BAB
15
SUASANA
dalam kereta hanya ditemani
dengan bunyi lau dari corong radio aje. Majlis resepsi baru sahaja
selesai semalam. Hari ni mereka ingin pulang ke rumah milik Syed
Amsyar. Teringat hari resepsi semalam dia berasa geram sangat dengan
Rafiq tu, boleh pula dia suruh Syed Amsyar menceraikannya dan
berkahwin dengan lelaki itu. Memang gila betul.
“You nak singgah mana-mana tak
ni sebelum kita balik rumah?” Soal Syed Amsyar yang tenang memandu
itu.
“Tak nak.” Jawab Danisha
pendek.
“I nak tanya ni, apa yang Fiq
cakap dengan you semalam?”
Hmm nak bagi tahu ke tak? Soal
Danisha kepada dirinya sendiri. Bagi tahu aje lah.
“Dia suruh awak ceraikan saya.”
Jawab Danisha selamba.
“What?
Dia dah gila ke ah?” Soal Syed Amsyar lagi dengan wajah yang
terkejut.
“Mana lah saya tahu, mungkin
dah gila agaknya.”
“Habis tu, apa yang you cakap
dengan dia?”
“Saya suruh tanya awak. Jawapan
awak, mesti lah tak kan?” Balas Danisha lagi.
“You ni kenapa sengal sangat?
Lain kali you cakap lah yang you tak nak bercerai dengan I.” Ujar
Syed Amsyar dengan suara yang tinggi.
Danisha hanya mengangkatkan
bahunya aje. Rasa macam tak ada mood nak bergaduh dengan suaminya
itu. Semalam dia dah penat berperang mulut dengan lelaki tak guna tu,
tak akan hari ni dia nak bergaduh dengan lelaki di sebelahnya ini
agaknya.
“You dengar tak apa yang I
cakap ni?”
“Dengar lah. Saya belum pekak
lagi.” Jawab Danisha malas.
Syed Amsyar menghelakan nafas
berat. Perempuan ni memang tak ada perasaan agaknya, kutuk Syed
Amsyar di dalam hatinya.
“Awak...” Panggil Danisha
meleret.
“Apa?” Jawab Syed Amsyar
malas.
“Kita duduk Damansara, hospital
saya dekat putrajaya. Boleh tak kalau saya duduk rumah sewa kawan
saya aje?” Ujar Danisha.
“No
way!” Bangkang Syed
Amsyar.
Eh... eh... dia ingat hospital tu
bapak dia punya ke? Kau ingat senang nak dapat kerja sekarang? Kutuk
Danisha dalam hatinya.
“Apasal pula?” Bentak
Danisha.
“You're
my wife. Dan tempat you
di sisi I bukannya di sisi kawan you.” Kata Syed Amsyar.
Danisha menjulingkan matanya ke
atas.
“Itu saya tahu lah, masalahnya
saya ni sekarang kerja dekat Hospital Putrajaya. Awak ingat hospital
tu hospital papa awak ke?” Jawab Danisha sarkastik.
Syed Amsyar hanya mendiamkan diri
sahaja.
“Buat
masa ni, you tinggal dulu dekat rumah I. Nanti I try
cari rumah dekat Putrajaya. Kalau kita tinggal putrajaya, dekat sikit
I nak pergi kerja.” Putus Syed Amsyar.
“Bagus
lah tu. Saya start
kerja next week.
Kalau awak still
tak dapat cari rumah, saya stay
rumah parents
saya aje.” Balas Danisha.
“Tak
payah, I akan usaha carikan rumah untuk kita dekat Putrajaya dalam
minggu ni. You jangan risau.”
“Okay.”
Jawab Danisha pendek.
Nasib baik dia ni boleh ajak
berunding walaupun kuat sangat membangkang, kata hati Danisha.
SETELAH
kami sudah sampai ke rumah,
tiba-tiba ada satu kereta yang berhenti di depan rumah Syed Amsyar.
Aku mengintai siapa gerangan yang ada di dalam kereta tersebut tapi
wajahnya tidak kelihatan kerana cermin keretanya tinted.
Tiba-tiba muncul wajah Rafiq keluar daripada kereta itu. Dahi Danisha
sudah berkerut-kerut melihat lelaki itu. Apa yang dia buat dekat
sini? Nak cari masalah macam semalam ke? Detik Danisha sendiri
Syed Amsyar yang nampak Rafiq
keluar daripada kereta itu, terus menyoal lelaki tersebut.
“Kau buat apa dekat sini?”
“Aku nak jumpa dengan bini
kau.” Balas Rafiq selamba.
Wajah Syed Amsyar sudah bengang
mendengar balasan selamba daripada lelaki itu.
“Aku tak izinkan kau jumpa
dengan bini aku.” Nafas Syed Amsyar tertahan-tahan menahan rasa
amarah di dalam hatinya.
Danisha sudah tersenyum-senyum
mendengar jawapan suaminya itu.
“Kau dah rampas dia dari aku,
tak akan kau tak kasi aku jumpa dengan dia kut?” Rafiq tetap tidak
putus asa. Apa yang dia tahu, dia tetap juga nak berjumpa dengan
Danisha.
Syed Amsyar menggenggam tangan
kanannya hingga menampak urat-urat. Danisha terus jalan mendekati
suaminya dan mengusap tangan lelaki itu lembut. Dia tak nak ada aksi
tumbuk-menembuk di kawasan rumahnya ini.
“Awak sabar, jangan di layan
sangat Rafiq ni. Lebih baik kita masuk rumah tinggalkan dia
tercengang-cengang dekat depan rumah ni.” Bisik Danisha di telinga
Syed Amsyar.
Syed Amsyar memandang pelik ke
arah isterinya. Minah ni betul ke tidak? Tak pernah di buat orang
buat macam tu, bisik hati Syed Amsyar.
“You ni betul ke tidak,
sepatutnya kita kena bagi amaran dekat dia. Bukannya terus masuk
macam tu.” Bisik Syed Amsyar pula.
“Ala, kalau tak pernah di buat
orang, kita jadi lah orang pertama yang buat macam tu.” Balas
Danisha.
“Eish, jangan lah macam tu
yang, I tak boleh biarkan lelaki tak guna ni sewenang-wenangnya nak
dekat balik dekat you.” Danisha memuncungkan mulutnya.
“Saya malas lah nak tengok muka
lelaki ni awak.” Rungut Danisha perlahan.
“I tahu, bagi lah I cakap
dengan manusia sengal tiga suku depan I ni.”
Rafiq yang melihat gelagat suami
isteri itu dengan pandangan yang meluat, terus berdehem.
“Aku masih ada dekat sini,
bukannya tunggul.” Ujar Rafiq.
“Lah ada orang rupanya, sorry
lah tak perasan.” Jawab Danisha sarkastik.
Wajah Rafiq sudah memerah menahan
rasa malu campur geram dengan Danisha.
“Semenjak bila awak pandai
melawan cakap saya ni, Nisha?”
“Semenjak awak tinggalkan
saya.” Ujar Danisha dengan muka yang selamba.
Rafiq menghelakan nafas perlahan.
Mata dia masih terarah ke arah Danisha.
“Saya nak awak balik, Nisha.”
Rayu Rafiq.
“Eh... eh... siapa yang nak
dekat awak balik? Perasan betul.” Balas Danisha. Dia rasa menyampah
tengok Rafiq merayu sebegitu rupa.
“Please Nisha, kita dah
lama bersama kan? Tak akan semudah itu awak lupakan saya?” Rafiq
masih lagi merayu kepada Danisha. Dia tidak pedulikan wajah Syed
Amsyar yang sudah kemerah-merahan itu.
“Memang mudah pun.”
“Awak tak ikhlas ke cintakan
saya selama ni?”
“Buat apa nak cintakan awak
dengan ikhlas sedangkan awak tak ikhlas cintakan saya?” Syed Amsyar
hanya mendengar perbualan di antara isterinya dan Rafiq.
Bersungguh-sungguh Rafiq merayu dekat Danisha. Syed Amsyar meletakkan
tangan kanannya di pinggang Danisha dan memeluk pinggang ramping
isterinya itu dengan erat.
Rafiq yang melihat gelagat abang
tirinya itu, terus menyembur lelaki itu.
“Kau apasal peluk pinggang
dia?” Soal Rafiq dengan wajah yang geram.
“Bini aku, suka hati aku lah
nak buat apa.” Balas Syed Amsyar. Dia lagi mengeratkan pelukannya
ke atas Danisha.
Danisha hanya tersenyum sinis
mendengar soalan daripada Rafiq itu.
“Nisha please, saya
minta maaf sangat. Saya nak kembali kepada awak semula.” Pandangan
Rafiq dihalakan ke arah Danisha semula. Dia malas nak bertikam lidah
dengan abang tirinya itu.
“Opss! Saya tak teringin lah
nak kembali kepada awak semula. Awakkan dah ada Misha, jaga lah dia
elok-elok.” Jawab Danisha dengan suara yang gedik.
“Dengar sini baik-baik Fiq,
dulu kau tinggalkan dia macam tu sekarang kau merayu-rayu nak dengan
dia semula. Untuk pengetahuan kau, aku tak akan lepaskan Danisha
sampai bila-bila. Itu janji aku. Kau pergi lah dekat Misha tu. Kau
pun sayangkan dia kan? Buat apa lagi kau merayu-rayu dekat bini aku.
Jangan jadi bodoh, bro. Pergi lah sebelum mama kau marah.
Restu ibu bapa tu penting. Kalau kau kahwin dengan Danisha then mama
kau tak restu hubungan kau orang, bahagia susah nak menghampiri
korang. Dengar lah cakap aku ni walaupun kau tak suka dengan abang
tiri kau ni.” Nasihat Syed Amsyar kepada Rafiq.
Rafiq memandang sayu ke arah
Danisha dan Syed Amsyar bersilih ganti. Dia melepaskan keluhan yang
berat. Dia tahu dia salah, dia memang layak dapat semua ni. Selama
ni, dia selalu mempermainkan Danisha. Sekarang, dia dah dapat apa
yang dia dah bagi.
“Aku minta maaf Am, aku tahu
aku salah. Aku pun nak minta maaf apa yang mama telah buat dekat kau
dengan keluarga kau. Mama aku tu memang gila harta dengan pangkat
sampaikan aku pun sekai kena ikut cakap dia. Aku akan pujuk mama aku
supaya tak ganggu keluarga kau lagi. Aku janji aku tak akan ganggu
Danisha lagi Am. Aku tahu aku memang layak dapat semua ni. Aku harap
kau orang bahagia hingga ke Jannah. Kalau kau buat Nisha sedih, aku
tak akan teragak-agak ambil dia semula daripada kau.” Ujar Rafqi.
Syed Amsyar tersenyum mendengar
jawapan adik tirinya itu. Dia faham perasaan Rafiq macam mana. Harap
semuanya akan selesai dengan segera. Dia seboleh-bolehnya tak nak
perbesarkan semua masalah yang dan berlaku dahulu. Dia tahu takdir
Allah itu indah. Allah tahu apa yang terbaik buat mereka.
“It's okay bro, aku
harap kita tak payah lah bermusuh-musuhan lagi. Dan yang paling aku
harapkan, semula masalah ni selesai dengan segera.”
Rafiq hanya tersenyum aje.
Matanya dihalakan ke arah Danisha pula.
“Nisha saya minta maaf dengan
apa yang telah saya buat dekat awak sebelum ni. Saya tahu saya salah,
jadi saya harap awak maafkan saya. Saya janji, lepas ni saya tak akan
ganggu hidup awak lagi.” Danisha hanya tersenyum saja. Bagus lah tu
kalau Rafiq dah berubah, dia harap perkara macam ini tidak akan
berlaku lagi.
“Tak apa lah Rafiq, semua orang
pernah buat salah termasuk saya juga. Saya harap awak akan bahagia
dengan Misha.” Ujar Danisha.
Rafiq menganggukkan kepalanya.
“Aku minta diri dulu lah Am.”
Pamit Rafiq.
Syed Amsyar hanya mengiyakan
sahaja.
Rafiq terus berlalu daripada situ
lau masuk ke dalam kereta dan berlalu daripada rumahnya. Hati dia
berasa lega kerana masalah ini akhirnya selesai juga.
“Awak.” Panggil Danisha.
“Hmm.” Sahut Syed Amsyar.
Mata mereka masih menghala ke arah jalan raya di hadapan rumah mereka
sekarang ini.
“Bila kita boleh pindah ye?”
Syed Amsyar menjulingkan matanya
ke atas.
“Tak ada soalan lain ke nak
tanya?” Soal Syed Amsyar dengan suara yang lembut tapi tegas.
“Tak.” Jawab Danisha pendek.
“Nanti I try call kawan
I tanya pasal rumah dekat Putrajaya.” Putus Syed Amsyar.
“Thank you awak, dah jum
lah kita masuk. Panas lah pula berdiri dekat luar rumah ni.” Ajak
Danisha.
Mereka berdua jalan beriringan
masuk ke dalam rumah bersama-sama. Akhirnya Rafiq tidak menganggu
diri mereka lagi. Aman seamannya.
No comments:
Post a Comment