Thursday, 15 January 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 3



AKU melihat mama sedang menyediakan sarapan di dapur. Dah lama tak makan masakan mama. Tu lah siapa suruh duduk Korea lama-lama. Kan dah rindu dengan masakan mama. Khusyuk betul mama masak sampai tak perasan yang aku ada di belakang dia. Niat di hati nak terkejutkan mama tapi lain lah pulak yang jadinya.

"Tak payah nak terkejut kan mama along." Cet, instinct mama ni kuat betul lah.

"Baru nak terkejutkan mama, mama pakai ilmu apa ni tahu along ada dekat belakang mama?" Soal aku lalu berdiri di sebelah mama tengok apa yang mama sedang masak. Nak harap kan aku masak, memang rentung lah dapur kesayangan mama ni.

"Mama ni dah hidup lama along. Mama dah tahu dah gerak geri anak-anak mama." Balas mama sambil membasuh pinggan di singki. Aku terus mengambil alih tugas mama membasuh pinggan tadi.

"Yelah mama." Aku mengalah sebab kalau debate dengan mama memang aku kalah lah weh.

"Mama nak tanya ni, Rafiq bila nak datang rumah untuk bincang dengan kita pasal pernikahan kamu berdua?" Soal mama kepadaku.

"Entah lah ma, semalam along ada call dia. Dia kata nanti, mungkin dia busy kot. Yelah nanti kan dia nak tanggung along ma." Dah tak tahu nak cakap apa dah dengan mama ni.

"Mama ni kalau boleh tak nak lah kamu berdua bertunang lama-lama. Nanti macam-macam boleh berlaku." Along tahu ma.

"Mama doa saja lah jodoh kami ni panjang ye ma." Rafiq ni aku tak tahu lah dia serious ke tidak.

"Dah lah, panggil abah kamu dengan adik-adik kamu sarapan."

"Baik ma."

Aku terus memanggil abah angah acik dengan adik sarapan bersama. Dah lama tak sarapan sama-sama macam ni. Menyesal betul study abroad.


**********


AKU melihat phone aku berdering menandakan ada mesej yang baru masuk. Siapa pulak yang duk mesej pepagi buta ni. Aku terus membuka mesej tersebut
Saya nak jumpa awak petang ni. Pukul 3. Kita jumpa dekat tempat biasa. Jangan lambat! Saya nak bincang pasal perkhawinan kita.
          -Rafiq-

"Huh saya harap awak tak mengecewakan saya Rafiq." Kataku sendiri. Aku terus membalas mesej yang dihantar oleh Rafiq tadi.

Tiba-tiba teringat kisah kami masa sekolah dulu. Flashback.

"Awak bila kita dah besar nanti saya nak kahwin dengan awak." Kata Rafiq dengan tiba-tiba.

"Eish awak ni, SPM pun tak lepas lagi dah duk fikir pasal kahwin." Balasaku sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Ala, kalau orang zaman dulu masa umur awak ni dah ada anak sorang tau."

"Eh... Eh... Kita ni bukan zaman dahulu lah awak. Kita ni zaman metropolitan." Balas aku sambil selak buku yang ada di atas meja yang tersedia di Taman Tasik ini. Kami selalu berjumpa di Taman Tasik yang ada di Bangi ini untuk meluangkan masa bersama.

"Tapi saya tetap nak kahwin dengan awak." Nekad Rafiq.

"Ye lah awak, kahwin je lah dengan saya. Saya tetap akan terima awak, tapi jangan terlampau yakin sangat. Kita tak tahu lagi dengan masa akan datang."

"Apasal awak cakap macam tu? Sepatutnya awak berdoa supaya jodoh kita panjang." Marah Rafiq kepadaku.

"Tak saya cuma ingatkan je, awak tu terlampau yakin sangat." Aku terus memandang ke arahnya selepas berkata begitu.

"Saya harap kita berjodoh awak."

"Saya pun sama."

"Dah jom lah kita study, final exam dah dekat ni." Ajak Rafiq sambil mengajar aku macam mana nak buat jalan kira matematik.

Huh, betul ke kita akan berkahwin Rafiq?

"Ya Allah permudahkanlah segalanya." Doaku di dalam hati. Sejujurnya  aku masih ragu-ragu untuk meneruskan perkhaiwnan ni.


Bersambung....

P/S : Sorry kalau entry kali ni pendek sikit.

No comments:

Post a Comment