BAB
4
“WE
meet again Miss
Rosalinda
Adina.” Kata Imran ketika kami sama-sama keluar daripada rumah
Amran.
“So,
if we meet again, Ada
apa-apa masalah dengan you ke?” Balas Rose sambil memeluk tubuh dan
mengangkat keningnya ke arah Imran.
“Apasal
you ni sombong sangat?” Imran pun memeluk tubuhnya.
“Oh
I
sombong ke? Sorry
lah,
tak sengaja.” Sengal betul Rose ni.
“You
ingat sombong ni boleh jadi tak sengaja ke?” Soal Imran lagi.
“Memang
boleh pun. You tak tahu ke?”
“You
ni sepatutnya sesuai kahwin dengan Dahlan tu. Dua-dua mulut macam
puaka.” Balas Imran pula dengan senyuman sinis.
“What?
Eh listen here,
mati hidup balik pun, I tak akan kahwin dengan lelaki gila talak tu
you tahu tak.” Jawab Rose dengan geram.
“Kenapa
you tak nak kahwin dengan dia? Dia tu handsome
apa.”
Imran masih tersenyum sinis.
“Dia
memang handsome
tapi
perangai dia tak sehandsome
rupa
paras dia. And
same goes to you, Mr.
Imran Fauzan. Cakap orang lebih, tapi perangai you dua kali lima je
dengan Dahlan tu.” Kutuk Rose lalu menjeling tajam ke arah Imran
yang ada di depannya sekarang ni.
“You
tak penat ke nak bertikam lidah dengan I?” Huh,
dia ni kan menyampah betul. Kutuk Rose dalam hati.
“Berjuta-juta
kali penat I bertikam lidah dengan you, Imran. I
thought you macam
bapak you. Baik je dalam pertuturan, tapi sangkaan I memang meleset.
Indah khabar dari rupa. Isn't
it Mr,
Imran?” Ujar Rose.
Imran melepaskan
keluhan berat.
“I
tak suka bergaduh dengan you, Rose. First
time I jumpa
you, I thought we
can be a friend but bila
tengok penerimaan you terhadap I, memang jauh betul daripada apa yang
I fikirkan. You tak nak berbaik-baik dengan I ke Rose?” Soal Imran
dengan lembut. Tak akan dua-dua nak bermain dengan api kan? Salah
satunya mestilah kena mengalah. Kalau tak mengalah, sampai ke sudah
ashik nak bergaduh aje.
“Boleh
bagi I masa tak? Besok masa kita berjumpa dekat rumah Amran nanti,
kalau time
tu
I selalu tegur you and
nampak macam berbaik-baik dengan you, we
can be a friend.”
Rose terus berlalu ke keretanya selepas berkata begitu kepada Imran.
Hopefully
Rose, huh.
“Sabar
lah Im, one fine
day dia
akan berubah jugak.” Amran menepuk bahu Imran. Bukan dia dengan
Aira tak dengar perbualan dua orang kawannya ni.
Rose
memang ego, but
ada terselit dalam hatinya iaitu
kelembutan. Dulu dia bukan macam ni Im, disebabkan suaminya dulu, dia
jadi macam ni. Im, aku tahu kau boleh ubahkan Rosalinda Adina kita
orang. Yang banyak cakap, suka buat lawak dan kuat merajuk ni. Aku
berharap sangat Im. Kata Amran dalam hati.
“Am
aku nak tanya sikit ni, kau dengan Rose dah berapa lama kena?” Soal
Imran.
“Aku
kenal Rose, since
balik
dari Malaysia lagi, lima tahun yang lepas. Kenapa?” Soal Amran
pula.
“Perangai
dia memang macam tu ke Am?” Soal Imran lagi.
“Tak.”
Balas Amran pendek.
“Maksud
kau?” Imran menyoal dengan muka yang pelik.
“Rosalinda
Adina yang kita orang kenal, bukan macam ni perangai dia Im.
Rosalinda Adina yang kita orang kenal lima tahun lepas dah hilang
semenjak kemalangan yang meragut nyawa suaminya dua tahun lepas.”
Imran terkejut mendengar kata-kata Amran. Rose pernah berkahwin?
“Dia
pernah kahwin?” Amran menganggukkan kepalanya.
“Dia
dengan arwah suami dia memang sweet
sangat.
Sampaikan aku dengan Aira ni tak boleh nak melawannya. Disebabkan
dendam, orang tu sanggup rosakkan break
kereta
arwah suami Rose. Masa tu arwah suami Rose dalam perjalanan pulang
dari office
ke
rumah mereka. Bila Rose dengar suami dia kemalangan dan meninggal di
tempat kejadian, dia menangis Im. Kalau kau nak tahu, dia tengah
mengandung tujuh bulan masa dapat tahu yang suami dia kemalangan.
Nasib baik kandungan dia tak ada apa-apa. Selepas dia bersalin, dia
tinggalkan anak dia dekat kampung. Bukan dia tak nak jaga, tapi dia
tak nak orang lain jaga anak dia. Sepatutnya hari ni dia balik
kampung jumpa anak dia tapi disebabkan kita ada discussion
mungkin
next week
dia
balik kampung jumpa anak dia. Dan semenjak dari kemalangan tu juga,
dia jadi sangat sensetif, dingin dan sombong sampai sekarang Im.
Kalau kau dengar bila dia banyak mulut, mesti kau akan
tersenyum-senyum dan ketawa. Kalau lah Rosalinda Adina kita orang
kembali balik, huh.”
Cerita Amran panjang lebar.
“Dia
ada anak?” Bertambah terkejut Imran bila mengetahui Rose mempunyai
anak.
“Ye
Im, itu lah permata yang ditinggalkan oleh arwah Syafiq kepada Rose.
Dua tahun dia orang tunggu nak ada anak. Tapi Allah lebih sayangkan
arwah Syafiq sebelum arwah dapat melihat anaknya.” Terang Amran
lagi.
Ya Allah, sungguh
besar rintangan dan dugaan yang telah dilalui oleh Rosalinda Adina.
Kata Imran di dalam hati.
“Korang
tak siasat ke pasal kes tu?” Soal Imran.
“Kita
orang dah siasat dah, but
sampai sekarang kita orang tak tahu siapa dalangnya. Orang dia memang
licik sangat Im.” Balas Amran.
“Korang
tak nak cuba siasat lagi ke?”
“Aku
ada siasat kes ni dengan Shahrul. Rose dah pesan dengan kita orang,
jangan siasat hal ni, biar dia yang siasat sendiri. Tapi, tak akan
kita orang nak lepas tangan kot. Rose sendiri menyiasat semua ni,
kita orang tak akan biarkan je. Jadi aku nak mintak tolong kau jugak
siasat kes ni.” Pinta Amran.
“In
Shaa Allah aku boleh tolong. Siapa yang handle
kes
arwas suami Rose tu?” Soal Imran lagi.
“Inspektor
Zahid jugak. Tapi dia orang tutup kes ni setahun yang lepas. Aku
ingat, aku nak mintak Inspektor Zahid bukak balik kes ni.” Imran
hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.
“Okay,
esok kau teman aku pergi jumpa Inspektor Zahid.” Ajak Imran.
“Okay,
no problem.
Jumpa esok Im.” Imran terus menuju ke arah keretanya dan pulang ke
rumah.
Rose, I akan
kembalikan you yang dulu. Itu janji I. Tekad Imran dalam hati.
ROSE
melihat gambarnya bersama arwah
suaminya. Gambar itu di ambil ketika mereka berbulan madu di Langkawi
empat tahun lepas.
“Abang,
Adina rindu sangat dekat abang.” Ujar Rose sambil mengusap-usap
gambar tersebut. Setitis demi setitis air matanya jatuh.
Dia teringat
perbualan dengan arwah suaminya sebelum arwah suaminya pergi ke kerja
dan telah meragut nyawa arwah suaminya itu.
“Adina
sayang abang tak, sayang?” Soal Syafiq sambil mengusap rambut Rose.
Rose yang ketika itu
sedang membetulkan tali leher suaminya itu hanya tersenyum sahaja.
“Soalan
apa abang bagi dekat Adina pagi-pagi ni?” Soal Rose juga.
“Ala,
jawab lah yang.” Syafiq sudah memuncungkan mulutnya.
“Ei,
tak handsome
lah
abang buat muncung macam tu. Tak macho
langsung
tau.” Rose mengetip mulut suaminya.
“Dah
Adina tak nak jawab soalan abang, sebab tu abang buat muncung macam
ni.” Syafiq masih memuncungkan mulutnya lagi.
Rose hanya ketawa
melihat gelagat suaminya.
“Mesti
lah Adina sayang abang. Tak akan Adina tak nak sayang suami handsome
Adina
ni. Dia lah pengarang jantung hati Adina tau.” Rose terus menyikat
rambut suaminya. Tak tahu kenapa Syafiq nampak manja sangat pagi ni.
Selalunya dia okay
saja, tapi manja dia pagi ni lain sikit.
“Adina,
pandang abang kejap sayang.” Rose terus memandang ke arah suaminya.
“Kenapa
bang? Bagi lah Adina siapkan sikat rambut abang ni.” Balas Rose.
Setelah selesai menyikat rambut suaminya, mereka berdua terus duduk
di birai katil. Pandangan mata mereka bersatu.
“Adina
tahu kan yang abang sayangkan Adina?” Rose semakin pelik dengan
perangai suaminya pagi ni.
“Mesti
lah Adina tahu, abang ni kenapa?” Rose mengerutkan dahinya. Suami
aku ni demam ke sampai merepek pagi-pagi macam ni? Detik Rose
sendiri.
“Abang
tak sanggup nak kehilangan Adina, sayang.” Ujar Syafiq sambil
mengelus pipi Rose lembut.
“Adina
berjuta-juta kali tak sanggup nak kehilangan abang. Abang lah
satu-satunya lelaki yang Adina paling sayang.” Rose jugak mengusap
pipi Syafiq lembut.
“Adina,
kalau abang dah tak ada nanti, Adina jaga diri baik-baik ye sayang.”
Kata-kata Syafiq mengejutkan Rose yang sedang mengusap pipi Syafiq
itu. Terus terhenti usapan Rose di pipi suaminya itu.
“Abang
cakap apa ni?” Rose rasa tak sedap hati dengan kata-kata Syafiq.
“Abang
cuma ingatkan Adina aje sayang.” Kata Syafiq lagi.
“Adina
tak nak dengar abang kata macam tu lagi. Adina tak suka.” Rose
terus memeluk Syafiq dengan erat.
“Kan
abang cakap abang cuma...”
“Adina
cakap Adina tak suka tu tak suka lah.” Belum sempat Syafiq
menghabiskan kata-katanya Rose telah memotong ayat Syafiq itu. Rose
terus menangis setelah berkata begitu.
Syafiq memeluk Rose
dengan erat dan mengusap belakang Rose dengan lembut.
“Jangan
macam ni sayang, kalau Adina menangis abang tak boleh nak usap pipi
Adina. Nak kesat air mata Adina. Isteri abang ni kuat kan?” Rose
hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Air mata tak berhenti mengalir
dari pelupuk matanya.
“Adina
tak kuat abang, jangan abang tinggalkan Adina.” Ujar Rose dalam
tangisannya.
“Sayang,
jangan menangis macam ni. Abang tak suka tengok Adina menangis.”
Syafiq terus mengucup ubun-ubun isterinya untuk menenagkan isterinya.
“Abang
yang buat Adina menangis macam ni.” Rose memuncungkan mulutnya.
Syafiq terus
mengucup mulut Rose.
“Kenapa
abang cium Adina ni?” Kata Rose sambil menjeling manja ke arah
Syafiq.
“Sebab
Adina buat muncung macam tu, abang cium lah. Berhenti lah menangis ye
sayang, baju kemeja abang ni dah basah dah sebab kena air mata
Adina.” Syafiq terus mengesat air mata yang mengalir ke pipi mulus
isterinya.
“Okay
Adina
berhenti menangis. Lepas ni kalau abang cakap macam ni, Adina mogok
tak nak cakap dengan abang.” Ugut Rose.
“Janganlah
mogok sayang, Adina sorang je yang abang ada dekat dunia ni. Siapa
nak layan abang nanti.” Kata Syafiq dengan suara yang lirih.
“Tapi
Adina tak suka abang cakap macam tu. Abang sorang aje yang Adina ada
dekat sini. Abang lah penguat semangat Adina.” Ujar Rose dengan
mata yang bergenang dengan air mata.
“Adina
jangan menangis, please.
Okay, abang
dah tak cakap macam tu lagi. Kalau Adina menangis, kesian anak kita
ni ashik nak menangis aje.” Kata Syafiq sambil mengusap perut Rose
yang memboyot dengan lembut.
“Abang
lah yang buat Adina menangis. Sayang, sayang jangan kawan dengan papa
tau. Sayang kawan dengan mummy
je eh. Papa suka buli mummy
sampai nangis.” Kata Rose sambil mengusap perutnya lembut.
“Ye
lah siapa lah nak kawan dengan kita ni kan. Baby
dengan
mummy
tak
nak kawan dengan papa, merajuk lah macam ni.” Syafiq terus bangun
dari duduk. Belum sempat dia nak berjalan Rose memegang pergelangan
tangan suaminya.
“Ala
la la la,
papa baby ni
merajuk lah pulak. Tak mahu merajuk ye abang.” Kata Rose sambil
mengusap tangan suaminya lembut.
“Ye
lah, abang tak merajuk. Jom lah sayang abang dah lambat nak pergi
kerja ni.” Syafiq terus menarik tangan Rose dengan lembut dan
mereka sama-sama turun ke bawah. Selesai saja Syafiq memakai
kasutnya, Syafiq bangun dan memusingkan badannya menghadap Rose.
“Sayang
jaga anak kita ni baik-baik ye? Cakap dekat dia yang papa dia ni
sayang dia sangat-sangat. Sayang jangan menangis tau. Janji dengan
abang yang Adina akan kuat melalui semua rintangan dan dugaan yang
bakal di hadapi akan datang ye sayang.” Rose hanya menganggukkan
kepalanya sahaja.
Syafiq
membongkokkan sedikit badannya dan merapatkan telinganya ke perut
Rose. “Sayang papa, sayang papa tolong jagakan mummy
untuk papa ye? Jangan naughty
naughty, kesian mummy
nak jaga anak papa yang lasak ni.” Rose hanya mengusap kepala
Syafiq yang ada pada separas perutnya.
“Abang
pergi dulu ye sayang. Ingat abang sayang Adina, jaga anak kita
baik-baik.” Syafiq terus memeluk Rose.
“Abang
jaga diri ye, jumpa abang petang ni.” Syafiq hanya menganggukkan
kepalanya dan terus mengucup dahi Rose dengan lama.
“Abang
pergi dulu ye sayang. Bye,
assalamualaikum.” Syafiq menuju ke arah keretanya dan terus
berlalu.
Pada petang itu,
Rose mendapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan suaminya
kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Hanya Allah sahaja yang
tahu, betapa Rose berasa nak meraung dan melalak apabila mendengar
berita tersebut. Tapi arwah Syafiq sudah menyuruh dirinya berjanji
supaya tidak menangis apabila dia dah tak ada nanti.
Lamunan Rose
tiba-tiba hilang begitu sahaja apabila kedengaran telefonnya
berbunyi. Rose mengelap air matanya dan mencapai telefon yang ada di
atas katil dan tertera nama 'mak' di skrin telefon.
“Assalamualaikum
Rose, mak ni?” Puan Asyiqin memberi salam.
“Waalaikumusalam,
kenapa mak? Akmal buat perangai ke?” Rose menjawab salam dan
menanyakan perihal anaknya.
“Dia
tak nak tidur Rose, dia ashik tanya mana kamu aje ni. Kamu tak nak
balik ke Rose? Kesian anak kamu ni.” Rose melepaskan keluhannya.
Bukannya dia tak nak balik, tapi dia ada kerja yang perlu dia
lakukan.
“Bukan
Rose tak nak balik mak, Rose ada kerja. Minggu depan Rose balik ye?”
Ujar Rose.
“Mak
dah cakap macam tu dekat dia, tapi dia ashik menangis aje dari tadi
nak kan kamu.” Tiba-tiba Rose rasa rindu nak peluk anaknya itu.
“Nek,
Amal nak akap ngan mummy
plish.” Kedengaran suara pelat Akmal meminta telefon dari neneknya.
“Mak,
bagi Rose cakap dengan dia ye.” Pinta Rose kepada Puan Asyiqin.
“Kejap.”
Puan Asyiqin memberi telefon tersebut kepada cucunya.
“Mummy,
Amal windu mummy.”
Kata Akmal dengan pelatnya. Suara anaknya itu kedengaran serak.
Mungkin baru lepas menangis agaknya.
“Mummy
pun rindukan Amal sayang, Amal jangan lah nakal-nakal. Kesian nenek
nak jaga hero
mummy
yang nakal ni.” Pujuk Rose.
“Amal
nak mummy.
Amal nak eluk mummy.
Plish mummy.”
Rose rasa hendak menangis apabila mendengar rayuan anaknya.
Abang, Adina rindu
abang. Manja Akmal sebijik macam abang. rintih Rose dalam hati.
“Amal
nak mummy
balik sekarang ke?” Soal Rose kepada anaknya.
“Amal
nak mummy
cekarang. Plish mummy
plish.” Rayu Akmal yang sudah menangis-nangis.
“Amal
bagi phone
dekat nenek sekejap.” Kata Rose kepada anaknya.
“Mummy
nak akap ngan nenek.” Kata Akmal dengan pelat.
“Kenapa
Rose?” Soal Puan Asyiqin.
“Mak,
Rose nak balik malam ni ye. Esok Rose nak bawa balik anak Rose balik
sini. Rose nak duduk dengan anak Rose mak.” Pinta Rose kepada Puan
Asyiqin.
“Rose,
mak tak halang kamu nak bawa anak kamu sekali. Dia anak kamu kan.
Kalau arwah Syafiq tahu dia mesti nak kamu jaga anak dia dengan baik.
Bawa lah Akmal balik ye Rose.” Rose terus menitiskan air matanya
apabila mendengar maknya menyebut nama arwah suaminya.
“Kalau
macam tu, Rose nak siap-siap dulu lah. Mak suruh lah Amal tidur dulu
ye, cakap dengan dia nanti Rose balik.” Rose memutuskan talian dan
menuju ke wardrobe
lalu mengeluarkan baju yang perlu dia bawa balik ke kampung.
Setelah selesai
packing barang, Rose terus turun ke bawah. Aira yang sedang
menonton drama Korea menyedari Rose turun ke bawah dengan
membawa luggage nya.
“Kau
nak pergi mana Rose?” Soal Aira dengan pelik.
“Aku
nak balik kampung. Anak aku menangis nak aku. Esok aku balik sini
tengahari macam tu lah. Aku bawak Akmal sekali.” Beritahu Rose
kepada Aira.
Aira mengikut Rose
menuju ke arah keretanya..
“Habis
tu pasal undercover
esok malam?” Soal Aira lagi.
“Aku
tak tahu lagi lah, maybe
aku minta tolong Kak Min jaga Akmal sekejap.” Balas Rose lalu
menutup bonet belakang.
“Kalau
kau dah kata macam tu, aku tak tahu nak cakap apa lagi.” Aira hanya
mengalah sahaja.
“Ikutkan
hati aku, nak aje aku bawak Akmal pergi undercover
tu. Tapi mana boleh kan.” Rose melepaskan keluhan dengan berat.
“Tak
apa, aku rasa Kak Min tak kisah kalau dia tolong tengok-tengokkan
anak kau. Lagi pun anak Kak Min kan suka dengan Akmal.” Ujar Aira
sambil mengusap bahu Rose.
“Betul
jugak tu, okay
lah Ai, aku gerak dulu lah. Nanti lambat pulak sampai Melaka. Kau
duduk rumah baik-baik ye. Jangan buat perangai pulak.” Gurau Rose.
Aira hanya melepaskan ketawa kecil apabila mendengar Rose berkata
begitu.
“Merepek
lah kau ni. Bawak kereta baik-baik tau Rose.” Pesan Aira.
“Okay.
Bye
Ai jumpa esok.” Aira hanya menganggukan kepalanya sahaja.
Rose terus berlalu
sehingga hilang dari pandangan Aira.
Aku tahu kau kuat
Rose. Arwah Syafiq mesti bangga dapat isteri macam kau. Desis hati
Aira.
No comments:
Post a Comment