Monday, 20 April 2015

Suami Unexpected 12



BAB 12

MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tengku Ziqri dan Tengku Maria sambil berpegang tangan. Sebelah lagi tangan milik Zamir menarik beg baju mereka. Masuk saja ke dalam rumah, mata mereka meliar mencari kelibat orang di dalam rumah itu.

Mana dia orang semua bang? Tak nampak pun.” Ujar aku kepada Zamir. Sempat lagi mata aku ni melihat kemewahan dan kekemasan rumah Zamir ni. Memang sedap mata memandang. Cantik pulak tu.

Zamir mengangkat bahu menandakan dirinya tidak tahu.


Abang tak tahu lah yang, jom lah kita naik atas. Mungkin mama dengan papa keluar agaknya.” Ajak Zamir lembut.

Aku mengangguk dan mengikut langkah Zamir naik ke atas. Sempat lagi kami bergurau semasa menaiki tangga. Kalau tersilap gurau, alamatnya boleh jatuh tangga kami nanti hu hu hu.

Baru saja Zamir ingin memulas tombol pintu, dia ditegur oleh seseorang. Aku hanya buat bodoh tanpa pandang wajah dia. Buang masa aje. Lebih baik tengok muka laki aku, sedap mata memandang. Menggatal pun ye gak.

Abang Mir baru sampai ke?” Soal Zafiq tapi matanya dihalakan ke arah belakang badan isteri abangnya. Memang menggatal tahap petala betul si Zafiq ni.

Zamir mengetap giginya kuat. Kau tanya aku soalan tapi mata kau duk pandang bini aku. Ada jugak aku cungkil mata kau nanti Fiq. Gerutu Zamir dalam hati. Dia memandang ke arah isterinya yang turut memandangnya. Dia mencium dahi wanita itu perlahan di hadapan adiknya. Biar padan dengan muka adiknya tu.

Sayang pergi masuk dalam dulu ye. Kejap lagi abang masuk. Abang rasa macam ada mata jahat duk pandang-pandang sayang abang ni daripada tadi. Sakit betul hati abang ni menengoknya.” Sinis Zamir berkata.

Aku mengemam bibir kuat. Rasa nak ketawa tergolek-golek dengar Zamir cakap macam tu. Memang tak makan saman betul laki aku ni he he he.

Okay abang, Nurin masuk dalam dulu ye. Jangan lama lama sangat tau. Nanti Nurin rindu.” Aku mencium pipi Zamir lalu mengeyit mata kepada suamiku. Dengan segera aku masuk ke dalam bilik Zamir. Rasa geli pun ye jugak bila tengok pandangan mata Zafiq tu. Dulu masa aku nak kau, kau suruh aku kahwin dengan abang kau. Sekarang ni, bila aku dah sayang abang kau, kau duk terhegeh-hegeh nak dekat aku. Sorry to say lah bro, aku memang dah tak pandang kau lagi dah. Tak ingin!

Zafiq yang melihat semakin membara hatinya. Kau orang memang sengaja cabar aku kan? Tak guna! Bentak Zafiq dalam hati.

Kau cakap apa tadi Fiq?”

Zafiq menggeleng.

Tak ada apa-apa lah bang. Aku masuk dalam dulu. Sorry ganggu kau tadi.” Zafiq menepuk bahu Zamir dan berjalan menuju ke biliknya.

Zamir memandang langkah Zafiq dengan pandangan yang jengkel. Sakitnya hati dia memang mendalam bila melihat adiknya memandang isterinya seperti tak pernah tengok. Dia segera masuk ke dalam biliknya. Lebih baik dia layan isteri dia daripada layan perangai pelik adik dia tu.

Masuk saja ke dalam bilik dia dapat melihat isterinya berdiri di balkoni bilik sambil mengelamun. Apa yang dilamunkan isterinya itu, dia sendiri tak tahu. Dia berjalan menghampiri wanita itu lalu tangannya melingkar di pinggang ramping isterinya.

Terkejut aku apabila ada seseorang memelukku dari belakang. Tak payah toleh belakang tengok siapa, bau wangian yang dipakai pun dia dah tahu siapa pemiliknya. Suami kesayangan dia lah. Siapa lagi kan?

Apa yang sayang abang ni mengelamun je daripada tadi? Sampai abang masuk pun Nurin tak sedar.” Ujar Zamir lembut. Dia mengeratkan lagi pelukan pada pinggang isterinya itu.

Aku menggeleng.

Tak ada apa lah bang. Nurin saja je ambil angin petang sebab tu tak sedar abang masuk.” Dalih aku.

Zamir tersenyum sumbing. Dia tahu isterinya ada rahsia yang disimpan olehnya.

Zamir menyangkutkan dagunya di atas kepala isterinya yang dilitupi tudung itu.

Nurin tak nak bagitahu abang rahsia Nurin ke?”

Aku menelan air liur perlahan. Macam mana dia tahu aku ada rahsia ni? Huh.

Macam mana abang tahu Nurin ada rahsia ni?”

Zamir kulum senyuman manis.

Nurin isteri abang. Bila sayang berahsia, abang automatik akan tahu sayang. Jadi, apa rahsia Nurin tu? Abang tak nak ada rahsia di antara kita sebab abang takut ada salah faham yang boleh buat kita bergaduh nanti. Perkhawinan tak akan indah kalau ada rahsia tanpa diketahui oleh pasangan kita sayang. Jadi, apa rahsia sayang tu?”

Aku memandang kolam renang dengan pandangan yang berbelah bagi. Rasa berat hati sangat nak bagitahu Zamir tentang rahsia aku. Aku tak nak Zamir kecewa hanya kerana dia dengar rahsia aku nanti. Huh.

Aku memusingkan badanku menghadap Zamir lalu memeluk pinggang lelaki itu erat. Aku menyembamkan wajahku pada dadanya. Terdengar degupan jantung Zamir yang kedengar merdu menyapa halwa telingaku. Sungguh syahdu.

Sayang... kalau Nurin rasa berat nak bagitahu abang rahsia Nurin, tak payah bagitahu sekarang. Nanti nanti pun boleh sayang.”

Aku menggeleng.

Nurin nak bagitahu sekarang tapi... abang kena janji dulu jangan marah atau merajuk Nurin nanti.” Aku menongkat dagu pada dada Zamir lalu mendongak memandang Zamir dengan membuat muka simpati.

Zamir tersenyum dan dia mencium dahi isterinya itu. Tangannya mengusap belakang badan isterinya lembut.

Abang janji tak akan marah Nurin atau merajuk dengan sayang.”

Aku mengeluh.

Sebenarnya Nurin tak tau lah ni rahsia atau tidak. Tapi Nurin kena bagitahu abang. Dulu... Nurin sukakan Zafiq. Masa mula-mula Zafiq suruh Nurin kahwin dengan abang, Nurin tak nak. Yelah, tak akan Nurin nak kahwin dengan orang yang Nurin tak kenal. Tapi bila abang dengan Zafiq kata nak cari Nurin sampai lubang cacing, Nurin terima lah. Adik dengan abang sama je perangai, suka sangat buat kerja gila.”Cerita aku dan sempat lagi aku merungut.

Zamir ketawa kecil. Kelakar pulak dengan isterinya cakap begitu.

Nurin... sayang cintakan abang ke Zafiq?”

Of course lah abang. Buat apa Nurin nak cintakan Zafiq. Buang masa je tau.”

Tapi abang ni tak handsome.” Zamir buat muka sedih.

Aku mencebik. Sengaja lah tu nak suruh aku puji dia. Tumbuk perut kang.

Eleh sengaja lah tu nak cakap macam tu. Mengada-ngada nak suruh Nurin puji abang. Gedik!” Aku mencubit lengan Zamir perlahan.

Kuat gelak Zamir kali ni. Suka sangat gelak, nanti hati mati.

Dah... dah... jom kita masuk. Kejap lagi nak masuk maghrib dah.”

Ai ai captain.” Aku mengenyit mata kepada Zamir.

Haih sengaja kan nak goda abang?” Soal Zamir dengan muka tak puas hati.

Ingat bang, Nurin tengah bendera jepun ni.”

Zamir mendengus kasar.

Spoiler betul.” Rungut Zamir perlahan.

Terbahak-bahak aku gelakkan Zamir. Tak menahan betul. Kesian laki aku ha ha ha.




ZAFIQ merebahkan badannya dengan kasar di tilam. Geram betul dia dengan aksi abangnya dengan isteri itu. Sengaja buat dia panas hati.

Argh bodoh. Korang memang sengaja nak buat aku sakit hati. Kau memang cabar aku Qisha. Kau tak kenal aku siapa. Selagi aku tak dapat kau jangan kau nak bermimpi hidup bahagia dengan abang aku.” Kata Zafiq perlahan. Dia memandang siling dengan pandangan yang tajam. Ikutkan hati dia, nak aje dia marah mereka depan-depan. Baru puas hati dia ni. Dia bangun dari pembaringannya lalu mendengus kasar.

Kenapa lah aku bodoh sangat lepaskan dia dulu? Kenapa mulut aku ni tak cakap nak kahwin dengan dia? Kenapa perlu aku sebut nama abang Mir? Pergi lantaklah sama ada abang Mir tu sukakan dia atau tidak, yang penting aku mesti dapatkan dia. Ei... bodoh bodoh bodoh.” Zafiq merungut sendiri. Hati dia memang sakit bila difikirkan balik. Sakit sangat. Huh!




ZAMIR keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya. Dia memerhati isterinya yang sedang menyelak sesuatu dengan kening yang berkerut. Apa yang dia tengok tu? Desis Zamir sendiri. Dia berjalan mendekati isterinya dan cuba mengintai apa yang dilihat oleh wanita itu. Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya sedang menyelak album dia masa kecik-kecik dulu. Dengan segera dia merampas album itu di tangan isterinya. Dia peduli apa dengan muka terkejut wanita itu, janji dia dapat ambil balik album ni. Malu tahu tak!

Apa abang ni? Nurin baru nak tengok tau.” Rungut aku lalu memuncungkan mulut. Geram betul dengan suami aku sorang ni, orang baru nak tengok gambar dia masa kecik-kecik, dia dah rampas dulu. Kedekut!

Tak boleh tengok. Abang malu tahu tak.” Zamir menyorokkan album itu dibelakang badannya. Takut budak kecik ni rampas daripada dia.

Nurin kan isteri abang. Tak akan nak tengok gambar abang masa kecik-kecik tak boleh kot? Kalau comot tu normal lah, budak kecikkan? Bagi lah ye bang, abang comel sangat masa kecik-kecik dulu, rasa macam nak cubit pipi abang macam ni.” Aku mencubit pipi Zamir lalu menggoyangkannya.

Terjerit kecil Zamir menahan sakit apabila di cubit. Dia ingat aku ni budak kecik ke? Aku ni laki dia tahu tak, gerutu Zamir dalam hatinya.

Sayang lepas lah, sakit tahu tak.” Ujar Zamir dengan susah sebab menahan rasa sakit.

Aku melepaskan cubitan lalu melingkarkan tangan di leher Zamir.

Boleh lah bang. Please...”Rengek aku manja. Aku menjingkitkan kaki dan mencium pipi Zamir lembut. Berkali-kali aku cium pipi Zamir.

Terbuai Zamir menerima ciuman daripada isterinya. Nikmat sungguh!

Aku yang lihat Zamir sudah terbuai itu dengan segera merampas album dekat belakang badan Zamir. Terkejut lelaki itu.

I've got it abang.” Aku menunjuk-nunjuk album di tangan di hadapan Zamir.

Besar biji mata Zamir melihatnya. Ei... tak padan dengan kecik, cekap je tangan dia tu mengambilnya.

Nurin bagi balik.” Arah Zamir. Dia cuba mendekati isterinya tapi wanita itu cepat-cepat mengelak daripada di dekati.

Tak boleh, Nurin nak tengok jugak.”

Zamir mengeluh. Susah betul isteri dia ni. Tak apalah Mir, dia isteri kau. Sehidup semati pun kau dengan dia jugak. Desis Zamir sendiri.

Yelah, Tengok.” Jawab Zamir pasrah. Kalau tak mengalah nanti, lain pulak jadinya.

Aku ukir senyuman gembira dan dengan segera menarik tangan Zamir duduk di birai katil. Zamir hanya mengikut apa yang isterinya lakukan.

Jom tengok sama-sama nak?”

Zamir menggeleng.

Ala... jomlah tengok sama-sama.” Aku merengek manja. Sengaja nak buat suami dia cair he he he.
Mengeluh Zamir mendengar isterinya merengek. Suka sangat menguji iman aku, gerutu Zamir dalam hatinya.

Yelah... yelah... sengaja betul sayang ni. Suka sangat uji iman abang tau.”

Tersengih-sengih aku lalu dengan segera menyelak album itu satu persatu. Comel sangat muka Zamir masa kecik-kecik. Tembam. Nak dibandingkan dengan sekarang, tak gemuk tak kurus tapi sedang-sedang. Memang cantik body laki aku sekarang. Sedap buat bantal peluk!

Comel lah abang masa kecik-kecik. Geram sangat.” Ujar aku dengan suara yang ceria.

Tersenyum Zamir melihat telatah comel isterinya itu.

Kenapa kecik-kecik abang putih bila dah besar ni hitam ye?”

Zamir mengetap giginya geram lalu menolak kepala isterinya perlahan. Cinabeng punya isteri, sesedap perencah dia aje nak kutuk aku.

Memang lah sayang oi, abang dulu mana aktif bila dah besar ni je aktif. Lagipun abang ni bukannya hitam. Cuma kulit coklat cair je. Sesuka hati dia aje nak kutuk orang, tahu lah putih.”

Ketawa kecil aku mendengarnya.

Lah... terasa ke?”

Zamir menjulingkan matanya ke atas. Geram betul dia dengan isteri dia ni.

Tak kuasa abang nak terasa. Nurin tutup album ni sayang then pergi mandi. Busuk tahu tak?” Zamir menutup hidungnya. Memang sengaja dia nak menyakat isteri dia time time macam ni. Suka sangat kenakan orang, sekarang ni turn dia pulak kenakan isteri dia.

Kurang asam jawa punya laki, aku sikit punya wangi ni dia kata busuk? Sah hidung dia ada masalah.

Banyak lah abang punya busuk. Menyampah betul lah. Nah ambil album ni.” Aku meletak album tu dengan kasar di atas peha Zamir lalu menjeling tajam lelaki itu.

Menyeringai kecil Zamir menahan sakit. Tak makan saman betul isteri dia ni. Bila isterinya ingin bangun dari duduknya dengan segera dia menarik lengan wanita itu dan memeluk bahu isterinya perlahan. Tahu wanita itu tengah merajuk sekarang.

Sayang abang ni merajuk ke? Hmm... tak best lah kalau Nurin merajuk. Siapa nak layan abang nanti?”

Bila masa Nurin merajuk? Tak kuasa aku.”

Ketawa Zamir mendengarnya.

Yeke Nurin tak merajuk ni? Suara tu macam orang merajuk je.” Zamir mencuit sedikit dagu isterinya manja.

Aku menepis kasar tangan Zamir. Sengaja lah tu!

Zamir memaut erat bahu isterinya. Sekarang ni misi nak memujuk pengarang jantung hati dia ni.

Sayang... sayang nak tahu sesuatu tak? Orang perempuan ni tak elok merajuk tau, nanti lama-lama cepat tua. Abang tak nak lah isteri abang tua daripada abang, nanti orang fikir isteri abang ni mama abang. Malu lah abang yang.”

Ini pujuk ke mengutuk? Tak guna punya laki. Istillah mana dia pakai kalau merajuk cepat tua ni? Suka sangat buat ayat sendiri tau dia ni. Aku mencubit perut Zamir kuat. Geram ni tahu tak geram.

Berkerut-kerut dahi Zamir menahan sakit. Tapi dia tahankan aje.

Abang tahu tak apa yang abang cakap tu merepek. Bukannya nak pujuk orang tapi menyakitkan hati orang ada lah. Kurang asam keping punya jawa lah abang ni. Ei geram geram geram.” Makin kuat aku mencubit perut Zamir.

Argh yang sakit sakit sakit. Aduh... jangan lah cubit abang macam ni sayang. Sakit tahu tak.”

Aku melepaskan cubitan pada perut Zamir lalu menolak tangan Zamir yang ada di bahu dengan kasar.

Malam ni abang tidur bawah.”

Zamir mencebik.

Hello Puan Nurin Aqisha, this is my room. So suka hati abang lah nak tidur dekat mana. Dah lah kena puasa, lepas tu suruh abang tidur bawah. Mana aci.”

Aci dekat India.”

Ada je aci dekat Malaysia.”

Kaum abang lah tu.”

Kalau kaum abang, anak kita nanti pun aci jugak yang.” Makin galak Zamir menyakat isterinya itu. Sengaja betul!

Ei bengong punya laki. Dah lah Nurin nak pergi mandi. Makin lama Nurin layan abang, makin merepak tahu tak.” Aku menolak wajah Zamir dan dengan segera aku bangun dan berlalu menuju ke bilik air. Stress betul dapat suami masuk air ni. Yang masuk air ni jugak lah yang dia sayang.


Terbaring Zamir mengetawakan isterinya itu. Suka sangat dia tengok budak kecik tu marah. Comel!

No comments:

Post a Comment