Monday, 6 April 2015

Takdir Cinta Iqlima Bab 3



BAB 3

SELEPAS menghantar Zaim dan Aqil pulang di muka pintu, Iqlima terus merebahkan badannya di sofa. Jantung dia ni memang tak payah nak cakap lah, ashik nak berdegup aje. Sungguh dia tak sangka yang dia akan berjumpa lelaki itu di rumahnya. Dan yang paling dia tak sangka, Zaim tu housemate Aqil. Memang kecik betul dunia ni.

Atifah yang nampak kawannya duduk di sofa itu, terus melabuhkan duduknya di sebelah Iqlima.

“Fah...” Panggil Iqlima.


Hmm?”

“Aku ada benda nak bagitahu kau ni.”

“Apa dia? Cakap aje lah.”

Iqlima menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan. Kalau dia tak bagitahu Atifah, lambat-laun kawan dia tu mesti akan tahu jugak.

“Sebenarnya, Zaim tu lah yang aku jumpa siang tadi.”

Terkejut Atifah mendengarnya.

“Kau jangan cakap yang Zaim tu suami tangkap muat kau?” Teka Atifah.

Iqlima mengangguk.

“Memang dia pun.” Jawab Iqlima selamba.

Atifah mengeluh.

“Kau ni gila lah Qima. Tak baik tau kau buat Zaim tu macam tu. Dia tu dah lah baik. Habis nanti, kau nak cakap apa dekat parents kau kalau kau dah kahwin dengan Zaim? Kau tak fikir ke pasal maruah keluarga kau? Jangan buat sesuatu tanpa berfikir, Iqlima. Ni melibatkan masa depan kau dan Zaim.” Bebel Atifah. Geram betul dia dengan kawan dia ni.

Iqlima mengeluh lemah.

“Aku terpaksa. Ni aje jalan supaya aku tak kahwin dengan pilihan atuk aku.”

“Tapi kau dah melibatkan Zaim.”

“Fah... kalau aku dah kahwin dengan Zaim nanti, aku tak nak bercerai dengan dia. Prinsip hidup aku, kahwin biar sekali. Tak ada penceraian. At least, aku kenal siapa Zaim daripada aku kahwin dengan pilihan atuk aku. Nanti tak sampai sebulan kita orang kahwin, kita orang dah bercerai-berai pulak. Aku tak nak lah macam tu.”

Atifah tak tahu nak balas apa. Dia tahu perasaan kawan dia tu. Jika dia ada dekat tempat Iqlima, dia pun akan lakukan perkara yang sama. Ini melibatkan hal masa depan dia. Tak akan lah kita nak mengadaikan masa depan kita hanya kerana nak ikut cakap orang. Dia mengeluh perlahan.

“Qima... kau rasa Zaim setuju ke dengan rancangan kau ni?”

Iqlima mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu sama ada Zaim setuju atau tidak.

“Kau rasa Zaim setuju tak Fah?”

Atifah menggeleng.

“Aku tak rasa dia setuju lah Qima. Aku takut Zaim tu marah je bila kau cakap tujuan kau nak kahwin dengan dia.”

Iqlima mengeluh lagi.

“Apa yang perlu aku buat sekarang ni Fah?” Soal Iqlima lemah. Dia tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Atuk dia memang dah gila betul.

Atifah mengetuk-ngetuk dagunya perlahan. Dia cuba mencari idea untuk membuat Zaim terima Iqlima sebagai isterinya. Tiba-tiba datang satu idea menerjah kotak fikiran Atifah. Dia sudah kulum senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.

“Aku ada idea.”

Iqlima menjulingkan matanya ke atas.

“Kau punya idea tu, kadang-kadang bukan boleh pakai pun.” Ejek Iqlima.

Atifah mencebik.

“Kau belum dengar, tak payah lah nak kutuk aku.” Bengang pulak Atifah apabila kawannya itu mengejeknya.

“Yelah... yelah... apa dia idea kau tu?”

Atifah merapatkan sikit badannya kepada Iqlima lalu memegang bahu kawannya itu lembut. Dia sudah tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya.

Iqlima memandang pelik ke arah kawannya itu. Gila punya perempuan! Kutuk Iqlima dalam hatinya.

“Kau goda dia.” Ujar Atifah perlahan.

Bulat mata Iqlima mendengar kawannya berkata begitu. Biar betul perempuan ni? Dia goda Zaim? Memang tak masuk akan betul.

“Kau biar betul?”

Atifah mengangguk.

“Betul lah. Kau goda dia supaya dia jatuh cinta dengan kau.”

Iqlima tersenyum sinis.

“Berkesan ke? Aku ni dah lah tak pandai nak goda orang. Karang bukan aku yang goda dia, aku yang tergoda dengan dia nanti. Tu yang parahnya.”

Atifah mencebik.

“Belum cuba belum tahu.”

Iqlima menimbang baik rancangan Atifah itu. Dia nak goda Zaim? Berkesan ke? Nanti lain pulak yang jadinya. Sudah lah tadi dia tak dapat menahan debaran bila lelaki itu berdiri sebelahnya. Walaupun Zaim tak menggodanya tapi lelaki itu menggodanya secara halus. Sudah lah hati dia ni jenis yang tak kuat bila berhadapan dengan Zaim. Zaim tu memang ada daya tarikannya tersendiri. Dengan muka kacaknya, memang cukup pakej lah. Haih... perlu ke dia bersetuju dengan cadangan Atifah itu? Ya Allah, serabutnya.

“Kalau tak berkesan?”

“In Shaa Allah berkesan.”

Iqlima mengeluh,

“Aku cubalah.” Pasrah Iqlima.

Atifah dah tersenyum mendengarnya.

“Aku harap semuanya akan baik-baik je. Kau jangan risau, aku yakin Zaim pasti jadi suami kau.”

Iqlima tersenyum sumbing.

Hopes so...”

Semoga dipermudahkan segala-galanya. Itu yang dia harapkan.




SELESAI kelas Mr. John, Iqlima dan Atifah bergegas keluar daripada dewan kuliah. Mereka berjalan beriringan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Atifah berbunyi. Dengan segera wanita itu mengambil telefonnya dan melihat ke skrin. Mungkin ada orang mesej dia agaknya, tebak Iqlima dalam hatinya.

Atifah menyimpan semula telefonnya ke dalam poket.

“Qima...”

What?”

“Kau boleh balik sorang-sorang tak?” Terus mati langkah Iqlima apabila mendengar Atifah berkata begitu. Atifah juga turut menghentikan langkahnya.

“Kenapa pulak?” Soal Iqlima pelik.

“Aqil nak jumpa aku lah.” Balas Atifah.

Iqlima mengeluh. Kalau dah melibatkan tunang ni, dia malas nak menyoal panjang. Lebih baik dia biarkan aje.

“Pergi lah. Jangan balik lambat pulak.”

Atifah tersenyum.

Ai ai captain. Aku pergi dulu ye.” Pamit Atifah.

Iqlima hanya mengangguk. Selepas melihag Iqlima mengangguk, Atifah terus berlalu daripada situ meninggalkan Iqlima sendirian.

Balik sendiri lagi lah nampaknya, keluh Iqlima. Dia terus melangkah pulang ke rumah. Lebih baik dia balik awal sementara ada ramai orang ni. Tak ada lah dia takut nanti.

Sedang Iqlima berjalan, dia terlihat seseorang dan dia macam kenal susuk tubuh lelaki yang sedang duduk di bangku yang ada di ruang kampus. Kaki Iqlima melangkah menghampiri lelaki itu. Sampai sahaja dia berdekatan dengan lelaki itu, terus dia berdiri di hadapannya.

Zaim yang terasa diri dihalang oleh seseorang terus mengangkat kepalanya memerhati orang yang menghalangnya itu. Terbias pada pandangan matanya, Iqlima sedang tersenyum kepadanya. Dia membalas senyuman Iqlima itu.

“Kenapa Ana?”

Iqlima menggeleng.

“Tak ada apa-apa. Saja je. Tak boleh ke?”

Zaim pula yang menggeleng.

No, I'm just asking.”

“Sorang je ke?” Tambah Zaim lagi.

Iqlima memgangguk.

“Ha'ah.” Jawab Iqlima sepatah.

“Duduk lah sini.” Pelawa Zaim lalu dia menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.

Iqlima tersenyum. Pucuk dicita ulam mendatang. Orang dah pelawa, apa lagi duduk lah dekat situ hi hi hi. Dengan segera Iqlima duduk di sebelah Zaim sambil tersenyum-senyum. Gedik!

Zaim menggeleng melihat telatah Iqlima. Tapi bibir dia tetap mengukir senyuman.

Iqlima memandang buku yang ada di atas riba Zaim. Rajin betul Zaim ni belajar time macam ni. Kalau aku jangan harap lah nak pegang buku time macam ni, desis Iqlima dalam hatinya.

“Mana Atifah, Ana?”

Iqlima pandang muka Zaim yang tengah memandangnya itu.

“Dia pergi jumpa Aqil.” Balas Iqlima.

Zaim mengangguk.

“Kenapa Ana tak balik lagi?”

“Saya dalam perjalanan nak balik tadi tapi tiba-tiba nampak awak dekat sini, tu yang saya singgah sini.”

Oh... kalau Ana nak balik, jom lah saya temankan. Alang-alang tu saya boleh terus balik rumah saya jugak.”

Iqlima kulum senyuman manis. Tersentuh hati dia bila Zaim nak temankan dia balik. Memang caring habis lah Zaim ni.

“Tak menyusahkan awak ke?” Dia sebolehnya tak nak susahkan Zaim walaupun dia nak goda lelaki tu.

Zaim menggeleng. Dia mengemas-ngemas barangnya dan di masukkan ke dalam beg.

“Tak lah. Saya pun nak balik dah ni. Dah lama sangat saya duduk dekat sini.” Ujar Zaim lalu bangun dari duduknya. Dia menyandangkan begnya ke bahu. Matanya masih dipakukan pada wajah ayu Iqlima.

Iqlima mendongak memandang Zaim. Ya Allah, sungguh dia tak sampai hati nak sakitkan hati Zaim yang baik ni tapi... dia terpaksa.

Okay jom.” Iqlima bangun dari duduknya lalu berdiri di sebelah Zaim. Minyak wangi yang dipakai oleh Zaim menyengat pada hidungnya. Memang wangi sangat. Tergoda dia seketika, hu hu hu.

Mereka berjalan beriringan keluar daripada kawasan universiti dan berjalan menuju ke rumah Iqlima. Jantung Iqlima tak berhenti-henti berdegup laju apabila berjalan di sebelah Zaim. Memang dia dah tak boleh nak control jantung dia ni dah. Daya tarikan Zaim memang kuat sampai buat dia tergoda.

Aduh Fah, bukan aku yang goda dia weh... aku yang tergoda ni ah. Jerit batin Iqlima.

“Ana.” Panggil Zaim lembut. Mereka masih berjalan lagi. Nak kata rumah sewa dia jauh tak ada lah tapi kenapa bila dia berjalan dengan Zaim terasa jauh rumah sewa dia tu.

Ye.” Sahut Iqlima dengan suara yang perlahan.

Zaim menjeling sekilas ke arah Iqlima yang berjalan di sebelahnya.

“Besok awak ada pergi mana-mana tak?”

Iqlima menggeleng.

“Tak ada, kenapa?” Soal Iqlima lalu memandang ke arah Zaim. Tersentap hati dia melihat pandangan Zaim itu. Memang Zaim ni menggoda dia secara halus betul.

Zaim kulum senyuman manis.

“Kalau tak ada, saya nak ajak awak jalan-jalan esok.”

“Awak nak ajak saya pergi mana?” Iqlima menyoal pelik. Jangan dia ajak aku pergi tempat yang tak senonoh sudah. Memang aku reject dia jadi laki aku, desis Iqlima sendiri.

“Pergi tempat favorite saya bila saya nak tenangkan fikiran.”

Aww... so sweet Zaim nak bawak aku pergi tempat favorite dia. Terasa macam diri ni begitu istimewa pada dia hi hi hi. Gedik kau ni Qima, gedik. Kata Iqlima dalam hatinya.

No hal saya ikut je.” Ujar Iqlima dengan suara yang ceria.

Tiba-tiba Zaim menghentikan langkahnya. Iqlima juga turut melakukan perkara yang sama. Dia pelik ke arah Zaim bila lelaki itu tiba-tiba berhenti.

“Kenapa awak berhenti?” Kening Iqlima berkerut-kerut menyoal Zaim.

Lelaki itu tetap tersenyum. Tak pernah lagi dia tengok muka Zaim masam. Asyik tersenyum aje.

“Kita dah sampai.” Jawab Zaim pendek.

Iqlima pusing badannya ke belakang lalu melepaskan keluhan berat. Kenapa lah rumah dia ni tak jauh lagi? Kalau tak boleh lah dia berborak lama-lama dengan Zaim. Dia memandang ke arah Zaim semula.

Sorry saya tak perasan.” Ucap Iqlima lemah. Mahu tak lemah. Dah lah dia nak berlama-lama dengan lelaki tu.

“Tak apa. Awak masuklah. Esok kita jumpa lagi.”

Iqlima mengangguk. Besok pun besoklah hu hu hu.

Okay... see you tomorrow.”

Zaim mengangkat tangannya. Dia hanya memerhati langkah Iqlima sehingga hilang daripada pandangannya. Tangannya di angkat ke dada lalu dia mengusap-usap dadanya lembut. Ya Allah... rupa-rupanya memang susah nak berpura-pura menjadi cool ni. Memang daya tarikan wanita itu boleh buat hati dia cair dan jatuh tersungkur.

Zaim tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.


You're special to me, Iqlima Hasanah. Very special. Desis Zaim sendiri.

3 comments: