RAFIQ memasuki rumah banglo tiga tingkat itu setelah pulang dari berjumpa dengan tunangnya.
"Anak mama dah balik?" Tiba-tiba muncul Puan Ramlah dari dapur.
"Ha'ah baru balik." Balas Rafiq lalu menuju ke sofa yang tersedia di ruang tamu tersebut.
"Daripada mana ni Fiq?" Soal Puan Ramlah lagi.
"Baru lepas balik dari jumpa tunang Fiq ma."
"So, kita tetap nak pergi rumah dia sabtu ni ke?"
"Yelah mama, ikut plan yang kita tetapkan hari tu." Rafiq tersenyum apabila mengingat plan dia bersama mamanya.
"Mama tak sabar nak mulakan plan kita ni Rafiq." Balas Puan Ramlah dengan teruja.
"Fiq lagi tak sabar mama. Biar padan muka si Danisha tu nanti. Ada hati nak bersuamikan Fiq yang handsome dan kaya ni. Dah lah miskin, ei tak lalu Fiq." Jawab Rafiq pula.
"Betul tu Fiq, dia sepatutnya cermin diri dia dulu." Puan Ramlah hanya tersenyum apabila berkata begitu.
"Memang pun. Tak malu betul dia tu."
"Fiq ni pun satu, kenapa Fiq pergi pinang dia masa umur 19 tahun hari tu. Nasib baik mama tak ada sakit jantung tau. Bila dengar plan Fiq je mama terus setuju." Balas Puan Ramlah.
"Ala mama, mama ingat Fiq ni nak sangat ke nak kahwin dengan dia? Couple dengan dia masa form 4 hari tu pun dah geli ni kan pula nak buat isteri, lagi lah tak lalu."
Bergema ketawa anak beranak tersebut di banglo tiga tingkat itu.
"Lagi satu mama, minggu depan jadi kan kita nak buat semua tu?" Soal Rafiq tiba-tiba
"Of course lah jadi, mama nak malukan 'tunang kesayagan' Fiq tu kaw-kaw punya." Balas Puan Ramlah sambil tersenyum
"Bagus lah tu. Mama ajak ke isteri tua papa tu?"
"Kena lah ajak, kalau tak ajak nanti papa kata apa pulak."
"Fiq tak suka lah jumpa abang Am tu. Menyampah tahu tak." Rungut Rafiq.
"Fiq sabar je, lepas kita bolot harta dia semua kita buat lah dia merana. Mama tu lagi tak suka isteri tua papa tu. Asal dia tak mampus je sekali dengan anak kedua dia tu. Liat betul nak mati. Kalau tak mama boleh dapat tau title 'Puan Sri' tu. Tapi disebabkan dia tak mati, dia terus dapat title tu." Puan Ramlah juga melepaskan rasa tidak puas hatinya dekat isteri tua suaminya itu kepada anaknya.
"Yang Fiq bengangnya mama, kenapa papa nak bagi syarikat dia dekat anak kesayangan dia tu? Fiq tak suka lah mama, sepaptutnya Fiq yang dapat syarikat tu. Tapi Fiq bukak syarikat sendiri sebab nak hancurkan syarikat papa. Biar Fiq bolot semua saham syarikat kesayangan papa tu." Dendam semakin mendalam buat Amsyar, abang tirinya.
"Mama masak apa ni? Fiq lapar lah." Tiba-tiba pula perutnya terasa lapar.
"Mesti lah mama masak makanan kesayangan Fiq."
" Bestnya mama. Jom lah kita makan."
Dua beranak itu terus menuju ke meja makan untuk makan bersama-sama. Makanan sudah siap dihidangkan oleh orang gaji yang terdapat di dalam rumah itu.
**********
"Mama abah, tadi Rafiq ada bagitahu along yang parents dia akan datang ke rumah kita sabtu ni. Katanya nak cepatkan majlis pernikahan kita orang." Danisha memberi tahu ibu bapanya setelah pulang dari berjumpa dengan Rafiq.
"Alhamdulillah bagus lah tu. Tak baik kita bertunang lama-lama ni." Encik Malik mengucapkan kata syukurnya.
"Betul tu bang." Balas Puan Marina pula.
"Dah besar dah anak abah ni. Dulu along comot je masa kecik-kecik." Aku hanya tersenyum apabila abah berkata begitu.
"Mesti lah dah besar bah, tak kan masih kecik kot." Seloroh Danisha.
"Ada-ada je kamu ni Nisha." Puan Marina pula membalasnya.
"Kamu bila nak start kerja?" Aduh cakap pasal kerja ni, aku baru dapat surat dari Hospital Putrajaya. Lupa pulak nak bagi tahu abah dengan mama.
"Lupa pulak nak bagi tahu, tengah hari tadi, along ada dapat email dari hospital pantia. In shaa Allah hari rabu ni along masuk kerja lah. Tak bagi chance langsung along nak berehat." Rungut aku.
"Eish kamu ni Nisha, untung tau terus dapat kerja. Zaman sekarang ni bukannya senang nak dapat kerja." Marah Puan Marina kepada Danisha.
"Yelah mama along untung."
"Tapi bagus juga kan along punya hospital dekat dengan rumah. Tak ada susah-susah kamu nak cari rumah sewa." Encik Malik pula yang bersuara.
"Betul tu bah, nasib baik dekat. Nak cari rumah sewa sekarang bukannya senang. Kalau dapat pun yang mahal punya. Along bersyukur sangat." Aku membalas kata-kata abah tadi
"Akhirnya tercapai jugak impian along nak jadi doktor." Ye, impian aku dari kecik lagi. Alhamdulillah syukur.
"Syukur long." Kata Encik Malik.
"Ye bah, okay lah bah along masuk bilik dulu ye." Pamit aku lalu menuju ke bilik untuk merehatkan diri.
Kenapa aku tak rasa gembira Rafiq nak jadi suami aku ni? Macam sesuatu yang bakal berlaku nanti. Ya Allah permudahkanlah segalanya. Doa aku di dalam hati.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment