BAB 5
HARI ni aku mula kerja semula walaupun aku kena
cuti sebab majlis resepsi minggu ni, tapi aku tetap kena kerja. Yelah
aku kan kerja tea lady, siapa yang nak buat air nanti kalau
aku tak ada. Nak tak nak, aku tetap kena kerja. Until now, i'm
still wondering, Zamir tu kerja apa ye? Kenapa dia tak kerja
dekat syarikat bapak dia ni? Ah, biarlah kan dia. Malas nak ambil
tahu. Aku terus membuat kerja aku membancuh air untuk semua staff.
“Eh korang nak tahu
tak, hari ni anak Tengku Ziqri yang sulung tu datang. Dia ambil alih
tempat bapak dia. Dan dengar kata, dia tu handsome.
Lebih handsome
dari Tegku Ahmad Zafiq tu.” Suara Iman memenuhi ruangan pantry
itu.
Seriously si gila tu nak datang hari ni? Patut
lah santai je pagi tadi, aku ingatkan dia tak kerja. Aduh, apa aku
nak buat ni.
“Ye ke Iman? Ada can
lah aku nak ngorat dia, tak dapat adik dapat abang pun jadi lah.”
Suara Tasha pula yang kedengaran. Haa, bagus Tasha, kau ambil je si
malaun tu.
“Kau ni Tasha, semua
orang kau nak. Kau punya tunang tu kau nak campak mana?” Suara
Maria pula yang kedengaran. La, Tasha ni dah bertunang ke? Melepas.
“Hehe, aku gurau
jelah Mar. Aku sayang tunang aku tau. Ha Qisha, kau tak nak test
ke
anak Tengku Ziqri yang sulung tu?” Tanya Tasha kepada aku.
“Tak nak lah aku,
tak berminat nak ambil tahu dengan anak Tengku tu.” Sela aku dengan
malas nak ambil tahu. Padahal dalam hati tadi duk pot pet pot pet.
“Eish, rugi betul
lah kau ni. Kalau si minah tak cukup kain tu ada mahu dia rembat anak
Tengku tu.” Tambah Iman pula. Minah gedik tu yang nak? Ha ambil
lah, tak kisah pun.
“Si Julia tu? Ha,
ambil lah, aku langsung tak kisah.” Malah aku rasa lebih bahagia.
Yang ayat tu aku hanya mampu sambung dalam hati aje lah. Kalau cakap
depan-depan, mahu dorang tertanya-tanya nanti. Itu lagi parah.
“Ye lah siapa lagi.
Pantang nampak lelaki handsome
semua nak kebas. Meroyan betul minah tu.” Hahaha ada ke patut
meroyan, asal tak miang keladi je.
“Eh dah lah
berborak, aku nak sambung kerja ni. Nak bagi Tengku Zafiq sign lagi
dokumen ni.” Balas Iman.
“Aku pun sama lah.
Jom Maria.” Tasha pula yang bersuara sambil mengajak Maria.
“Ha Qisha teruskan
kerja buat air tu ye. Nanti haus semua staff
dekat company
ni” Sempat lagi Iman pesan dengan aku terus buat air. Cett, aku
tahu lah ni kerja aku, sebuk je minah sorang ni.
Aku terus membuat
kerja membancuh air sambil menyanyi kecil. Tiba-tiba pintu pantry
terbuka dan Iman masuk ke dalam dengan muka yang gembira. Dah pahal
dengan minah ni. Baru je keluar tak sampai lima minit tadi, tiba-tiba
muncul balik. Dah pahal ni.
“Qisha bos baru kita
dah sampai. Cepat-cepat tinggalkan air tu. Semua staff
kena
berhenti buat kerja.” What?!
Malaun tu dah datang. Ah, mampus aku mampus.
“Kalau tak nak pergi
tak boleh ke? Kerja aku tak siap lagi ni.” Minta-minta lah alasan
aku boleh diterima dek akal si Iman ni.
“Tak boleh Qisha,
semua staff
kena berhenti buat kerja sekarang. Dah dah tinggalkan kerja kau tu.
Jom pergi.” Tanpa melengahkan masa lagi, Iman terus menarik tangan
aku dan keluar dari pantry.
Ya Allah, apalah malang sangat nasib aku hari ni. Aku ingatkan boleh
lah mengelak untuk jumpa dengan dia hari ni, alih-alih aku kena jumpa
dia jugak. Aku hanya ikut sahaja langkah iman pergi dekat semua staff
yang sedang beratur. Ni memang bala betul.
SEMUA mata staff perempuan hampir nak terkeluar
sebab tengok kekacakkan Tengku Ahmad Zamir as known as suami
aku. Hanya aku sahaja yang menayangkan muka selamba. Aku hari-hari
nampak muka dia, dah tak heran dengan muka kacak dia tu. Aku lihat
Julia membetul-betulkan baju dia dengan gaya tergedik-gedik. Hamboi
minah ni, nak melebih-lebih pulak dengan laki aku ye, aku siku
karang. Aik, Qisha kau jealous ke? Oh no, nehi aku tak
jealous okay nehi... nehi...
“Okay guys, let
me introduce you my beloved brother cum your CEO Tengku Ahmad Zamir
bin Tan Sri Tengku Ziqri.”
Zafiq memperkenalkan abang dia dekat semua staff
as a CEO.
Oh patut la bilik CEO
hari itu kosong je, rupa-rupanya si malaun ni yang ambil alih tempat
bapak dia.
“Hi guys, nice to
meet you.”
Hanya tu saja si malaun tu cakap? Sombongnya lah mangkuk ayun ni.
Berapa banyak gelaran dah aku beri dekat dia ni aku pun tak tahu.
Zamir berjabat tangan dengan semua staff
sampai sahaja dekat Julia, tiba-tiba si Julia tu bersuara.
“Hi Mr. Handsome,
I'm Julia. Nice to know you as us CEO. May I know your number phone,
mister.”
Hamboi minah sorang ni, sempat lagi dia nak nombor telefon si malaun
tu. Ni yang buat aku menyirap ni. Aku bukan jealous
tapi aku geram. Zamir hanya menayangkan senyuman sahaja dekat Julia.
Nampak tak malu betul Julia tu.
“Sorry
bukan tak nak bagi, nanti wife
saya marah.” Haa... bagus sangat lah tu. Aku tengok Julia dah
tayangkan muka cemberutnya.
Zamir terus berjalan berjabat tangan dengan semua staff
sampai sahaja di depan aku dia bukan setakat salam terus dia peluk
aku. Bangang betul lah mamat sorang ni ada ke patut pergi peluk aku.
Semua staff tercengang tengok Zamir peluk aku. Mahu tak
tercengang tiba-tiba big boss peluk aku, memang terkejut beruk
lah weh.
“Dah lah tu along,
ni bukannya rumah nak peluk-peluk bagai.” Tiba-tiba suara Zafiq
bergema menyakat kami yang sedang berpelukan macam tak pernah
berjumpa bertahun-tahum. Zamir terus melepaskan pelukannya ke atas
diri aku dan dia terus mencium dahi aku. Tak habis-habis lagi ke
mamat ni? Muka aku dah berpijar dah ni menahan malu.
“Suka hati aku lah
ngah, aku rindu bini aku mesti lah aku peluk dia.” Bertambah
tercengang semua staff
sekarang ni. Lagi-lagi Julia, Ya Allah teruk bebeno
muka dia ni bila terkejut. Sengal lah mamat sorang ni.
“Sayang, I
miss you so much.”
Dah pahal dengan mamat ni. Aku hanya menjeling dia sahaja sebagai
balasan dengan kata-kata dia itu.
“Ala yang, balas lah
balik. Kesian abang tau cakap sorang-sorang. Balas lah yang balas
lah.” Ya Allah dah kenapa mamat ni tergedik-gedik dengan aku ni.
Muka aku ni dah malu sangat ni. Ada jugak yang kena lempang laju-laju
ni karang.
“Awak, ni bukannya
rumah nak cakap semua tu.” Kata aku dengan suara yang perlahan
dalam pada masa yang sama aku nak suruh dia diam. Tapi dia ni
bukannya faham bahasa pun serupa cakap dengan badak. Badak pun aku
rasa faham bahasa agaknya.
“Suka hati abang
lah, mulut abang bukan mulut sayang.” Sakitnya lah hati aku ni
dengan dia yang memang tak faham bahasa ni.
“Suits yourself,
Zamir” Aku dah malas nak debate
dengan mangkuk ayun ni.
“Okay sayang, kan
bagus daripada tadi mengalah. Tak ada air liur abang ni membazir
macam tu saja.” What?
Kurang asam jawa punya mangkuk. Sabar Qisha, dia ni memang tak makan
saman.
“Yang korang
berdua bisik-bisik ni kenapa? Relax
brother,
dekat rumah ada masa lagi kan.” Ni lagi sorang, kalau aku cili
mulut dua beradik ni memang tahu erti diam agaknya. Zamir pulak,
bukannya nak suruh adik dia ni diam ke apa, dia boleh bantai gelak
pula. Dia ni nak kata bodoh tak bodoh, dia tak tahu ke adik
kesayangan dia tu tengah kenakan dia sekarang ni. Memang tak ada
sifat malu ke apa dalam diri dia ni? Ke heartless?
“Mesti semua staff
wondering and curious what was happen just now, right? Okay let's me
introduce you my beloved sister-in-law cum my brother's lovely wife.”
Zafiq memperkenalkan aku sebagai kakak ipar dia dekat semua staff.
Iman dah pandang aku macam nak telan aje sekarang ni. Aku tahu sat
lagi, mesti bermacam-macam jenis soalan yang akan ditanya oleh Iman
nanti. Aku kena bersedia lah nanti.
Zamir memeluk erat pinggang aku bila Zafiq
memperkenalkan aku as his wife. Dia ni memang tangan tak reti
nak duduk diam agaknya. Aku kerat karang, baru tak merayap dekat
badan aku ni. Aku lihat dah jeling maut dekat aku. Eh... eh... ada
aku kesah ke? Hahahaha my evil laugh dah mai dah hahahaha.
“Yang after
this,
tak payah jadi tea
lady. Be my secretary okay?”
Bisik Zamir di telinga aku disebalik shawl
yang aku sedang pakai sekarang ni. Ni arahan ke paksaan?
“Kalau saya tak
nak?” Soal aku dengan suara yang berbisik juga.
“Tahu lah apa abang
nak buat nanti.” Ugut Zamir pula.
“Apa je yang awak
boleh buat?” Cabar aku tanpa memikirkan baik dan buruknya kata-kata
aku tu.
“Jangan cabar abang
sayang, abang boleh tuntut hak abang malam ni or
nak abang bagi tahu ayah yang sayang work
as a tea lady
dekat company
abang? Which
one? Choose it
sayang.” Gila? Dua-dua aku tak nak lah.
“Awak saja ugut saya
kan.” Balas aku dengan geram.
“Yes I am.”
Selamba badak dia aje cakap macam tu, huh geramnya.
“Eee, saya benci
awak sangat-sangat.”
“Abang sayang,
sayang sangat-sangat lah” Zamir mengeyitkan matanya dekat aku
selepas cakap macam itu.
Geram betul aku dengan dia ni. Serious nak aje
aku bagi dia makan meja, biar diam terus. Baru puas hati aku.
Semua staff terus pergi ke meja masing-masing
untuk membuat kerja yang tergendala tadi. Aku baru saja nak bergerak
ke pantry untuk siapkan air tiba-tiba ditarik oleh Zamir masuk
ke dalam office dia.
Dia ni kalau sehari tak buat perangai gila dia tu memang
tak sah agaknya. Geram betul aku dengan dia ni, rasa macam nak
pijak-pijak aja.
“Yang awak tarik
tangan saya masuk bilik awak ni kenapa?” Tanya aku dengan geram.
“Abang tak nak
sayang pergi pantry
tu buatkan air untuk semua staff.
You're my wife
sayang, sayang hanya boleh buatkan air untuk abang sorang
saja.” Zamir membalas dengan selamba. Dia terus ke sofa yang
tersedia di bilik dia dan menarik tangan aku sekali untuk duduk
dengan dia.
“Awak tahu tak, ada
lagi air yang tak siap buat dalam pantry
tu? Dah lah saya malas nak layan awak ni.” Selepas berkata begitu
aku terus nak bangun untuk keluar daripada biliknya. Tapi tak sempat
aku nak bangun dari duduk, Zamir terus memeluk pinggang aku dengan
erat. Nak halang aku keluar lah tu.
“I said no it
means no
sayang. Dah duduk dalam bilik ni teman abang, air tu abang suruh Kak
Lisa saja yang buat.” Hamboi mentang-mentang ni syarikat bapak dia,
nak tunjuk belang lah tu? Eee geram betul aku ni.
“Kak Lisa kan
penyambut tetamu, apa hal suruh dia buat air pulak ni? Dah dah, ni
kerja saya. Memandai aja nak suruh orang lain buatkan air untuk semua
staff.”
“Abang kata duduk
sini, duduk sini aja lah. Jangan banyak mulut boleh tak? Nanti abang
bagi morning
kiss
dekat bibir sayang tu karang baru tahu. Dah lah pagi tadi tak dapat
morning
kiss.”
Erk? Siot betul mangkuk ayun ni.
Zamir terus pergi ke meja dia dan mencapai telefon
pejabat.
“Kak Lisa, nanti
boleh tolong sambungkan kerja Qisha dekat pantry
tu ye. Dia sekarang tak kerja sebagai tea
lady
lagi dah, but
now
dia jadi secretary
saya. Okay terima kasih Kak Lisa.” Selepas berkata begitu dia terus
meletakkan ganggang telefon tersebut. Huh, suka sangat guna kuasa
veto dia tu, menyampah betul.
“Dah settle,
now
sayang duduk dengan abang. Abang tak ada mood
nak buat kerja. Sepatutnya abang masuk kerja next
month
tapi disebabkan isteri abang ni nakal sangat nak pergi kerja, abang
pun apa lagi lapor diri aja lah.” Sesenang-senang dia aja cakap
macam tu. Kesian Kak Lisa.
“Awak ni tak baik
tahu tak, kesian Kak Lisa tu.” Marah aku dekat Zamir.
“Suka hati abang
lah, abang ada hak nak suruh sesiapa buat kerja itu ini.”
“Awak ni kan suka
sangat guna kuasa veto awak tu kan? Menyampah lah saya dengan awak ni
Zamir.”
“Ikut suka sayang
lah nak menyampah dengan abang ke tidak. Yang pasti abang tak
menyampah dengan sayang, malah abang bertambah sayang sangat dekat
sayang.” Sengal kuasa berjuta punya Zamir, ingatkan dia nak marah
lah tadi huh.
“Lagi satu, boleh
tak sayang jangan guna awak-saya? Panggil abang-qisha pun dah cukup.”
Tambah Zamir lagi.
“Ikut suka saya lah
nak panggil awak apa pun. Mulut saya bukan mulut awak.” Aku
membalas sebijik dengan kata-kata dia, tapi lain sikit lah.
“Sayang ni kan, tak
patut tau cakap macam tu dekat abang. Terasa hati ni tau tak.”
Muncung Zamir. Kau ingat kau handsome
lah muncung macam tu? Serupa macam itik dah aku tengok muka kau tu
Zamir, kutuk aku dalam hati.
“Kisah apa saya awak
terasa hati ke tidak, hati awak bukan hati saya?” Oh selama ni kau
cakap macam-macam dekat aku, kau tak fikir pulak hati dan perasaan
aku huh. Sekarang ni rasa lah sendiri sakitnya macam mana.
“Sampainya hati
sayang, ni yang abang nak merajuk ni.”
“Merajuk aja lah Mr.
Zamir. I
don't even care.”
“Sayangggg...”
Zamir membuat suara gediknya dekat aku, ingat aku layan lah tu?
“Awak nak apa lagi
ni?” Soal aku dengan malas.
“Pujuk lah abang
yang, abang tengah merajuk ni.” Aku julingkan mata dekat atas.
Macam orang kurang kasih sayang dah aku tengok si Zamir ni.
“Pujuk je lah diri
sendiri, tak kuasa saya nak pujuk orang tua macam awak ni.”
“Sampai hati sayang
cakap abang orang tua? Ni yang nak menangis ni.” Ya Allah apa
kebangangnya lah Zamir ni. Stress
aku tahu tak.
“Awak boleh tak
jangan nak berperangai macam budak-budak? Anak buah saya pun tak ada
perangai tahap petala macam awak ni tahu tak.” Marah aku kepada
Zamir.
“Yelah-yelah, nak
bermanja dengan sayang pun tak boleh.” Silap orang lah kau nak
merajuk Zamir, aku memang tak pandai pujuk orang tengah merajuk ni.
“Memang tak boleh
pun.” Hamek kau!
“Huh whatever
lah sayang. Jom kita balik, next
month
baru kita masuk kerja.” What?
Next month?
Lamanya nak masuk kerja balik, nak kena menghadap muka dia ni lagi.
Bosannya lah.
“Kenapa next
month
pulak? Buat apa nak cuti lama-lama ni?” Tanya aku dengan geram.
“Kita nak honeymoon
lah sayang apa lagi.” Dengan selamba moyang badak Zamir berkata
begitu.
“Siapa yang nak
honeymoon
dengan awak tah perasan.”
“Sayang lah yang
kena honeymoon
dengan abang. Dah jom kita balik.” Zamir terus menarik tangan aku
keluar dari pejabatnya.
Sabar aja lah aku dengan perangai beruk sorang ni.
No comments:
Post a Comment