Saturday, 21 February 2015

Suami Unexpected 7



BAB 7

AKU turun ke bawah lalu menuju ke gazebo yang tersedia di luar rumah ini. Aku melepaskan keluhan untuk yang ke berjuta kali. Ya Allah aku bukanlah seorang manusia yang suka mengeluh tapi semenjak perkara macam ni berlaku kepada aku, aku selalu sangat mengeluh. Ampunkan dosaku Ya Allah. Doa aku di dalam hati.

Betul ke keputusan yang aku buat ni? Kenapa aku rasa takut dengan ugutan daripada Zamir? Selalunya aku mampu untuk membangkang, mampu untuk melawan. Tapi kenapa tak masa Zamir kata begitu? Apa muslihat Zamir dengan Zafiq sebenarnya ni? Serabut kepala otak aku ni.

Aku melihat kolam ikan mama yang ada di depan mataku ini, Kan best kalau aku jadi ikan, tak ada masalah. Hanya duk berenang saja. Apa aku merepek ni? Kejadahnya nak jadi ikan. Apa masalah aku ni ya Allah.

Kerana dua beradik tu lah aku yang menjadi mangsa keadaan. Zamir tu dah terdesak sangat ke nak kahwin? Kalau dah terdesak sangat nak kahwin, kenapa tak cari je perempuan lain je dekat luar sana tu. Bukannya aku sorang je perempuan yang ada dekat atas bumi Allah yang fana ni.

“Termenung jauh nampak. Kalau tenung kolam ikan mama tu, tak akan pecah lah dik.” Tiba-tiba aku terdengar suara angah menegurku lalu duduk disebelah aku.

“Bila masa kau balik sini ngah? Bukan lepas aku nikah hari tu, esoknya kau terus balik Penang ke?” Soal aku kepada angah. Dia ni kan hantu kerja, ada pulak cuti dia nak balik sini.

“Aku balik salah tak balik salah. Baru je tadi aku balik.” Rungut Najmi Afiq lalu menyilangkan tangannya di dada. Merajuk lah tu.

“Ada aku cakap salah ke kau balik sini? Lagi satu kau tak payah nak merajuk lah, aku tak ada masa nak pujuk.” Balas aku dengan selamba.

“Kau ni dik, sepatutnya kau pujuk abang kau yang handsome ni. Ni tak, kau siap kata tak nak pujuk aku? Terasa kau tahu tak.” Ada aku kesah ke ngah oi.

“Matang lah sikit ngah, perangai kau ni dah macam perangai anak along, kau tahu tak.”

“Ala, aku nak bermanja dengan kau je pun. Dengan orang lain aku tak pernah buat macam ni tau.” Kata Najmi Afiq lagi.

“Ei tak kuasa aku. Aku bagi tahu ibu suruh tolong carikan calon isteri untuk kau nak?” Cadang aku kepada angah.

“Janganlah dik, aku malas lah nak kahwin. Complicated tahu tak?” Halang Najmi Afiq.

“Kejadahnya complicated ngah. Bahagia tau bila dah kahwin ni. Kau tu dah tua, bukannya muda lagi.” Huh bahagia lah sangat bila dah kahwin. Menyakitkan hati ada lah.

“Eleh aku tahu lah kau dah kahwin, tapi tak payah lah berlagak dengan aku ngek.” Eh.. eh.. dia ni kan.

“Kau tak payah nak meng'ngek'kan aku ngok.” Balas aku dengan geram.

“Kau pun sama tak payah nak meng'ngok'kan aku sengal.” Balas dendam betul angah ni.

“Aku bagi tahu ibu kau kata aku sengal nak?” Ugut aku kepada angah.

“Bagi lah tahu, kau ingat aku takut ke?” Oh tak takut ye.

“Ibu!!!” Jerit aku memanggil ibu.

Angah terus menutup mulutku. Aku tengok angah dah tak senang duduk. Tunggu kau tunggu. Kau nak lari ke mana Najmi Afiq? Hahaha.

Aku menolak tangan angah dan menjerit panggil ibu.

“Kenapa ni Qisha, duk terpekik terlolong ni.” Soal Puan Sri Diana dengan nafas yang tercungap-cungap. Ni mesti ibu berlari masa aku panggil ibu. Sorry ibu.

“Tengok angah ni bu, dia kata adik sengal. Lagi satu, angah kata dia nak kahwin tapi tak ada calon. Jadi dia suruh ibu carikan lah tu.” Hahaha, hidup kau bakal merana angah.

“Yang kamu pergi panggil adik kamu ni sengal kenapa Najmi Afiq? Eh... eh... ibu macam terdengar adik cakap yang kamu nak kahwin ngah? Tak ada calon ye? Tak apa... tak apa... ibu ada calon yang sesuai untuk anak teruna ibu ni.” Muka Najmi Afiq dah pucat. Aku apa lagi, bantai gelak lah tengok muka angah yang macam tercekik batu tu.

“Bila masa pulak angah cakap yang angah nak kahwin. Memandai je adik ni.” Najmi Afiq menjengilkan matanya ke arah aku menandakan yang dia sedang marah. Huh tak kisah pun.

“Ala, angah sebenarnya malu tu ibu. Sebab tu dia cakap macam tu.” Aku menambah lagi rasa marah angah kepadaku.

“Apa nak dimalukannya ngah. Kahwin je lah, ibu lagi suka kalau kamu kahwin. Umur kamu pun dah nak masuk 30, kamu bukannya muda lagi. Tak kesian ke dekat ibu ni?” Kata Puan Sri Diana dengan suara yang sedih.

Aku tengok muka angah dah rasa serba salah. Sorry angah, kalau adik tak buat macam ni sampai bila-bila pun angah tak kahwin nanti.

“Ibu betul-betul nak angah kahwin ke?” Soal Najmi afiq kepada Puan Sri Diana.

“Ibu mana yang tak nak tengok anak dia kahwin lepas itu bahagia kan?” Balas Puan Sri Diana.

“Angah takut kalau angah kahwin angah tak dapat nak bahagiakan anak orang bu.” Kata Najmi Afiq lalu memeluk Puan Sri Diana.

Puan Sri Diana mengusap bahu Najmi Afiq untuk memberi dia semangat dan ketenangan.

“In Shaa Allah, anak ibu akan bahagia. Ibu akan selalu mendoakan anak ibu untuk bahagia. Tengok macam along dengan adik, bahagia je kan bila dah kahwin?” Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Adik tak bahagia bu, adik rasa macam dipermainkan.

“Betul tu ngah, tengok aku ni, bahagia je bila dah kahwin. Semua masalah kita, kita boleh kongsikan dengan pasangan kita tau ngah.” Wah... wah... wah... Nurin Aqisha pandai memberi kata-kata perangsang, padahal aku tak pernah kongsi masalah aku dengan si Zamir mangkuk ayun malaun tu. Eish... eish... eish...

“Haa, see adik pun kata bahagia tau bila dah kahwin.” Balas Puan Sri Diana.

“Adik kahwin dengan orang yang dia cinta, angah ni kahwin dengan pilihan ibu yang angah langsung tak kenal.” Jawab Najmi Afiq.

Dengan orang yang aku cinta? Langsung tak angah oi. Aku ni, sebesar zarah pun tak ada perasaan cinta dekat Zamir tu tau. Memandai je angah ni.

“Kahwin dengan orang yang kita cinta atau tak, kebahagian tu pasti ada. Tak payah lah nak risau.” Sambung Puan Sri Diana lagi.

“Kalau tak bahagia macam mana?” Eish angah ni dah kenapa? Liat sangat nak kahwin. Aku ni pun boleh je kahwin, siap kena ugut lagi tau.

“Pasti akan bahagia.” Haa, amek kau. Bila ibu dah kata macam tu, kau tak boleh nak balas 'tak nak kahwin' tapi kau kena balas 'ye, angah setuju'.

Najmi Afiq melepaskan keluhan yang berat. Suruh kahwin pun susah ke orang tua ni? Yang orang tua dekat atas tu menggatal nak kahwin. Tapi yang orang tua depan aku ni pula, liat sangat nak kahwin. Bermasalah betul.

“Bagi lah angah fikir dulu.” Putus Najmi Afiq.

“Tak ada masa dah nak fikir Najmi Afiq, kahwin je terus.” Aik? Biar betul ibu ni.

“Apasal pulak ibu? Ibu dah ada calon ke?” Tanya aku dengan muka yang pelik.

“Ibu dah ada calon. Cantik budaknya.” What? Seriously? Advancenya ibu carikan calon untuk angah.

“Bila masa lah pula ibu cari calon untuk angah ni?” Soal Najmi Afiq dengan muka yang terkejut.

“Dah lama ibu cari, tapi bila angah cakap angah tak bersedia nak kahwin, ibu simpan lah dulu.” Balas Puan Sri Diana dengan muka yang selamba.

“Ibu ni kan. Habis tu, budak tu tahu tak yang ibu calonkan dia untuk angah?” Soal Najmi Afiq lagi.

“Dia tahu ibu calonkan kamu untuk dia. Dia setuju je.” Terus setuju? Bagus betul bakal isteri angah ni.

“Dia tak kenal angah kan? Kenapa dia terus setuju pula?” Soal Najmi Afiq dengan muka yang pelik.

“Dia kata dia tak kisah siapa pun calon suami dia, dia redha. Sebab tu dia setuju.” Balas Puan Sri Diana lagi.

“Bagus betul calon menantu ibu ni kan. Siap tak kisah lagi.” Balas Najmi Afiq dengan sinis.

“Eish tak baik tau kamu cakap macam tu dekat dia. Kalau dia dengar, kecik hati dia.” Tegur Puan Sri Diana kepada Najmi Afiq.

“Kalau ibu dah suka dia, angah setuju je lah.” Angah terus bersetuju lalu dia terus masuk ke rumah.

“Ibu..” Panggil aku.

“Ye sayang, kenapa?” Soal Puan Sri Diana.

Are you serious?” Soal aku pula.

“Ibu serious Qisha, ibu nak sangat tengok angah kamu tu kahwin. Qisha jangan risau ye, bakal kakak ipar Qisha tu memang cantik dan dia sangat baik.” Balas Puan Sri Diana lalu mengusap rambut aku.

“Adik nak tengok angah bahagia. Apa pun keputusan ibu adik terima.” Balas aku dan terus menggenggam tangan ibu.

“Ibu masuk dulu ye.” Pamit ibu. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

Adik yakin angah akan bahagia. Past is past angah. Future is more important! One fine days, you will get your own happiness my beloved brother.

Aku terus naik ke atas setelah melepak di taman mini ibu. Rasa mengantuk lah pula, harap orang tua tu dah tidur lah. Amiin.




AKU membuka pintu bilik dan aku lihat Zamir sedang tidur. Ashik membuta je orang tua ni. Tapi bagus jugak kalau dia dah tidur, aku pun dah mengantuk ni.

Aku terus mengorak langkah menuju ke arah katil lalu merebahkan badan. Pergh, heavennya dapat baring dekat katil ni.Batu sahaja aku nak melelapkan mata aku rasa pinggang aku dipeluk oleh Zamir. Tangan tu memang tak reti nak duduk diam agaknya.

Aku cuba mengalihkan tangan sasanya yang melingkari pinggang aku, tapi tetap tak boleh. Biasa lah tangan besar king kong kan.

“Duduk diam je yang.” Tiba-tiba Zamir menegur perbuatan aku.

Aik orang tua ni tak tidur lagi ke? Haih.

“Tak payah lah nak peluk pinggang saya, rimas lah.” Aku mencuba lagi menolak tangannya, tapi tetap tidak berhasil.

“Suka hati abang lah. Abang tak boleh tidur kalau sayang tak ada dekat sebelah.” Kata Zamir dengan mata yang tertutup.

“Gedik lah awak ni. Sebelum kahwin dengan saya, boleh je awak tidur.” Ujar aku dengan geram.

“Gedik gedik pun suami sayang tau.”

“Saya tahu lah, tapi tolong lah lepaskan. Rimas awak tahu tak Encik Zamir.” Kata aku lagi.

“Tak nak!” Jawab Zamir.

“Susah lah cakap dengan orang yang keras kepala ni.”

“Kalau susah tak payah lah cakap.” Eh... eh... kurang asam jawa punya manusia.

“Sengal!”

“Abang tak sengal tapi abang bijak.” Perasan nak mampus orang tua ni.

“Bijak lah sangat.” Balas aku dengan geram.

“Bijak lah yang, kalau tak bijak macam mana boleh jadi CEO kan?”

“Ye lah ye lah awak bijak. Bijak sangat.”

“Haa tak cakap pun tak apa sebenarnya yang. Abang memang dari azali bijak. Susah nak cakap kalau dah bijak sangat ni.” Balas Zamir dengan membangga diri.

“Tak payah nak berlagak sangat. Allah tarik nikmat yang ada dekat kita ni, sekelip mata je.” Pasan aku kepadanya.

“Okay okay abang tak berlagak.” Ujar Zamir.

“Jadi di persilakan lepas ye.” Kata aku lagi.

“Tak nak lah sayang.” Rengek Zamir.

Cheeky.” Kata Aku dengan geram.

“Tahu, okay dah jom tidur. Abang dah mengantuk sangat ni.” Ajak Zamir.

“Hmm, yelah.” Balas aku dengan malas.

Orang kalau dah tak faham bahasa, lepas tu degil, memang menyusahkan hidup betul. Cakap pun memang sia-sia je.

Akhirnya kami berdua terlelap. Penat menguasai diri, sampai dah tak larat nak bergaduh. Apa yang kita orang tahu ada lah tidur.

No comments:

Post a Comment