Tuesday, 13 January 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 1



"WAH rindunya dekat Malaysia." Jerit aku tanpa memikirkan pandangan manusia di sekeliling aku yang memandang ke arah aku dengan pelik. Aku menarik luggage aku dan terus menuju ke MPH yang terdapat di KLIA 2 ni. Memang betul kata angah, dekat sini memang boleh dijadikan tempat shopping.

Aku masuk ke dalam kedai MPH tersebut dan terus menuju ke bahagian novel.


"Ya Allah, dah lamanya aku tak baca novel melayu ni." Jerit aku dengan suara yang perlahan. Duduk dekat Korea lima tahun memang baca novel Korea je hahaha.

Aku terus membelek-belek novel yang ada di depan mata aku sekarang ni. 'Ya Allah meamang rambang mata betul.' Desis aku sendiri. Ikutkan hati aku yang memang fanatik dengan novel ni, nak aja aku beli semua novel melayu dekat MPH ni.

Lelaki di sebelah aku hanya memandang pelik sahaja ke arah aku daripada tadi. Ye lah macam mana tak pandang pelik kalau daripada tadi aku duk cakap sorang-sorang je. Tengok dari cara pemakaian lelaki ni, macam seorang pilot. Hmm, handsome jugak mamat ni. Dengan tingginya, badan tegapnya, kulit putih, hidung mulut dengan mata tak sempat nak  skodeng nanti mamat sebelah aku ni perasan lah pulak.

Cukuplah 5 buah buku ni. Kalau dah habis baca aku ajak angah pergi MPH dekat alamanda saja lah. Aku terus menarik luggage aku dan memegang 5 buah buku d itanga. Kalau dah batak sangat dengan novel ni, sekali breli memang banyak, bukannya sebuah novel je tapi sampai 5 buah novel aku beli.

Sampai saja giliran aku untuk bayar aku terus meletakkan buku tersebut di atas kaunter. Harga untuk semua buku tu adalah RM 120. 120 ringgit burn macam tu je. memang membazir betul aku ni. Aku terus mengambil beg dompet dan mengeluarkan duit Korea tanpa memikirkan aku sekarang berada di Malaysia. Sengal kuasa sepuluh sangat time tu.

"Eh cik, ni bukan duit Malaysia." Tegur lelaki yang sedang menjadi cashier sekarang ni. Eh bukan ke? Allahurrobbi, aku lupa nak tukar duit tadi. Aduh mampuih mampuih.

"Erk..." Aduh apa aku nak cakap ni.

"Tak boleh ke ambil duit tu?" Soal aku tanpa memikirkannya. Otak kalau dah memang serabut tu memang tak tahu nak cakap apa lah weh.

"Memang tak boleh cik." Jawab lelaki itu lagi.

"Ala boleh lah kan." Desak aku.

"Memang tak boleh cik."

"Please, tolong boleh kan." Aku dah start buat drama swasta dah ni.

"Saya cakap memang tak boleh tu tak boleh lah cik." Eh.. Eh budak ni memandai je nak marah aku. Memang patut aku kena marah pun, mana boleh bayar guna duit negara lain.

"Please lah, saya memang nak sangat novel tu. Terima je lah duit Korea tu please please please." Rayu aku lagi tanpa memikirkan pelanggan yang sedang beratur di belakang aku.

"Ya Allah cik, memang tak boleh." Tiba-tiba ada seorang yang menghulurkan tiga keping duit RM100 ke arah lelaki yang menjadi cashier tersebut sekali dengan buku yang ada di tanggannya.

"Tak apa dik, bayar sekali saya punya dengan buku dia ye." Lelaki yang menjadi cashier tersebut hanya menganggukkan kepala dan terus melakukan kerjanya. Lelaki yang menjadi cashier itu memulangkan balik duit Korea yang aku berikan tadi sekali dengan plastic yang berisi novel yang aku pilih.

"You ikut I sekejap." Aku hanya mengikut sahaja langkah lelaki tersebut keluar dari kedai MPH. Tiba-tiba lelaki tersebut terus menghentikan langkahnya dan berpaling ke arah aku. Aku yang tak bersedia untuk berhenti masa itu terus melanggar dada lelaki tersebut. Erk... aduh apa kau dah buat ni Danisha. Kau suka sangat memalukan diri kau sendiri tahu tak.

"Maafkan saya, saya tak tahu awak berhenti mengejut tadi." Aku memohon maaf ke atas kekhilafan aku tadi.

"It's okay. Anyway, I nak tanya You dari mana sebenarnya ye?" Tanya lelaki pilot tersebut kepada aku. baru aku perasan lelaki ni lah yang pandang pelik dekat aku tadi.

"Saya baru balik dari Korea. Study abroad." Balas aku pulak.

"You tahu ni Malaysia kan?" Soal lelaki itu lagi.

"Ye saya tahu ni Malaysia, kenapa ye? Saya salah negara ke?" Balas aku dengan muka innocent. Bodoh tak bodoh jawapan aku tu, tak akan Indonesia pulak, lelaki tu cakap melayu kot bukannya cakap Indon.

Lelaki di depan aku terus menghamburkan ketawa bila aku berkata begitu. Aku buat lawak ke?

"Kenapa encik ketawa? Ada perkara yang lawak ke?" Soal aku dengan muka yang bingung.

"You made my day." Lelaki itu terus menghamburkan ketawanya lagi.

"Encik okay tak ni?"

"I okay lah. Nak gelak pun tak boleh ke?"

"Eh boleh, siapa je yang kata tak boleh kan?"

"Dah tu, suka hati I lah nak ketawa ke tak." Balas lelaki itu dengan senyuman yang sinis. Hekeleh berlagak betul orang gila ni.

"Saya tak nak bercakap banyak, apa tujuan encik panggil saya ikut encik ni?" Tanya aku kepada lelaki tersebut.

"Before than, let's me introduce myself first, my name is Syed Amsyar bin Tan Sri Syed Amran. Saya bekerja sebagai pilot dekat sini. So you?" Amsyar memperkenalkan dirinya kepada aku.

"I am Nurin Danisha. Saya belum bekerja but I just got back from Korean." Jawab aku pula.

"Hmm nice name." Puji Amsyar kepada aku

"Kamsahamnida." Orang dah puji apa lagi ucap terima kasih lah kan.

"Berbalik pada yang asal, apa motif encik Amsyar panggil saya ni?" Soal aku lagi.

"Pasal duit yang I bayar tadi untuk You, I nak balik duit I, can you?" Erk.. tak ikhlas betul nak bayar untuk aku mamat ni.

"Saya tak ada duit tukar, so macam mana saya nak bayar duit encik?"

"You buat lah apa-apa, janji You bayar balik duit I." Kedekut betul manusia depan aku ni.

"Tunggu jap, dekat sini ada pertukaran duit kan? Give me 20 to 30 minutes. Nanti saya datang sini bagi duit encik Amsyar balik." Tanpa membuang masa lagi, aku terus menuju ke tempat pertukaran duit. Selesai urusan tersebut aku terus menuju ke tempat kami berbincang tadi.

"Nah duit awak, sorry tadi saya tak sempat nak tukar duit, terus pergi MPH sebab tak sabar nak beli novel. So, this is my fault, take your money back." Aku terus menghulurkan duit yang berjumlah RM120 kepadanya.

Setelah dia mengambil duit yang aku hulurkan tadi, aku terus menarik luggage aku untuk beredar dari situ. Tiba-tiba aku terdengar Amsyar memanggil aku.

"Lain kali kalau You dah excited sangat nak beli novel, jangan lupa tukar duit ye." Wah sempat lagi dia duk perli aku, menyirap betul. Ni kali pertama dan terakhir aku jumpa mamat annoying macam dia tu lagi.

Aku terus menahan teksi yang ada di airport ini untuk pulang ke rumah. Rindunya dekat abah mama angah acik dengan adik. Along nak peluk korang ketat-ketat.


**********


YA Allah rindunya dekat rumah. Rumah teres setingkat aku pandang dengan perasaan yang rindu. Aku menarik luggage masuk ke dalam rumah. Aku lihat abah yang sedang bermain phone dan tidak perasaan akan diriku yang ada dihadapannya.

"Ehem... ehemm..." Aku berdehem dan melontarkan senyuman kepada abah.

"Along? Betul ke ni along? Ya Allah rindunya abah dekat along." Abah terus meluru ke arahku dan memeluk diriku dengan erat.

"Betul lah ni along. Rindunya along dekat abah." Air mata menitis setitik demi setitik. Aku mengetatkan lagi pelukanku untuk melepaskan rindu yang bersarang ini.

"Abah mama panggil." Tiba-tiba aku terdengar suara angah. Muka angah jelas terkejut bila melihat aku berdiri di hadapannya.

"Long ni kau ke? Gosh rindunya dekat kau. Mama along dah balik." Jerit angah memanggil mama yang mungkin ada di dapur.

"Hah along balik?" Aku dengar suara mama yang mungkin sedang menuju ke luar.

"Along, ya Allah rindunya mama dengan along. Kenapa tak cakap nak balik hari ni? Kalau tak biar mama ambil along dekat airport." Mama terus memeluk diriku untuk melepaskan rindu.

"Along pun rindu dengan mama. Rindu sangat. Along tak nak susah kan mama dengan abah. Dalam pada masa yang sama, along nak buat suprise. Suprise tak mama abah?" Aku terus mendepakan tangan menunjukkan cara orang memberi kejutan.

"Memang suprise sangat long. Kau ni kan, asal duduk lama sangat dekat Korea tu?" Marah angah lalu memukul bahu aku. Siot lah perempuan sorang ni, bukannya nak peluk aku ke apa tapi boleh pulak dia pergi pukul aku. Cett.

"Suka hati aku lah nak duduk lama-lama dekat korea tu ke tak. Aku balik ni sebab bosan lah pulak duk makan kimchi je hari-hari hahaha." Sunggu hiperbola betul makan kimchi hari-hari.

"Kau jangan nak sembang dengan aku lah long. Aku backhand kau kang." Hahahaha siot lah budak perempuan sorang ni, harap je umur dah 23 tahun tapi kesengalan dia tak pernah berubah.

"Dah dah, korang berdua ni kalau berjumpa ada je nak gaduh." Mama terus mengajak kami masuk ke dalam rumah.

"Along, tunang kamu ada jumpa kamu tak masa dekat korea hari tu?" Tanya abah kepadaku.

"Ada bah, kenapa?"

"Tak ada lah, bila tunang kamu tu nak cepatkan majlis perkhawinan kamu berdua? Tak elok bertunang lama-lama ni." Soal abah dan sempat memberi pesanan kepadaku.

"Entah lah bah. Dia kan busy dengan business dia tu, nanti along bincang dengan dia ye." Jawab aku.

"Baiklah. Pesan dekat dia, jangan bertunang lama-lama. Along pun dah balik Malaysia ni, kahwin je terus." Pesan abah lagi.

Nampaknya aku memang kena call Rafiq lah lepas ni. Rafiq tunang aku, seorang lelaki yang aku kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Kami dah bercinta since dari form 4 dan masa umur kami 19 tahun, kami putuskan untuk mengikat tali pertunangan sebelum aku berangkat ke Korea. Katanya dia tak nak aku cari yang lain masa dekat Korea nanti. Dia ni memang spesies manusia yang memang kuat cemburu. Tak faham ke yang aku ni sayang dia? Memang tak lah aku nak cari yang lain. Dah 2 tahun tak jumpa Rafiq, macam mana lah rupa dia sekarang. Lately ni pun dia tak balas email aku. Maybe dia busy kot. Aku balik Malaysia ni pun dia tak tahu. Rindunya dekat awak Rafiq.


Bersambung....

P/S : Sorry lah kalau permulaan mini novel ni tak menarik, harap comment lah ye.

No comments:

Post a Comment