Tuesday, 3 March 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 14



BAB 14

HAI pengantin awalnya bangun.” Tegur Dania. Angah ni tak padan dengan perempuan, kalau bercakap memang straight forward. Aku yang selalu selamba ni pun tak ada cakap lepas macam adik aku ni, kata hati Danisha.


“Along tak suka tidur lepas subuh sebab tu lah along bangun awal.” Balas Danisha. Dengan adik dia ni kena cakap baik-baik. Nanti dia akan korek rahsianya nanti.

“Along, best tak malam tadi?” Tengok, dia mesti nak korek kaw-kaw punya tu.

“Kau tak ada soalan lain ke nak bagi dekat aku ni ngah? Asal orang dah lepas kahwin je, mesti nak tanya best tak malam tadi, itu lah ini lah.” Jawab Danisha bosan. Macam mana nak tak bosan kalau soalan macam tu yang dia dengarnya.

He he he, jangan lah marah along. Kau rasa ada can tak mama dengan abah dapat cucu tahun ni?” Danisha terus mengetuk kepala Dania sebab geram dengan perangai adiknya itu. Memang tak makan saman betul minah sorang ni.

“Kau jangan tanya aku soalan luar alam tu boleh tak ngah. Aku smack down kau karang.” Dania masih mengusap-usap kepalanya yang diketuk oleh Danisha tadi. Along dia ni memang garang ya amat. Macam manalah abang Am tu boleh nak kahwin dengan along? Tak sakit ke ashik kena belasah dengan along yang macam hantu polong bila marah? Kata hati Dania.

“Kau jangan nak mengutuk along dalam hati kau ye ngah.” Sambung Danisha lagi.

Dania hanya menayang sengih kambing bagi menutup kesalahannya mengutuk kakaknya tadi. Macam ahli nujum dah along ni.

“Tapi kan along betul lah aku cakap tadi, ada can tak mama dengan abah nak dapat cucu tahun ni? Kalau kau dah ada anak nanti aku tak nak dia panggil aku mak ngah aku nak dia panggil aku Kak Nia. Baru nampak muda daripada panggil mak ngah.” Danisha ketuk kali kedua kepala adiknya itu. Dia memang dah geram dengan minah yang dekat depannya sekarang ni.

“Kau jangan nak perasan muda lah ngah. Kau tu dah tua tak payah nak panggil Kakak Kakak segala bagai. Kau tu layak panggil mak cik je.” Dania sudah memuncungkan mulutnya. Sakit betul hati dia, pagi-pagi dah kena ketuk kepala. Kalau perlahan dia tak kisah lagi. Ni kuat gila along dia ketuk kepala dia ni.

“Kau ni long ganas sangat lah, macam mana lah kau malam tadi kan?” Selepas berkata begitu, Dania terus lari daripada alongnya. Takut kena cubit pulak kali ni.

“Dania!!!” Jerit Danisha geram. Memang tak makan saman punya adik. Kau memang nak kena pelangkung dengan aku agaknya, kata hati Danisha dengan geram.

“Nisha kenapa jerit-jerit ni?” Soal Puan Marina dengan pelik. Macam mana dia tak pelik kalau anak dia ni menjerit pagi-pagi buta macam ni. Kalau orang ada sakit jantung memang dah lama jalan dengar anak perempuan dia ni menjerit.

“Nia tu mama, dia kacau Nisha pagi-pagi macam ni.” Ngadu Danisha kepada Puan Marina. Puan Marina yang mendengar nama Dania itu terus tersenyum. Anak dara dia yang sorang itu kalau tak kacau kakak dia ni memang tak sah.

“Dia kacau apa kali ni?” Soal Puan Marina.

“Err... tak ada apa-apa lah mama. Nisha nak naik atas dulu nak kejutkan abang Am kejap.” Dalih Danisha. Tak akan nak cakap dengan mama apa yang Dania cakap dekat dia. Mahu mama iakan nanti, parah lah dia.

Danisha cepat-cepat berlalu dari situ dan menuju ke biliknya. Puan Marina hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat anaknya.

Tak matang betul walaupun dah berkahwin, kata Puan Marina perlahan. Dia menyediakan bahan untuk sarapan pagi ni. Biarlah dia bagi anak sulung dia tu rehat. Kalau nak harapkan anak kedua dia nak tolong dia buat kerja rumah, memang berzaman lah dia nak tunggu anak dara dia sorang tu.




DANISHA masuk ke dalam biliknya dan melepaskan lelah setelah berlari daripada mamanya tadi. Kurang asam jawa punya adik, kau memang cari nahas dengan aku ngah. Bentak Danisha sendiri.

“Apa yang sayang membebel seorang diri tu?” Soal Syed Amsyar tiba-tiba. Muka dia berkerut-kerut memandang isterinya yang sedang bersandar di pintu itu.

Danisha yang terkejut ditegur oleh suaminya terus tegakkan badannya daripada bersandar di pintu bilik.

“Err... ta... tak ada apa-apa.” Jawab Danisha dengan wajah yang ditundukkan. Handsome lah pulak laki aku bila lepas bangun daripada tidur, kata hati Danisha.

Come.” Ajak Syed Amsyar sambil menghulurkan tangan kanannya.

Danisha berjalan menuju ke arah katil dan tidak menyambut huluran tangan tersebut. Dia hanya berdiri memandang suaminya.

Come sayang, kenapa berdiri aje.” Syed Amsyar terus menarik tangan Danisha kasar dan Danisha jatuh terduduk menghempap dada Syed Amsyar yand sedang baring tanpa memakai baju itu.

Syed Amsyar mengusap belakang Danisha dengan lembut dan matanya masih di arahkan ke arah isterinya yang tidak senang duduk itu. Dia suka tengok reaksi Danisha sebegitu rupa. Nampak comel aje.

“Kenapa gelisah semacam aje ni?” Soal Syed Amsyar lembut. Tangannya yang sebelah kiri itu mengusap rambut Danisha. Danisha menelan air liur perlahan.

“Sayang...” Meleret suara Syed Amsyar memanggil Danisha.

“Ye...” Sahut Danisha perlahan.

Bibir Syed Amsyar masih tersenyum tidak berhenti daripada tadi.

Thanks for last night.” Ujar Syed Amsyar lembut.

Aduh laki aku ni, dalam banyak-banyak benda yang dia nak cakap kenapa pasal malam tadi juga dia bangkitkan ni? Kata hati Danisha.

Danisha menyembamkan mukanya ke atas dada Syed Amsyar. Dia malu sangat apabila mengingatkan apa yang berlaku malam tadi

What's wrong with you, sayang?” Soal Syed Amsyar dengan ketawa yang kecil.

Dah tahu buat apa nak tanya lagi, guman Danisha perlahan.

Chill sayang. Dengan I aje pun.” Ujar Syed Amsyar. Dia masih ketawa daripada tadi.

“Awak boleh tolong berhenti ketawa tak?” Soal Danisha geram. Dia mengangkat mukanya daripada menyembam dada suaminya itu.

“Tak.” Jawab Syed Amsyar pendek.

“Ei... menyampah lah dengan awak ni.” Rungut Danisha.

“Menyampah menyampah pun, sayang I juga kan?” Soal Syed Amsyar sambil menari-narikan keningnya itu.

“Siapa yang sayang awak? Perasan.”

“Mana ada I perasaan.”

Yes you are!

No lah sayang.”

“Ye.”

“Yelah yelah I perasan puas?”

Danisha menganggukkan kepalanya.

Okay awak dipersilakan bangun sekarang. Mandi lepas tu kita turun makan.” Arah Danisha.

“Siapa you yang I kena ikut cakap you?”

“Eish awak ni kan. Saya tahu lah seorang isteri tak layak mengarah suami dia. Kalau awak tak nak bangun, ikut suka hati awak lah.” Balas Danisha malas. Cakap banyak nanti, dia pula yang sakit hati.

Danisha berniat untuk bangun daripada baringannya itu tapi Syed Amsyar terus memeluk pinggang Danisha erat.

“Apa ni awak? Saya nak turun lah.” Rungut Danisha.

“Turun dengan I.” Jawab Syed Amsyar.

“Habis siapa nak tolong mama masak ni?” Soal Danisha.

“Adik you kan ada. Suruh lah dia tolong mama you masak.”

“Eish awak ni kan.”

“Aip, jangan nak merungut. Dengan arahan suami awak ni.” Syed Amsyar melepaskan pelukannya di pinggang Danisha dan bangun daripada katil mencapai tuala di ampaian lalu menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.


Danisha memerhati dengan perasaan yang geram.

No comments:

Post a Comment