BAB
10
QASEH
ALANA menarik kerusi dengan
lembut lalu melabuhkan duduk di situ. Dia memandang ke arah Izham
yang sedang tersenyum kepadanya. Berat pula bibir dia ni untuk
mengukirkan senyumam buat lelaki ni. Kalau tidak, selalu mulut dia ni
ringan aje nak senyum. Mungkin sebab kejadian tadi, bibir dia terasa
berat untuk tersenyum agaknya. Bila teringat kejadian tadi, dia ingat
lagi reaksi Tengku Asytar masa Izham datang ambil dia. Jelas yang
lelaki itu tidak suka tapi kenapa Tengku Asytar boleh jadi macam tu?
Kalau betul Tengku Asytar suka dia, kenapa lelaki tu tak berterus
terang aje? Kenapa buat dia tertanya-tanya? Huh.
“Awak
nak makan apa Alana?” Terus mati lamunan Qaseh Alana apabila
mendengar pertanyaan Izham yang duduk dihadapannya itu.
Qaseh
Alana membetulkan sikit cara duduknya.
“Ada
menu
apa je dekat sini?”
“Western
food. Choose
it, what
did you want?” Balas
Izham. Dia sedang menyelak buku menu
yang memang tersedia di atas meja.
Qaseh
Alana turut mencapai menu
tersebut. Dia juga turut memerhati hendak makan apa. Dia bukan lah
biasa sangat makan makanan macam ni. Tekak dia dah biasa makan nasi
untuk tengahhari. Nak tanya Izham, takut lelaki tu gelakkannya pulak.
Haih... dia memang tak suka nak buat pilihan macam ni.
“Dah
pilih ke Alana?”
Qaseh
Alana menjatuhkan buku menu
yang ada di tangannya lalu memandang ke arah Izham yang sedang
memandangnya itu. Erk... lama sangat ke aku duk belek menu
tu sampaikan Izham pandang aku macam tu? Desis Qaseh Alana sendiri.
Malu pula apabila diperhati oleh Izham macam tu.
“Err...
dah dah.” Jawab Qaseh Alana tergagap-gagap.
Izham
mengangguk.
“ Awak
nak apa?” Soal Izham lagi.
“Chicken
chop with watermelon juice.”
Balas Qaseh Alana.
Angguk
Izham lagi.
“Okay
saya orderkan.”
Qaseh
Alana hanya memerhati cara Izham mengorder
makanan. Patut ke dia terima lelaki ni sebagai suami dia? Nak kata
dia ni teruk, tak ada lah. Sebenarnya layak aje jadi menantu abah
dengan umi dia cuma... hati dan perasaannya milik lelaki lain. Kalau
lah Izham hadir sebelum dia mencintai Tengku Asytar, pasti sekarang
ni dia tak akan berharap pada tunang orang. Pasti juga sekarang ni
dia mencintai Izham tapi... perancangan Allah, siapa dia untuk
menolak. Mungkin ada hikmah disebalik pertemuan yang telah Allah
tetapkan ini.
“Boleh
kita mulakan sekarang?”
Qaseh
Alana mengangguk.
“Sure.”
Izham
menarik nafasnya perlahan lalu dilepaskannya lembut. Dia memandang ke
arah Qaseh Alana yang sedang memandangnya itu. Apa pun yang keluar
daripada mulutnya, dia nak Qaseh Alana terima dengan baik.
“Saya
tak boleh nak terima awak sebagai isteri saya.”
Terkejut
Qaseh Alana mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Izham itu.
Biar betul? Jadi, dia tak perlulah nak susun ayat untuk menolak dia
menjadi suaminya. Ya Allah terima kasih kerana mempermudahkan
segalanya. Qaseh Alana mengucap syukur dalam hatinya.
Izham
memandang riak muka Qaseh Alana yang kosong itu. Dia patah hati ke
yang aku tak nak dia jadi isteri aku? Detik Izham sendiri. Mata dia
masih terus-terusan memandang riak wajah Qaseh Alana.
“Awak
okay
tak Alana?” Soal Izham dengan wajah yang risau. Macam mana dia tak
risau, dia takut wanita itu menjerit sebab dia tolak wanita tu
daripada menjadi isteri dia.
Qaseh
Alana kulum senyuman manis. Wajah Izham jelas risau semasa menyoalnya
tadi. It's okay
Izham, saya langsung tak kisah awak tolak saya dari menjadi isteri
awak. Kata Qaseh Alana dalam hatinya.
“Saya
okay
je.” Balas Qaseh Alana pendek.
Izham
melepaskan nafas lega.
“Awak
tak kisah ke?”
Qaseh
Alana menggeleng.
“Saya
langsung tak kisah. Saya baru je nak susun ayat untuk tolak lamaran
keluarga awak tapi awak dah cakap dulu. Alhamdulillah lah
he he he.” Balas
Qaseh Alana sambil tersengih.
Izham
tersenyum.
“Terima
kasih Alana.” Ucap Izham.
“No
problem.”
“Boleh
saya tahu tak, kenapa awak tak nak kahwin dengan saya?” Tambah
Qaseh Alana.
“Saya
tak bersedia nak kahwin lagi. Awak memang cantik Alana tapi saya tak
boleh nak terima awak sebagai isteri saya. Cukup aje lah kita jadi
kawan. Itu sudah memadai.” Balas Izham.
Qaseh
Alana mengangguk.
“Oh...
semoga awak akan bertemu dengan seseorang yang boleh menambat hati
awak.”
Izham
kulum senyuman manis.
“In
Shaa Allah Alana.”
Qaseh
Alana turut tersenyum.
“Alana.”
“Hmm.”
“Saya
ada nak bagitahu sesuatu dengan awak.”
Qaseh
Alana mengangkat keningnya. Apa pulak yang dia nak bagitahu aku ni?
Detik Qaseh Alana sendiri.
“Apa
dia?”
“Saya
rasa Asytar suka awak.”
Terbeliak
biji mata Qaseh Alana mendengarnya. Biar betul mamat ni. Boleh pulak
teka-teka Tengku Asytar suka dia. Desis Qaseh Alana sendiri. Dia
terus ketawa kecil apabila mengingat balik apa yang lelaki itu
katakan.
“Nonsense!”
“Tak
akan awak tak sedar yang Asytar suka awak?” Izham menayang muka
pelik kepada Qaseh Alana.
Qaseh
Alana ukir senyuman sinis.
“Saya
ni bukannya ahli nujum yang boleh baca hati orang. Tapi, mana mungkin
Tengku Asytar tu suka saya sedangkan dia sendiri sudah bertunang. Tak
payah lah awak nak meneka benda yang tak masuk akal ni. Saya tak
berminat nak dengar.”
Izham
terdiam. Tak tahu nak balas apa. Pedas betul ayat perempuan ni, desis
Izham sendiri.
“Tapi
Amanda tu bukannya serius sukakan Asytar pun. Dia hanya sayang harta
Asytar je.”
Berkerut-kerut
kening Qaseh Alana mendengarnya.
“Macam
mana awak tahu dia hanya suka harta Asytar je?”
Kali
ni Izham pula yang kulum senyuman sinis.
“Kalau
dia tak suka harta Asytar, pasti mereka dah lama berkahwin tapi
tengok lah sekarang, bertunang dah lama tapi kahwin pun tak lagi.
Awak ingat Amanda tu jenis yang setia pada yang satu ke? Asytar tu
aje yang bodoh. Bagi muka sangat dengan Amanda tu. Tak sedar lagi
yang perempuan tu mempergunakan dia. Amanda tu harap je pakai tudung,
tapi perangai kalah orang tak pakai tudung.” Kata Izham dengan
sinis.
Qaseh
Alana hanya memasang telinga mendengar.
“Saya
sejak dari belajar dulu tak suka dengan Amanda tu. Berapa kali saya
cakap dengan Asytar jangan suka Amanda tapi dia degil. Lagi pula
kerja Amanda sekarang memang saya tak berkenan langsung. Ingat kerja
model
ni bagus ke? Duk tayang body
dekat orang ramai. Lebih baik tayang dekat suami aje. Dapt jugak
pahala free.”
Tambah Izham lagi.
Qaseh
Alana mengemam bibirnya. Terasa nak ketawa mendengar Izham berkata
begitu. Memang straight
forward betul.
“Saya
yakin yang Asytar tu suka awak. Dia tu masih tak sedar lagi yang dia
sukakan awak sebab dalam fikiran dia hanya Amanda Amanda dan Amanda.”
Qaseh
Alana mengeluh kecil.
“Saya
tak suka berharap pada yang tak pasti Izham.”
Berkerut
kening Izham mendengarnya.
“Awak
suka Asytar ke Alana?”
Qaseh
Alana menundukkan wajahnya. Dia malu nak kata yang dia sukakan Tengku
Asytar kepada Izham. Dia memang malu sangat kalau melibatkan tentang
perasaan ini.
Izham
kulum senyuman manis.
“Belajar
lah tambat hati dia Alana. In Shaa Allah, Allah permudahkan
segala-galanya.” Pesan Izham. Memang sesuai sangat kalau Tengku
Asytar dengan Qaseh Alana. Qaseh Alana dengan Amanda bagai langit
dengan bumi. Aku harap kau sedar siapa yang kau suka sebenarnya Asy,
kata Izham dalam hatinya.
Qaseh
Alana panggung kepala dia memandang Izham yang sedang tersenyum itu.
Dia belajar tambat hati Tengku Asytar? Berkesan ke? Nak ke Tengku
Asytar tu suka dengan dia? Haih... dia penat nak berharap pada
seseorang yang tak akan menyukainya. Penat sangat.
Tiba-tiba
pelayan datang menghantar makanan ke arah meja mereka. Mereka terus
diam tanpa bicara dan hanya memerhati gaya pelayan itu meletakkan
makanan di atas meja mereka. Setelah pelayan itu berlalu, Izham terus
memandang wajah Qaseh Alana yang ayu itu dengan pandangan yang
lembut.
“Tengku
Asytar memang bodoh kalau dia lepaskan awak Alana dan dia akan
menyesal kalau tak pilih awak sebagai isteri dia. Makan lah. Cepat
makan, cepatlah kita balik.”
Qaseh
Alana hanya memandang chicken
chop yang panas itu
dengan pandangan yang kosong. Betul ke Tengku Asytar suka dia? Tapi
dia tak nak terlampau berharap. Dia tak nak lukakan hati dia sendiri.
Qaseh Alana melepaskan keluhan lemah lalu dengan segera dia mencapai
garfu dan pisau. Semoga ada berita gembira menanti dia suatu hari
nanti.
TENGKU
ASYTAR tak senang duduk menanti
kepulangan Qaseh Alana. Jam dia sudah menunjukkan pukul 1.45 petang
tapi batang hidung wanita itu masih tak muncul-muncul lagi. Mana
pulak pergi Qaseh ni? Dah tak tahu jalan nak pergi office
semula ke? Seronok sangat keluar dengan Izham tu sampai dah tak ingat
waktu lunch
nak dekat habis. Rungut Tengku Asytar dalam hatinya. Matanya masih
tidak lepas-lepas daripada memandang bilik Qaseh Alana.
Tiba-tiba
muncul susuk tubuh Qaseh Alana berjalan masuk ke biliknya. Tengku
Asytar segera bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke bilik Qaseh
Alana. Dia nak tahu sama ada Qaseh Alana terima Izham sebagai
suaminya atau tidak. Masuk saja ke dalam bilik wanita itu, Tengku
Asytar terus tutup pintu bilik Qaseh Alana dengan segera.
Qaseh
Alana hanya memandang susuk tubuh Tengku Asytar yang berdiri di
hadapan mejanya. Buang tebiat apa dia ni masuk bilik aku tiba-tiba?
Desis Qaseh Alana sendiri.
“Tengku
nak apa datang bilik saya ni?” Qaseh Alana menyoal pelik.
“Kenapa
awak lambat sampai office?”
Balas Tengku Asytar. Dia tak nak tergesa-gesa menyoal Qaseh Alana
sama ada wanita itu menerima Izham atau tidak. Dia cuba sabarkan
dirinya daripada melontarkan soalan itu.
Qaseh
Alana mengangkat keningnya sebelah lalu mengerling jam di pergelangan
tangan kiri. Baru pukul 1.50, yang dia nak kecoh macam pukul 2.50 ni
kenapa? Huh...
bermasalah betul. Rungut Qaseh Alana dalam hatinya.
“It's
already 1.50 p.m. So,
lunch hour
masih berbaki 10 minit. Adakah saya masuk lambat Tengku Asytar?”
Soal Qaseh Alana sinis.
Tengku
Asytar hanya memerhati mulut Qaseh Alana yang sedang berkata. Ikutkan
hati dia, nak aje dia cium mulut wanita itu. Baru dia tahu langit tu
tinggi ke rendah.
“Tak
kisah lah pukul berapa pun. Yang saya tak puas hati tu, kenapa awak
keluar jumpa Izham lama sangat?”
Qaseh
Alana menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dengar Tengku Asytar
cakap macam tu. Lagak macam suami dia aje Tengku Asytar ni.
“Hello
Mr. Tengku Asytar,
you're not my husband
sampai nak soal saya macam tu. Suka hati saya lah nak keluar berapa
lama pun. Janji saya tak ganggu waktu pejabat. Jaga masalah sendiri
sudah lah Tengku. Saya ni memang tak berminat nak berbincang dengan
Tengku mengenai sesuatu yang langsung tak ada kena mengena dengan hal
pejabat.” Balas Qaseh Alana sinis.
Tengku
Asytar terasa macam nak bagi air penawar untuk hilangkan ayat pedas
Qaseh Alana tu. Baru puas hati dia. Sakit pulak hati dia dengar Qaseh
Alana cakap macam tu.
“But
I'm your employer!”
Qaseh
Alana kulum senyuman sinis.
“You're
my employer not my husband.
Take a note
Tengku”
Tengku
Asytar mengetap giginya menahan rasa geram. Sabar Asy sabar, kau
jangan ambil hati sangat. Kau kena kebalkan hati kau tu bila dengar
ayat pedas dari Qaseh. Nasihat Tengku Asytar kepada dirinya sendiri.
“Okay
but saya ada satu lagi
soalan.”
“Go
ahead.”
Tengku
Asytar menarik nafasnya perlahan lalu dihembuskannya lembut.
“Did
you accept him or not?”
Qaseh
Alana tersenyum manis. Mungkin betul apa yang Izham cakap yang lelaki
ini sukakan dia. Tapi... selagi ayat cinta tu keluar dari mulut
Tengku Asytar buat dirinya, selagi tu dia tak akan percaya. Bukti ada
lah penting bagi dia.
“Tengku
nak jawapan betul atau salah.”
Berkerut-kerut
dahi Tengku Asytar mendengarnya.
“Ada
ke jawapan betul atau salah?” Soal Tengku Asytar pelik.
Qaseh
Alana mengangguk.
“Ada.”
Tengku
Asytar mencebik. Pelik-pelik aje perangai Qaseh Alana ni.
“I
want both. Can
I?”
“Sure.”
Tengku
Asytar masih menanti jawapan yang keluar daripada mulut Qaseh Alana.
Tapi wanita itu hanya tersenyum kepadanya. Berapa lama lah pulak dia
nak senyum macam tu? Desis Tengku Asytar sendiri.
“I
don't know.” Pendek
Qaseh Alana membalas.
“I
don't know?” Makin
pelik Tengku Asytar mendengar jawapan Qaseh Alana. Kenapa mesti tak
tahu pulak?
“Tengku
cakap dengan saya tadi nak tanya saya satu soalan aje kan?”
Tengku
Asytar mengangguk.
“Soalan
Tengku yang first
tu saya dah jawab yang selepas tu punya memang saya tak jawab. So,
dipersilakan keluar daripada bilik saya.” Halau Qaseh Alana lembut.
Ternganga
mulut Tengku Asytar mendengar wanita itu berkata macam tu. Dia boleh
halau aku keluar daripada bilik dia? Sopan betul perangai setiausaha
aku ni. Kata Tengku Asytar geram dalam hatinya.
“Awak
halau saya keluar daripada bilik awak Qaseh?”
“Yup.”
“Awak
tahu tak yang awak halau ni siapa?” Soal Tengku Asytar dengan nada
yang geram. Memang tak makan saman betul Qaseh Alana ni.
“Tengku
Asytar, kenapa?” Qaseh Alana membalas dengan nada yang selamba.
Tengku
Asytar mengetap bibirnya kuat.
“Qaseh
Alana!” Suara Tengku Asytar sudah naik seoktaf.
“Ye
saya Tengku Asytar?” Sahut Qaseh Alana dengan nada yang manja.
Tengku
Asytar yang makin bertambah geram dengan Qaseh Alana dengan segera
keluar daripada bilik wanita itu.
Qaseh
Alana hanya memerhati langkah Tengku Asytar dengan senyuman yang tak
dapat ditafsirkan. Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Izham
semasa lelaki itu menghantarnya ke pejabat.
“Saya
akan tolong awak tambat hati Tengku Asytar.”
Qaseh
Alana tersenyum pelik.
“How?”
“Awak
layan dia seperti biasa dan cuba ubah sikit cara layanan awak tu.
Saya yakin, dia akan mengaku suatu hari nanti.” Ujar Izham.
Qaseh
Alana menimbang baik kata-kata Izham itu. Boleb berkesan ke macam tu?
Bukan Tengku Asytar tu tak suka dengan ayat pedas dia ke? Mungkin
boleh berkesan jika dia ubah sikit. Nanti tak ada lah nampak obvious.
Qaseh
Alana tersenyum.
“Okay
saya setuju.”
Tersenyum
Izham mendengarnya.
Terbang
melayang perbualan di antara Qaseh Alana dan Izham. Dia akan lakukan
apa yang patut. Dan mengenai Tengku Asytar, dia boleh bertanya dengan
Izham.
“The
game is on.” Ujar
Qaseh Alana perlahan. Dia ukir senyuman yang penuh dengan misi. Saya
akan cuba tambat hati awak, Tengku Asytar. Tekad Qaseh Alana dalam
hatinya.
Harap ke versi cetak secepat mungkin
ReplyDeleteada sambungan lagi kan. pls sambung
ReplyDelete