Wednesday, 25 February 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 13



BAB 13

AKU terima nikahnya Nurin Danisha binti Malik dengan mas kahwin sebanyak RM 500 tunai.” Akhirnya Danisha sah menjadi isteri kepada Syed Amsyar bin Tan Sri Syed Amran. Perkara ni berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Yang paling dia tak sangka, parents dia boleh terima Syed Amsyar sebagai suaminya. Apa yang ada pada lelaki itu sampai parents dia suka akan dia pun, dia sendiri tak tahu. Mula-mula bila abahnya, Encik Malik tahu mengenai Rafiq itu, abah dia memang mengamuk habis. Memang kena tadah lah telinga dia ni masa abah dia mengamuk dan membebel hari tu. Rafiq punya pasal, dia yang kena. Memang cinabeng toncet punya Rafiq. Ikutkan hati dia, dia nak aje serang rumah Rafiq lepas tu cincang badan Rafiq dengan lumat. Tapi dia sabarkan aje diri dia ni.

Dia berasa bersyukur sangat tak berkahwin dengan Rafiq. Kalau dia berkahwin dengan Raiq, makan hati berulam jantunglah dia setiap hari.

“Nisha apa yang dimenungkan lagi tu, salam lah suami kamu tu.” Tegur Puan Marina. Danisha terus tersedar daripada lamunannya. Aduh sempat lagi lah pulak aku ni mengelamun, detik Danisha di dalam hati.

Danisha menyambut huluran tangan suaminya. Entah bila si Amsyar ni sarungkan cincin dekat jari manisnya pun, dia sendiri tak sedar. Setelah selesai dia menyalam tangan lelaki itu, lelaki itu terus mencium ubun-ubunnya. Terasa nak menangis lah pulak, tapi dia tahankan aje.

Setelah selesai upacara pembatalan air sembahyang, tetamu semua meninggalkan kami di dalam bilik berdua. Katanya nak bagi privacy kepada pengantin. Cet... bukan selalunya pengantin kena layan tetamu ke? Ni boleh pulak di izinkan berdua-duaan. Aku dah nak terkuncil ni sebab gabra. Detik Danisha sendiri.

So how kahwin dengan I, happy tak?” Syed Amsyar memecahkan kesunyiaan di antara kami berdua. Happy? Apa punya soalan lah manusia sebelah aku ni.

“Tak ada soalan lain ke?” Soal Danisha pula.

“Tak ada.” Syed Amsyar menjawab selamba.

Happy ke tak ye?”

Syed Amsyar menganggukkan kepalanya.

“Tak!” Danisha pula yang menjawab selamba.

Ala asal tak happy pulak ni?” Syed Amsyar merengek. Danisha mengangkat sebelah keningnya dan membuat muka pelik. Mahu dia tak pelik, perangai manusia dekat depan dia ni tak sama macam dia berjumpa dengan lelaki ni masa dekat depan MPH berapa bulan yang lepas. Dia kena sampuk ke apa?

“Entah lah awak.”

You sepatutnya kena happy tau. Ramai orang nak dekat I, tapi I hanya pilih you aje untuk jadi suri hati I.” Syed Amsyar sempat memuji dirinya dalam dia nasihatkan Danisha.

“Oh ye ke?” Jawab Danisha malas.

Syed Amsyar menganggukkan kepalanya lagi.

“Kenapa awak tak kahwin aje dengan orang yang suka dengan awak tu?”

“Tak nak.”

“Kenapa pulak tak nak?”

“Sebab I hanya nak kahwin dengan you aje.”

“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”

“Sebab I sukakan you.” Mendengar jawapan Syed Amsyar itu Danisha terus terdiam. Tak ada lagi soalan yang keluar daripada mulutnya buat lelaki itu. Bila masa pulak mamat ni tangkap cintan dengan aku ni? Bisik hati Danisha.

Danisha memandang ke arah Syed Amsyar yang sedang tersenyum miang ke arahnya.

“Apasal awak senyum macam tu? Nak kena tumbuk ke apa?” Kata Danisha dengan geram.

“Salah ke I nak pandang isteri I macam tu?” Soalan dibalas dengan soalan. Memang dorang ni suka bertanya soalan aje ke? Tak suka nak menjawab?

“Tak salah tapi senyuman miang awak tu buat saya geli tahu tak.” Ujar Danisha.

“I suka senyum miang dekat you aje sayang. Dengan orang lain I tak pernah nak senyum miang ni.” Balas Syed Amsyar. Suara dia yang mendayu itu membuatkan bulu tengkuk Danisha naik. Seriau lah pulak dia tengok gaya Syed Amsyar ni.

“Awak jangan macam-macam boleh tak Amsyar?” Kata Danisha takut-takut. Mahu dia tak takut, dah lah dia duduk berdua aje dengan lelaki ni di dalam biliknya. Ada masuk icu jugak laki dia ni dia kerjakan.

Macam-macam apa pulak ni sayang?” Amsyar datang menghimpit dekat dengan Danisha. Danisha terlampau cantik di matanya. Memang bodoh lah Rafiq tu lepaskan Danisha yang cantik ni. Dia memang untung sebab dapat memiliki wanita ini. Sejak dari kali pertama dia lihat wanita ini dia sudah jatuh cinta. Danisha ini ada daya tarikannya tersediri. Pramugari-pramugari yang ada dekat airport tu pun tak boleh beat Danisha.

“Ma... macam ma.. macam...” Danisha tergap-gagap untuk menjawab.

“Macam ni ke?” Syed Amsyar terus mencium bibir Danisha. Tapi hanya seketika dia melepaskan bibirnya daripada bibir Danisha.

Danisha terkejut apabila bibir dia ni diragut oleh lelaki di hadapannya sekarang ni. Meman sengal betul lelaki dekat depan dia ni. Kalau nak cakap lah, main pandai-pandi dia aje nak cium orang macam ni. Kutuk Danisha di dalam hati.

“Apa awak ni?” Soal Danisha geram.

Apa, apa?” Syed Amsyar membuat muka pelik. Dia tahu Danisha marahkan dirinya. Tapi dia hanya buat bodoh aje.

“Kalau nak benda tu cakap lah.” Tempelak Danisha.

“Oh... nak lagi boleh?” Soal Syed Amsyar gatal.

Danisha membuntangkan matanya mendengar permintaan Syed Amsyar itu. Memang gatal nak mampus laki dia ni.

“Tak boleh.” Danisha menjawab cepat-cepat.

Syed Amsyar menghamburkan ketawanya. Geli hati melihat gelagat isterinya yang kalut itu. Kalut-kalut pun dia sayang okay.

“I gurau aje lah sayang. Malam nanti kita sambung ye. Jom lah kita layan tetamu, tak akan nak biarkan mama dengan abah yang layan tetamu kan?” Ajak Syed Amsyar.

Danisha melepaskan nafas dengan lega. Nasib baik dia bergurau. Tapi kalau malam ni, memang dia shaking lah, gulp! Syed Amsyar ni memang pelik betul perangai dia.

Syed Amsyar menarik Danisha bangun daripada birai katil dan mengenggam tangan halus milik isterinya. Mereka berjalan beriringan keluar daripada bilik itu dan menuju ke luar rumah untuk melayan tetamu. Tetamu itu penting. Sebab tetamu kan membawa rezeki.




DANISHA masuk ke dalam bilik setelah siap mengemas dapur. Walaupun mak cik – mak cik dia melarang dia membuat kerja dapur tapi dia tidak pedulikan larangan itu. Dia dah biasa buat kerja dapur jadi tak betah pula nak tengok orang lain buat kerja dapur sedangkan dia hanya duduk goyang kaki melihat mereka. Tak sopan lah pulak.

Danisha mencapai tuala di ampaian biliknya setelah mengambil baju di dalam almari dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Badannya teraa melekit walaupun dia sudah mandi petang tadi. Macam mana tak melekit kalau dia buat kerja dapur tadi.

Selang sepuluh minit Danisha keluar dari bilik air dan terlihat suaminya sedang baring melelapkan mata dengan tangan kanan di atas dahi. Dia mengantungkan tuala di ampaian dan menuju ke arah almari solek untuk menyikat rambut dan memakai losyen. Setelah selesai membuat semua itu, dia berjalan menuju ke arah Syed Amsyar.

Dia menilik muka suaminya. Dengan kulit yang putih, hidung macung, bibir merah menandakan yang dia bukan seorang perokok dan mata yang sepet. Yang paling dia tertarik dengan lelaki ini ialah lesung pipit di sebelah kirinya. Memang menawan habis. Memang patutlah lelaki ni ramai peminat. Tak dinafikan sebab dia mempunyai paras rupa yang boleh menarik perhatian para wanita di luar sana termasuk dirinya. Terasa bangga lah pulak ada suami yang handsome macam Syed Amsyar ni. Rafiq pun tak sekacak suaminya ini. Berbaloi lah jugak Rafiq lepaskan dia dan bakal kahwin dengan Misha.

Dah habis tilik muka I yang handsome ni sayang?” Syed Amsyar memecahkan lamunan Danisha. Danisha terus melarikan wajahnya dari menatap wajah Syed Amsyar. Dia malu sebab tertangkap melihat wajah lelaki itu.

“Err...” Danisha tak tahu ingin membalas apa.

Syed Amsyar menarik tangan kanan Danisha dan Danisha jatuh di atas dadanya. Jantung dia berdegup kencang apabila melihat muka Danisha begitu dekat dengannya. Macam manalah dia tak jatuh cinta dengan isterinya. Dengan wajah yang cantiknya lagi dan dengan kelam kabutnya.

“Apa yang err... err... yang?” Soal Syed Amsyar dengan suara yang perlahan. Telinga Danisha sudah terasa geli mendengar suara suaminya itu.

Nothing.” Danisha cuba merungkaikan pelukan Syed Amsyar yang erat di pinggangnya tapi Syed Amsyar lagi mengetatkannya lagi.

“Awak... boleh lepaskan saya tak?” Pinta Danisha. Dia sudah berasa seram sejuk dengan keadaan macam ni.

No!” Syed Amsyar menggeleng-gelengkan kepalanya.

Why? Tak akan kita nak duduk macam ni sampai pagi?” Soal Danisha lagi.

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Tak.”

“Sebab?”

“Tak selesa lah awak.”

“Kalau you tak selesa, I lepaskan you and you jangan tidur dekat bawah or sofa. Kisah kita bukan macam dalam kisah novel.” Pesan Syed Amsyar.

“Ye saya tahu.” Selepas mendengar Danisha berkata begitu, Syed Amsyar melepaskan tangannya yang memeluk pinggang Danisha tadi.

Danisha bangun daripada situ dan menuju ke arah sebelah suaminya yang sedang baring itu. Dia membaringkan badannya di sebelah dang mengiring ke sebelah kira membelakangi suaminya. Dia berasa segan untuk tidur menghadap Syed Amsyar. Ada yang tak tidur nanti.

“Kenapa you tidur membelakangi I?” Soal Syed Amsyar.

Danisha hanya mendiamkan diri sahaja.

“You dengar tak? Berdosa tahu tak tidur membelakangi suami.” Mendengar sahaja perkataan dosa, Danisha terus memusingkan badannya menghadap Syed Amsyar. Dia menutup matanya. Dia tak kuat nak pandang muka Syed Amsyar yang kacak itu.

Syed Amsyar ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu.

“You malu ke sayang?” Syed Amsyar mengiring badannya menghadap Danisha dan memeluk pinggang Danisha.

“Tak lah.” Jawab Danisha dengan mata yang tertutup.

“Kalau tak malu kenapa tutup mata bila bercakap dengan I?” Syed Amsyar menyoal lagi.

“Saya dah ngantuk, sebab tu saya tutup mata.” Danisha menjawab dengan malas. Sesungguhnya dia memang mengantuk sekarang ni sebab tu dia malas nak layan suaminya itu bercakap.

“Ala bukak lah mata tu, tak syok lah kalau you dah tidur ni yang.” Mendengar Syed Amsyar berkata begitu, Danisha terus membuka matanya. Tak baik ingkar cakap suami, itu yang mamanya pesan dekat dia semalam.

Okay, awak nak cakap apa dengan saya ni?” Soal Danisha dengan kening yang terangkat.

“Sebenarnya I tak ada apa nak cakap dengan you.” Danisha menjulingkan matanya ke atas mendengar alasan Syed Amsyar itu. Lebih baik dia tidur, ada jugak faedahnya.

“Tolong serius boleh tak?”

“I serius lah ni.”

Danisha mendengus mendengar jawapan suaminya itu.

“Tadi umi cakap dengan I yang dia nak cucu cepat-cepat. Yelah umur I sekarang kan dah 28 tahun. Dah layak benar untuk pegang title daddy ni sayang.” Ujar Syed Amsyar.

Dia ingat aku tak tahu ke maksud tersirat dia tu? Kata hati Danisha.

“So?” Soal Danisha pula.

“I nak you mengandung dua bulan dari sekarang.” Jawapan Syed Amsyar tu membuat mulut Danisha ternganga.

Are you nuts?” Soal Danisha geram.

Nope.

Huh! Danisha melepaskan keluhan. Memang tak masuk akal betul nak dia mengandung dalam masa dua bulan ni. Kalau dia mengandung tak apa lah tapi kalau dia tak mengandung macam mana? Tak ke nanti dia akan menyesal.

“Kalau saya tak mengandung dalam masa dua bulan tu macam mana?” Soal Danisha lagi.

“Kita usaha lah lagi. Usahakan tanda kejayaan.” Tangga kejayaan kepala otak hang, kutuk Danisha lagi.

Tangan Syed Amsyar sudah menjalar di tubuh belakangnya. Dia nak tak nak harus terima juga permintaan suaminya itu. Dia tak nak dilaknat oleh malaikat satu malam. Akhirnya dia merelakan juga permintaan suaminya itu.


To be continue...


No comments:

Post a Comment