Wednesday, 4 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 5



BAB 5

ROSE keluar daripada kereta setelah dua jam setengah memandu dari KL-Melaka. Penat masa berjumpaan tadi masih tak hilang lagi. Tapi anak lagi penting daripada rasa penatnya itu.

“Assalamualaikum.” Rose memberi salam kepada penghuni rumah tersebut.

Mana mak ni? Dah tidur ke? Bisik hati Rose.

“Assalamualaikum, mak.” Laung Rose lagi


“Waalaikumusalam.” Jawab Puan Asyiqin.

Pintu rumah kayu itu di bukak dari dalam.

“Eh Rose, naik lah. Dah malam sangat ni. Anak kamu tu daripada tadi lagi dia tunggu kamu, dia memang tak reti nak tidur agaknya sebab tunggu kamu dari tadi.” Rose terus menanggal seliparnya dan naik ke atas rumah.

Rose menyalami tangan maknya. “Mana Amal mak?” Soal Rose sambil matanya meliar-liar mencari kelibat anak kesayangannya itu.

“Ada dekat dalam bilik kamu tu ah. Pergi lah masuk. Daripada tadi lagi dia tunggu kamu.”

“Baik lah mak, Rose masuk dulu ye.” Puan Asyiqin menganggukkan kepalanya.

Rose terus berjalan menuju ke biliknya. Dia menguak daun pintu biliknya tersebut dan terlihat anaknya sedang baring sambil meminum susu botol. Rose mengorak langkah menuju ke arah anaknya.

“Sayang.” Rose duduk di birai katil dan mengusap kepala anaknya. Muka anaknya sebijik macam arwah suaminya.

Mummy.” Akmal terus memeluk Rose dengan botol susu masih dimulutnya.

“Ye, mummy sini sayang.” Rose membalas pelukan anaknya.

Mummy, Amal windu mummy. Amal nak itut mummy.” Mengadu si anak. Rose rasa air matanya rasa nak menitis apabila mendengar rintihan anaknya tapi dia tahankan saja daripada menitis. Dia tak nak anak dia bersoal bermacam-macam soalan nanti. Sekarang ni waktu untuk anak di masuk tidur.

“Esok ikut mummy balik rumah mummy ye sayang.” Amal terus menganggukan kepalanya,

Akmal walaupun berumur dua tahun tapi dia pandai bercakap walaupun pelat. Bak kata Puan Asyiqin, Akmal ikut perangai dia sebijik masa kecik-kecik dulu. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?

Mummy, kat ana nanti Amal nak uduk ngan sapa?”Aku hanya tersenyum mendengar suara pelatnya itu.

“Amal duduk dengan Aunty Min boleh kan? Sebab mummy kerja, nanti bila mummy balik kerja, cepat-cepat mummy ambil Amal ye?”

Yeah... nanti Amal nak main ngan Apit.” Sorak Akmal sambil menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan.

Abang, anak abang sebijik macam muka abang. Bila Adina tengok muka Akmal, terubat sikit rasa rindu Adina dekat abang. Rintih Rose di dalam hati.

Ya Allah, Kau tempatkanlah suamiku dalam golongan orang-orang yang beriman Ya Allah. Doa Rose.

Rose terus mengusap rambut Akmal yang lebat itu.

“Amal habis kan minum susu, lepas tu tidur ye sayang. Esok nak ikut mummy balik kan? Jadi Amal kena tidur sekarang ye.” Akmal terus merebahkan badannya dan menyambung menghisap susu yang tergendala tadi.

Setelah sepuluh minit Akmal baring dia terus tertidur. Rose mengambil botol susu anaknya dan diletakkan di atas meja kecik di sisi katilnya lalu merebahkan badannya di sebelah Akmal dan memeluk pinggang Akmal. Rose mencium ubun-ubun dan dahi Akmal. Mummy sayang Akmal. Akhirnya Rose juga tertidur bersama anaknya.




SEMALAM balik pukul berapa Rose?” Soal Encik Ramlan apabila terlihat kelibat anak perempuan tunggalnya itu turun ke dapur.

“Nak dekat pukul 1 pagi bah.” Balas Rose yang sedang membasuh botol susu anaknya di singki.

“Abah dengar mak kamu kata yang kamu nak bawa balik Akmal ikut kamu. Betul ke?” Soal Encik Ramlan lagi lalu memasukkan sudu yang berisi nasi goreng ke mulutnya. Dia memerhati sekilas anak perempuannya yang sedang membasuh botol susu cucunya di singki.

“Ha'ah bah. Rose rasa rindu dengan dia, tu yang Rose minta izin mak nak bawa Akmal balik sana.” Rose meletakkan botol susu anaknya yang sudah di basuh itu di atas rak pinggan dan menuju ke arah meja makan untuk sarapan bersama abahnya.

“Kenapa perlu minta izin Rose? Dia kan anak kamu. Amanah Arwah Syafiq kamu jagalah dia baik-baik.” Rose hanya menganggukan kepala mendengar nasihat Encik Ramlan.

“Baik bah. Mak mana bah? Tak nampak pun daripada tadi.” Mata Rose melilau mencari wajah Puan Asyiqin.

“Mak kamu pergi rumah Mak Jah sana. Katanya ada kenduri sikit malam ni, tu yang dia duk pergi sana sebab nak tolong apa yang patut.” Encik Ramlan memberitahu anaknya. Dia pun sekejap lagi ingin menuju ke rumah jiran sekampungnya itu.

“Kenduri apa bah?” Soal Rose lagi.

“Kenduri tahlil arwah. Kamu balik pukul berapa ni?” Encik Ramlan memasukkan lagi sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya sambil menyoal anaknya itu

“Lepas Zuhur nanti, Rose balik lah dengan Akmal.” Balas Rose.

“Lepas ni rindulah abah dengan mak dengan anak kamu tu.” Keluh Encik Ramlan. Macam mana dia tak rindukan cucunya itu kalau dia sudah menjaga cucunya selama dua tahun. Tapi dia harus tahu, tempat seorang anak mesti di bawah jagaan ibu bapa mereka.

“Nanti kalau Rose ada masa, Rose bawak Akmal balik sini jumpa abah dengan mak.” Jawab Rose untuk memujuk hati tua Encik Ramlan. Dia berasa bersalah mengambil anaknya itu daripada kedua-dua ibu bapanya.

“Rose tak nak kahwin ke? Cari kan papa untuk Akmal?” Kahwin? Huh, ni yang malas ni.

“Rose tak terfikir pun nak kahwin dalam masa terdekat ni abah. Rose hanya nak focus kan kepada Akmal saja. Tu yang paling penting.” Ujar Rose. Dia langsung tak pernah terfikir menduakan arwah suaminya itu.

“Kamu tak kesian ke dengan anak kamu tu? Sekarang dia tak tahu lagi, kalau dia dah sekolah nanti lepas tu dia tanya mana papa dia, kamu nak jawab apa?” Ya Allah, kenapa aku tak pernah terfikir pasal hal tu langsung? Keluh Rose.

“Kalau ada jodoh tak ke mana Abah.” Jawab Rose dengan pasrah.

“Kamu nak abah dengan mak carikan calon suami untuk kamu tak?” Cadang Encik Ramlan.

“Tak apa bah, biar Rose sendiri yang carikan calon suami untuk Rose. Abah dengan mak tak perlu risau, ada lah tu nanti calon suami Rose datang sini.” Mana kau nak cari calon suami Rose? Dahlan? Oh no way man!!! Dia langsung tak layak.

“Ni yang abah tak sabar ni. Okay lah, abah nak pergi rumah Mak Jah, kamu jaga lah rumah ni ye.” Encik Ramlan membalas dengan teruja lepas itu dia membawa pinggan kotor ke singki dan membasuhnya. Selesai mencuci pinggan mangkuk tersebut, dia terus melangkah keluar dari rumah menuju ke rumah jirannya untuk menolong apa yang patut.

Rose melepaskan keluhan yang berat. Apa yang harus aku buat sekarang ni, jerit Rose di dalam hati.

Mummy.” Rose memandang ke arah tangga dan terlihat anaknya sedang berdiri sambil menggosok-gosok matanya.

“Ye sayang, come here.” Akmal terus turun dari tangga dan menuju ke arah Rose yang sedang makan itu.

“Awalnya anak mummy ni bangun. Selalunya, belum jejak pukul 10, Amal tak bangun lagi.” Rose mengangkat Akmal duduk di atas ribanya dan mencium ubun-ubun Akmal.

“Amal ngok mummy tak ada kat cebelah Amal, Amal agun ah awal.” Kata Akmal dengan manja lalu menyandar kepalanya di dada Rose.

“Manjanya anak mummy ni. Amal nak makan tak?” Soal Rose kepada anaknya.

“Nanak, Amal nak uduk ngan mummy je.” Alahai anak, macam mana lah mummy tak rindu anak mummy ni.

“Kalau Amal tak nak makan, jom kita mandi. Lepas Zuhur nak ikut mummy balik kan?” Akmal menganggukkan kepala.

Rose menghabiskan makanannya lalu meletakkan Akmal di tempatnya tadi dan menuju ke arah singki untuk membasuh pinggan kotornya. Setelah membasuh pinggan kotor itu, Rose terus memanjat tangga menuju ke biliknya untuk mengambil tuala memandikan Akmal.

Setelah mengambil tuala dari dalam almari, Rose terus turun ke dapur menuju ke arah anaknya yang ada di dapur itu.

“Jom sayang, kita mandi.” Ajak Rose lalu mendukung Akmal dan menuju ke bilik air yang ada di dapur tersebut.

Setelah selesai memandikan Akmal, Rose terus membawa Akmal naik ke bilik untuk menyiapkannya dan mengemas barang keperluan Akmal. Semasa mengemas barang Akmal, satu soalan yang tidak jangka keluar dari bibir comel Akmal.

Mummy, mana daddy?” Allahu Akbar, terdiam Rose apabila mendengar soalan anaknya itu.

Daddy dah pergi jauh sayang.” Abang, Adina tak tahu nak cakap macam mana lagi, rintih Rose.

Daddy pergi mana mummy?” Akmal bangun dari katil dan menuju ke arah mummynya yang sedang mengemas barang-barangnya di tepi almari baju.

Daddy work eh mummy? Nini ada papa, jadi Amal ada daddy lah kan?” Sambung Akmal lagi. Nini merupakan anak abang sulungnya, Rosman Amar.

Abang, Adina tak kuat. Kenapa abang tinggalkan Adina? Abang tak sayang Adina ke? Rintih Rose lagi di dalam hati.

“Satu hari nanti, Amal akan tahu daddy pergi mana ye sayang. Sekarang ni Amal tolong mummy kemas barang ye?” Rose membalas. Dia cuba mengelak memberitahu anaknya mana daddynya pergi. Dia belum bersedia lagi.

Okay mummy.” Amal turut membantu Rose meletakkan baju-bajunya ke dalam luggage.

“Rose.” Bila masa Puan Asyiqin ada di situ, dia sendiri tak tahu. Adakah maknya itu mendengar pertanyaan anaknya tadi.

Puan Asyiqin menapak masuk mendekati anak dan cucunya. Dia duduk di sebelah anaknya itu lalu menggenggam lembut tangan halus Rose.

“Sabar lah Rose, satu hari nanti dia akan faham.” Pujuk Puan Asyiqin.

“Tapi sampai bila mak? Rose tak sanggup nak tengok Akmal macam tu.” Balas Rose dengan mata yang menglihat ke arah anaknya yang sedang memasukkan baju-bajunya itu ke dalam luggage.

“Rose cari lah pengganti Syafiq. Sampai bila Rose nak macam ni sayang? Kalau arwah tahu Rose macam ni, mesti dia sedih.”Puan Asyiqin mengusap tangan halus anaknya.

“Rose rindu kan arwah, mak. Rose rasa tak mampu nak menduakan arwah.” Rintih Rose lalu memeluk Puan Asyiqin dan menangis di bahu maknya.

“Rose, arwah tak larang pun kamu cari penggantinya untuk kamu. Tak akan arwah sanggup tengok kamu menderita. Dia mesti nak terbaik untuk kamu. Kamu kena kuat Rose, Akmal masih perlukan kamu.” Pesan Puan Asyiqin. Dia mengusap belakang anaknya bagi menenangkan anaknya itu.

“Nenek, napa mummy angis?” Soal Akmal apabila melihat mummynya yang sedang menangis di bahu neneknya.

Mummy rindukan daddy Amal.” Balas Puan Asyiqin.

Mummy, agan angis. Amal ada teman mummy. Kalau daddy alik, Amal warn daddy agan inggal mummy agi. Amal pomish mummy.” Kata Akmal lalu mengelap air mata Rose.

Rose terus memeluk Akmal apabila mendengar kata-kata anaknya itu. Ya Allah, sungguh berat ujian yang telah engkau berikan kepada aku ini.

“Amal jangan tinggalkan mummy ye sayang.” Rose berkata sambil memeluk erat anaknya itu.

“Amal, tak inggal kan mummy. Mummy agan angis ye? Uruk.” Ujar Akmal lalu membalas pelukan Rose.

Abang, macam mana Rose nak cari pengganti abang kalau perangai Akmal sebijik macam abang? Rintih Rose.

“Dah jom kita kemas barang Amal. Cepat kemas cepatlah kita balik.” Rose terus melepaskan pelukannya kepada Akmal.

Mereka berdua terus mengemas barang-barang yang perlu di bawa nanti. Puan Asyiqin hanya melihat anak dan cucunya mengemas barang.

Mak harap, Rose akan temui kebahagiaan Rose nanti. Mak dah tak sanggup tengok Rose menderita macam ni. Desis Puan Asyiqin di dalam hati. Hati tuannya berasa sayu melihat penderitaan anak perempuan tunggalnya itu




HATI-HATI bawak kereta Rose. Jangan nak drift pulak.” Pesan Encik Ramlan sambil mencium cucunya.

“Eish abah ni, mana lah Rose tahu nak drift semua ni.” Rose memuncungkan mulutnya apabila mendengar abahnya menyakat dirinya.

“Eh kamu tak tahu drift eh?” Encik Ramlan masih lagi hendak menyakat anak perempuannya itu.

“Tak lah abah. Mak tengok suami mak ni.” Rose mengadu kepada Puan Asyiqin. Puan Asyiqin hanya tersenyum melihat gelagat anak beranak itu. Suaminya itu, pantang jumpa anak perempuan mereka, mesti dia akan menyakat Rose.

“Mak hari-hari tengok abah kamu ni. Sampai naik bosan dah Rose.” Sakat Puan Asyiqin pula.

“Awak dah bosan ke tengok saya ni, Syiqin?” Encik Ramlan sudah mengeluarkan aura ingin merajuk.

“Ala abang ni, saya saja je nak menyakat abang. Kalau saya dah bosan nak tengok muka abang, dah lama saya halau abang keluar dari rumah ni.” Rose tak dapat lagi menahan ketawanya apabila mendengar maknya berkata begitu. Habis dihamburnya ketawa yang tersimpan daripada tadi.

“Rose apasal gelak macam tu? Tak manis orang perempuan ketawa macam tu.” Tegur Puan Asyiqin lalu memukul lengan anaknya.

“Ala, tak ada siapa yang kisah pun mak.”

“Kalau bakal mak mertua kamu tengok macam mana? Awal-awal dah kena reject, belum sempat lagi dia nak bawa rombongan meminang.” Kata Puan Asyiqin lagi.

“Siapa je lah nak bermenantukan Rose ni mak. Anak Rose pun dah sorang. Memang dia orang dah reject lah. Tak akan nak cucu express kot. Malas lah nak fikir pasal kahwin ni. Banyak lagi benda yang Rose boleh fikir.” Balas Rose.

Puan Asyiqn dan Encik Ramlan hanya terdiam sahaja mendengar kata-kata anaknya itu. Apa yang dikatakan oleh anaknya itu memang betul. Siapa aje lah yang sanggup nak dapat menantu yang sudah mempunyai anak, dan lebih senang lagi seorang balu anak satu. Wujud lagikah orang yang sanggup mengambil balu anak satu menjadi menantu? Rasa macam tak wujud pula. Semua orang nak menantu yang belum berkahwin dan masih dara lagi.

Tak layakkah untuk anaknya mendapat kebahagiaan seperti orang lain? Salah kah untuk seorang balu anak satu ni mendapat kasih sayang dari seorang suami? Rose akan ada kebahagiaan yang bakal menanti kamu suatu hari nanti. Jangan lah bersedih nak.

Okay lah mak abah, Rose gerak dulu lah ye.” Pamit Rose lalu menyalami tangan Encik Ramlan dan Puan Asyikin.

Rose mengambil Akmal yang ada di dalam dukungan Encik Ramlan. Akmal juga turut menyalami tangan tua Encik Ramlan dan Puan Asyiqin.

“Cucu atuk ni jangan nakal-nakal tau. Kesian mummy nak jaga Amal nanti.” Pesan Encik Ramlan kepada Akmal.

Okay atuk, Amal tak cucahkan mummy. Amal pomish.” Akmal mengangkat tangan kanannya seperti berikrar, Rose hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

“Bagus cucu nenek ni.” Puan Asyiqin mengusap rambut Akmal.

Dia tahu, kedua-dua orang tuanya bakal merindui anaknya ini.

“Kalau ada masa, kamu bawak lah Akmal balik ke sini ye, Rose. Sunyi lah rumah kami nanti bila Akmal tak ada. Kalau tak, ashik nak bercakap aje itu ini.” Kata Encik Ramlan dengan sayu.

“In Shaa Allah, abah dengan mak janganlah risau, kalau ada masa Rose bawak Akmal datang sini ye. Abah dengan mak jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, bagi saja tahu Rose.” Puan Asyiqin dan Encik Ramlan hanya menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata anaknya itu. Rose terus menuju ke arah keretanya dan meletakkan Akmal di sebelah seat pemandu.

“Bawak kereta baik-baik Rose.” Pesan Puan Asyiqin dan Encik Ramlan serentak.


Rose hanya menuunjukkan tanda thumbs up dan membunyikan hon lalu pergi dari rumah orang tuanya. Puan Asyiqin dan Encik Ramlan hanya melambaikan tangannya sahaja.

No comments:

Post a Comment