BAB
4
“SAH!”
Akhirnya
aku sah menjadi milik Tengku Ahmad Zamir bin Tan Sri Tengku Ziqri.
Sedihnya, kenapa aku tak kahwin dengan Tengku Ahmad Zafiq bin Tan Sri
Tengku Ziqri? Batu belah batu bertakup, makanlah aku sebab aku tak
sanggup nak sehidup semati dengan Tengku Double
Kacak ni. Apa
boleh aku buat sekarang, aku memang dah jadi hak milik mutlak si gila
tu. Redha sahaja yang aku mampu sekarang ni.
Zamir datang ke arahku
untuk majlis pembatalan air sembahyang setelah selesai solat sunat.
Dia menyarungkan cincin silver
yang bertakhtakan berlian. Cantik. Ye, cincin tu memang cantik.
Sesuai dengan kulit tangan aku yang berwarna putih kemerah-merahan.
Dia menghulurkan tangannya untuk di salam. Aku menyambut dan mencium
tangannya yang lebih besar dari tangan aku. Dah lah tangan besar
macam bapak king
kong. Kalau boleh aku nak cium sekejap aje, tapi ada orang suruh cium
lama-lama sebab nak ambil gambar. Selepas aku mencium tangannya, dia
terus mencium ubun-ubun, dahi dan pipi aku. Wah, ini sudah lebih.
“Sabar lah Zamir,
tak lari pun adik aku tu.” Naim Aiman mengusik Zamir yang
melebih-lebih mencium aku. Tak lari ye long? Ikutkan hati aku ni, aku
memang nak lari je, tak kuasa aku nak kahwin dengan si gila ni.
“Tah Zamir, kalau
dia lari pun dia tak lari jauh. Dia tu kan 'buta' tempat.” Najmi
Afiq menambah pula. Amboi angah, aku cincang jugak kau ni karang.
Along dengan angah ni perangai dia sama je, annoying
nak mampus! Aku terus menjeling angah dengan jelingan yang tajam.
Angah hanya menayangkan muka innocent
saja, tak guna punya cicak kobeng!
“Kalau dia lari,
saya carilah dia ngah. Lagi pun dia ni mana boleh masuk lubang
cacing, dah lah besar. Sebab tu saya tak nak cari dia dekat lubang
cacing. Tak muat along angah hahaha” Zamir menambahkan lagi api
yang tengah membara di hati aku. Tak guna punya si gila, kau
bandingkan aku dengan cacing? Ei geramnya aku.
Tiba-tiba ibu menarik telinga along dengan angah sebab
menyakat aku. Time tu memang aku dah tak boleh tahan gelak,
terus aku hamburkan gelak. “Kamu berdua ni, kalau sehari tak
menyakat adik kamu memang tak sah kan? Bila dia tak ada, sebuk tanya
dia pergi mana. Bila dah ada depan mata sebuk duk kacau dia.” Bebel
ibu. Tangan ibu memang tak berhenti piyat telingan along dengan
angah.
“Aduh sakit bu,
jangan lah tarik kuat sangat.” Jerit Naim Aiman sambil mengaduh
sakit. Tak sedar dah jadi bapak orang tapi perangai macam anak dia
yang umur 3 tahun tu.
“Ibu lepaslah ibu,
sakit sangat ni. Habis lah jatuh saham angah sebab ibu piyat telinga
angah.” Najmi Afiq pulak yang menjerit. Padan muka kau, memang dah
jatuh saham kau pun ngah. Orang sekeliling semuanya duk gelakkan
mereka.
Ibu melepaskan telinga mereka dan terus berlalu ke luar
untuk melayan tetamu. Along dengan angah terus menggosok teling dia
orang yang sudah kemerahan. Aku terus menunjukkan thumbs up
dekat dia orang sambil mulut mengatakan 'padan muka'. Along dengan
angah memandang aku dengan muka yang tidak puas hati. Hahaha kesian,
tu lah siapa suruh menyakat aku, kan dah kena. Rasakan kepit ketam
dekat telinga daripada ibu.
“Jom sayang kita
keluar layan tetamu.” Zamir mengajak aku keluar untuk melayan
tetamu. Nak tak nak kena pergi jugak, tetamu kan. Zamir terus
mencapai jemari halus aku untuk berjalan beriringan ke luar.
“Kalau tak pegang
tangan tak boleh ke? Rimas lah” Bisik aku ke telinga Zamir. Dah lah
nak bisik dekat telinga dia tu kena jingkitkan kaki. Tinggi sangat
macam galah. Aku pun tinggi paras bahu dia aje.
“Suka hati abang lah
nak pegang tangan sayang ke tidak.” Eh... eh... dah lah
bersayang-sayang dengan aku. Sekarang ni duk gelarkan diri tu abang
pulak. Tahu lah umur tu dah 29, tapi aku tak suka lah. Meskipun umur
aku baru 24 tahun aku tetap tak suka. Sabar aje lah.
“Awak ni dah pahal
duk gelarkan diri tu abang dan duk panggil saya sayang? Panggil
awak-saya sudah lah.” Soal aku dengan geram.
“Mulut abang,
sayang. Bukannya abang guna mulut sayang untuk cakap abang-sayang
semua tu.” Sindir Zamir. Sekali aku cili mulut dia ni karang baru
kau tahu rasa pedas ke tidak. Kurang asam jawa betul.
“Kalau saya debate
dengan awak ni, memang saya yang kalah. Lepas tu saya yang akan sakit
hati. Dah lah lepaskan tangan saya ni. Tak suka tau tak.” Balas aku
dengan geram sambil cuba melepaskan tangan aku dari genggaman Zamir.
“Sayang boleh duduk
diam-diam tak? Kang abang cium dekat sini, jangan marah abang.”
Dengar saja perkataan 'cium' aku terus mendiamkan diri. Ei seriau aku
bila ingat balik macam mana Zamir cuba untuk cium aku last
week.
Sumpah takut plus
geli.
Kami terus melayan tetamu yang hadir. Aku memang tak
ramai kawan, ye lah orang suka kawan dengan aku pun sebab harta.
Nasib baik ada Intan, dia saja lah yang paling memahami aku dan tak
pentingkan harta. Sebab tu along sayang dia gila-gila sampai aku pun
jealous. Tiba-tiba ada seorang wanita dan seorang lelaki yang
sedang mendukung anak lelaki dalam lingkungan 2 tahun menghampiri
kami.
“Selamat pengantin
baru Zamir. Semoga berbahagia ke anak cucu.” Ucap wanita tersebut.
Aku hanya mampu berjabat tangan dan menghulurkan senyuman kepada
wanita tersebut. Aku memandang ke arah Zamir, muka dia tenang saja.
Bukan girlfriend
dia ke? Ala kalau girlfriend
dia baru nak suruh perempuan tu hancurkan perkhawinan kami.
Rupa-rupanya perempuan tu dah kahwin dan mempunyai anak. Melepas lah
aku.
“Thanks
Laila. By
the way thanks again cause coming my
akad day's.”
Balas Zamir sambil berjabat tangan dengan lelaki yang sedang
mendukung anak tersebut.
“Small matter
lah Mir. Kawan kahwin tak akan kita orang tak datang kot. Lagi pun,
next
week
kita orang nak fly
ke London, tu yang kita orang datang hari ni.” Jawab lelaki
tersebut.
“Qisha, you
beruntung tau got
Zamir as
your husband.
Dekat luar sana tu, ramai yang nak kan dia jadi husband
but he choose you.
Jaga lah dia ye, jangan buat dia suffer.”
Kata Laila kepada aku. Beruntung? Tak ada yang untung pun.
Menyaktikan hati lagi ada lah.
“In Shaa Allah Kak
Laila.” Balas aku. Sejujurnya aku tak tahu nak balas apa.
“Okay lah Mir, kami
balik dulu. Arsyad dah tak selesa ni.” Kata lelaki tersebut kepada
Zamir.
“Baiklah. Have
a safe flight next week,
Akim, Laila. Don't
forget to buy some souvenir from London for us
hahaha.” Balas Zamir sambil ketawa kecil.
“In Shaa Allah,
nanti aku bawak sekali London
Bridge
untuk kau ye.” Selepas berkata begitu Akim terus menghamburkan
ketawa dengan kuat. Zamir telah mempamerkan muka cemberut bila Akim
berkata begitu kepadanya.
“Kau ni, sekali tak
sakat aku memang tak sah kan?”
“Kau tak payah nak
buat muka macam tu lah Mir, buruk tau tak. Kau tu dah jadi suami
orang, ingat tu.” Kata Akim sambil menepuk bahu Zamir.
“Okay lah kami balik
dulu. Once
again
selamat pengantin baru kawan.” Pamit Amir. Mereka terus berlalu
untuk pulang.
Kami terus melayan tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir
pada hari ni serupa macam hadir masa hari respsi je. Ibu dengan ayah
ni jemput berapa ramai? Naik kejang muka aku duk senyum dari tadi.
Tapi kami terus melayan tetamu sampai lah tetamu beransur pulang.
Sanak-saudara semua tidur di rumah aku. Ye lah apa guna ada Villa
besar tapi tak boleh memuatkan saudara-mara dalam rumah tu kan? Aku
terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badan yang dah melekit
dari tadi. Zamir hilang entah ke mana selepas tetamu beransur pulang.
Ah biarlah dia, lebih baik aku mandi sekarang.
AKU bersandar di kepala katil sambil membaca
novel Suamiku Paling Sweet karya Anjell. Novel ni memang best
sangat. Kan best kalau aku dapat suami macam dalam novel
ni. Pintu bilik aku terkuak dari luar, tak payah nak tengok dah tahu
siap yang masuk.
Zamir membaringkan dirinya di sebelah aku. Tak boleh
jadi ni, aku memang tak izinkan si gila ni sewenang-wenangnya baring
dekat sebelah aku.
“Dipersilakan bangun
daripada katil saya sekarang jugak. Saya tak sudi nak kongsi-kongsi
katil dengan awak.” Kata aku sambil mata masih menatap pada novel.
“Kalau abang kata
tak nak, sayang nak buat apa?” Jawab Zamir sambil baring mengiring
menghadap ke arah aku. Oh kau main tarik tali dengan aku ye, kejap eh
kejap.
“Kalau awak tak
bangun dari katil saya ni, saya tolak awak jatuh dari katil ni.
Cepatlah, daripada badan awak sakit-sakit kena tolak dengan saya
lebih baik awak bangun sekarang.” Balas aku dengan geram.
“Malas lah yang,
katil ni empuk sangat ni.” Setelah berkata begitu, tangan Zamir
terus melingkari pinggang aku. Ini sudah lebih! Aku terus tutup novel
yang berada di tangan dan meletakkannya di atas meja tepi katil. Kau
cabar aku kan? Rasakan sepakan bazuka dari aku. 1... 2... 3... pang!
Bedebuk!!!!
Hahaha dah serupa macam bapak gajah je aku tengok jatuh
tergolek hahahaha. Aku terdengar dia terjerit bila jatuh dari katil.
“Aduh yang, tak
sayang abang ke sampai tolak abang jatuh katil ni. Sakitnya pinggang
abang.” Zamir mengusap pinggangnya dan duduk di birai katil. Tangan
dia terus mengusap pinggangnya yang mungkin sakit sangat kot? Tapi
aku peduli apa, padanlah muka. Mengedik peluk aku kan dah kena. Kau
tak kenal aku siapa lagi. Jangan pandang gua sebelah mata bro.
“Saya tak sayang
awak pun jadi saya tak kisah awak jatuh katil dan pinggang awak sakit
ke tidak. Sendiri buat sendiri tanggung lah.” Kata aku dengan puas.
“Bila masa abang
buat diri sendiri jatuh katil? Sayang yang tolak abang jatuh dari
katil. Sakit tau yang” Zamir menayangkan muka innocentnya
bila berkata begitu.
“Yang tangan awak
menggatal sangat peluk saya tu apasal? Nak saya kerat ke ah? Tu nasib
baik saya sepak awak jatuh katil. Kalau saya tembak awak dengan
senapang gajah macam mana?” Balas aku dengan geram.
“Salah ke abang
peluk isteri abang? Bukannya dosa pun, malah dapat pahala tau.”
Hekeleh bila bab ni tau je dosa pahalanya, kalau bab lain tah tahu ke
tidak dosa pahala tu.
“Ada saya kisah ke
Tengku Ahmad Zamir? I
don't even care.”
Balas aku dengan geram.
“You should to
care.
Walau apa pun yang terjadi abang nak tidur jugak atas katil ni. Kita
punya kisah perkhawinan ni bukannya macam kisah novel
yang si suami kena tidur dekat sofa manakala si isteri
bersenang-lenang tidur atas katil. Wah banyak cantik muka.” Ada aku
kisah ke ngok?
“Tak ada... tak
ada... tak ada... saya tetap tak nak awak tidur atas katil saya. Blah
shuh... shuh... shuh...” Halau aku sambil menolak badan sasa dia
tu. Semua anggota badan dia sebijik macam king
kong. Dah lah berat, buat sakit tangan aku je duk menolak badan dia.
Tapi lain pulak yang jadinya, Zamir terus menolak badan
aku jatuh terbaring di atas tangannya. Sebelah tanggannya menutup
lampu meja selepas itu memeluk pinggang aku. Kakinya pulak menggepit
kaki aku bagi menghalang aku lari dari dia. Kurang asam jawa punya
Zamir, ei rimas tahu tak.
“Awak boleh tolong
lepaskan saya tak? Saya rimas lah.” Aku cuba menolak badannya yang
menghimpit badan aku.
“Shuh diam, abang
ngantuk ni. Dapat bantal peluk mata ni rasa nak layu je.” Zamir
mengetatkan lagi pelukkannya kepada aku.
Dia kata aku bantal peluk? Eh aku manusia lah ngok,
ei sengal kuasa berjuta. Aku punya tangan ni laju je nak tampar dia,
tapi perasaan sabar masih menghalang aku.
“Kalau ye pun awak
nak peluk saya, tak payah lah nak peluk ketat-ketat. Nak suruh saya
mampus ke?” Kang ada jugak keluar surat khabar muka depan 'Isteri
Tengku Ahmad Zamir mati kena peluk masa malam pertama' tak ke naya
namanya tu.
“Hehe sorry
sayang, abang geram sangat dengan sayang tu yang sampai peluk sayang
ketat-ketat tu. Sorry
ye my baby.”
Baby
otak kau berjambul. Sekejap sayang sekejap baby.
Telinga aku ni dah naik berbulu dengar kau cakap macam tu.
“Tak payah nak
berbaby
baby
dengan saya lah. Geli tahu tak.”
“Suka hati abang lah
nak berbaby
baby
dengan sayang ke tidak. Mulut abang bukan mulut sayang.” Jawab
Zamir sambil mencium dahi aku. Menjawab aje kerja si gila ni. Kalau
aku terus bertengkar dengan dia ni, ada jugak yang tak tidur malam
ni. Lepas tu esok bangun kena dengar mulut puaka along dengan angah
tu, lagi bertambah sakit hati aku.
“Dah lah saya malas
nak layan awak. Lebih baik saya tidur.” Setelah berkata begitu aku
terus melelapkan mata.
“Okay
sayang, sweet
dream.
Mimpi abang ye.” Tak ingin aku nak mimpi kau. Tapi aku malas untuk
membalasnya, aku terus pekakkan teling dan tidur. Esok nak kena
sediakan fizikal dan mental dengan ketal sebab kena dengar ayat puaka
angah dengan along tu. Sabar sahaja lah.
No comments:
Post a Comment