Saturday, 14 March 2015

Hanya Kau Yan Aku Mahu 10



BAB 10

PINTU rumah teres dua tingkat itu dibuka dari luar oleh Aira. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Rose yang melihat kelibat Aira di ruang tamu itu, terus menegur teman serumahnya.

“Lambat balik hari ni Ai.” Rose melabuhkan duduknya di sebelah Aira.

“Biasalah Rose, kerja doctor tak menentu. Sekejap on call sekejap off. Ni dapat balik pun dah kira okay. Nasib baik tak stay hospital satu malam. Lagi penat.” Kata Aira. Dia merenggangkan otot-ototnya untuk menghilangkan sengal di badan.

“Kau masak apa hari ni? Aku lapar lah.” Tambah Aira lagi.

“Aku masak sup sayur dengan ikan keli masak merah. Kalalu kau nak makan, kau pergi lah mandi dulu. Aku nak naik atas sekejap nak tengok apa Akmal buat dekat atas tu.” Ujar Rose. Dia bangun daripada sofa itu dan melangkah menuju ke arah tangga.

“Ah lagi satu sebelum aku terlupa, kalau kau nak makan kau jangan lupa panggil aku ye. Aku tak makan lagi ni.” Tambah Rose.

Okay.” Aira membalas.

Setelah mendengar Aira berkata begitu, Rose terus melangkah naik ke atas menuju ke biliknya.




ROSE membuka pintu biliknya perlahan-lahan dan melihat apa yang sedang anaknya lakukan sekarang. Terlihat Akmal sedang baring di atas katil sambil bermain dengan tab. Mungkin dia tengah main game agaknya, kata Rose di dalam hati.

Dia berjalan menuju ke arah Akmal dan berbaring di sebelah anaknya itu.

“Amal buat apa tu sayang?” Soal Rose. Dia ralit melihat tangan kecil Akmal bermain-main di atas screen tab itu.

“Amal ain game. Best.” Balas Akmal. Dia tersenyum memandang ke arah Rose.

Game apa yang Amal main tu sayang? Mummy nak tengok boleh tak?” Soal Rose lagi. Dia mengintai sedikit game apa yang sedang di mainkan oleh anaknya itu. Tetapi anaknya itu cepat-cepat menyorok game yang dimainkan olehnya itu.

Mummy nak engok?” Soal Akmal pula.

Rose menganggukkan kepalanya.

“Tak oleh.” Jawab Akmal serius.

Rose mengerutkan keningnya.

“Tak akan tak boleh kot? Dengan mummy pun Amal tak kasi ke sayang? Semenjak bila pula anak mummy ni dah pandai berahsia. Siapa yang ajar Amal berahsia ni?” Soal Rose lagi.

Rose cuba mengintai game apa yang dimainkan oleh anaknya itu. Dia berasa pelik, kenapa mesti Akmal merahsiakan perkara yang dilakukannya itu daripada Rose. Selalunya, semua benda dia nak bagi tahu dekat Rose, kalau boleh. Sekarang ni dah pandai nak berahsia.

Daddy ajar Amal acam ana nak berahce.” Jawab Amal.

Daddy? Tak akan Imran kot. Siapa lagi yang Akmal panggil daddy kalau bukan Imran.

Daddy ada datang jumpa Amal ke sayang?” Rose menyoal anaknya itu. Dia memusingkan badannya ke arah kanan menghadap anaknya itu.

“Ada. Adi daddy atang umpa Amal. Daddy eli Amal ainan. Best mummy. Mummy nak engok ainan Amal?” Soal Amal pula.

Tanpa menunggu jawapan daripada Rose, Akmal terus menuju ke arah begnya yang ada di tepi almari baju dan mengeluarkan mainan yang dikatakannya tadi. Rose melihat Robot ultraman yang dipegang oleh Akmal itu dengan wajah yang geram. Bila masa pulak si Imran ni ada masa nak jumpa anak aku ni? Kenapa Kak Min tak bagi tahu aku tadi yang ada orang jumpa anak aku. Kata Rose di dalam hatinya.

“Antik kan mummy?” Soal Akmal sambil menunjukkan robot itu kepada Rose.

Rose hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tidak sampai hati memarahi anaknya kerana menerima permainan itu daripada Imran. Tanpa membuang masa, Rose terus mencapai telefon bimbitnya yang ada di atas meja di sisi katil dan mendail nombor telefon Imran. Dia memandang sekilas ke arah anaknya yang sedang bermain dengan robot itu. Selang berapa minit panggilan daripada sana bersambut.

“Assalamualaikum my little princess. Kenapa you telefon I ni? Rindu I lah tu.” Imran memberi salam dan menyoal kepada Rose.

Rose menjawab salam Imran itu di dalam hatinya.

“Tak payah nak little princess sangat. And in you dream lah I nak rindukan you. Tujuan I call you ni, tak ada kena mengena dengan ayat-ayat jiwang karat okay.” Balas Rose. Dia memeluk tubuh dan memandang sekilas ke arah anaknya.

“Kenapa you tak jawab salam I ni sayang? Berdosa tahu tak you tak jawab salam I. Memberi salam tu kan sunat dan menjawab salam tu kan wajib. You tak nak mendoakan kesejahteraan I ke baby?” Soal Imran lagi.

Bising betul lah mamat ni. Mulut macam berteh jagung, pot pet pot pet je daripada tadi. Kutuk Rose di dalam hatinya.

“You tak payah nak berbaby baby dengan I lah. Geli tahu tak. I dah jawab salam you tu dalam hati tadi.” Jawab Rose dengan perasaan yang geram.

“Ala, asal you jawab dalam hati? Kenapa tak cakap menggunakan suara. You ni, kedekut nak melontarkan suara you tu untuk I lah.” Rajuk Imran.

Rose menjulingkan matanya ke atas. Dia menyampah apabila mendengar Imran berkata begitu. Sekejap cakap manis-manis and romantik. Sekejap pulak cakap macam mulut puaka. Kutuk Rose lagi.

“You jangan nak menggedik-gedik lah Imran. I call you ni bukannya nak dengar you punya I jiwang tak bertempat tu. I call you ni sebab lain tahu tak.” Tempelak Rose. Dia geram yang amat dengan Imran Fauzan anak Tan Sri Ishak ini.

Kedengaran Imran ketawa kecil di corong telefon itu. Ni dah kenapa pulak tiba-tiba tergelak ni? Kena sampuk ke apa orang tua sorang ni? Kata Rose di dalam hatinya.

“You ni dah kenapa?” Soal Rose.

“Tak ada apa-apa. Tiba-tiba rasa nak gelak.” Balas Imran selamba.

Rose berasa seram sejuk mendengar Imran kata begitu.

“Dah lah, tujuan I call you ni...” Belum sempat Rose menghabiskan ayatnya, Imran terus menyampuk.

“Jawab salam I dulu.”

Rose mendengus kasar. Dia geram dengan perangai Imran yang tak matang itu.

“Waalaikumusalam. Puas?” Soal Rose dengan geram.

“Puas sangat-sangat baby. Okay teruskan apa yang you nak cakap sebenarnya ni?” Balas Imran.

Rose mengutuk-ngutuk Imran di dalam hatinya.

“Tujuan I call you ni, I nak tanya kenapa you datang jumpa anak I tanpa permission daripada I?” Soal Rose kepada tujuan asalnya menelefon Imran.

Buat habis kredit aku aje cakap dengan Imran ni. Dah lah cakap pun merepek-repek. Kata Rose di dalam hatinya.

“Macam mana you tahu I jumpa anak you ni?” Soal Imran pelik.

Tak akan lah Kak Min yang bagi tahu kot? Sebab dia dah suruh Kak Min janji jangan bagi tahu Rose yang dia jumpa Akmal. Atau Akmal yang bagi tahu? Kata Imran di dalam hatinya.

“Akmal yang bagi tahu I yang jumpa dia hari ni. Siap nak berahsia-rahsia lagi. I tak pernah ajar anak I berahsia you tahu tak.” Balas Rose. Dia geram dengan Imran yang sesuka hati dia aje nak jumpa dengan anaknya itu.

I thought so. Amal, kenapa bagi tahu mummy yang Amal jumpa daddy? Aduhailah anak aku ni. Memang kena tadah telinga lah dia dengar Rose marah dia sat lagi ni, kata Imran dalam hatinya lagi.

“Tak akan salah kot I nak jumpa dengan Akmal?” Soal Imran dengan takut-takut.

Of course salah, you jumpa anak I tanpa izin I you tahu tak. If something happen with my son, I akan salahkan you seratus peratus, Imran. Akmal tu aje lah waris yang ditinggalkan oleh Arwah Syafiq untuk I.” Jawab Rose dengan perasaan yang marah.

Imran melepaskan keluhan yang berat. Ada harapan lagikah untuk dia memiliki Rose sebagai isteri dia yang sah? Soal Imran kepada dirinya sendiri.

Akmal memandang pelik ke arah mummynya itu. Bila dia tengok mummynya tidak memandang kepadanya, dia terus sambung bermain robot yang diberikan oleh Imran itu.

“Akmal will be my son too, Rose. So, I tak akan buat perkara yang tak elok kepada anak you. I sayangkan Akmal macam I sayangkan anak I sendiri.” Terang Imran.

Since when you ada anak ni?” Soal Rose bodoh.

Since I kenal Akmal, I dah ada anak.” Jawab Imran bersahaja.

Rose rasa nak hempuk aje benda keras dekat kepala Imran apabila mendengar jawapan daripada Imran itu.

“You ingat lawak ke ah you cakap macam tu?” Soal Rose dengan geram.

Dia punya nafas sudah tidak teratur mendengar jawapan daripada Imran itu.

“I tak rasa macam I buat lawak pun. Part mana yang you kata lawak tu?” Soal Imran pula. Dia ingin mengenakan Rose.

Err.. err...

“You dah kenapa tergagap-gagap ni? Tak tahu nak jawab lah tu.” Potong Imran. Dalam pada masa yang sama, dia sempat lagi mengenakan Rose.

“I bukan nak cakap tergagap-gagap lah.”

“Habis tu?”

Three lah.” Rose cuba melawak.

“Tak lawaknya.” Balas Imran sarkastik.

“Kalau tak lawak tu tak payah lah nak cakap.” Kata Rose dengan geram.

Dia berasa malu sebab lawak dia tak menjadi dengan Imran. Selalunya dia buat lawak dekat Aira, ada aje yang Aira nak gelak. Si Imran ni pula, macam hati batu lah pulak tak nak gelak dengan lawak dia tu. Hambar sangat ke lawak aku tu? Soal Rose kepada dirinya.

“Lah... salah ke I jujur dengan you?” Soal Imran bodoh.

“Kejujuran you tu menyakitkan hati I you tahu tak.” Balas Rose dengan suara yang perlahan.

Are you sulking, Rosalinda Adina?” Soal Imran lagi.

Nope.” Jawab Rose pendek.

Are you sure?

Yes, I'm pretty sure.” Jawab Rose yakin.

“I tak percaya.”

“Terpulang pada you nak percaya atau tidak. I tak ada masa nak merajuk-rajuk dengan you ni. Buang karan aje.”

Okay.” Kata Imran dengan pasrah.

Mummy, are you talking with who?” Soal Akmal dengan suara yang pelat kepada Rose.

Err... I'm talking with my friend, darling.” Jawab Rose.

Imran yang mendengar jawapan Rose itu berasa sakit hati. Kenapa Rose tak cakap yang dia tengah cakap dengan daddy Akmal. Tak boleh jadi ni. Kata Imran di dalam hatinya.

“Kenapa you tak jujur aje dengan Akmal yang you tengah bercakap dengan I sekarang ni?” Soal Imran denan serius.

“I malas.”

Imran mendengus kasar mendengar jawapan yang selamba daripada Rose itu.

“I nak cakap dengan Akmal.” Pinta Imran.

“Tak boleh.”

Please Rose.” Leret suara Imran.

Never.”

“Kalau you tak kasi I bercakap dengan Akmal, sekarang jugak I keluar rumah pergi rumah you.” Ugut Imran.

“Eleh, macam lah I takut dengan ugutan you tu.” Jawab Rose dengan angkuh.

Don't dare me, Rosalinda Adina.” Kedengaran suara Imran sungguh serius ketika itu.

Rose yang berasa takut mendengar suara Imran itu terus bersetuju memberi Imran bercakap dengan anaknya.

“Yelah, I kasi you cakap dengan Akmal.” Jawab Rose mengalah dengan Imran.

Imran ni jangan di cabar. Nanti dia buat betul-betul. Naya aje aku nanti. Kata Rose di dalam hatinya.

“Akmal, do you want talk with your daddy?” Soal Rose kepada Akmal.

“Nakkkkkk.” Jerit Akmal, lalu berjalan ke arah Rose. Dia menghulurkan tangannya kepada Rose untuk mengambil telefon daripada Rose.

Rose yang faham isyarat anaknya itu, terus memberi telefon yang ada di tangannya itu kepada Akmal.

“Acalamualaikum daddy.” Akmal memberi salam kepada Imran.

Rose tersenyum melihat anaknya itu. Kan best kalau Arwah Syafiq masih ada, mesti hidup mereka akan bahagia. Rose bawak mengucap, tak elok kau cakap macam tu. Kau sepatutnya sedekahkan al-fatihah untuk Arwah. Kata hati Rose.

Rose melepaskan keluhan yang berat. Dia menyedekahkan al-fatihah kepada arwah suaminya itu. Mata dia tidak lepas-lepas daripada memandang ke arah Akmal yang sedang bercakap dengan Imran itu.

“Waalaikumusalam sayang, Amal buat apa tu?” Soal Imran dan membalas salam yang diberikan oleh Akmal kepada dirinya itu.

“Amal ain obot yang daddy kaci adi.” Jawab Akmal dengan pelat.

Rose berasa geli hati melihat cara Akmal bercakap. Dia nampak lebih comel apabila sedang bercakap. Dengan suaranya yang pelat lagi, hi hi hi.

Best tak robot tu sayang?” Soal Imran lagi.

Best, epash ni Amal nak agi, oleh?” Rose terkejut mendengar permintaan Akmal itu. Aduhai lah anak, mummy dekat sini kamu tak nak minta. Dengan daddy dia pulak, siap nak berminta-minta lagi. Huh, Rose melepaskan keluhan yang berat itu.

“Boleh sayang. Nanti daddy belikan untuk Amal ye. Amal nak robot apa?”

“Amal nak obot tranchpomes.” Rose rasa nak gelak apabila mendengar Akmal menyebut transformers itu.

Imran ketawa kecil mendengar jawapan Akmal itu.

“Okay nanti kita beli robot tranchpomes ye.” Ajuk Imran.

“Yeayyyy, ayang daddy.” Sorak Akmal sambil terlompat-lompat.

“Amal, jangan lompat-lompat sayang. Nanti Amal jatuh.” Tegur Rose.

Akmal yang mendengar mummynya itu menegur dirinya, dia terus berhenti melompat. Dia tersengih-sengih memandang ke arah Rose.

Daddy sayang Akmal jugak.” Balas Imran.

Okay lah Amal, ingat pesan daddy, jangan nakal-nakal. Jangan buat mummy marah. Nanti esok kalau daddy ada masa daddy jumpa Amal ye.” Tambah Imran dan memberi pesanan kepada Akmal.

Okay daddy.”

Okay lah, daddy nak cakap dengan mummy boleh?”

“Oleh.” Akmal menghulurkan telefon itu kepada Rose.

Daddy nak akap ngan mummy.” Tambah Akmal. Setelah mengambil telefon daripada tangan Akmal, Rose terus melekapkan telefon itu ditelinganya. Akmal berlalu bermain dengan Robot yang diberikan oleh Imran itu.

“Dah puas cakap dengan Akmal?” Soal Rose.

“I dah puas. Thanks Rose.” Ucap Imran.

You're most welcome.” Balas Rose.

“Hmm... Rose.” Panggil Imran.

Yes.” Sahut Rose.

“Boleh tak esok I nak jumpa Akmal?” Soal Imran.

Rose mendiamkan diri sambil berfikir.

“Rose...” Panggil Imran.

“Hmm.”

Can I?

Let me think about this.

“Ala Rose, tak payah lah nak fikir lagi. Boleh lah ye?”

“Yelah, I izinkan you jumpa anak I.” Putus Rose.

Yes thank you, Rose. Love you.” Imran terjerit kecil.

“Hmm...” Balas Rose dengan malas.

“Aik, hmm je? Kenapa tak balas balik.”

“Tak kuasa I nak balas balik.”

“Ala balas lah balik.” Rengek Imran.

“Tak nak.”

“Ala Rose...” Rengek Imran lagi.

“I kata tak nak, tak nak lah.” Balas Rose dengan geram.

Okay lah you, I nak off dulu. I ada kerja kejap lagi ni. Esok kita jumpa ye.” Kata Imran.

Okay.”

Okay bye, love you. Mimpi I malam ni sebelum tidur ye.”

Never.” Rose terus memutuskan talian. Huh, habis kredit aku call dia. Kata Rose dengan geram di dalam hatinya.

Imran berasa pelik apabila Rose mematikan talian begitu saja. Dia hanya mengangkat bahu sahaja.

Rose berjalan ke arah Akmal yang sedang bermain dengan robotnya itu. Dia tersengih-sengih melihat gelagat anaknya itu bermain dengan robot. Tiba-tiba pintu biliknya terkuak dari luar. Terjegul muka Aira di muka pintu biliknya.

“Dah habis berborak dah? Jom lah kita makan.” Kata Aira. Rose memandang pelik ke arah Aira. Mungkin dia terdengar perbualan dia dengan Imran tadi agaknya.

“Dah.” Jawab Rose pendek.

Okay jom lah kita makan. Akmal dah lapar dah tu.” Rose mengangukkan kepalanya.

“Amal jom kita makan sayang. Mummy dah masak sup sayur untuk Amal.” Ajak Rose. Akmal yang dengar perkataan sup sayur itu terus mengangkat kepalanya dari bermain dengan robot.

“Nakkkk.” Jerit Akmal.

Aira dan Rose yang melihat gelagat Akmal itu terus mengamburkan ketawanya.

Okay jom.” Kata Rose sambil menghulurkan tangannya untuk memimpin Akmal. Tapi Akmal tidak membalas hulurannya itu malah dia menghulur kedua-dua belah tangannya untuk di dukung. Rose yang faham akan isyarat anaknya itu terus mendukung anaknya. Aira yang melihat gelagat Akmal itu terus mencubit pipi Akmal dengan geram. Akmal tergelak apabila menerima cubitan di pipi oleh Aira. Mereka bertiga keluar dari bilik Rose dan turun ke bawah untuk menjamu selera.




ROSE tadi Imran call kau kan?” Soal Aira kepada Rose.

Rose menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata Aira itu.

“Eh... correction. Bukan Imran yang call aku, tapi aku yang call dia.” Kata Rose tersengih-sengih.

Aira tersenyum melihat gelagat Rose itu. Dah ada perubahan sikit kepada Rose. Dia dah boleh tersengih-sengih. Dia harap dengan kehadiran Imran ini boleh mengubah Rose yang baru ini kepada Rose yang lama.

“Kau tak terfikir ke nak terima Imran dalam hidup kau Rose?” Soal Aira lagi.

Rose melepaskan keluhan mendengar soalan Aira itu.

“Aku bukan tak nak terima dia Ai, tapi aku masih ragu-ragu lagi.” Jawab Rose.

“Apa yang kau ragu-ragu lagi Rose? Imran tu baik, tak rugi pun kalau kau terima Imran dalam hidup kau.” Balas Aira.

“Entah lah Ai. Aku pun tak tahu nak buat macam mana.” Jawab Rose. Dia menyuap nasi ke dalam mulut Akmal. Akmal kelihatan berselera makan nasi dengan sup sayur kegemarannya itu.

“Kau tak kesian dekat Akmal ke? Dia dah anggap Imran tu daddy dia dah Rose. Kau kena fikir juga perasaan anak kau tu.” Kata Aira. Dia menyuap nasi ke dalam mulut dan memandang sekilas ke arah Akmal yang duduk di sebelah Rose di hadapannya itu.

“Aku buntu lah Ai, aku masih sayangkan arwah.”

“Tak salah kau nak sayangkan arwah. Tapi cuba kau fikir masa depan kau dengan Akmal. Jangan pentingkan diri Rose. Buka pintu hati kau untuk terima Imran dalam hidup kau. Aku rasa dia yang terbaik untuk kau dan Akmal.” Terang Aira kepada Rose.

“Tengok lah macam mana, aku masih pening lagi. Dengan Dahlan yang suka ganggu aku dekat office. Lagi lah bertambah pening aku dibuatnya.” Ngadu Rose kepada Aira.

“Hal Dahlan tu kau tak payah nak difikirkan sangat. Dari sebelum kau kahwin dengan Arwah Syafiq lagi dia ashik kacau kau. Apa yang penting sekarang, masa depan kau Rose.” Ujar Aira.

“Tengok lah macam mana Ai.” Rose terus menyuap anaknya itu makan.

Adakah patut untuk aku terima Imran di dalam hidup aku? Aku tak nak cerita dekat Ai yang aku terima ugutan daripada Dahlan. Dahlan memang menggerunkan diri aku. Aku tak nak jadi apa-apa dekat Imran kalau Imran hidup dengan aku. Kata Rose di dalam hatinya. Dia melepaskan keluhan yang berat.

“Aku harap kau dapat buat keputusan yang tepat.” Setelah Aira berkata begitu, dia terus membawa pinggan kotornya menuju ke dapur untuk membersihkannya.

Aku akan cuba buat keputusan yang tepat Ai, tekad Rose di dalam hatinya.

Aku akan abaikan ugutan daripada Dahlan itu. Daripada dulu lagi Dahlan ashik mengugut dirinya, tetapi dia hanya membuat bodoh dengan ugutan daripada Dahlan itu. Dahlan itu, cakap aje besar, tapi sampai sekarang dia tak buat-buat dengan ugutannya. Jadi ada peluangkah aku untuk menerima Imran di dalam hidup aku dengan Akmal? Kata Rose kepada dirinya.


Aku kena buat solat istikharah kali ini, kata Rose di dalam hatinya lagi.

3 comments:

  1. Salam, best jalan cite nie tak sabar nak tunggu Rose terima Imran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, terima kasih rozita kadiman. terus menyokong saya ye :)

      Delete
  2. Hi saya suka jalan cerita e-novel ni. Harap berjaya ke versi cetak

    ReplyDelete