiliki anak aku sebagai suami kau. Hanya Misha yang sesuai untuk jadi isteri anak aku. Selama ni anak aku hanya pura-pura je sukakan kau. Yang dia suka  selama ni adalah Misha bukan kau. Kau tu boleh berangan saja lah nak kahwin dengan anak aku. Cermin diri kau tu dulu. Kau tu bukan orang senang, tak layak untuk kami yang kaya ni." Rafiq dan Misha yang ada dekat atas mini stage itu sudah memberinya senyuman yang sangat sinis.

Danisha sudah terduduk mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Ramlah itu. Dia sungguh tak sangka yang Rafiq selama ni mempermainkan dia. Kawan baik dia sendiri juga tergamak melukakan hati dia. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat dekat mereka sampai mereka buat aku macam ni? Apa aku nak cakap dengan abah dan mama. Patut lah selama ni aku rasa ragu-ragu je nak terima Rafiq. Rupa-rupanya ni yang Allah nak tunjukkan kepada aku? Allahu, rintih Danisha di dalam hati. Danisha terus menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan untuk menutup air matanya dari dilihat oleh orang.

"Apa semua ni Ram?" Soal Tan Sri Syed Amran pula. Dia sungguh terkejut dan kecewa dengan kata-kata isterinya itu.

Syed Amsyar, Syarifah Aulia dan Puan Sri Syarifah Aminah hanya diam memerhati. Mereka tak ada hak untuk masuk campur.

Rafiq memang dah melampau. Anak dengan mak sama je perangai, kata Tan Sri Syed Amsyar di dalam hati sambil merenung tajam ke arah Rafiq yang ada di atas mini stage itu.

"Apanya bang? Betul lah apa yang saya cakap tu. Memang anak kita tu dengan Misha bukannya dengan perempuan kolot tu." Balas Puan Ramlahh sambil memeluk tubuh.

Semua tetamu yang ada di situ bersurai dan menuju ke arah khemah yang telah disediakan. Keluarga Syed, Danisha dan Misha sahaja yang ada di situ.

"Tapi majlis perkahwinan dorang lagi dua minggu je Ram. Mana kita nak letak muka ni? Awak memang suka buat keputusan membelakangkan saya kan? Apa gunanya saya ni suami kalau awak tak peduli kan saya?" Soal Tan Sri Syed Amran dengan wajah yang keruh.

Syed Amsyar sudah menghadiahkan senyuman yang sinis kepada papanya.

"Saya dah jumpa parents Misha, mereka setuju nak adakan majlis pada tarikh tu. Apa yang susahnya?" Jawab Puan Ramlah.

"Awak ni memang dah melampau, apa yang kita nak cakap dengan keluaga Danisha nanti? Tentu mereka malu.Awak tak patut buat macam ni Ram." Tan Sri Syed  Amran sudah terduduk lalu membuka cermin mata yang dipakai olehnya.

Danisha sendiri dah tak tahu nak cakap macam mana. Tentu abah dengan mama dia kecewa. Semua tetamu dah dijemput. Mana mereka nak letak muka ni?

"I will married with Danisha, no matter what." Tiba-tiba Syed Amsyar melontarkan kata yang mengejutkan semua orang. Dia sendir tak tahu apa yang dia cakap kan, ia secara spontan.

"Are you serious Am?" Soal Tan Sri Syed Amran kepada Syed Amsyar. Danisha, Puan Sri Syarifah Aminah dan Syarifah Aulia sudah terkedu mendengar kata-kata Syed Amysar itu.

"Yes, i'm serious. Lagi pun Am kenal dengan Danisha tu. Tak salahkan kalau dia jadi isteri Am?" Balas Syed Amsyar dengan wajah yang tenang.

"Umi setuju je kalau Danisha jadi menantu umi." Putus Puan Sri Syarifah Aminah.

"Lia pun setuju."

Danisha tak tahu nak cakap apa lagi. Sesungguhnya dia sungguh terkedu dengan semua ni. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dia kehilangan Rafiq dan dia telah digantikan oleh Syed Amsyar merangkap lelaki yang dia jumpa dekat airport tempoh hari.

Mereka dah tak peduli dengan pandangan terkejut dari Rafiq, Misha dan Puan Ramlah.

"Esok aunty akan pergi rumah Danisha untuk terangkan apa yang berlaku." Kata Puan Sri Syarifah Aminah.

Danisha dah tak tahu sama ada hendak mengiyakan atau menidakkan kata-kata Puan Sri Syarifah Aminah itu. Apa yang dia tahu, dia nak balik sekarang.

"Aunty, uncle saya balik dulu lah ye." Pamit Danisha

"Kamu datang sini dengan Rafiq kan tadi? Tak apa kejap lagi biar Am yang hantar kamu." Danisha hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Yang dia tahu dia nak balik rumah sekarang.

Syed Amsyar terus menarik tangan Danisha untuk ikutnya menuju ke kereta. Kereta itu terus bergerak menuju ke arah destinasi yang ingin dituju.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment