TENGKU ASYTAR menyandar
perlahan badannya di kerusi kereta. Dia melelapkan matanya sebentar
untuk menghilangkan rasa penat yang menjalar di badannya. Dia
teringat akan perbualannya dengan pekerjanya tengahhari tadi. Sungguh
dia tak sangka, orang yang lembut di luar rupa-rupanya mempunyai
ketegasan di dalam dirinya. Sebab tu orang selalu kata don't
judge book by its cover.
Dia memang salah menilai diri Qaseh Alana. Dalam lembut wanita itu
tetap ada ketegasannya. Dia memang berasa terpukul dengan kata-kata
yang terluah daripada bibir wanita itu. Sampai sekarang ni, dia masih
tak sangka dengan perangai yang ditonjolkan oleh Qaseh Alana itu
tadi.
Argh, selepas ni dia harus berhati-hati kalau hendak bercakap dengan
perempuan itu. Dia tak nak berasa malu dan terpukul seperti tadi.
Malu kerana dia terlalu menilai seseorang perempuan itu melalui
luarannya sahaja. Bukan daripada dalamannya.
Tengku Asytar mencelikkan matanya.
Dia mengetuk-ngetuk perlahan streng kereta BMW X6 dia itu sebelum
menghidupkan enjin kereta. Dia menggerakkan keretanya dan berlalu
daripada tempat parking
kereta yang disediakan di syarikat keluarganya itu. Dia tidak perlu
terburu-buru pulang ke rumah kerana dia tidak mempunyai orang tua.
Orang tuanya sudah lama pergi menghadap ilahi ketika dia berumur 7
tahun. Selepas ibu bapanya pergi, dia duduk bersama nendanya sampai
lah sekarang. Tapi, nendanya itu tidak kisah jika dia ingin pulang
lambat atau cepat sebab nenda dia faham akan dirinya yang memegang
jawatan yang besar di dalam syarikat itu. Cuma, kadang-kadang aje
nenda dia itu akan risaukannya. Kadang-kadang ke? Macam tak je.
Tengku Asytar terus memandu keretanya membelahi malam dengan tenang.
Dia tidak mempedulikan suasana malam yang menunjukkan tanda-tanda
hendak hujan. Apa yang dia tahu, dia harus sampai ke rumah dengan
segera. Dia ingin merehatkan badannya yang sudah keletihan itu.
QASEH ALANA menguak pintu
rumah teres setingkat itu perlahan. Dia menyewa rumah itu bersama
kawan baiknyanya ketika di universiti dahulu. Dia terus berjalan
masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia langsung tidak menegur Nadia yang
sedang enak menonton televisyen itu. Nadia yang berasa dirinya tidak
ditegur oleh kawannya itu, terus menyoal Qaseh Alana dengan segera.
“Kau dah tak nampak ke aku yang ada dekat depan tv ni, Alana?”
Soal Nadia sinis.
Qaseh Alana terus memakukan kakinya di depan pintu biliknya. Dia
memusingkan badannya menghadap Nadia yang turut memandang ke arahnya.
“Nampak.” Qaseh Alana menjawab sepatah.
“Kalau dah nampak tu, kenapa tak tegur aku?”
“Sorry
lah, aku penat sangat lah Nad.”
“Kenapa kau lambat balik ni?”
“Traffic jammed.”
Jawab Qaseh Alana selamba.
“Aku tak suka lah kau naik bas tu Alana. Kenapa kau tak nak tumpang
aku je bila pergi kerja? Bahaya tahu tak kalau kau naik bas.
Lagi-lagi kau ni perempuan, lagilah bertambah bahaya.” Nadia
meluahkan rasa risaunya itu kepada Qaseh Alana.
“Nad, aku naik bas selama ni okay aje. Apa yang kau nak
risaukan.”
“Sebelum ni, tempat kerja kau bukannya dekat tengah bandar Kuala
Lumpur tu. Itu aku tak ada lah risau sangat walaupun aku tetap risau.
Tapi, tempat kerja kau sekarang jauh tau daripada rumah kita. Kau
ingat aku tak risau ke dengan kau Alana?”
“Nad, aku tahu kau risaukan aku. Tapi, kalau kau hantar aku pergi
kerja, lagi penat Nad. Kau nak kena ulang alik. Tempat kerja kau kan
dekat Damansara aku ni pula dekat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur
tu. Aku tak nak menyusahkan kau Nad, kau dah banyak tolong aku. Tak
terbalas budi yang kau taburkan kepada aku Nadia.”
Nadia melepaskan keluhan berat. Dia tidak suka kalau Qaseh Alana
mengungkit apa yang dia telah berikan kepada wanita itu.
“Tak ada istillah penat untuk kau Alana. Aku dah anggap kau macam
keluarga aku sendiri tahu tak?”
“Tahu. Tapi aku tetap tak suka menyusahkan kau Nad.”
“Terpulang pada kau lah Alana, penat aku nak bercakap benda yang
sama dengan kau. Elok-elok kau dah kerja dekat syarikat yang dekat
dengan rumah kita, kau sebuk pula nak pindah pergi syarikat yang jauh
daripada rumah kita.”
“Syarikat yang aku kerja sekarang ni, menawarkan gaji yang lebih
banyak daripada syarikat yang aku kerja dulu. Orang bodoh aje akan
menolak tawaran tersebut.”
“Yelah Alana, kau aje lah yang betul.” Pasrah Nadia. “Kau dah
makan ke Alana?” Tambah Nadia lagi.
Qaseh Alana menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Macam mana aku nak makan Nad, aku duduk dalam bas tu dari pukul 6
sampai lah pukul 8.”
“Kalau kau nak makan, kau pergi lah. Aku dah masak dah untuk kau
sekali.”
Qaseh Alana menganggukkan kepalanya.
“Nanti kalau aku nak makan, aku keluar ye. Aku nak masuk bilik dulu
ni.” Pamit Qaseh Alana. Dia memulas tombol pintu biliknya dan
berjalan masuk ke dalam. Dia meletakkan beg tangannya dia atas tilam
lalu merebahkan badannya yang keletihan itu. Dia merenung syiling
bilik dan teringat akan kata-katanya pada tengahhari tadi. Sungguh
dia tak sangka yang dia boleh berkata sebegitu rupa. Itu bukan diri
dia yang sebenar. Dia bukan seorang perempuan yang suka bercakap
dengan lelaki macam itu. Tapi kenapa bila berada di depan lelaki itu,
dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa? Pasti bosnya itu akan
anti dia. Tapi bagus juga kalau dia anti aku, tak ada
lah aku nak menaruh perasaan dekat dia. Kata Qaseh Alana dalam
hatinya.
Dia bangun dari pembaringannya lalu berjalan mengambil tuala di
ampaian lantas menuju ke arah bilik air yang ada di dalam bilik rumah
sewanya itu.
KERETA yang dipandu oleh Tengku Asytar terletak elok di garaj.
Tengku Asytar merehatkan sebentar badannya sebelum masuk ke dalam
rumah. Dia mengurut-urut sedikit tengkuk yang terasa lenguh akibat
memandu tadi.
Terlihat dari ekor matanya, lampu di ruang tamu masih bernyala. Mesti
nenda sedang menungu dirinya di ruang tamu. Argh, nendanya itu selalu
risaukannya macam dia ni budak kecik yang tak matang.
Tengku Asytar mengambil beg kerjanya lalu membuka pintu kereta
kesayangannya itu dan berjalan keluar untuk masuk ke dalam rumah.
Sesampai sahaja di depan pintu rumah, Tengku Asytar membuka kasut
kerjanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihat susuk tubuh
nendanya yang sedang membaca di ruang tamu itu.
“Assalamualaikum nenda, tak tidur lagi ke?” Tengku Asytar melabuh
punggung pada sofa yang ada di hadapan nendanya.
“Waalaikumusalam cucu nenda, nenda tunggu cucu kesayangan nenda ni
balik baru lah nenda sambung tidur.” Ujar Dato' Tengku Fauziah.
Tengku Asytar hanya menghadiahkan senyuman yang cukup manis kepada
nendanya. Sudah banyak kali dia nasihatkan nenda dia supaya masuk
tidur dulu tanpa menunggu diri dia, tapi nenda dia ni tidak ambil
peduli akan kata-katanya.
“Kan Asy dah pesan dekat nenda, jangan tunggu Asy balik. Bukannya
Asy tak balik rumah pun nenda.”
“Kamu tu kalau dah buat kerja, bukannya nak ingat balik rumah.”
Tengku Asytar melepaskan keluhan berat. Dia memandang ke arah Dato'
Tengku Fauziah dengan wajah yang keruh.
“Nenda, selama ni pernah ke Asy tak pernah balik rumah?”
“Memang lah tak, tapi kalau nenda tak pesan kamu betul-betul tak
balik rumah.”
“Nenda Asy bukannya budak kecik yang nenda boleh aturkan hidup Asy.
Asy dah besar nenda. Dah layak jadi suami dan bapak orang dah pun.”
Bentak Tengku Asytar.
Dato' Tengku Fauziah merenung tajam ke arah cucu tunggalnya itu.
Tiba-tiba dia berasa berang dengan gelagat cucu tunggalnya. Tidak
pernah cucunya membentak sebelum ini, kenapa hari ni dia boleh
berubah sampai macam ni sekali? Desis Dato' Tengku Fauziah sendiri.
“Tengku Asytar, nenda tak pernah ajar Asy membentak macam ni?”
Suara Dato' Tengku Fauziah naik seoktaf. Dadanya berombak-ombak
menahan rasa amarah.
Tengku Asytar tersandar lemah. Dia meraup mukanya dengan kasar. Dia
menghalakan pandangannya ke arah nendanya semula. Kelihatan nendanya
sedang memandang ke arahnya dengan renungan yang tajam.
“Asy tak nak membentak, tapi nenda yang buat Asy rasa nak
membentak.” Tengku Asytar membalas dengan suara yang perlahan. Dia
menekurkan pandangannya ke lantai. Dia takut melihat renungan tajam
nendanya itu. Dia begitu hormat wanita yang ada di hadapannya
sekarang ini. Jadi, untuk dia meninggikan suara kepada nenda dia,
memang akan padah lah nasib dia.
“Kamu kata kamu dah layak jadi suami dan bapak orang kan? Tapi
kenapa sampai sekarang, kamu tak suruh nenda jumpa dengan keluarga
Amanda untuk berbincang pasal perkahwinan kamu? Kamu bukan dah
bertunang dengan Amanda tu dua bulan Asy, tapi nak masuk dua tahun
kamu bertunang. Kamu ingat bagus ke ikat anak dara orang lama-lama?”
Tengku Asytar melepaskan keluhan berat. Ni lagi satu masalah, bukan
salah dia yang tak nak percepatkan tarikh perkahwinan tapi setiap
kali dia bangkitkan hal ini dengan Amanda, pasti saja tunang dia itu
banyak alasan.
Tengku Asytar memanggungkan kepalanya memandang wajah bengis Dato'
Tengku Fauziah itu.
“Bukan Asy yang tak nak percepatkan perkhawinan ni nenda, tapi
nenda kena lah faham situasi Amanda sekarang.” Balas Tengku Asytar
lembut.
“Kamu nak nenda faham kamu macam mana lagi? Amanda tu bukannya
model yang terkenal sampai dia tak ada masa nak fikir pasal
perkahwinan kamu. Dia tu hanya model muslimah aje. Kalau dia
tak nak kahwin dengan kamu, biar nenda pergi rumah mereka putuskan
pertunangan antara kamu dengan Amanda.”
Terus tegak badan Tengku Asytar apabila mendengan ayat-ayat yang
keluar daripada mulut nendanya itu.
“Nenda, nenda tahu kan yang Asy sayangkan Amanda sangat-sangat. Tak
akan nenda sanggup nak pergi rumah keluarga Amanda untuk memutuskan
pertunangan kami?”
“Nenda sanggup kalau kamu putuskan hubungan kamu dengan Amanda jika
Amanda sakitkan hati cucu nenda. Dia kalau nak kahwin dengan kamu,
buat cara nak kahwin. Bukannya melengah-lengahkan majlis perkahwinan
kamu berdua. Kamu ingat kalau bertunang lama-lama ni bagus ke? Nenda
dulu tak setuju apabila keluarga Amanda nak kamu berdua bertunang dua
tahun. Tapi disebabkan nenda sayangkan kamu, nenda terima aje
permintaan keluarga mereka tu.” Luah Dato' Tengku Fauziah kepada
Tengku Asytar. Dia nak cucunya berbincang dengan Amanda supaya
mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Dia tak betah nak suruh
cucu dia ikat anak dara orang lama-lama. Apa pula kata orang nanti.
Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah.
“Nanti Asy akan cuba berbincang dengan Amanda mengenai majlis
perkahwinan kami. Nenda tak perlulah risau.” Ujar Tengku Asytar
lemah.
“Baik. Sebolehnya nenda nak percepatkan majlis perkahwinan kamu.
Nenda tak nak buang masa lagi.” Setelah berkata begitu, Dato'
Tengku Fauziah terus bangun dari duduknya dan berjalan naik ke atas.
Tengku Asytar hanya memandang langkah nendanya itu dengan pandangan
yang lemah. Kenapa nendanya makin lama makin berkeras? Selama ni
nenda dia tidak pernah membangkitkan mengenai pertunangan dia dan
Amanda. Sungguh dia buntu dan runsing sekarang ni.
TELFEON BIMBIT dilekapkan ke telinga. Tengku Asytar sedang
berdiri di balkoni sambil menunggu panggilannya bersambut.
Selang berapa minit panggilan daripada sana terus bersambut.
“Hello
Amanda, I ni. You tengah buat apa tu?” Soal Tengku Asytar seteleh
dia mendengar Amanda mengucap hello
ketika menyambut panggilannya itu.
“I
ada shoot
kejap lagi ni Asy. Please
I'm quite busy.”
Jawab Amanda malas.
Tengku
Asytar melepaskan keluhan berat.
“Setiap
kali I call
you, you mesti cakap yang you ada shoot
lah busy
lah. Sekarang ni dah pukul 10, shoot
apa yang you tengah buat tu?” Tengku Asytar menyoal sinis. Dia
tahu, lately
ni Amanda sering cuba untuk mengelak dari bercakap dengan dia. Apa
salah dia, dia sendiri tak tahu.
“Err...
err... kerja I ni tak menentu masanya Asy. You kena lah
faham.” Jawab Amanda dengan tergagap-gagap.
Tengku
Asytar tersenyum sinis mendengar suara Amanda yang tergagap-gagap
itu.
“I
terlampau faham dengan you, sampai you tak ada masa dengan I Amanda.”
“Asytar,
I ni work
as a model
bukannya kerja pejabat yang kena ikut time
macam
you. Masa I ni tak menentu. You kena tahu tu.” Bentak Amanda.
Tengku
Asytar masih mengulum senyuman sinis.
“You
model
muslimah bukannya model
yang famous
di kenali semua orang.” Perli Tengku Asytar. Dia bengang dengan
perangai Amanda yang suka buat dia rasa sakit hati sekarang ni.
“Don't
underestimate me Asy.
Impian I, I nak jadi model
terkenal. Tak akan you dah lupa?” Balas Amanda dengan suara yang
tegas.
“I
langsung tak lupa Amanda malah I ingat semuanya.” Ujar Tengku
Asytar. Dia meraup rambutnya ke belakang dengan kasar.
“I
nak you straight
to the point.
Apa yang you penting sangat call
I time
macam ni?”
Tengku
Asytar melepaskan keluhan lemah.
“I
dah tak boleh telefon you ke Amanda, sampai hanya benda penting aje
yang boleh I telefon you?” Soal Tengku Asytar sinis.
“Please
straight Tengku Asytar.” Tegas Amanada membalas.
“Okay,
I akan cakap apa tujuan I call you malam ni.”
“Faster!”
Gesa Amanda.
“Nenda
suruh kita percepatkan tarikh perkhawinan kita.”
Amanda
mendengus kasar apabila mendengar kata-kata daripada Tengku Asytar
itu.
“I
malas.” Amanda menjawab pendek.
Tengku
Asytar rasa hendak mencarut mendengar kata-kata tunangnya itu tapi
cepat-cepat dia beristghfar. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu
dilepaskan dengan kasar. Dia memandang langit dengan perasaan yang
berkecamuk.
“You
serious ke tidak nak kahwin dengan I ni Amanda?”
“Can
we talk this later?”
“I
don't have a time to talk this later.”
“I
repeat it again, did you want to marry with me?” Sambung
Tengku Asytar.
“Kita
cakap benda ni esok, please.” Putus Amanda. Dia bosan hendak
berbincang mengenai perkara ini dengan Tengku Asytar.
“Okay...
I nak dengar jawapan keluar dari mulut you esok. I tuntut Amanda.”
Kata Tengku Asytar dengan suara yang tegas.
“Okay!”
Selepas berkata begitu, Amanda terus mematikan talian di antara
mereka.
Tengku
Asytar hanya memandang kosong telefon bimbitnya itu. Dia berasa
berang dengan perangai tunangnya yang suka mengambil mudah mengenai
perkhawinan mereka.
Sekali
you kecewakan I Amanda, I tak akan terima you lagi lepas ni. Itu
janji I! Kata Tengku Asytar dengan tekad dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment