DI dalam kereta itu hanya kedengaran tangisan yang dihamburkan oleh Danisha. Syed Amsyar yang sedang memandu itu hanya mendiamkan diri sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Danisha yang sedang menangis di sisinya.
"Dah lah tu, buat apa nak menangis untuk lelaki yang tak guna macam Rafiq tu. Sia-sia aje." Kata Syed Amsyar.
"Saya bukan menangis sebab jantan tak guna tu. Saya menangis sebab saya tak tahu nak terangkan macam mana dekat parents saya." Terang Danisha kepada Syed Amsyar.
"You tak payah risau, umi I nanti akan terangkan dekat parents you what was happen. Apa yang penting sekarang, you berhenti lah meangis tu. Nanti parents you kata apa pulak." Danisha terus mengelap air matanya dengan belakang tangannya.
"Saya tak tahu nak cakap apa." Beritahu Danisha lalu dia melepaskan keluhan yang berat.
"Kalau tak tahu nak cakap tu, tak payah lah cakap. Senang kan?" Balas Syed Amsyar dengan selamba.
Danisha sudah memberikan jelingan yang tajam kepada Syed Amsyar. Apa kesengal mamat ni, kutuk Danisha di dalam hati.
"Awak jangan nak main-main pulak ye. Saya cakap betul-betul tau." Ujar Danisha dengan geram.
"Bila masa pulak I main-main. I cakap betul-betul kan? If you tak tahu nak cakap apa, tak payah lah nak cakap." Jawab Syed Amsyar lagi.
"Awak ni annoying lah. Sama je perangai dekat airport hari tu." Kata Danisha dengan wajah yang macam nak makan orang.
"Peduli apa, janji I tak kacau orang." Hamboi-hamboi sedapnya dia bercakap. Kalau aku dah kahwin dengan dia macam manalah keadaan kami nanti, detik hati Danisha lalu menjeling ke arah Syed Amsyar
"Dah lah malas saya nak bertengkar dengan awak. Buat sakit hati je." Balas Danisha lalu memeluk tubuhnya dan menghalakan pandangan ke luar.
"I tak bertengkar pun dengan you." Kata Syed Amsyar lagi.
"Dah shut up."
"Okay." Jawab Syed Amsyar.
Akhirnya keadaan di kereta itu kembali sunyi cuma tidak kedengaran lagi tangisan yang dihamburkan oleh Danisha. Mereka membuat hal masing-masing. Di mana Danisha memandang ke luar dengan memikirkan masalah yang serabut di fikirannya dan Syed Amsyar tenang memandu tanpa memikirkan apa-apa masalah.
**********
"OKAY kita dah sampai." Kata Syed Amsyar setelah keretanya diberhentikan di hadapan rumah Danisha.
Macam mana mamat ni tahu rumah aku ni? Detik hati Danisha lalu memandang ke arah Syed Amsyar.
"Macam mana awak tahu ni rumah saya? Tadi saya baru nak tunjuk arah jalan rumah saya tiba-tiba awak boleh belok arah tu." Soal Danisha dengan wajah yang pelik.
Muka Syed Amsyar sudah pucat apabila mendengar kata-kata Danisha itu. Mampus, habislah rahsia aku kalau dia tahu aku ikut dia selama ni. Kata Amsyar dalam hati.
"I ikut kata hati I. Instinct lah katakan." Balas Syed Amsyar untuk menghilangkan rasa gugupnya.
"Boleh percaya ke awak ni?" Soal Danisha dengan wajah yang ragu-ragu.
"Terpulang pada you nak percayakan I atau tidak." Syed Amsyar membalas dengan selamba.
"Yelah saya percayakan awak." Jawab Danisha dengan malas. Kalau bersoal jawab banyak-banyak karang, ada jugak yang beraduh dalam kereta ni.
"By the way, terima kasih sebab hantar saya balik. Saya rasa terhutang budi dengan awak." Sambung Danisha lagi.
"Small matter. Esok umi saya datang terangkan apa yang patut." Bagitahu Syed Amsyar kepada Danisha.
"Hmm okay. Saya masuk dulu lah." Pamit Danisha.
Syed Amsyar menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata Danisha itu.
"Bawak kereta baik-baik." Pesan Danisha. Syed Amsyar tersenyum melihat gelagat Danisha itu.
Setelah Danisha keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah baru lah kereta Amsyar berlalu daripada situ. Apa lah yang akan terjadi kepada abah dengan mama apabila mengetahui perkara yang sebenar?
Rafiq memang tak guna. Suka buat keputusan yang boleh membuat orang menjadi gila. Nasib baik aku tak kahwin dengan kau. Bagus lah tu kau kahwin dengan Misha. Sama spesies aje. Penipu besar. Harapkan kawan, kawan makan kawan, kata Danisha di dalam hati dengan perasaan yang marah.
Mama dengan abah mungkin dah tidur sebabrumah kelihatan sangat sunyi. Mana tak sunyinya kalau aku balik pukul 12, kutuk Danisha kepada dirinya sendiri.
Dia merebahkan badan di atas katil setelah masuk ke dalam biliknya. Huh! stress aku dibuatnya. Kita tunggu saja lah apa yang bakal berlaku nanti.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment